Chereads / My Husband Mr Bully? / Chapter 2 - Bab 1

Chapter 2 - Bab 1

Adrian menarik tangan aku. Senyuman sinisnya tidak pernah hilang darinya.

Aku menepis tangan Adrian.

"Adrian awak tak penat ke asyik kacau saya? Awak tau tak dah nak dekat 3 tahun awak kacau, buli saya. Hidup saya tak pernah aman walaupun sehari awak tau tak? Awak sedar tak awak tu dah la nak SPM next week. Sudah-sudah la Adrian! Please i'm begging you"kata aku.Penat aku hampir 3 tahun dikacau lelaki itu.

Adrian membelai lembut rambut aku yang diikat satu.

"So? Bukan aku dah kata ke masa first sekali bila kita jumpa. Aku takkan berhenti kacau kau selagi aku puas."balas Adrian.

"And now... I want to do something for you.." Adrian semakin hampir dengan diriku. Degupan jantung aku semakin kencang. Apa aku nak buat ni?

Aku buntu lalu aku menyepak kaki Adrian sehingga dia jatuh. Aku mengambil peluang itu untuk lari jauh daripada dia.

Kedengaran suaranya terngiang-ngiang di koridor sekolah. "Mia Elysha! I will find you"

Sejak daripada kejadian itu, aku tidak pernah bertemu dengan Adrian lagi. Aku dicutikan untuk mengelak daripada menganggu pelajar SPM.

______________________________________________

"Oi! Jauh mengelamun! Teringat siapa tu" Tania mengetuk meja aku. Aku tersedar daripada memori 2 tahun lepas.

"Adrian" jawabku spontan.

"Don't tell me that Adrian... Adrian Harris?!" Tania terkejut.

"Yes that crazy Adrian"balasku.

"Kenapa kau tiba-tiba teringatkan dia ni? Kau demam ke?" Tania menyentuh dahi aku. Aku menepis tangannya.

"Aku sihat la! Aku cuma teringat je mana la dia pergi lepas SPM dulu"kataku.

"Aik? Rindu nampak? Bukan kau ke dulu nak sangat dia pergi jauh dari hidup kau? Aku dengar cerita dia belajar kat UK. Lepastu kan orang kata dia bertambah handsome tau!! Dah la dulu pun dah cukup handsome, kalau bertambah handsome mesti lagi handsome kan?!"kata Tania. Matanya bersinar-sinar apabila berkata tentang Adrian.

"Aku teringat je bukan rindu. Kalau handsome tapi perangai buruk apa guna?" Aku membuka buku subject french yang diajar oleh Sir James semalam.

"Kau ni dari sekolah sampai la ke university, suka sangat buka buku, study la..... "bebel Tania.

Aku memekakkan telinga. "Dah habis bebel dah?"

Kali ini Tania pula menjeling ke arah aku. "Whatever"

Aku ketawa. Sudah 2 tahun sejak aku tamat sekolah aku tidak nampak Adrian Harris. Ke mana dia menghilang? Sejak kebelakangan ni aku selalu dapat mimpi Adrian. Apakah maksud di sebalik mimpi itu? Aku harap itu semua mimpi sahaja. Jangan lah dia kembali dalam hidup aku...