Chereads / THE MAFIA IS MY HUSBAND / Chapter 32 - BAB 31:

Chapter 32 - BAB 31:

Abang Danial terhenti langkahnya apabila terdengar suara seorang perempuan menangis teresak-esak. Abang Danial terus ke bilik Mel.

"Mel... Mel okay tak?" Soal Abang Danial.

"Mel..." Panggil Abang Danial. Abang Danial terus membuka pintu bilik ku. Abang Danial tergamam..Dia terus berlari ke arah aku yang duduk di atas lantai seraya menangis teresak-esak. Mata ku sembap.

"Mel... Kenapa ni?" Soal Abang Danial.

"Mel tak tahu... Mel benci dia..." Raungku. Abang Danial terus memeluk aku.

"Shh... Don't cry honey... Buruk lah muka tu bila Mel nangis." Ujar Abang Danial dengan nada memujuk.

"Mel buntu, bang... Mel buntu... Betulker ape yang Mel buat ni? Mel buntu... Kalau Mel bercerai dengan dia, macamana dengan Mikayla? Tapi, kalau Mel tak bercerai dengan dia, semua ni akan keruhkan lagi keadaan, sebab Mel dah tawar hati..." Ujarku dengan lirih. Kami meleraikan pelukan.

"Mel... Abang just nak bagi nasihat, fikir masak-masak dulu Mel... Mel kena fikirkan kebahagiaan Mikayla, dia perlukan seorang ayah... Pasal hati Mel, Mel cubalah bukak pintu hati Mel untuk dia... Mel, semua orang berhak diberi peluang kedua, mel cuba slow slow okey?... Lagipun, Mirul dah berubah, Mel... Percayalah cakap Abang... Dia tak macam dulu dah..." Ujar Abang Danial.

"Mel tak boleh, bang... Mel tak kuat... Just ada satu perasaan jer kat dalam hati Mel sekarang ni..." Ujarku dengan lirih.

"Perasaan ape Mel?" Soal Abang Danial.

"Perasaan benci.. Benci yang teramat. Mel takleh nak berdepan dengan dia... Mel benci dia... Benci!!" Raungku.

"Mel... Mel kena ingat, walau apapun, he's still your husband... Mel kena respect dia... Syurga Mel kat bawah telapak kaki dia." Pesan Abang Danial.

"So ape pilihan Mel?" Soal Abang Danial.

"Pilihan?" Soal ku kembali.

"Yes, sama ada nak cuba buka pintu hati Mel untuk dia ataupun dirvorce?" Soal Abang Danial.

"I don't know..." Ujarku dengan sayu.

"Anyway, Mikayla mana?" Soal Abang Danial.

"Papa bawak pergi jalan-jalan tadi." Jawabku. Abang Danial mengangguk tanda faham.

"Mel fikir-fikirkan lah yer... Abang keluar dulu.." Pamit Abang Danial. Aku mengangguk. Abang Danial terus berlalu keluar dari bilik ku.

[...]

Ding! Dong!

Loceng rumah berbunyi. Aku yang tengah layan drama tv tersentak.

Haih, sape lah yang datang ni, maybe papa and Mikayla dah balik kut. Aku melirik ke arah jam tangan ku, jam menunjukkan pukul 6 petang. Aku terus berlalu ke arah pintu dengan malas.

Sebaik sahaja aku menguak pintu rumah yang besar itu,

Panggg!!!

Belum sempat aku memandang orang itu, orang itu terus menampar aku.

"Aduhhh..." Aku mengaduh sakit. Ehh! Sape pulak yang tampar aku ni?!

"Wehh.. Kau tampar kuat sangat ker? Aku suruh kau tampar manja-manja jer tadi, kau tampar betul-betul kenapa?" Bisik Amanda.

"Ehh.. Terkuatlah pulak.. Geram punya pasal.. Setahun dia tinggalkan kita..." Bisik Zahirah kepada Amanda dengan wajah bersalah.

Ehh! Jap! Macam kenal jer suara dua orang minah ni.. Aku terus memandang dua orang perempuan itu. Aku terkesima.

"Korang!!!!!!!!" Jerit ku dengan kuat. Aku terus memeluk Zahirah and Amanda dengan erat.

"Aku rindu korang...." Rengekku.

"Samelah... Rindu kau dowhhh!!!" Rengek Amanda. Kami meleraikan pelukan. Zahirah memandang ke arah lain dan menyilangkan tangan di dadanya.

"Rindu konon... Setahun menghilang..." Perli Zahirah. Acah-acah merajuk. Alahai comelnya kawan aku ni... Hahaha.

"Sorry lah wei... Benda yang lepas jangan di kenang...Buang yang keruh, ambik yang jernih..." Ujarku dengan nada memujuk.

Zahirah masih tidak merespon apa-apa. Aku mengeluh kecil.

"Takpelah... Kalau korang tak suka aku balik sini, aku okey jer kalau nak stay kat UK balik..." Aku acah-acah merajuk and berpusing ke belakang ingin masuk ke dalam rumah. Zahirah terus memeluk aku.

"Bodoh!! Aku gurau jerlah!! Takde kerja kau ni?.. Asyik nak tinggalkan kitorang ajer..." Ujar Zahirah dan air matanya mengalir.

"Sayang jugak kau kat aku ea?" Soalku and tersengih.

"Eleh... Buat drama pulak kat sini... Taknak jemput masuk ker? Panas kat luar ni..." Sinis Amanda. Aku and Zahirah menjeling Amanda dengan tajam.

"Ape? Aku ade salah cakap ker?" Soal Amanda.

"Jom lah masuk.." Ajak ku. Amanda and Zahirah terus mengangguk dan masuk ke dalam rumah.

Kitorang melabuhkan punggung di atas sofa.

"Kemana semua orang?" Soal Amanda.

"Abang Danish dengan papa bawak Mikayla pergi jalan-jalan tadi. Abang Danial ade kat atas tu, buat ape entah dalam bilik tu." Jawabku.

"Ooooo.." Balas Zahirah and Amanda serentak.

"Mak Nab!!" Panggil ku. Mak Nab terus datang ke arah kitorang. A.k.a Pembantu rumah..

"Yer Mel?" Balas Mak Nab.

"Mak Nab, tolong buatkan orange juice untuk diorang ea?..." Ujarku. Mak Nab mengangguk dan terus ke dapur.

"Zack, Rayyan, Haikal and Farha asal tak ikut sekali? Aku rindu gila dekat diorang." Soalku.

"Zack and Rayyan kat office lagi... Banyak kerja katanya." Jawab Amanda.

"Haikal ngan Farha pulak, ape lagi? Pergi dating lah... Ehh.. Kau dah tahu ke belum?" Soal Zahirah.

"Tahu? Tahu ape?" Soal ku.

"Farha dengan Haikal dah nak kahwin lusa." Ujar Zahirah.

"What?! Serius arhh?? Wei... Tak sangka..." Ujarku dengan riang. Sape tak happy bila member nak kahwin wei...

Tiba-tiba Mak Nab datang ke arah kitorang dan meletakkan air di atas meja kecil di hadapan kitorang.

"Terima kasih..." Ucap Zahirah and Amanda serentak kepada Mak Nab.

"Sama-sama." Balas Mak Nab seraya tersenyum. Mak Nab terus ke dapur.

Zahirah and Amanda terus minum orange juice itu.

"Korang tak kahwin lagi ker?" Soalku. Zahirah and Amanda tersedak. Zahirah terbatuk-batuk.

"Weii... Korang okey tak ni?" Soalku dengan cemas.

"Bodoh punya soalan... Takkan lah kitorang dah kahwin... Nak kahwin dengan sape?" Ujar Amanda.

"Entahnya..." Balas Zahirah.

"Lahh korang... Zack and Rayyan lah... Macam lah aku tak tahu, dulu korang suka sama suka kan?" Ujar ku and menjongketkan keningku sebelah.

"Mana ade..." Balas Zahirah and Amanda serentak.

"Zahirah love Rayyan. Amanda love Zack. Auwww... So sweet...." Sakatku.

Wajah Zahirah and Amanda merona merah.

"Korang blushing?! Hahahahahah" Aku ketawa terbahak-bahak.

"Amboi... Tak tahu lah pulak Tengku Melissa Amelia yang sekarang ni suka bahan orang..." Perli Amanda.

"Kann... Mentang-mentang lah dah ade orang sorang..." Perli Zahirah. Aku tersengih.

"Mel... Kau betul ker dengan keputusan kau tu?" Soal Amanda kepada ku. Aku terdiam.

"A...Ape maksud korang?" Soalku.

"Mel... Kitorang dah tahu semuanya... Mel... Kau betul-betul nak bercerai dengan dia ker?" Soal Zahirah.

"Aku tak tahu... Korang... Aku buntu..." Balasku dengan lirih.

"Mel... Dia dah betul-betul menyesal atas apa yang terjadi selama ni..." Ujar Amanda.

"Mel... Selama setahun kau tinggalkan dia, dia tak pernah lupakan kau... Setiap masa, setiap hari, setiap detik, mesti dia akan sebut nama kau, Mel... Dia betul-betul dah menyesal... Mel... Dia dah berubah... Dia dah tak macam dulu..." Ujar Zahirah.

"Dah lah korang... Sebenarnya, kalau kitorang takde anak, memang aku akan mintak cerai dengan dia terus, tapi... Aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang, sebab Mikayla perlu kan dia..." Ujarku dengan lirih.

"Mel... Aku tahu kau dah tawar hati dengan dia... Aku tahu... Tapi... Fikir pasal Mikayla, Mel... Mikayla perlukan korang..." Ujar Amanda.

"Mel... Percayalah cakap aku, Mel... Dia dah berubah... Dia dah tak macam dulu..." Ujar Zahirah.

"Ape maksud korang dia dah berubah? Asal semua orang asyik cakap dia dah berubah?!" Soal ku.

"Aku rasa, better kau tengok sendiri nanti Mel... Rasanya lebih elok kalau kau sendiri yang tengok perubahan dia.." Ujar Amanda and menepuk-nepuk bahu ku.

"Kitorang balik dulu ea... Fikir-fikirkan lah ape yang kitorang bagitau tadi..." Pesan Amanda.

"Bye Mel.." Ucap Zahirah. Zahirah and Amanda terus berlalu keluar. Aku meraup wajahku dengan kasar. Air mataku berguguran jatuh.

"Ya Allah... Patut ke aku bukak hati aku balik untuk seorang lelaki yang bernama Tengku Amirul Alexander? Lelaki yang telah membuatkan hati aku dah mati untuknya?" Rintih ku.

Tanpa aku sedar, Abang Danial mendengar segala perbualan aku dengan kawan-kawan ku tadi. Abang Danial meraup wajahnya. Air matanya mengalir membasahi pipinya.

'Kau kena kuat dik, aku tak sanggup tengok kau macam ni...' Bisik hati Abang Danial.