Setelah terbitnya mentari pagi. Berpagi- pagi lagi mereka bertiga ke rumah Pak Jamal untuk belajar ilmu silat. "Assalamualaikum Tok!" Ali memberi salam. "Waalaikumussalam" Pak Jamal menjawab salam sambil membuka pintu rumah. "Sila lah masuk anak-anak" Pak Jamal Mempelawa. Selepas mereka bertiga masuk dan duduk bersila. "Kami.." ."Pak Jamal Tahu, kamu mahu nak belajar silat kan?" Belum sempat Ali menghabiskan kata-kata Pak Jamal sudah menduga beria. "Benar tok" Hassan membalas. "Tok sangat kagum dengan kamu bertiga yang sangat inginkan ilmu" Pak Jamal Berkata dengan bangga.
"Jika benar kamu beria inginkan ilmu yang Tok akan ajarkan, kamu semua perlu lalui ujian. Kalau kamu bertiga berjaya barulah Tok akan angkat kamu sebagai anak murid Tok" Pak Jamal Bercakap panjang lebar. Mereka bertiga berpandang sesama sendiri lalu Hassan pun berkata " Kami sudah bersedia". Pak Jamal menambah." Jika inginkan ilmu kamu bertiga harus bersabar walaupun berbagai dugaan menimpa". "Baik tok" Hussin balas dengan bersemangat. "Baiklah, ujian pertama kamu adalah disana" Pak Jamal berkata sambil menunjuk suatu tempat. Mereka bertiga masih tertanya-tanya apakah ujian sebenarnya.
"Panasnya, berpeluh-peluh sudah aku". Hussin mengeluh. " Betullah aku pun dah berpeluh-peluh ni". Hassan menjampuk. " aku pun dah berpeluh macam kamu berdua juga, tapi tidaklah kita nak mengalah sekarang. Bukankah kita dah berjanji walau apa pun dugaan kita akan tempuh juga untuk dapat beberapa banyak ilmu" Ali bertazkirah memberi semangat pada rakan-rakannya. "Benar aku tidak akan menyerah dengan ujian tidak seberapa ini". Jawab Hassan bersemangat. Hussin pun melihat rakan-rakannya yang tidak menyerah dia pun turut bersemangat kembali.
Setelah Satu jam berlalu. "Anak-anak!! kembalilah". Teriak Pak Jamal sambil mempelawa masuk kerumah. Hussin dan Hassan menarik nafas lega setelah ujian mereka selesai. Manakala Ali hanya berwajah tenang. Terlihat diwajah mereka bahang panas dibawah cahaya matahari. Setelah mereka duduk bersila telah terhidang makanan. "Jemputlah makan anak-anak". Terdengar bunyi suara kearah dapur. mereka pun memandang kearah bunyi suara itu. Rupa-rupanya itu suara isteri Pak Jamal, Mak Timah. "Jemputlah makan anak-anak, ini Nek bawakan air minuman" Mak Timah berkata. Mak Timah berbahasakan Nek atau Nenek.
Hassan Menjamah makanan namun ditampar tangannya oleh Hassan. "Pisss". "Aduh, kenapa kau tampar tangan aku?" Tanya Hussin terpinga-pinga. "Mak aku cakap nak makan baca doa dulu, baru rezeki kita makan itu berkat". Hassan berkata. Pak Jamal hanya tersenyum melihat akan gelagat mereka berdua. "Habis siapa nak baca doa?" Hussin bertanya. "Kaulah, eh kaulah". Hassan dan Hussin tolak menolak membaca doa. "Sudahlah jangan bergaduh, biar aku yang bacakan doa" Ali berkata. Mereka bertiga pun mengangkat tangan dan bacaan doa di imamkan oleh Ali".
Mereka pun menjamah makanan masing-masing. "Alhamdulillah, syukur nikmat" Hassan berkata. "Terima kasih Tok kerana bagi kami makan" Hussin pula berkata. Pak Jamal Menganguk." Ok ujian untuk hari ini dah selesai, esok ada ujian lagi". Hassan tercengang sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hussin pula pandang Ali. "Baik Tok kami akan terus bersemangat untuk ujian yang berikutnya sehingga kamu berjaya menjadi anak murid Tok". Ali berkata dengan penuh semangat. Mereka kembali bersemangat, Ali sememangnya sentiasa bersikap positif dalam semua berkara dan Ali lah yang selalu memberi semangat kepada mereka.
"Terima kasih Tok, Nek kerana sudi menghidangkan makanan kepada kami" Ali berterima kasih. "Sama-sama anak-anak, nanti kirimkan salam kepada mak dan ayah kamu ya". Mak Timah membalas. "Baik Nek akan saya bagitahu mak dan ayah". Hassan pula mencelah. Mereka bertiga pun berlalu meninggalkan rumah Pak Jamal sambil di lihat susuk tubuh mereka bertiga berlalu pergi. " Bang! bukankah berat ujian yang abag bagi untuk mereka yang masih anak-anak?" Tanya Mak Timah seolah-olah resah. "Jangan bimbang Mah, abang yakin mereka boleh melaluinya, mereka bukanlah seperti anak-anak yang lain". Balas Pak Jamal dengan yakin.
"Mereka masih budak-budak, tolonglah ringankan ujian untuk mereka". Balas Mak Timah. " Jangan risau Mah, abang tahu apa yang abang lakukan". Jawab Pak Jamal. "Baiklah kalau macam itu, Mah nak buatkan makanan tengah hari dulu". Mak Timah berkata. Pak Jamal hanya menganguk tanda bersetuju.