Di waktu petang pula tidak kelihatan seorang pun kelibat mereka bertiga ditempat yang biasa mereka bermain dan berkumpul. Di sebabkan ujian pagi tadi memungkinkan mereka kepenatan. " Hussin! Hussin!" Tersentak dengar panggilan ibunya, Hussin terus bangkit dari tempat tidurnya. " Sudah solat ke belum? Tengok tu sudah jam berapa". Mak Hussin membebel. Hussin yang masih terpinga-pinga dibuai mimpi indah tadi hanya memdiamkan diri lalu terus ke bilik airnya yang terletak didapur. Sesudah berwuduk dan menunaikan solat Hussin terus ke ruang tamu . " Kau tidak keluar pergi bermainkah hari ini Hussin?". Mak Hussin bertanya. " Tidak Mak terasa penat sangat hari ini sampai tertidur lepas solat zohor tadi". Balas Hussin.
"Minum teh Mak buatkan ini". Mak Hussin mempelawa. " Ini ada sedikit kuih yang Mak buatkan". Kata Mak Hussin lagi. "Baik Mak nanti Hussin makan". Ujur Hussin. Sementara itu di rumah Ali pula. " Hey Ali! kau nak kemanakah itu?". Mak Ali bertanya. " Nak keluar pergi bermain Mak". Jawab Ali ikhlas. " Sudah solat asar ke belum?". " Sudah Mak dari awal-awal lagi". Balas Ali lagi. " Minum petang?". Tanya Mak Ali lagi. "Sudah!". Ujur Ali sambil bergegas keluar dari rumah. Mak Ali hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat anaknya itu.
"Assalamualaikum!" Hassan memberi salam. Kali ini Hassan yang memberi salam dahulu apabila terlihat batang tubuh sahabatnya itu. " Waalaikumussalam " Jawab Ali. " Mana Hussin?" Tanya Hassan kepada Ali. " Entahlah Aku pun tidak nampak dia sejak balik dari rumah Tok ". Ujur Ali. " Tidak pernah dia tidak datang bermain". Ujur Hassan dengan hairan. Selepas setengah jam menunggu sahabatnya yang tidak kunjung tiba Ali pun berkata. " Aku rasa Hussin tidak akan datang hari ini". " Kenapa?". Tanya Hassan ringkas. " Entahlah aku pun tak tahu, mungkin sebab penat ujian pagi tadi aku rasa". Balas Ali pula. " Mungkin betul apa yang kau kata. " Aku pun masih terasa penatnya". Hassan pula berkata.
Pada petang itu tidak banyak permainan yang mereka bermain kerana kepenatan dan juga mereka keluar pun sudah lewat. " Giliran kau pula Ali". Ujur Hassan. " Aduh! terkeluar dari kawasan pula". " Kau dah sia-siakan peluang, kali ini aku dah tak bagi muka untuk kau". Balas Hassan dengan ketawa. " Yeah! Aku dah dapat buat rumah". kata Hassan lagi. " Alah kau ini bagilah aku pula buat rumah, aku belum dapat satu tapak pun". Balas Ali mengeluh. Hassan hanya tersengih mendengar luahan sahabatnya itu. Permainan teng-teng itu dimainkan oleh mereka berdua sehingga senja dan mereka pun pulang ke rumah masing-masing.
Keesokan paginya, seperti biasa setelah selesai menunaikan solat fardhu subuh, kemudian bersarapan keluarlah mereka bertiga dari rumah masing-masing. Kemudian berjumpalah mereka disuatu tempat dalam perjalanan untuk kerumah Pak Jamal. " Assalamulaikum semua sahabat". Ali memberi salam. " Waalaikumussalam ". dijawab serentah Hassan dan Hussin. Lalu Hassan terus bertanya Hussin. " Hussin kenapa semalam kau tidak keluar bermain?". " Oh semalam, aku kepenatan sebab itu aku tidak keluar bermain". Balas Hussin. " Kalian bermain permainan apa semalam?" Tanya Hussin pula kepada mereka berdua.
"Kami hanya bermain Teng-teng sahaja, itu sahaja permainan semalam". Jawab Hassan. " Ya betul tu, lagi pula kami keluar pun sudah lewat". Ali menyampuk. " Ujian semalam buat aku rasa penat sehingga aku tertidur di ruang tamu rumahku". Hussin berkata. " Benar aku pun sama, kalau ikutkan hati dah tidak mahu keluar semalam". " Kau bagaimana Ali, tidakkah ujian semalam memenatkan". Hussin bertanya. " Ya sudah tentu aku pun rasa penat seperti kamu semua". Balas Ali ringkas. " Baiklah mari kita pergi kerumah Tok". Hassan mengajak. "Baiklah". Balas Hussin ringkas sedangkan Ali hanya mengangukkan kepalanya tanda bersetuju.
" Assalamualaikum..!! Assalamualaikum tok!!". Mereka bertiga memberi salam serentak. " Waalaikumussalam Nak! naiklah". Pak Jamal menjawab salam dan mempelawa masuk rumah. Setelah mereka bertiga masuk dan duduk bersila berkatalah Pak Jamal. " Kamu semua sudah sarapan?". " Sudah Tok! kami semua sudah sarapan". Jawab Hassan mewakili semua mereka. " Sudah bersediakah dengan ujian terakhir?". Pak Jamal bertanya lagi. " Sudah Tok kami sudah bersedia". Kali ini Hassan pula menjadi wakil. " Kalau begitu marilah ikut Tok". Pak Jamal mempelawa sambil bangun dari duduknya tadi. " Kita nak kemana ini Tok". Tanya Hussin.
" Kita Nak ke sini". Pak Jamal berkata. Mereka masih tidak mampu menduga apa ujiannya pada kali ini sehinggalah Pak Jamal Bagitahu. " Ujian kali ini ialah kamu perlu berlari dan habiskan 21 pusingan kawasan ini dari sini kesana dan kesini". Pak Jamal berkata sambil menunjukkan kawasan. Tercengang mereka bertiga kerana kawasan yang perlu mereka berlari dan siapkan 21 pusingan bukanlah kawasan yang sempit. Satu pusingan sudah berukuran luas sebuah padang bola sepak. " Luasnya Tok takkanlah?". Hussin berkata seolah-olah tidak berpuas hati. " Kau ini ikutkan sahajalah kata Tok". Hassan membebel pada Hussin. " Kau macam mana Ali". Tanya Hassan. " Aku ok sahaja". Balas Ali yang hanya banyak mendengar dan mendiamkan diri.
"Satu perkara lagi". Kata Pak Jamal. Mereka memandang Pak Jamal untuk mendengarkan syarat yang selanjutnya. " Kamu semua tidak boleh berhenti semasa berlari". Ujur Pak Jamal. Muka mereka bertiga berubah sebab terkejut. " Macam mana ini Hassan kau boleh ke". Bisik Hussin pada Ali. " Entahlah aku pun tak pasti, kau macam mana Ali?". Bisik Hassan pada Ali pula. " Emmm, kita cuba dahulu". Jawab Ali ringkas. Sedang mereka berbisik Pak Jamal pun berkata ." Apa yang sedang dibisikkan itu? nak teruskan atau pulang?". " Tidak Tok kami tidak akan pulang sebelum ujian terakhir ini". Ali berkata. Hassan dan Hussin memandang Ali, sedangkan Ali hanya tersenyum dan berkata " Jangan risau aku yakin kita pasti dapat lakukannya". " Kalau begitu kamu semua bolehlah mulakan sekarang". Ujur Pak Jamal.
" Sudah berapa pusingan". Tanya Hussin yang sudah semput kepada sahabat-sahabatnya. " Aku kira sudah 15". Jawab Hassan ringkas. Di raub wajah mereka bertiga sudah nampak akan kelelahan. Hassan sudah pun berhenti seketika untuk mengambil nafas sedangkan sejak dari awal mereka tidak berhenti walau sesaat. Pak Jamal hanya memerhati mereka dari jauh. " Hussin jangan berhenti! nanti kau gagal". Ujur Hassan dengan tegas. " Aku sudah tidak larat lagi nak berlari" Balas Hussin. Manakala Ali hanya fokus pada lariannya. Hussin pun kembali melangkah untuk berlari. Setelah pusingan ke 19 Hussin pun terjatuh. Kejadian itu membuat Ali dan Hassan serta Pak Jamal juga terperangjat.
Kejadian itu membuat Ali dan Hassan memberhentikan larian mereka dan berlari menuju ke arah Hussin. " Hussin! Hussin!" Panggil Hassan dengan cemas sambil mengongcangkan badan Hussin. Melihat Hussin yang masih sedarkan diri melegakan kedua-kedua Sahabatnya itu. "Aku ok! Aku ok! cuma terlalu penat" Ujur Hussin. " Alhamdulillah kau tak apa-apa". Ujur Ali pula. Pak Jamal pun menghampiri mereka lalu bertanya dengan tenang sedangkan dalam hatinya sudah cemas dengan apa yang berlaku. " Hussin tak apa-apa?". " Baik sahaja tok, saya dah tak larat Tok". Ujur Hussin ikhlas. " Disebabkan Tok lihat kamu semua dah tidak larat, dan kamu semua tidak berjaya, ujian kali ini ditamatkan". Ujur Pak Jamal Tegas.