Ujian terakhir membuatkan mereka kecewa kerana gagal menyelesaikan 21 pusingan tanpa henti. Namun diraut wajah Ali tampak lebih tenang berbanding kedua rakan-rakannya yang kecewa. Mereka bertiga yang sedang bersila itu didatangi Pak Jamal. Setelah Pak Jamal duduk dihadapan mereka Hassan pun bertanya. " Tok boleh tak bagi kami satu peluang lagi". " Betul Tok berilah peluang untuk kami mengambil ujian sekali lagi" Kata Hussin pula. " Tak perlu!". Jawab Pak Jamal ringkas namun tegas. " Benar Tok berilah kami peluang, kami benar-benar..." belum pun sempat Ali habis berkata Pak Jamal pun berkata. " Tak perlu sebab Tok dah buat keputusan yang kamu bertiga akan jadi murid-murid Tok".
" Betul ke Tok?" Hussin bertanya seolah-olah tidak menduga. " Ye Tok betul ke apa yang kami dengar". Kata Hassan pula. Ali yang sedikit terkejut namun hanya mendiamkan diri. " Ya " Jawab Pak Jamal ringkas. " Tapi.... Kenapa?". Hassan bertanya lagi. Pak Jamal tidak menjawab terlebih dahulu setelah melihat isterinya membawa keluar kuih-muih dari dapur. " Sebelum Tok jawab pertanyaan kamu, lebih baik kita makan terlebih dahulu, kamu bertiga pun mesti penat dan laparkan?". Jawab Pak Jamal tenang. Mereka yang hanya menganguk-angguk tanda mereka turuti apa yang dikatakan oleh Pak Jamal itu. " Ini airnya, jemputlah makan ya anak-anak". Ujur Mak Timah.
" Baik Nek, terima kasih". Ujur Hassan pula. Setah membaca doa maka makanlah mereka. Kuih-muih yang dihidangkan habis di makan oleh mereka lebih-lebih lagi Hussin yang agak gelojoh. " Hussin! kau makan banyaklah aku baru sahaja ambil beberapa biji". Hassan berkata. Hussin yang hanya tersengih macam kerang busuk itu pun berkata. " Aku laparlah ". " Hish kamu berdua ni depan rezeki pun nak bergaduh". Ujur Ali. " Tak adalah cuma.." Belum habis Hassan berkata Pak Jamal pun menyampuk. " Oh tidak cukup kah? Nak tambah lagi kuihnya?". "Tidak Tok dah cukup dah". Balas Hassan tersengih. Kelihatan isteri Pak Jamal keluar membawa beberapa kuih lagi.
Melihat Mak Timah membawa kuih lagi Hussin senyum namun dikerling oleh Hassan yang sedikit menyampah dengan sikap gelojoh sahabatnya itu. Ali hanya tersenyum melihat gelagat kedua sahabatnya. " Baikla Tok akan bagitahu kenapa Tok ambil kamu bertiga sebagai anak murid Tok". Kata-kata Pak Jamal untuk membuatkan mereka menumpu perhatian mendengar apa yang hendak dikatakan oleh Pak Jamal. " Pada masa lalu, Tok pernah ada murid, namun perbuatan mereka membuat Tok kesal mengambil mereka sebagai anak murid Tok". Ujur Pak Jamal. " Berapa ramai anak murid Tok". Hussin menyampuk. " Kau ini biarlah Tok habiskan cakap dulu". Kata Hassan dengan nada yang agak marah.
" Agak ramai juga, sehingga kini sudah hampir 20 orang anak murid Tok". " Oh begitu semuanya gagal ke Tok". Kata Hassan yang agak tidak sabar mendengar penjelasan Tok. " Kau tadi marahkan aku sebab menyampuk, sekarang kau pula buat". Kata Hussin yang agak marah. Ali hanya mengeleng-gelengkan kepalanya melihat kedua gelagat mereka. Pak Jamal hanya diam dan tenang lalu Menyambung cerita." Tidaklah semua gagal, ada yang berjaya tamatkan latihan, namun ada yang gagal kerana tidak sabar. Sikap tidak sabar mereka itulah yang membuat mereka gagal". Kata Pak Jamal. " Itulah sebabnya kenapa Tok uji kamu bertiga terlebih dahulu, untuk menguji sekuat mana keinginan kamu untuk mendapatkan ilmu". Ujur Pak Jamal lagi.
" Tapi Tok bukankah kami gagal ujian ketiga". Hussin bertanya. " Ya benar, ujian itu sememangnya Tok buat untuk mengagalkan kamu". Ujur Pak Jamal tegas. Mereka yang agak terkejut lalu berkatalah Hassan. " Tapi kenapa Tok? kenapa nak gagalkan kami?". " Ujian itu agak sukar untuk kamu lulus, namun ujian itu sebenarnya bukanlah untuk melihat siapa yang berjaya atau gagal, tapi semata-mata untuk menguji kesungguhan dan kesabaran kamu bertiga. Dan Tok melihat kesungguhan dan kesabaran itu ada dalam diri kamu bertiga". Kata Pak Jamal. Mereka yang hanya menganguk tanda faham dan baru menyedari ujian itu sebenarnya adalah untuk menguji kesungguhan dan kesabaran mereka.
" Itulah sebab dan kenapa Tok ambil kamu menjadi anak murid Tok". Pak Jamal berkata lagi. " Terima kasih Tok kerana sudi mengambil kami sebagai anak murid Tok". Ali berterima kasih. " Ya Tok, terima kasih ,kami akan belajar bersungguh-sungguh". Kata Hassan dan Hussin pun tidak ketinggalan untuk mengucapkan terima kasih." Saya pun nak berterima kasih pada Tok, saya janji akan patuhi semua arahan Tok tanpa bantah". Pak Jamal hanya tersenyum dan menaruh harapan yang tinggi pada mereka. " Oh ya sebelum Tok lupa lebih baik Tok bagitahu awal-awal". Ujur Pak Jamal. " Bagitahu apa Tok". Tanya Hussin dengan hairan. "Lepas ini latihan kamu bukan lagi pada waktu pagi, tapi waktu petang, sebab waktu pagi Tok nak buat kerja Tok".
" Baik Tok kami akan datang pada waktu petang". Balas Hassan. " Oh ya Tok bila latihan akan bermula?". Tanya Ali ingin tahu. " Kita mulakan latihannya pada hari jumaat petang ya". Balas Pak Jamal. Mereka hanya menganguk tanda bersetuju dan mereka pun bersurai. Semasa dalam perjalanan pulang sambil berjalan bersembanglah mereka. " Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kita nak belajar dari Tok". " Ya, tapi aku tak sangka, walaupun kita gagal ujian pertama tapi Tok masih mengambil kita sebagai anak murid". Balas Hussin. " Sebenarnya ujian itu bukanlah nak uji sama ada kita berjaya atau kita gagal, tapi sebenarnya untuk menguji kita sama ada betul-betul kita nak belajar atau hanya hangat-hangat tahi ayam". Balas Ali.
" Ya betul itu apa yang kau kata, kita tidak boleh mensia-siakan peluang dan kecewakan Tok". Kata Hussin. " Agak-agak berapa lama kita akan dilatih oleh Tok?". Hassan bertanya kawannya secara tiba-tiba. " betullah aku pun terfikirkan perkara yang sama". Balas Hussin. " Aku rasa tak perlu untuk kita fikirkan berapa lama akan dilatih oleh Tok, yang pasti segala ilmu yang akan diberikan perlu kita dapat dan sematkan didalam dada". Balas Ali. Sahabat-sahabatnya hanya mendiamkan diri dan menganguk mendengar kata-kata dari Ali. " Oh ya petang ini macam mana?". Hussin bertanya. " Macam mana apa?". Hassan bertanya seolah-olah tidak mengerti.
" Yalah kan setiap petang kita keluar bermain". Kata Hussin lagi. " Oh bermain, eh kau tak penat ke? bukan ke kau yang selalu penat lepas balik dari rumah Tok?". Balas Hassan. " Memanglah penat tapi bila dah lulus menjadi anak murid Tok rasa penat pun hilang dan aku kembali bersemangat". Balas Hussin. Ali hanya senyum melihat kawan-kawan yang berbahas. " Ya petang ini kita keluar bermain tempat biasa". Kata Ali yang dari tadi mendiamkan diri. " Tempat biasa?". Tanya Hussin binggu. " Eh kau ini buat-buat tanya pula, mana lagi kalau tak dekat tepi pantai itu yang biasa kita main bersama". Kata Hassan dengan nada yang benggang. " Hahaha, ok-ok baru aku ingat. Hussin hanya tertawa dengan sikap dungunya itu. Perbualan terhenti bila mereka mengambil jalan ke rumah masing-masing.