Chereads / 3 Pendekar Penyelamat Negara / Chapter 4 - Episode 4: Ujian Kedua

Chapter 4 - Episode 4: Ujian Kedua

"Kok kerek koook". Kedengaran bunyi suara ayam jantan berkokok menandakan mentari bakal muncul. Usai solat subuh Ali bersarapan yang disediakan oleh ibunya. ". Ini dia Nak( panggilan ibu kepada Anaknya)". Ibu Ali menghulurkan sesuatu. " Oh susu, terima kasih ibu". Balas Ali ringkas. " Susu ini bagus untuk badan kamu dan makan juga telur separuh masak yang ibu buatkan". Ibu Ali berkata dengan panjang lebar. " Telur separuh masak ini apa pula khasiatnya ibu?". Ali bertanya . " Oh telur separuh masak, Setahu ibu telur separuh masak ini bagus untuk membekalkan tenaga. Setiap hari kan kita perlukan tenaga untuk membuat kerja-kerja seharian kita". Ibu Ali memjawab pertanyaan.

Sementara itu, "Hussin!!". Hussin terkejut dengan panggilan itu dia yang sedang mengelamun memikirkan sesuatu. " Apa yang sedang kau termenungkan itu?". Tanya ibu Hassan ingin tahu. " Tidak ada apa-apalah Mak". Jawab Hussin dengan muka selamba. " Jangan nak sorokkan sesuatu, Mak dari kecil hingga besar jaga kau, sekilas ikan di air sudah tahu jantan atau betina". Ibu Hussin berkata. " Hmmm! Hussin terfikirkan ujian pagi ini Mak". Jawab Hussin Ikhlas. " Oh jadi begitu ya, apa nak kau risaukan, buatlah yang terbaik, gagal atau berjaya kau serahkan(bertawakkal) pada Allah S.W.T. yang penting berusaha dahulu baru kau tahu akan hasilnya nanti". Ibu Hussin memberi kata-kata nasihat untuk anaknya. Hussin hanya tersenyum mendengarkan nasihat maknya itu, mungkin dia sudah mendapat perasaan yang positif dengan kata-kata maknya itu.

Di suatu tempat. " Manalah mereka berdua ini, lambat pula hari ini". Hassan merunggut sedangkan matanya meliau mencari sosok tubuh kedua sahabatnya yang tak kunjung tiba. Setelah beberapa minit kemudian barulah muncul Ali, kemudian Hussin. "Assalamualaikum!". Belum sempat Hassan memberi salam, Ali terlebih dahulu memberi salam pada kedua sahabatnya. " Waalaikumussalam!!". Hassan dan Hussin menjawab salam serentak. " Sudah sarapan sahabat-sahabat semua?". Hassan bertanya. " Alhamdulillah sudah". Ali menjawab sedangkan Hussin hanya menganguk. " Aku sudah bersedia untuk ujian kali ini". Hussin berkata dengan penuh semangat.

". Ya Aku pun sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah ujian nanti". Balas Hassan pula. " Jom jangan kita lengahkan masa lagi". Ali berkata. Walaupun mereka masih berumur 8 tahun tapi dari segi fikiran mereka bertiga sudah menjangkaui umur mereka. Dari jauh kelihatan Pak Jamal sudah menunggu mereka dari dalam rumah. " Assalamualaikum Tok". Ali memberi salam. " Waalaikumussalam Anak-anak, jemputlah naik, sudah lama Tok tunggu kalian". Tok menjawab salam dan mempelawa masuk. " Sudah sarapan?". Pak Jamal bertanya. " Sudah Tok" Jawab Hassan sedangkan Ali dan Hussin hanya menganguk.

" Sudah bersedia untuk ujian hari ini?" Tanya Pak Jamal lagi. " Sudah Tok!!;". Mereka bertiga jawab serentak lebih-lebih lagi Hussin yang terlebih bersemangat. "Ok mari ikut Tok". Pak Jamal mempelawa. Mereka hanya menganguk dan membontoti Pak Jamal. Pak Jamal telah membawa mereka di belakang rumahnya. " Ini adalah ujian kedua kamu". Ujur Pak Jamal. " Kolam ini? nak buat apa dengan kolam ini Tok". Tanya Hassan. " Tok nak kamu berendam dalam kolam ini sehingga Tok panggil kamu". Ujur Pak Jamal. Mereka bertiga hanya tersenyum girang kerana bagi mereka mudah sahaja ujian untuk kali ini. Mereka sudah biasa bermain air sudah pasti mereka merasa tidak keberatan. "

Deebuumm! bunyi air yang kuat akibat daripada Hassan yang melompat masuk ke dalam air. Ali hanya memerhati perbuatan sahabatnya itu sedangkan Hassan pula mengeleng-gelengkan kepalanya. Mereka semua pun berendam dalam kolam itu dan Hassan berkata ." Bukan main lagi seronok kau ya Hussin". " Aku terlalu asyik memikirkan ujian pada hari ini, sehinggakan Aku tidak boleh tidur". Balas Hussin dengan tersenyum. " Agak-agak berapa lama kita disuruh berendam dalam kolam ini". Ali pula bersuara. "Betullah agak-agaknya berapa lama?". Hussin berkata. " hmm, entahla aku pun tak tahu". Hassan berkata jujur.

Setelah berapa jam kemudian. Terdengarlah suara Hussin mengeluh." Aduhai berapa lama sudah kita berendam ini badan aku sudah mengigil kesejukan". " Entahlah kelibat Tok pun masih tak nampak lagi". Hassan berkata. "Aku rasa aku nak naik dululah". Hussin berkata dengan tidak semena-mena. " Ish Aku pun tak tahan tapi takkanlah kita nak menyerah". Balas Hassan." Sabarlah sahabat taklah kita nak berputus asa sekarang, sedikit sahaja lagi". Ali menasihati sahabat-sahabatnya. Hassan dan Hussin hanya berdiam diri setelah mendengar kata-kata sahabatnya itu. " Tentu ada sebab Tok uji kita sebegini rupa". Tambah Ali lagi.

"Anak-anak kembalilah". Terdengar suara Pak Jamal mereka semua bergembira seterusnya melompat keluar dari kolam itu. " Nah! ini tualanya dan kain sarung, selepas selesai masuk dalam rumah". Mak Timah berkata. Mereka hanya menganguk sambil mengelapkan badan mereka yang sedang basah. Seperti biasa makanan dan minuman telah tersedia diruang tamu oleh Mak Timah. "Jemputlah makan anak-anak". Mak Timah mempelawa. Hassan pun mencapai kuih yang telah terhidang itu. Pisshhh! "Aduh kenapa kau pukul tangan Aku?". Bertanya Hassan Hairan. " Kau dah lupa nak baca bismillah dan doa dulu". Ujur Hussin. Hassan yang hairan baru sedar lalu berkata. " Terima kasih kerana ingatkan Aku".

Setelah membaca doa dan bismillah barulah mereka menjamah makanan. Ketika mereka bertiga sedang makan maka berkatalah Pak Jamal". Tahniah buat kamu bertiga kerana berkaya ujian kali ini". " Apakah kami sudah berjaya menjadi anak murid Tok". Tanya Hussin. " Belum ". Pak Jamal menjawab ringkas. " Belum? kenapa?". Hassan pula bertanya. " Sebab". Pak Jamal berkata lalu diam. " Sebab ada ujian lagikan Tok". Ali menduga. " Ya, benar Kata Ali, kamu akan ada ujian lagi dan ini adalah ujian terakhir kamu". Pak Jamal berkata. Hassan dan Hussin berpandangan sesama sendiri. " Apakah kamu bertiga keberatan?". Pak Jamal Bertanya.

Ali hanya memandang kearah kedua-dua sahabatnya itu. Lalu kedua-kedua mereka menganguk. " Kami tidak keberatan Tok, pantang kami menyerah selagi masih bernafas". Kata Ali penuh semangat. " Ya macam itulah yang Tok Nak dengar". Kata Pak Jamal dengan gembira. Pak Jamal sudah menduga bahawa mereka tidak akan menyerah dengan begitu mudah. " Jadi apakah ujian terakhirnya itu Tok". Hassan bertanya. " Kamu nak tahu Ya?". Pak jamal pula membalas pertanyaan dengan pertanyaan. " Nak Tok". Hussin mencelah. " Betul-betul nak tahu". Tanya Pak Jamal lagi. "

Ya sudah tentu kami nak tahu Tok". Kata Hassan pula.

" Kamu bertiga datang esok, esok Tok bagi tahu". Ujur Pak Jamal sambil senyum. Hassan dan Hussin yang teruja terus masam mencuka mendengar jawapan Tok sebentar tadi. Mereka berfikir Tok akan benar-benar bagitahu ujian terakhir itu. Tapi mereka tetap menghormati keputusan Pak Jamal itu. Sedangkan Ali banyak mendiamkan diri. " Baik Tok kami pasti berjaya". Ujur Hassan. " Kami akan menjadi murid Tok nanti". Ujur Hussin pula. " Setinggi-tinggi gunung pasti dapat didaki, sedalam-dalam lautan pasti dapat diselam, sebesar-besar ujian pasti akan dihadapi dengan ketabahan". Ali bermadah. Hassan dan Hussin memandang sahabatnya itu. Sedangkan Pak Jamal hanya tersenyum mendengar kata-kata itu".