Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 16 - Chapter 15

Chapter 16 - Chapter 15

Sejak dari kejadian tempoh hari,Villiam dan Lili seperti biasa,menlakukan rutin harian mereka seperti sediakala.Lili masih tidak bertanya kepada Villiam apa yang terjadi antara dia dan Ruth,walaupun Lili tahu Villiam merayu Ruth untuk balik bersama.Lili masih berperang dengan mentalnya sendiri,bertahan dari segala bermacam pertanyaan yang bermain di mindanya bila Villiam mengelak,Lili masih ingat pesan puan Anita,dia harus kuat bersabar,jangan banyak soal dan buat muka kasihan,untuk mendapatkan perhatian dan simpati dari Villiam.Villiam pasti akan sedar siapa yang terbaik buatnya,insan sebenar yang sanggup bersusah payah untuk dia,Lili cuba bersabar dalam cemburu.Villiam pula tidak mahu bercakap soal dia dan Ruth kepada Lili,sewaktu Lili cuba bertanya,Villiam berkata dia akan cuba menyelesaikan dan buat apa yang terbaik untuk semua.Villiam masih perlu berfikir bagaimana cara agar semua masalah ini tidak terlalu rumit dan menjadi besar hingga menlukakan hati semua orang.Villiam tidak dapat buat keputusan.Apalagi Ruth sepertinya sudah berputus asa terhadapnya,dia menyesal mengapa dia berkawin,pada mulanya dia fikir mungkin Lili akan memahami dirinya,saat dia ingin cerai Lili pasti menerima,sekarang dia dah berkawin,tapi bila melihat wajah Lili tenang saja,dia mula rasa bersalah,kalau ingin bercerai.Lili gadis baik,Villiam sangat tahu dan kenal Lili sejak dari kecil lagi,bermain dan menbesar bersama serta kenangan mereka berdua bersama puan Anita,banyak tak terhingga suka duka saat bersama.Villiam buntu dan tertekan.Dia masih perlukan masa untuk berfikir sehabisnya agar tidak menlukakan hati sesiapa,terutama Lili.Niat sebenarnya memang dia ingin bercerai dan bersama Ruth.Tapi sekarang Ruth masih marah besar dan tidak melayan dia,yang paling Villiam menyampah adalah Quan mengambil kesempatan atas situasi antara dia dan Ruth.Ruth pula mengapa tinggal di rumah Quan,tapi bila difikir hubungan mereka bukan seperti pasangan kekasih,Villiam dapat rasakan Ruth tidak berubah,masih ada sayang dan cinta,hanya kerana marah Ruth berbuat demikian,mungkin nak sakitkan hati Villiam.Salah Villiam juga fikir perkawinan seperti permainan,lepas kawin boleh cerai.

DI PEKAN KECIL

Jeffry rakan lama yang pernah berkerja bersama Ruth di restoran sebelum ini telah menbuka cafe di bandar kelahirannya,Ruth terkejut juga melihat Jeffry semasa hendak menbeli minuman,kebetulan Ruth berjalan sendirian waktu itu,Quan pula ada meeting dengan pemborong makanan,jadi Jeffry dan Ruth dapat juga berbual lama,dulu mereka berdua tidak terlalu rapat sangat,sebab Jeffry berkerja di bahagian dapur dan tidak mesra dengan banyak orang,tapi dengan Ruth,Jeffry merasa selesa nak berbual sebab Ruth tak cerewet dan mengada,sifat Ruth tidak terlalu mencari perhatian sangat,dia kadang dingin kadang lucu.Jeffry memang pernah menberi perhatian kepadanya tanpa Ruth sedar,tapi sejak Ruth berhenti kerja,Jeffry pun berhenti.Jadi pertemuan ini adalah satu kebetulan atau takdir.Jeffry pula sekarang semakin bergaya dan berjaya dengan bisnisnya,wajahnya semakin berseri² seumpama mentari pagi.Tapi Ruth tak perasan perasaan Jeffry yang bertepuk sebelah tangan,walaupun Ruth tidak sedar bunga di dalam hati Jeffry,tidak apa baginya,biarpun sebagai teman.Jeffry dengan berani meminta numbur telefon Ruth,Ruth pula lurus sangat.Ruth menberi nombor telefonya,ialah dia fikir kalau ada kerja di sini lagi senang nak berhubung.Jeffry bagai di awan setelah mendapat nombor telefon Ruth,hanya keceriaan dalam hatinya dia tidak pamerkan,punyalah gembira sangat.Jeffry juga bijak bergaya tenang,dia ada juga ikut Ruth di media sosial,tapi Ruth bukan jenis nak pamer semua benda yang dia buat kat media sosialnya,banyak page yang dia ikut saja.Tapi kat status whatsapp memang dia aktif,sebab itu Jeffry nak nombor telefonya.Ruth mengikuti Quan berjumpa pemborong makanan laut di pahang,Quan menbuat kontrak perjanjian untuk restorennya.Quan sengaja mencari pemborong jauh² dari KL,alasan untuk berduaan kerja jarak jauh.Quan nak bawa Ruth pergi genting highland.

ABOY DAN HLEY

Pada waktu hari jadi Hley,sebenarnya Aboy terlupa,selepas Aboy teringat hari jadi Hley, dia tidak menyertai meeting dan mencari Hley nak buat kejutan,tapi saat itu Aboy yang mendapat kejutan.Aboy melihat Hley dengan seorang lelaki berpelukkan menuju ke sebuah hotel di sebelah tempat Hley meraikan hari jadinya,waktu itu Aboy ada mengekori dari belakang,Aboy fikir salah satu kawan Hley menolongnya kerana mabuk,tapi bila melihat mereka bercium di depan pintu bilik hotel sebelum masuk ke dalam bilik hotel itu,gugur hati Aboy.Aboy tahu apa yang bakal terjadi seterusnya bila seorang lelaki dan perempuan bersama,tapi Aboy tidak masuk untuk menyerang,sebab dia bersalah menbiarkan Hley sendirian.Aboy tidak mahu hubungan mereka putus bergitu saja,Aboy berdiam diri,sebab dia terlalu mencintai Hley.Hley gadis pertama yang bersarang di dalam hatinya,kali pertama Aboy merasai apa itu cinta,sukar baginya untuk menlepaskan cinta pertama.Aboy butakan matanya demi kebahagiaan Hley.Hley mula rasa bersalah kepada Aboy sebab dia terlanjur dengan lelaki lain,lelaki yang menbuat dia rasa bahagia.Aboy terlalu baik untuknya,tapi dia hanya baik sahaja tidak cukup,kalau tidak memahami keinginan seorang wanita.

Aboy dan Hley seperti biasa mereka pergi kerja dan balik seolah tiada apa² yang terjadi,hanya kadang² Hley tidur dahulu.Aboy sering balik lewat sebab dia boleh di katakan seorang yang penting juga di syarikat tempat dia berkerja,dia juga menlakukan kerja luar dan dalam termasuk melayan rakan kongsi bosnya yang datang melawat.Hley masih dalam delima memikirkan keputusan yang harus dia buat,pilihan yang menjanjikan kebahagiaan yang dia inginkan,antara hubungannya dengan Jerry atau Aboy.Aboy pula semakin mengambil berat padanya,sering menghantar mesej dan bertanya dah makan belum,masanya untuk menemani Hley memang payah sangat,Aboy selalu bersama rakan kerja atau bosnya,jadi sekarang masa waktu kerja Hley banyak berduan dengan Jerry.Jerry dah kemaruk sangat sejak dari malam itu,dia tidak sabar untuk menghabiskan masa bersama Hley,tapi Hley sering menberi alasan,dia takut sangat kalau Aboy tahu tentang malam itu.Hley juga takut kalau Jerry tahu dia sudah menpunyai kekasih,tapi yang paling penting adalah siapa di antara dua lelaki yang paling dia cintai sekarang.Aboy baik tapi Jerry sangat mengoda,kalau boleh dia nak keduanya,tapi dia rasa tamak pula dan pelik kalau di fikir.Sekatil dengan Aboy,sepinggan dengan Jerry,sekarang dia rasa seronok,tapi kalau dah kantoi,habislah fikirnya.

ATE DAN PEREMPUAN

Seorang gadis datang menemui Ate dan meminta maaf,sebab dia kedai Ate di rosakan.Ate tahu mereka berdua tidak bersalah,jadi dia tidak marah kepada peminatnya itu,hanya kekasihnya saja yang cemburu buta,tampa soal selidik menganggapnya musuh,kekasih perempuan itu berfikir kalau Ate juga menlayan makwenya,padahal kawan kepada perempuan itu yang ingin berkenalan dengan Ate,biasalah perempuan bila nampak orang hemsem,perasaan berbunga itu ada,walaupun dah berpunya,sekadar mencuci mata seperti orang lelaki juga.Masalah Ate dah selesai dan duit pun dapat,dia dapat harga yang di tawar olehnya,kes tutup dengan cepat bila temannya yang menguruskan,mereka dapat habuan masing².Encik Tan pun senyap bila tahu cara Ate menguruskan masalah dia,encik Tan tahu sangat Ate punya perangai,baik² dia bila naik gila jadi kes besar,Ate tidak takut bab bergaduh,dia selalu nampak tenang dan penyakat kepada adiknya,tapi bila masuk di hantu berdarah pun dia rela,pernah bergaduh dengan budak lelaki samseng yang menganggu Ruth,saat itu dia sendirian menlawan lima orang,teruk juga dia kerjakan sampai lari lintang pukang samseng itu,zaman remaja biasalah nak jadi hero,sebab itu Ruth sangat sayang kepada abang²nya,mereka menjaga dia dengan baik,apalagi Ate yang pernah bertarung nyawa dengan anjing liar demi Ruth.Ate seorang abang yang memang bertanggungjawab pada adiknya,siapa yang jadi isterinya pasti makan hati kalau si Ruth jenis yang tak bertimbang rasa.

TEKNIK LELAKI

Quan dan Ruth pergi ke genting highland selepas menyelesaikan kerja mereka,Quan mengajak Ruth untuk tidur di genting satu malam,semasa Quan mendaftar untuk mendapatkan bilik tidur, katanya ada satu bilik saja yang tinggal,katil saiz raja kononnya,Ruth percaya sebab riak wajah Quan berseri di pancar cahaya lampu,tidak ada tanda dahi hitam.Lalu Quan dan Ruth naik lif menuju ke bilik yang mereka dapat,tinggi jugalah yang Quan ambil untuk proses pengodaan,paling tinggi paling mahal dan lebih nyaman.Bilik besar dan selesa,tapi satu katil bersaiz raja,putih bersih di mata bukan di hati yang licik.Quan merebahkan tubuhnya di atas katil dan berkata dia sangat penat,Ruth kasihan juga sebab Quan yang memandu.Ruth nak memandu Quan tak bagi katanya tak budiman,seorang lelaki harus bertanggungjawab mana boleh biar gadis susah,melihat Quan penat sangat Ruth pun pergi mandi,dia pun nak rehat juga tapi tubuh melekit tak selesa,malu kalau terbau oleh Quan fikir Ruth.Quan terlelap sungguh selesa kena pendingin udara.Ruth selesai mandi,dia keluar dari tandas,haruman mandian yang dia pakai wangi sangat hingga menusuk ke lubang hidung si Quan ke dalam mimpi.Ruth memakai dress berbunga kebiruan,dia nampak feminin,lalu berbaring di sebelah Quan.Sekajap lagi mereka nak keluar makan malam dan jalan²,dah lama mereka tidak mengunjungi genting highland,dulu semasa mereka kecil,kedua keluarga sering bercuti bersama².Ruth akhirmya tertidur sebab letih kerana perjalanan terlalu jauh dan cuaca panas.Quan tersedar dan melihat jam di tangannya pukul lima petang,dia sedar Ruth tertidur di sebelahnya lalu memeluk Ruth dari belakangnya,haruman bau wangian benar² mengoda,kaki putih yang seksi dan pinggul yang menjolok mata,hati Quan bedebar tak tentu arah,dia lekas bangun pergi ke tandas untuk mandi.Quan kembali berbaring di sisi Ruth,masa berduaan bergini jarang terjadi,Quan tak mahu menbuang waktu lagi, dia ingin kenangan bersama Ruth tercipta lagi.Walaupun dia tahu hati Ruth padanya pudar,dia tak kisah,sebab Villiam bukan saingan dia lagi,Villiam tidak akan terlepas dari cengkaman Lili.Ruth tersedar dari tidur dan mendapati tubuhnya di dalam pelukan Quan,tubuhnya berselimut.Ruth bangun secara perlahan,tapi Quan tersedar lalu merangkul pinggangnya,Ruth terbaring kembali,hati dia terasa bedebar bila kekasih lama beraksi pantas.Quan memeluk tubuhnya erat,Quan berkata tidak mahu melepaskan Ruth lagi,Ruth menbatu seperti patung.Quan menluahkan perasaannya,perasaan yang dia sembunyikan selama mereka berpisah,bukan dia tidak mengerti isi hati Ruth,tapi hatinya yang takut berpisah bergitu lama,Quan takut dia tidak setia bila berjauhan,kerana dia yakin Ruth akan setia padanya,bila dia tahu Ruth bercinta dengan Villiam,hatinya sakit sangat.Tapi cita²nya lebih penting,penting untuk dia dan orang yang dia cintai.Quan juga menjelaskan dia tidak pernah curang kepada Ruth.Diana yang tergila² selalu mencari kesempatan mendekati Quan,Quan tahu dan dia menbiarkan Diana mendekatinya untuk menbuat Ruth salah faham.Quan bermain dengan api,dia tidak terfikir perasaan Ruth.Quan menyesal.Quan ingin mereka bersama kembali,tetapi Ruth tidak tahu nak berbuat apa bila mendengar penjelasan Quan,Villiam nak kembali dan Quan pun bersama,Ruth merasa dirinya seperti di permainkan.Ruth berdiam tidak bersuara bila Quan selesai menjelaskan segalanya.Quan ingin sangat tahu fikiran dan perasaan Ruth sekarang ini.Wajah Ruth tenang saja, dia tersenyum.Quan tidak faham maksud di balik senyuman itu.Ruth bangun lalu berkata yang mereka dah terlewat,masih tidak makan malam lagi.Quan dengan cepat mengajak Ruth pergi makan, mereka pergi ke restoran cina sebab ada masakan panas.Quan dan Ruth makan,minum sambil berbual.Seolah tiada apa yang berlaku tadinya,selesai menjamu mereka berjalan² sambil mengimbas kembali kenangan lama,setelah penat mengeliling kawasan,akhirnya mereka berdua kembali ke bilik tidur,Ruth nak mandi sebelum tidur.Quan pula dengan hensetnya menyelesaikan beberapa kerja dengan Achong,besok tengah hari baru mereka berdua balik ke Kuala Lumpur.Ruth bersuara yang dia telah selesai mandi,Quan menyuruh Ruth tidur dulu.Ruth sangat mengantuk lalu tertidur.Dua jam kemudian Quan baru selesai menyiapkan kerjanya, dia pula pergi mandi,lima belas minit kemudian baru dia keluar dan berbaring di sisi Ruth.Ruth sedang tidur tidak sedar yang Quan memerhatinya menbuta,dalam fikiran Quan masih tertanya² apa yang Ruth fikirkan,siapa yang ada di hati Ruth sekarang.Gadis yang dia cintai apakah masih ada Quan di hatinya.Quan menyesal sangat terlalu yakin yang hati Ruth hanya untuknya,kerana salah faham perasaan Ruth berubah,harap tidak sepenuhnya berubah.Quan memeluk Ruth hingga Ruth tersedar,Ruth bertanya mengapa?Quan berdiam diri dan hanya memeluk Ruth kuat,kedengaran nafas Quan di telinga Ruth semakin kuat,jantung keduanya berdetak laju serasa aliran arus elektrik yang bahang menjalar keseluruhan tubuh keduanya.Quan mula berbisik "I love you" di telinga Ruth.