ABOY DALAM MASALAH
Selepas balik dari kuala lumpur,Aboy tinggal beberapa hari bersama keluarganya,Aboy tidak seperti biasa sejak balik dari Singapura,dia nampak lebih termenung bila tak bercakap,encik Tan mula risau keadaan anaknya itu,dia bertanya kepada Ate,kalau Ate tahu kenapa Aboy jadi lebih pendiam,encik Tan bimbang anaknya di landa masalah,haritu Ate,tapi encik Tan tak risau,sebab Ate jenis yang tidak mudah tertekan,Aboy pula susah nak faham sifatnya yang suka menyimpan masalah sendirian.Encik Tan mendesak Ate cuba bertanya kepada Aboy,kalau-kalau Aboy ada masalah mana tahu mereka boleh tolong.Ate berkata dia akan cuba,tapi kalau abangnya tak mahu bercerita nak buat macam mana,Aboy jenis berat mulut.Pada malamnya Ate cuba melepak di bilik Aboy,Aboy sedang menyiapkan kerjanya yang tertunggak,melihat Ate masuk ke biliknya, Aboy berhenti dan bertanya...
"kenapa?...
Ate berbaring di atas katil aboy,Ate berkata dia di suruh encik Tan bertanya kepada Aboy kalau Aboy dalam masalah,Aboy menjawab dengan cepat,yang dia tiada masalah.Hanya kerja² yang menbebankan.Ate melihat Aboy curiga, dia cuba nak menduga fikiran Aboy,Ate berkata perempuan memang menyusahkan.Aboy terdiam mendengar kata adiknya, tapi dia dah terjerat dalam percintaan,dia betul² mencintai Hley,cinta pertamanya,mereka juga dah lama bersama hampir dua tahun lebih,sukar untuk dia berpisah dengan Hley,walaupun dia tahu Hley curang dengan orang lain.Aboy berhenti dari menbuat kerjanya,dia termenung lagi.Ate berfikir mesti betul apa yang dia fikirkan,Aboy dah ada teman wanita.Aboy tidak menyangkal kata² Ate.Ate tertawa sebab kalau papa mereka tahu Aboy ada kekasih pasti papa mereka sangat gembira,sebab dia dah tak sabar nak sambut cucu,encik Tan harap sangat Aboy atau Ate ada isteri,supaya dia tidak sunyi sangat pada hari tuanya sekarang,encik Tan rindu bau budak kecil di rumah mereka.Ate bersuara lagi kalau ada kekasih ini hal yang menggembirakan,tapi kenapa Aboy nampak muram?Aboy menjawab buat masa ini dia nak Ate simpan rahsia yang dia ada kekasih,dengan alasan masih baru dan tak pasti lagi.Aboy pasti yang Hley memang tidak mahu menemui keluarganya sekarang,apatah lagi selepas kejadian itu,Aboy juga masih mencari idea bagaimana nak menbuat Hley kembali kepadanya,Aboy mati akal sekarang,dia takut Hley nak berpisah dan akhirnya cinta mereka sia².Aboy pun bertanya kepada Ate,kalau Ate pun ada kekasih,Ate menjawab buat masa sekarang dia hanya mahu tumpukan kepada kerjanya,dia tidak mahu serabut seperti Ruth.Aboy tersenyum mendengar kata² Ate, kalaulah depan Ruth,pasti mereka berdua telah bertekak,tapi bila Ruth merajuk Ate jadi serba salah sebab buat adiknya sedih,jadi dia jugalah yang terpaksa mengalah,Ate berani cakap dibelakang,dia takut juga Ruth marah,tapi sekarang mereka dah boleh berasa lega sebab Ruth dah kembali bersama Quan.Aboy berkata yang dia gembira untuk Ruth dan Quan,tapi pada masa yang sama sedih untuk Villaim,Villiam ada berhubung dengan Aboy dan menberitahu segala masalah yang terjadi dan rancangan Villiam.Aboy serba salah mendengar luahan hati Villiam selepas segalanya sudah terjadi,sebab Aboy juga merasakan apa yang Villiam rasa,sakit hati bukan sesuatu yang boleh di tahankan,sakit sangat sangat,seperti jantung di tikam dan dihiris²,mendengar kata Aboy.Ate marah kepada Aboy buat apa sedih untuk Villiam,kalau benar dia sayang Ruth dia pasti tidak berkawin dengan gadis lain,akhirnya Ruth juga yang kecewa kata Ate,Ate memang dari mula tidak suka kepada Villiam,bila Quan dan Ruth kembali bersama Ate sangat menyokong hubungan mereka,tapi masih menberi amaran kepada Quan.Ate tidak suka orang baru menyertai atau menyakiti keluarga mereka.
PERTEMUAN YANG DI MINTA
villiam bersemangat bila Ruth bersedia menemuinya,entah apa yang Villiam fikirkan dengan pertemuan ini,padahal dia dah meminta untuk kali terakhir,sebab itu Ruth bersetuju untuk bertemu dan Ruth juga nak menberitahu hal pertunangan Quan dan dia.Villiam menunggu di tempat biasa mereka berjumpa,di kafe yang Villiam suka pergi.Ruth muncul di pintu kafe,dengan rasa girang Villiam tersenyum mesra,tapi senyuman nya tidak lama sebab di belakang Ruth ada Quan,mereka berdua berpimpin tangan.Villiam berdiri dari duduk dan bertanya kepada Ruth,mengapa Quan ada sekali dengan nada sedikit kuat,hingga pelanggan kafe yang lain menoleh ke arah mereka,wajah ke tiganya berubah dari senang ke muram.Villiam berkata Ruth tidak tepat janji,dia ingin mereka berdua saja.Ruth berdiam diri dia rasa bersalah,tapi sekarang Quan adalah tunangnya,Quan insan penting dalam hatinya sekarang,dia tidak mahu pertemuan ini jadi gosip dan dia di anggap curang dengan suami orang.Quan bersuara mengapa dia tak bolah menemani tunangnya,Villiam tercegang mendengar kata Quan.Villiam bertanya kepada Ruth betul ke apa yang dia dengar?Ruth menjawab tak lama lagi mereka akan berkawin.Villiam terduduk di kerusi, dia mengepal tangannya dengan kuat menahan kemarahan dalam hatinya.Quan dan Ruth berpandangan,mereka duduk di kerusi untuk cuba menyelesaikan masalah mereka dengan baik.Ruth berkata ini pilihan yang terbaik untuk mereka semua,mencari kebahagiaan memasing dan tidak menyakiti hati sesiapa.Villiam dengan egonya,dia cuba menluahkan isi hatinya,sampai hati Ruth ingin menlupakan cinta mereka,selama tiga tahun lebih percintaan.Villiam tahu kesalahan yang dia lakukan sehingga semua ini terjadi,bukan kehendak dia, dia menyakiti hati Ruth kenyataan,tapi sakitnya dia yang rasa.Ruth inginkan kebahagiaan,dia berhak apatah lagi Quan adalah cinta pertamanya.Villiam dah tak boleh nak buat apa² lagi,dia berkata kalau ini yang Ruth inginkan,Villiam cuba lepaskan,dia akan mengundur diri,Villiam pergi dalam terpaksa.Suasana yang tadinya tegang, akhirnya lega juga,seperti tempat itu kembali beroksigen.Quan dan Ruth bernafas panjang mereka duduk sebentar sambil minum air sejuk.
Villiam memandu balik ke rumahnya dengan sebotol wain kegemarannya,wajahnya merah menahan marah dengan hati yang terluka dan fikiran yang kusut,orang yang hemsem sekali pun bila patah hati serabai juga.Villiam tidak perduli semua itu,setiba di rumah dia masuk ke biliknya dan mula meneguk wain dengan cepat,dia minum seperti menelan air kosong,rakan serumahnya terdengar bunyi pintu bilik Villiam di tutup kuat,mereka tahu Villiam tengah marah,kadang² dia memang panas baran,tapi dia tak pernah tunjukkan kepada Ruth.Villiam selalu nampak romantis dan penyabar,hanya kawan lelaki saja yang tahu sifatnya bila mabuk dan bergaduh.Villiam minum hampir sebotol,bajunya pula hilang entah kemana.Lili pula menelefon Villaim,Villiam sedang tidur, dia tersedar bila terdengar telefonnya berbunyi .Villiam melihat dan menjawab panggilan Lili,Lili bertanya kenapa Villiam dah lama tidak balik,Villiam sibuk ke?Lili takut Villiam ada masalah atau tak sihat ke. Villiam tenang bila mendengar suara Lili,Villiam bertanya Lili rindu padanya tak, dia nak Lili jawab dengan jujur sekarang.Lili berdiam sekejap dan akhirnya menjawab kembali dengan lembut.ya...Lili rindu sangat.
DIANA MENJADI ASSISTANT
Achong di tukar ke tempat lain setelah kejadian kemarin,walaupun Achong tidak salah,sebab desakan rakan kongsi syarikat Quan,mereka ingin Achong di pindah sementara waktu untuk mengelak gosip semakin parah,Diana juga dapat jawatan Achong dengan mudah sebab ada yang menyokong dia dalam diam,sekarang Diana hanya perlu bersaing dengan Ruth sahaja satu lawan satu.Quan tidak akan dapat selalu melindungi Ruth,Diana tahu setiap permainan dan pertahanan mereka berdua.Diana memang tak puas hati bila tahu pertunangan Quan dan Ruth,tiada siapa tahu Quan dan Ruth adalah pasangan kekasih di tempat kerja ini.Diana harus berhati² bagaimana cara untuk dia menguasai benteng pertahanan mereka.Diana ingin semua melihat dia yang layak di samping Quan, dia kerja bersungguh² dan tidak menbuat sebarang masalah,dia juga kelihatan sangat jujur dan mesra dengan Ruth,walapun Quan dan Ruth tahu Diana bukan orang baik,tapi mereka berdua tidak sedar niat Diana yang licik,tiga bulan mereka berkerjasama tampa masalah,semua perkara Diana sanggup lakukan,rakan sepejabat yang melihat kesungguhan hati Diana pun terpedaya,merasa dia dah berubah dengan baik.Quan dan Ruth juga tidak terfikir apa yang akan Diana lakukan,mereka dah bertunang tak lama lagi akan berkawin,sedangkan Villiam pun dah mengalah ini kan pulak Diana yang langsung tiada kaitan.
Majlis meraikan keuntungan syarikat,semua kakitangan syarikat hadir,mereka dapatlah bersenang makan dan minum,serta mendapat anugerah dan bonus sebulan,kesemua pekerja sangat gembira dan mereka mula bertanya soal pribadi bos kacak, akhirnya Quan memberitahu kepada pekerjanya yang tak lama lagi dia akan berkawin,tapi siapa isterinya dia tidak menberitahu,para pekerja mula meneka² di antara Ruth dan Diana,kerana keduanya saja yang mereka selalu nampak dengan Quan, Quan tidak pernah menbawa wanita lain ke syarikatnya,kebanyakan biasa yang bertemu dengan Quan di syarikat adalan rakan kongsinya,mungkin fikir mereka salah satu anak perempuan rakan kongsinya.Ruth dan Diana berdiam diri bila rakan kerja meneka²,seorang tak mahu rahsia bocor dan seorang lagi dalam rancangan.Diana tahu Ruth jenis yang tidak suka menujuk²,inilah kesempatan yang dia harus ambil,mungkin Ruth melihat sepanjang mereka berkerjasama Diana baik saja,dah dewasa dan lebih realistik,hanya tuhan saja yang tahu hati Diana setiap kali melihat Quan melayan Ruth dengan baik.Demi hajatnya yang mengunung,seribu panah pun Diana sanggup tahan.Diana hanya menberi senyuman bila semua orang bercerita soal bos Quan nak kawin.Quan mencelah percakapan pekerja wanita,mereka semua tak perlu meneka² lagi siapa bakal isterinya,sebab bila dia berkawin nanti semua orang kena datang dan sediakan angpou,Quan ketawa besar mempermainkan pekerjanya,dia yang seronok nak kawin,selepas itu boleh dapat banyak angpou dan hadiah lagi.
VILLIAM DAN LILI
Lili berasa kesunyian sejak Villiam sibuk, dia yang bertungkus lumus bersama adik² yang lain menguruskan rumah cahaya puan Anita,mencari penderma dan mengurus pebelanjaan,merawat yang tidak sihat dan cedera sewaktu menbuat kerja dan bergaduh,budak lelaki atau perempuan ada yang tidak mendengar kata bila dah besar,mana yang berani nak keluar berkerja dan mula hidup sendirian,mereka di lepaskan asal pandai menjaga diri,mereka dah lapan belas tahun ada yang mula memberontak ketidakpuasan,Lili tak mampu nak tahan.Dia hanya perlu menbuat yang terbaik,kebanyakan adik di rumah ini semakin remaja dan dewasa, cukup di ajar kehidupan dan pelajaran, mereka pasti mampu hidup bersama masyarakat lain.Mereka berhak mencari kebahagiaan yang mereka inginkan,sedangkan Villiam dan Lili anak² harapan puan Anita yang senior semuanya sudah menpunyai kehidupan sendiri ada yang dah berkeluarga.Lili masih ada seorang yang paling kecil yang perlu dia jaga sekarang,sikecil kesayangan puan Anita yang baru berapa tahun,budak perempuan comel anak campuran,sampai sekarang masih tidak tahu siapa keluarganya,dia di tinggalkan di hadapan rumah cahaya,kerana kecomelannya itu dia menjadi kesayangan semua dan di jaga dengan baik dan sekarang jadi kesayangan Lili.Lili sangat gembira bila dia dipanggil mama oleh sekecil.
Dah selesai segala kerja hari ini,tubuh Lili mula terasa lenguh,lewat malam masa untuk tidur,semua pun dah tidur.Sekarang Lili pula nak berehat,esok dia nak menbeli barangan dapur,sudah pasti banyak kerja yang dia perlu buat lagi,memang tak selesai.Jauh di sudut hatinya mengharapkan Villiam datang menolong,segalanya pasti cepat siap bila Villiam tolong.Villiam pandai menguruskan kerja² berat dan bab barang makan tahan berapa lama,nak telefon Lili rasa segan,dia takut Villiam fikir hal kecil tak boleh buat, bukan Lili tak pernah buat selama ini,dia selalu mengikuti puan Anita buat kerja,sebab mereka tak ada pembantu lain,tiada siapa yang mahu tolong percuma.Lili berbaring termenung,pintu biliknya di ketuk berkali²,dia tidak perasaan,bila bunyi ketukan semakin kuat baru dia dengar dan terbangun,fikirnya pasti ada adik yang tidak sihat.Lili menbuka pintu bilik,pintu di tarik dengan kuat,dia terkejut bila Villiam masuk ke dalam biliknya seperti penyamun.Villiam tertawa melihat Lili kaku dan menyuruh dia menutup pintu.Lili jadi bengong sebab tak sangka lelaki yang dia nantikan,akhirnya muncul pada malam ini.Villiam duduk di katil Lili,Lili pula tersipu malu,bila teringat hal panas kemarin.Villiam bertanya kenapa Lili diam saja,bukan cakap rindu pada dia, sekarang dia dah muncul,mengapa senyap saja.Lili menjawab dia terkejut sangat,kemudian Lili menatap wajah Villiam,wajah Villiam kemerahan.Lili bertanya Villiam tidak sihat ke?Villiam menjawab tidak,dia panas saja.Lili tak tahu nak cakap apa lagi,padahal tadi dia dah mula mengantuk,sebab letih dan sekarang kena gangguan hati pula,tetiba lelaki hemsem masuk ke bilik,suasana dah jadi lain.
"Lili nak tidur ke?...
Villiam bertanya walaupun dah tahu,Lili menjawab belum lagi,dia tengah berfikir hari esok,dia ada banyak kerja yang nak diuruskan,mendengar kata Lili.Villiam menarik tangan Lili menyuruh dia berbaring,dah lewat katanya.Kemudian Villiam menutup lampu,suasana jadi gelap.Lili tak sanggup menbiarkan Villiam pergi,tapi tiada bunyi pintu terbuka,malah Villiam berbaring di sebelahnya,Lili seperti kena serangan jantung.Villiam berbaring di sisinya,mereka suami isteri apa yang perlu di takutkan lagi, bukan sebelum ini Lili berani bertindak,sekarang dia dah jadi seperti kura².Villiam bertanya kepada Lili,dia dah tidur ke?Lili jawab belum lagi.Villiam mendekati Lili perlahan dan mula memeluk pinggang Lili.Lili kaku,tapi pada masa yang sama gembira sangat tak terkata,Villiam dah menerimanya.Villiam mula bertindak seperti seorang lelaki dan suami selayaknya,kali ini Villiam lebih mendominasi keadaan.Lili hanyut dalam buaian asmara,setiap ciuman dan pelukan terasa manis,kalau saja masa terhenti saat ini dan mereka berdua boleh bersama selamanya,bercinta dan memadu kasih hingga tiada penyudahnya,nikmat yang mereka layari saat ini terlalu indah.