Berita panas hubungan Quan dan Diana bukan saja tersebar di syarikatnya,tapi juga di media sosial.Rancangan Diana mengupah penyiasat pribadi mengambil gambar dia dan Quan semasa mereka masuk ke dalam bilik hotel dan menyebarkan foto² mereka di Internet telah berjaya.Quan tidak tahu dia diperdaya oleh Diana,Quan yang terperangkap cuba untuk memberikan penjelasan kepada Ruth lagi,tapi Ruth sudah menghilang diri selepas mereka bertengkar besar,Ruth mahu keluarganya merahsiakan tempat dia pergi bertenang.Ruth berasa kecewa sangat terhadap Quan,sakit hati yang tak berdarah,hanya terasa sesak di kerongkong,bisa yang menikam² di seluruh organ dalam dada,sukar nak dia terangkan dengan kata².Ruth hanya ingin segalanya berakhir,tiada lagi sandiwara yang menyakitkan hati,cukup dengan apa yang dia rasa dan kepercayaan yang telah dia berikan,semuanya bukan hak milik dia lagi,dia tak layak bahagia atau merasa dicintai.Ruth sudah berputus asa dengan Villiam dan kini,Quan.Pertunangan mereka juga tergantung begitu saja.Quan merayu ingin bertemu dengan Ruth untuk menjelaskan segalanya lagi,tapi ahli keluarga Ruth melayannya dengan dingin,dia juga di pukul oleh Ate dengan teruk berapa kali,hingga bapanya terpaksa pertahankannya,semua orang kecewa dan sedih dengan apa yang terjadi.Tapi perkara dah berlaku,siapa yang harus di salahkan,semua yang terjadi adalah ketentuan dari yang esa.Di syarikatnya, Quan masih bersikap seperti biasa, seperti tiada apa yang berlaku,walaupun dia tahu semua pekerjanya sudah tahu apa yang terjadi antara dia dan Diana.Diana pula seperti beruk dapat bunga,mengambil kesempatan dalam kesempitan,dia semakin angkuh mempamerkan lagaknya seperti seseorang yang penting kepada Quan.Quan tidak tahu apa yang Diana lakukan di belakangnya,demi pangkat dan kuasa,Diana main trik.Quan pula percaya dengan apa yang Diana katakan,bagaimana mereka berdua boleh terlanjur,Diana telah mereka cerita apa yang terjadi,sehingga mereka berdua sekatil.Quan berasa bersalah kepada Ruth dan Diana,siapa yang harus dia pilih sekarang.Ruth seperti biasa akan menlarikan diri dari masalah,Diana mengambil peluang yang ada,dia kelihatan besar kepala di syarikat Quan,tampa Quan sedar,hanya kaki tangan syarikat itu sahaja yang tahu betapa buruknya sikap Diana kepada siapa yang tidak sekutu dengannya.Ibu Quan pun menyukai Diana setelah melihat foto mereka di media sosial kemarin,ibu Quan mengharapkan hubungan Quan dan Diana menjadi,ibunya tidak mahu Quan terlalu mengharapkan Ruth,sebab Ruth bukan menantu idaman lagi.Ruth agak kasar di mata tuanya,saat ibu Quan berfikir Quan telah menjalinkan hubungan yang baru dengan orang lain,ibunya sangat gembira. Quan juga di pujuk untuk menbawa Diana menemuinya di rumah,tapi Quan menberi alasan, sebab Quan tidak menberitahu perkara sebenar yang terjadi,Quan masih mengharapkan hubungannya dan Ruth masih boleh dipertahankan lagi,dia tidak mahu cinta pertamanya putus begitu saja,sedangkan sebelum ini dia sudah sengsara menbuat keputusan yang salah,berfikir Ruth akan selalu setia,akhirnya Ruth menerima cinta Villiam.Dan sekarang dia pula terjebak dengan Diana hingga terlanjur,siapa yang boleh menerima kekasih yang curang.Quan sangat menyesal bila berfikir, kiranya dia tidak menbawa Diana ke majlis malam itu.Seharusnya dia boleh saja tidak menbawa pasangan,tapi mengapa seorang yang bijak boleh jatuh kedalam masalah yang cukup memalukan,apatah lagi dia seorang businessman.
Villiam sangat terkejut bila dia mendapat tahu berita hubungan Quan dan Ruth dilanda masalah,hatinya resah berfikir keadaan Ruth sekarang,apakah Ruth baik² saja,padahal mereka baru kembali bersama.Villiam dan Lili seperti biasa mereka dah semakin mesra sejak dari malam pertama,tapi Villiam masih kekok biarpun Lili tidak mengukit perkara itu,dia masih berasa bersalah sebab fikiran dan hatinya masih ragu² untuk menerima Lili dan kini Ruth di landa masalah,keyakinannya semakin goyah,Villiam masih berfikir kalau inilah kesempatan dia mendekati Ruth lagi,Villiam terfikir ingin bertanya kepada Aboy,sebab dia dan Aboy boleh dikatakan baik juga,tak mungkin dia bertanya kepada Ate,Ate Kaki maki orang.Lili pula semakin resah bila dia juga mendapat tahu hubungan Ruth,tapi Lili juga percaya Ruth tidak akan mungkir janji,hanya kerana hubungan Ruth dan Quan hancur,tidak mungkin Ruth merampas suami orang,Ruth juga masih ada harga diri, sedangkan banyak lagi lelaki bujang di luar sana,untuk apa dia mengambil sisa orang,fikir Lili dibenak fikirannya.Lili berasa senang hati,jadi dia tidak mahu berfikir soal Ruth,sekarang macam mana dia nak menbuat Villiam patuh padanya dan menguatkan hubungan mereka suami isteri,sebab Villiam seperti kucing liar,nak membelai tapi takut di cakar.Lili seperti seorang yang gersang,hanya mampu melihat Villiam dan berpura tiada apa²,hanya tuhan saja yang tahu apa yang Lili fikirkan.Villiam masih berkerja di restoran dan tinggal di rumah sewa bujang,dengan alasan nak kerja dekat,tapi bila ada waktu yang diperlukan dan hari cuti, dia pasti akan balik ke rumah cahaya.Villiam selalu menolong Lili bila Lili kesulitan nak menyelesaikan masalah.Villiam tidak berhenti kerja kerana mereka perlukan duit sampingan kiranya terjadi sesuatu di rumah cahaya,sebab itu Lili tidak membuat banyak permintaan,lagi pun dia berada selamat,musuhnya tidak berkerja di tempat itu lagi,jadi tidak ada masalah.
Villiam sedang memasak di dapur untuk makan malam bersama dengan adik² di rumah cahaya,kedengaran bunyi seseorang sedang muntah,tetiba seorang adik datang menberitahu kepada Villiam yang Lili tidak sihat,Villiam berfikir mungkin Lili demam,dia segera membersihkan dapur dan pergi ke bilik Lili untuk melihat,Lili kelihatan lesu tidak bermaya,dia berasa pening dan loya.Villiam berasa bimbang bila melihat keadaan Lili,jadi dia memutuskan untuk membawa Lili menemui doktor,mereka berdua keluar selepas selesai makan malam,Lili pening teruk dan payah untuk berjalan,Villiam terpaksa mengangkat Lili masuk ke dalam kereta dan menbawa masuk ke klinik,Villiam memapah Lili dengan berhati²,mereka tetap suami isteri, biarpun ada sedikit keraguan.Lili di periksa oleh doktor untuk memastikan apakah masalah yang Lili hadapi,agak lama juga Lili di dalam bilik doktor,Villiam keresahan menunggu di luar,sebenarnya Villiam banyak berfikir walaupun dia kelihatan tenang duduk di luar,ada sesuatu yang dia takut,hampir lima puluh minit kemudian Lili keluar,dia tersenyum gembira dan memberitahu Villiam dia pergi mengambil ubat,pucat wajah Villiam melihat senyuman Lili,dia dapat meneka kalau Lili sudah hamil,jantungnya berdegup kencang seakan detak nafas terakhir.
Di depan kaunter pertanyaan kecoh bila seorang makcik datang ingin menemui Mr Quan,makcik itu menbawa sebakul buah-buahan ingin menemui bos mereka,perkerja tempat itu memandang rendah kepada makcik yang datang dengan pakaian biasa,tidak seperti datin atau puan besar.Diana yang melihat kecohan berasa geram budak bawahan tidak pandai menguruskan masalah yang bergitu kecil,hingga dia perlu masuk campur.Diana menjerit dan bertanya dengan kasar,apa yang terjadi.Makcik itu tersenyum padanya,baru nak bersuara,Diana dengan angkuhnya berkata"kat sini di larang minta sedekah!"Diana juga memarahi kakitangan bawahan tidak pandai berkerja,sambil berlalu Diana menutup hidungnya dan berkata busuk!Makcik itu tidak diperduli,dia melihat dengan dingin,hati manusia sukar di fahami.Makcik akhir sedar,tiada manusia yang baik bila hidup tidak berbenda,dia pun menelefon anaknya menjemput dia sendiri di bawah.Quan tergesa² berlari menuju ke pintu lif,dia tersempak Diana yang baru keluar dari lif,baru Diana bersuara pintu lif tertutup.Diana bertanya ke salah satu staf di situ,kemana Quan pergi?staf berkata yang ibu Mr Quan baru sampai,jadi Mr Quan pergi menjemput ibunya di bawah.Diana merasa gembira sangat bila tahu ibu Quan akan datang,jadi dia menyiapkan bilik tamu dengan rapi,bersih,wangi dan air jus buahan yang segar.Diana duduk sambil menbetulkan pakaian yang seksi agar nampak sedikit sopan,fikirnya pasti ibu Quan akan menyukai dia,sebab dia cantik dan bijak.
Hampir tiga puluh minit menunggu Quan dan ibunya tidak masuk ke bilik tamu,Diana dah tidak sabar lalu keluar melihat keadaan,rupanya Quan menbawa ibunya ke dalam bilik kerjanya,sambil menrapikan rambut dan solekan wajahnya,Diana pun mengetuk pintu,dia menbawa tiga gelas jus buah,dengan hasrat nak berbual bersama,sekali dia masuk ke dalam dan melihat ibu Quan,wajahnya berubah menjadi pucat,sedangkan mata ibu Quan tajam ke arahnya.Diana menberanikan diri,otaknya pantas berfikir mencari alasan.Diana dengan lembut bertanya kepada Quan,siapa makcik di sisinya?Quan menjawab...ini ibu dia.Diana masih berpura dan menlanjutkan perbualan,dia menperkenalkan diri sendiri tampa di pinta,baru Diana nak duduk di kerusi,ibu Quan berkata"pergi keluar!"Diana terkejut suara perempuan tua ini sangat lantang dan kuat,rasanya boleh di dengar hingga ke tingkat bawah.Diana tidak berganjak kerana nak menjaga air mukanya,kalau dia keluar dari bilik Quan,semua orang akan tahu dia di halau oleh ibu Quan.Diana mencuba dengan meminta maaf atas kekasaran dia semasa di bawah tadi,ibu Quan berdiri dan menghampiri Diana..."pengemis yang busuk?rasanya pengemis lagi bagus dari yang nampak bagus tapi tidak bagus!sekarang keluar!atau saya panggil sekuriti."
Diana melihat ke arah Quan,dia beralih kepada Quan,agar ibunya tidak menghalau dia keluar dari bilik itu.Quan kelihatan dingin kepada Diana,matanya tajam dan marah,Quan berdiam diri tidak bersuara,ibunya telah dihina depan semua orang,apalagi bawahannya.Diana mengalir air mata palsu,tapi sia² keduanya sudah tidak kasihan lagi,Diana dengan wajah yang marah menahan malu terpaksa keluar dari bilik Quan,sewaktu dia menbuka pintu untuk keluar,staf di situ pun berpura sibuk,mereka mendengar dengan jelas Diana di marahi ibu Quan,mereka bergosip dan mengutuk Diana sebab sombong,sekarang dia dah kena,apa yang harus dia buat untuk menbetulkan masalah yang terjadi.
Villiam berasa tertekan,nak bertanya atau tidak tentang kehamilan kepada Lili,Lili pula tidak menberitahu apa pun padanya,Lili sudah berisi atau tidak.Villiam bingung asyik meneka²hingga nak makan minum pun tak selera,dia takut sangat sebab tidak bersedia menjadi ayah,segalanya masih baru dan masih dalam proses pengenalan antara dia dan Lili,hatinya yang ragu dan fikiran yang serabut,ingin dia berlari ke arah Ruth,tapi di mana Ruth pergi,kalau dia mencari Ruth,bagaimana dengan Lili,kalau betul Lili hamil,sedangkan dia tidak bersedia,bagaimana cara untuk dia selesaikan masalah yang dia sendiri tidak tahu apakah akan selesai.Villiam terbaring kaku di katilnya,tubuh dan mindanya terasa penat sangat.Lili seperti biasa dia sibuk melayan karenah adik² rumah cahaya,terutama sikecil kesayangan mendiang puan Anita,si kecil sudah semakin besar dan comel,dia kesayangan semua di rumah ini,kerana dia jugalah yang paling kecil.Lili paling suka melayan dia,bagi makan,mandi dan bermain,mereka berdua juga tidur bersama,kadang ada juga adik yang lain bertanya mengapa Lili dan Villiam jarang tidur bersama,mereka nak Villiam dan Lili bahagia,mereka takut kerana sikecil hubungan Villiam dan Lili tidak mesra,mereka nak sikecil tidur bersama mereka,tapi Lili pandai menjelaskan keadaan agar adik dirumah cahaya tidak curiga,hubungan antara dia dan Villiam hanya mereka berdua yang tahu bagaimana semuanya terjadi,iya hanya Lili yang tahu...bertapa sukarnya untuk dia menjinakan hati Villiam,apa yang harus dia lakukan lagi,padahal Villiam boleh meneka kalau dia sakit kemarin,tapi Villiam masih tidak bertanya dan bertapa di tempat rumah bujangnya.Lili ingin Villiam bertanya sendiri ubat apa yang dia makan,mengapa dia muntah...Lili terpaksa menahan segalanya,agar hubungan mereka tidak parah,sekarang bukan waktunya untuk Lili mencari masalah,Ruth masih lagi dalam fikirannya,kalau dia silap langkah seperti Quan,Lili juga akan hancur,dalam fikirannya mengapa Ruth digilai sangat oleh lelaki,apa yang bagus tentang Ruth,hanya cantik,semua orang pun cantik termasuk Lili,tapi mengapa kedua lelaki sangat gila padanya,apa yang Ruth ada tidak ada pada gadis lain,kadang Lili berasa tidak adil sangat,dia hanya ingin seorang lelaki,iaitu Villiam.Lili berharap sangat Villiam mencintainya,mereka dah kenal terlalu lama,apakah tiada perasaan cinta padanya?Lili sedih bila memikirkan masa depanya,dia ketakutan,hingga segala perkara dia tidak berani meminta dan bersuara,dia hanya mampu menunggu,mencari peluang dan waktu yang sesuai untuk menghadapi Villiam,rasanya segala macam hal yang dia lakukan untuk menawan hati Villiam,rasanya bergitu susah,memang Villiam menlayan Lili dengan baik dan tidak pernah bersuara kasar padanya,tapi itu hanya sekadar kebaikan saja,kerana Villiam memang baik,yang Lili inginkan adalah rasa cinta darinya bukan kebaikan semata²,Lili inginkan hatinya yang telah dia berikan kepada Ruth,satu itu yang Lili dahagakan,sebab itu Ruth menjadi musuh Lili dalam diam,Lili sangat cemburu,walaupun cemburu dia harus bertahan agar tidak silap langkah hingga memakan diri sendiri.