Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 20 - Chapter 19

Chapter 20 - Chapter 19

VILLIAM DAN LILI

Awal pagi Lili bangun untuk bersiap²,wajahnya manis dan jantungnya masih bedebar tak menentu lagi,dia bangun pelahan² untuk menuju ke bilik mandi,Lili melihat Villiam masih lagi tidur tak sedar diri,dia nak bersiap dulu sebelum Villiam melihat wajahnya yang baru bangun tidur agar dia tak berasa segan,dia ingin menberi penampilan yang cantik semasa Villiam bangun nanti.Lili baru menyedari yang tubuhnya ada kesan kemerahan di sana sini,di paha,dada dan leher pun ada,wajahnya terasa panas,ada perasaan malu tapi menyenangkan.Lili segera mandi sebelum dia mula mengelamun lebih jauh.Lili keluar dari bilik mandi setelah siap berpakaian,melihat tubuh Villiam yang putih melepak terkena pancaran cahaya matahari sangat memukau,akhirnya Villiam terjaga.Villiam terkejut mengapa dia berada di bilik Lili,Lili mendekati Villiam tersipu malu,Lili menberikan tuala putih kepada Villiam,Lili menyuruh Villiam mandi di bilik mandinya,Villiam macam orang hilang ingatan,dia tak ingat apa yang terjadi,tapi melihat Lili seolah tidak terkejut yang dia sedang tidur di katil dengan keadaan separuh bogel,Villiam dapat meneka apa yang terjadi di antara mereka,Villiam mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi,bau wangian bilik Lili tak sama seperti bilik mandi Ruth,saat ini Villiam seperti ayam berak kapur,dia cuba mengingati apa yang terjadi,yang pasti dia minum terlalu banyak hingga hilang kesedaran.Villiam berfikir kalau dia bertanya apa yang terjadi pasti ini akan menyakiti perasaan Lili,dia seharusnya diam dan menerima keadaan sekarang,inilah yang terbaik.Villiam menagis tak berlagu di bilik mandi dengan air pancuran yang dingin.Lili pula mengarahkan hal² di dapur kepada adik² perempuan dulu,supaya mereka menbuat sarapan pagi,sekejap lagi dia dan Villiam akan keluar untuk menbeli barangan,hatinya berbunga² tak sabar berduaan dengan Villiam, Villiam akhirnya keluar juga dari bilik dengan keadaan yang segak,ingatannya yang kabur kembali sedikit demi sedikit,kesilapan yang terjadi selalu berpunca darinya.Villiam dah ingat yang dia berjanji akan menolong Lili pergi menbeli barang hari ini,wajahnya selambe saja,sedangkan Lili setengah mati menahan nafas,lagi² adegan malam tadi masih segar di ingatannya,dia malu sangat hingga nak menatap mata Villiam pun tak berani.Villiam mengajak Lili pergi bersarapan dulu sebelum mereka pergi menbeli barang,di restoran biasa yang mereka berdua pernah pergi,Villiam memesan makanan setelah Lili menjawab macam biasa,iaitu nasi kandar lauk sotong pedas kegemaran Lili,makanan satu ini memang kesukaan Lili,Villiam pun tahu sejak dari kecil lagi Lili suka makan sotong pedas.Villiam pula tiada yang dia suka,semua makanan dia bedal asalkan kenyang,bila tengok Lili makan pelahan macam siput,Villiam rasa bersalah pula,apa yang harus dia lakukan sekarang,mereka berdua dah berhubungan seperti suami isteri,sedangkan hatinya masih tiada perasaan istimewa kepada Lili,nampak sangat wajah Lili malu² padanya,nak tanya lebih baik jangan,Villiam ingat lagi wajah Lili yang kecewa padanya,Lili lemah lembut orangnya,tapi ada waktu yang menbuat dia hilang kawalan,dia berani bertindak lebih jauh. Selesai makan mereka berdua menuju ke pasaraya borong,mereka menbeli barangan dapur dengan banyak,basah juga kering yang boleh bertahan lama untuk di simpan,macam orang nak meniaga dah,Villiam menjadi sorotan mata² di pasar hingga menbuat Lili tak senang,dia tak sangka Villiam jadi perhatian,menyesal dia bawa Villiam ikut sekali.

ABOY DAN HLEY

Ate mendapat panggilan dari kenalan mereka yang berkerjasama dengan Aboy di Singapura,dia bertanya kenapa Aboy tetiba berhenti kerja,Ate terkejut mendengar pertanyaan kenalan mereka itu,dia dan keluarganya tidak tahu yang Aboy telah berhenti kerja,kenalannya memberitahu yang Aboy sudah dua minggu berhenti kerja tampa sebab,Ate sangat terkejut dan tidak tahu apapun,Ate bergegas pulang ke rumah untuk bertanya,kalau bapanya tahu Aboy berhenti atau mungkin Aboy tukar kerja lain,tapi Aboy sangat sayang Kerja dan rakan Kat situ,dia pernah cakap nak kerja sampai pencen.Ate sampai di rumah dah waktu petang,kebetulan bapanya baru balik dari kedai runcit,berkedut wajah encik Tan bila melihat Ate resah semacam,encik Tan fikir Ate ada masalah lagi.Encik Tan bertanya kepada Ate mengapa tergesa² macam orang kena kejar along.Ate nak tanya pun serba salah,nampak sangat bapanya tidak tahu pasal Aboy,tapi dia terpaksa bercakap juga,sebab penting juga,Aboy jarang buat masalah.Ate takut mungkin Aboy jatuh sakit,jadi dia kena cakap juga walaupun takut bapanya risau.Lalu Ate bertanya kalau bapanya tahu Aboy sudah berhenti kerja,encik Tan tercengang dengan muka berkedut,maksudnya encik Tan memang tidak tahu apa² pun yang jadi kepada Aboy, mereka berdua duduk di ruang santai di tepi rumah,terasa berangin di waktu petang sambil pekena teh cina,nampak sangat wajah risau encik Tan,tapi dia tak banyak cakap.Ate pun risau juga pasal Aboy,tetiba berhenti kerja,selepas itu tak balik dan tak beritahu apa pun yang terjadi pada dia,selang beberapa minit berdiam diri,encik Tan bersuara esok nak pergi ke Singapura,Ate hanya mengangukkan kepala tanda setuju.Pagi hari keduanya bangun dan bersiap untuk pergi sarapan,kemudian mereka terus menuju ke pintu kastam yang menghubungi Malaysia-Singapura.Tak sampai sejam mereka muncul di depan rumah sewa Aboy,pintu di ketuk berkali²,tapi tiada yang membuka pintu.Bila di telefon,bunyi telefon kedengaran dari dalam bilik Aboy.Ate mula mengetuk pintu dengan kuat lagi,pintu akhir di buka.Mereka berdua terkejut melihat Aboy yang kusut masai macam orang sebulan tak mandi,sekali masuk ke dalam rumah,bau yang menyegit menusuk dalam hidung.Ate dan bapanya tidak bersuara,mereka sedar Aboy benar² dalam masalah besar.Aboy hilang selepas dia membuka pintu,sekali dijenguk oleh bapanya,dia terbaring di katil macam mayat hidup.Encik Tan tak tahan dengan bau dalam rumah Aboy,dia menyuruh Ate menguruskan Aboy,dia nak bersihkan rumah.Ate terkedu di bagi urusan berat,Ate pun takut juga melihat abangnya sebegitu rupa,dah seperti pelakon cerita seram.Encik Tan mula membersihkan rumah dari dapur ke ruang tamu,lepas itu dia membersihkan bilik mandi pula,sebab dah berlumut dan mengelikan.Ate pula sebelum nak memujuk abangnya,dia mencari² sesuatu yang boleh di jadikan topik perbualan,sebelum ini Ate tahu Aboy ada kekasih,dah tentu itu cinta pertama Aboy.Aboy popular di sekolah dulu,tapi tiada seorang pun yang dia pernah terpikat,bila tahu Aboy bercinta,sudah pasti juga mungkin putus cinta.

QUAN KENA JERAT

Diana menemani Quan menghadiri majlis terbuka di sebuah hotel yang di anjurkan oleh rakan sebidang di bukit bintang,majlis sangat meriah di hadiri oleh banyak orang dari dalam dan luar negara.Quan bertemu dengan rakan lama sewaktu belajar di luar negara dulu,mereka memuji Quan dan Diana sangat secocok,berbunga hati Diana mendengar pujian demi pujian.Quan cuba untuk menjelaskan tentang hubungan dia dan Diana,tapi keadaan tidak mengizinkan,mereka hanya berbual benda penting saja,perkara remah nak menjelaskan sesuatu yang biasa,memiliki banyak perempuan perkara biasa bagi lelaki,terutama yang bujang,teman pendamping majlis adalah biasa silih berganti bagi ahli usahawan.Ruth tidak menemani Quan sebab Aboy,Ate dan encik Tan tak tahu nak memujuk Aboy,mereka berharap kepada Ruth untuk membantu abangnya,sebab Ruth dah mengalami benda yang sama,mungkin dia bijak menolong Aboy.Quan melarang Ruth pergi ke Singapura,dia mengharapkan Ruth jadi temannya di majlis itu,tapi bagi Ruth,saudaranya lebih penting dari majlis,kebetulan Diana juga tahu selok-belok kerja mereka.Ruth menyuruh Quan menbawa Diana.Quan terpaksa mengikut kata² Ruth.Di majlis Diana berpeluang melaram dengan gaun yang seksi dan menjolok mata,yang menbuat Diana sangat gembira,bila dia dapat menari dengan Quan,berada dalam pelukan lelaki yang dia impikan,seperti mimpi indah yang tiada siang.Diana tersedar juga sebab Quan semacam tak selesa dengan dia,Quan asyik dan mengelak saja,sekejap² ada saja rakan,teman lama,orang barulah yang dia nak berbual,sedangkan Diana nak menggunakan peluang yang ada menari dan menggoda.Diana merasa bosan dia tertinggal keseorangan,melihat Quan yang popular di kalangan usahawan muda dan tua,memang dia lelaki yang menjanjikan masa depan yang lebih cerah.Diana tersenyum nakal,niat jahatnya mula menguasai dirinya,dia telah mendapatkan idea yang tepat saat ini.Diana mendekati Quan yang sedang berbual dengan salah seorang usahawan tua,mereka sedang berbincang soal bisnes,kemudian Diana membawa segelas champagne lalu diberikan kepada Quan,tampa sedar Quan meneguk berkali² kerana terbawa perbualan soal bisnes.Diana di sebelahnya masih menanti umpan di makan hingga terkena,tidak lama dari itu tubuh Quan mula beraksi,Quan berasa tidak selesa,tienya di longgarkan berkali²,akhirnya dia minta diri untuk mengundurkan diri.Diana di sisinya seperti patung mengekori langkah kaki Quan.Quan semakin hilang kesedaran,dia terhuyung hayang hingga perlu di papah oleh Diana,Diana membawa Quan ke bilik hotel yang Diana siap tempah dari awal,Diana betul tak sangka persiapan yang dia buat,akhirnya berguna.Diana membawa Quan masuk ke bilik dan membaringkan Quan di katil.Diana juga memastikan pintu dikunci,kali ini Quan tidak akan lepas lagi.Diana berbaring di sisi Quan,Quan sedang khayal dan bernafsu.Quan tidak sedar Diana berbaring di tepinya,Quan tidak dapat berfikir dengan jelas,dia merasakan sentuhan seseorang,tangan yang lembut dan wangian seorang wanita,Quan beraksi pantas.Diana pula berada di bawah Quan,Quan mencium leher Diana,sebab wangi yang harum.Diana pun tersenyum menikmati.

ATE MERADANG

Ate tidak tahan melihat Aboy macam orang gila menangis di tinggalkan kekasihnya,dah tahu kekasihnya curang,tapi masih nak bersama lagi dan Aboy sanggup jadi pak turut.Ate mengamuk mendengar luahan hati Aboy sewaktu Ruth berjaya memujuk abangnya.Mereka terkejut sangat Aboy dah tahu kekasih curang tapi dia boleh membutakan matanya,untung Hley bukan kaki kikis dan jujur juga,kalau tak Aboy akan jadi pengemis cinta,sanggup buat apa saja demi cinta.Hley yang minta putus dulu sebab tak sanggup menipu Aboy, dia rasa bersalah kalau masih bersama lagi, dia tolak lamaran Aboy,cincin dipulangkan,Aboy tak mahu menerima, dia tak mahu putus,Hley meninggalkan Aboy sebab dia dah berisi,tapi bukan milik Aboy, sebab mereka dah lama tak bersama sejak malam itu,hanya Aboy yang tak boleh melepaskan Hley,Aboy tak kisah anak dalam kandungan milik siapa,perkara itu membuat Hley semakin berasa bersalah,dia berasa Aboy dah hilang pertimbangan dan mengarut.Hley terpaksa meluahkan isi hatinya yang dia sudah tiada perasaan kepada Aboy,dia nak Aboy menerima hakikat sebenarnya,mereka tiada jodoh,Hley keluar dari rumah Aboy.Sejak itu Aboy menjadi tak terurus lagi,dia sedih sangat.Impian untuk bersama hancur begitu saja.Ruth memahami apa yang Aboy rasai hingga keduanya mengalir air mata,encik Tan dan Ate juga bersimpati dengan nasib Aboy yang gagal dalam percintaan setelah Ruth,Ate nak mencari Hley buat perhitungan,tapi encik Tan melarang,soal cinta tiada paksaan,selepas berapa hari kemudian Aboy kelihatan kembali tenang,seolah dia mula menerima kehilangan Hley,dia merancang kembali bersama keluarganya dan mula hidup baru di negara sendiri.Hley adalah kegagalan yang menyedihkan bukan hubungan yang sihat,jadikan kenangan lepas.

Ruth bersendirian pergi ke kedai runcit membeli barang untuk memasak,sewaktu dia berjalan seorang diri,tetiba hatinya berasa tak sedap,terasa seperti dia sedang diekori seseorang,lalu dia menoleh kebelakangan,Ruth melihat seorang wanita hamil menghampirinya,dia ingin berbual dengan Ruth,sebab wanita itu tahu Ruth adalah adik perempuan Aboy.Hley,Hley meminta maaf sebab dia,Aboy kehilangan pekerjaan,dia mengaku selama ini dia mendekati Aboy dengan tujuan tidak baik,sebab Aboy terlalu mencintai dia,dia mula rasa bersalah dan tak sanggup lagi nak meneruskan hubungan selepas dia menemui insan yang sesuai dengan keinginannya.Aboy terlalu jujur dan baik padanya,tapi Aboy bukan lelaki idaman,Hley berterus terang kepada Ruth,dia benar² minta maaf sebab dah melukakan hati semua orang,Hley tiada niat pun untuk buat hingga begini,hingga Aboy hilang segalanya.Ruth lega Hley berani meluahkan segalanya,dia tidak menyalahkan Hley,manusia berhak mendapatkan kebahagian,sekiranya Hley bertahan hingga perkahwinan,sudah pasti akan terjadi penceraian,dia mengambil keputusan yang bijak,walaupun ada yang terluka.Hley meninggalkan Ruth setelah selesai berbual,Ruth juga memberitahu Hley yang dia tak perlu berasa bersalah sangat,kerana masa mampu menyelesaikan setiap masalah,apatah lagi Aboy pun dah buat keputusan untuk kembali dan mungkin akan bekerja di Kuala Lumpur.Ate menbebel bila Ruth tiba di depan pintu,dia baru nak keluar mencari Ruth sebab lama sangat diluar,mereka dah fikir kalau Ruth di tangkap orang.Ruth tertawa berasa lucu,lalu dia berbisik dengan Ate dan bapanya yang tadi bekas kekasih Aboy menemui dia dengan rasa bersalah,Ate berasa marah mendengar kata² Ruth,tapi dia ditenangkan oleh bapanya,bapanya menunjuk² menggunakan jari ke arah bilik Aboy,Aboy sedang mencari kerja di KL.Aboy juga menghantar beberapa email permohonan kerja,setelah segalanya selesai mereka sekeluarga pulang ke Johor Bahru.