Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 14 - Chapter 13

Chapter 14 - Chapter 13

Ruth berhenti kerja dan pulang ke Johor Bahru secara tiba²,papa dan Ate tertanya² mengapa Ruth berhenti kerja,dia juga kelihatan tak bersemangat lagi,bila di tanya,dia menjawab saja nak rehat,ahli keluarganya sukalah dia berada di rumah,biarpun bergitu mereka dapat merasa ada yang tak kena,peragainya sering berubah²,Ruth cepat marah dan melenting tak tentu pasal,mula² Ate ingat adiknya bendera merah sahaja,tetapi sejak dia berhenti kerja hampir seminggu dah,nama Villiam pun dia tak sebut lagi, Ate dan encik Tan mula risau dan berbincang soal Ruth, apa yang dah jadi padanya,mereka berdua mula bercerita kepada Aboy,Aboy juga tak senang bila mendengar adik kesayangan tak gembira,kemudian dia meminta cuti tiga hari untuk pulang ke Malaysia.Aboy mengajak teman wanitanya sekali,Hley.tapi Hley pula menberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menemui keluarga Aboy.Hley hanya nak menumpang senang dan berseronok saja,bukan betul² nak jadi isteri Aboy,hanya Aboy saja yang tidak sedar.Ate ada cuba memujuk adiknya Ruth untuk menluahkan perasaannya,tapi Ruth berdalih dan lebih suka berkurung di bilik saja,siap makan minum,selesai bersih rumah sahaja, dia akan kembali berkurung.Ate kerja balik malam dan encik Tan balik petang,walaupun kecewa,Ruth tetap menyediakan makanan untuk encik Tan dan Ate,hanya dia tidak mahu makan bersama,sebab nak mengelak dari soalan sulit.Ruth menangis saat bersendirian di rumah,dia kecewa sangat bila teringat kata² puan Anita,puan Anita telah memberitahu segalanya kepada Ruth,apa yang pernah terjadi di antara Villiam dan Lili,yang menyakiti hati Ruth adalah Viliam.Villiam pandai berpura² terhadapnya,berpura baik dan menrahsiakan halnya untuk berkawin dengan Ruth,puan Anita juga dah berterus terang dia tidak mahu Ruth menjadi isteri Villiam,mereka berdua dari dunia yang berbeza.Ruth tidak tahu bagaimana mana nak meneruskan lagi hubungan mereka berdua,yang paling Ruth tak duga Villiam menlecehkan Lili,mengapa sampai bergitu sekali dan Villiam buat seperti tiada terjadi apapun,malah dia nak lari dari tanggungjawabnya,dia nak berkawin dengan Ruth selepas memalukan Lili.

Encik tan mengetuk pintu bilik Ruth,Ruth mengelap air matanya dengan cepat,dia menbuka pintu,melihatnya papanya berdiri di pintu dia memeluk papanya dan menangis,encik Tan cemas takut anaknya sakit,dia bertanya² kenapa Ruth menangis,Ruth serba salah nak cakap, dia tahu Villiam pasti di serang oleh papanya,apalagi Villiam bukanlah menantu idaman,maka ini adalah alasan yang sempurna.Ruth menangis,papanya hanya mampu menepuk² belakang anaknya,dia pun tidak tahu nak berbuat apa lagi.

"nangislah,kalau Ruth rasa ini penyelesaian."kata encik Tan.

Mereka berfikir mungkin Ruth bergaduh dengan rakan sekerja selain bergaduh dengan Villiam,mereka masih di dalam teka-teki,apa boleh buat kalau Ruth masih tak mahu bersuara.

Pada malam hari,Aboy sampai ke rumah,Ate dan encik Tan menunggunya tiba,sambil menanti mereka berdua berbual soal Ruth,harap Aboy dapat memujuk adiknya,Ruth dah tertidur selepas menangis teresak-esak tadi.Ruth kepenatan sebab terlalu sakit hati,rasa di khianati oleh Villiam.Aboy sudah tiba papanya pula menyediakan mee tepung,makanan kegemaran Aboy.Ate dapat tumpang sekaki,kebetulan perutnya lapar sangat,bukan senang nak rasa air tangan papanya,gaulkan tepung gandum dengan air dijadikan doh,selepas itu buatkan mee dengan mesin khas,buat sup mengunakan air rebusan ikan bilis saja,Ate ada juga lah menolong papanya mencarik cendawan tiram,kebetulan sayur pucuk manis dan bayam tidak ada,biasa ada kedua sayur itu pun sedap,semasa air rebusan ikan bilis dah menidih,encik Tan memasukan mee,dah masak tiga minit,dia mencampurkan cendawan yang di cuci Ate,sedikit bebola ikan dan potongan kek ikan dalam empat minit,ikut kematangan mee,akhir sekali bawang merah yang telah di goreng dengan minyak,harum semerbak bau mee sup encik Tan.

"wah... aku sudah tidak tahan."kata Ate.

"Aboy,makan."kata encik Tan.

"sudah lama tak rasa masakan papa,sedap ni."kata Aboy.

"makanlah,nanti rehat awal,esok jangan lupa cakap dengan Ruth."kata encik Tan.

Villiam pula merasa Ruth berubah tak tentu pasal,kenapa Ruth berhenti kerja langsung tidak memberitahu kepadanya.Ruth juga tidak dapat di hubungi lagi,dia sudah mencari di rumah Aboy,tapi Ruth masih tidak dapat di temui.Villiam juga mencari rakan sekerja Ruth,mereka kata Ruth dah berhenti kerja seminggu yang lepas tampa sebab,hanya bos yang tahu.Jadi rakannya tidak tahu apa punca,sebab mereka juga tidak dapat menghubungi Ruth.Villiam ingin mencari Ruth di Johor Bahru,Villiam yakin Ruth di rumah papanya,tapi dia masih tidak ada waktu lagi,kerana kerjanya dan masalah kesihatan puan Anita,puan Anita kelihatan kurang menbaik selepas pulang dari hospital kemarin,orang tua bila jatuh sikit pasti ada penyakit lain yang turut serta,Villiam betul² tertekan,untung Lili boleh menbantunya dalam keadaan bergini,mereka bergilir menjaga puan Anita kerana adik yang lain masih remaja dan kecil,mereka tidak tahu menguruskan rumah puan Anita,puan Anita di serang deman berkali² dan menbuat dia semakin lemah,tetapi doktor mengatakan penyakit biasa saja,tidak perlu risau,pada masa yang sama Villiam masih berusaha menghubungi Ruth,walaupun dia tidak pasti Ruth dimana, hatinya sangat rindu dan cemas, dia takut terjadi sesuatu terhadap Ruth,Villiam pula takut nak menghubungi Aboy,dia ada nombor Aboy,fikirnya kalau terjadi sesuatu kepada Ruth pasti Aboy menghubunginya juga.Villiam terfikir mengapa Ruth tetiba menghilang diri,dia akhirnya ingat kembali,hanya Ruth dan dia yang pernah menjemput puan Anita dari hospital.Tapi Villiam tak berani nak bertanya kepada puan Anita,apalagi sekarang puan Anita tidak sihat.Villiam menepuk dahinya,dia ketakutan,mungkin apa yang dia fikirkan telah bocor.

"tak mungkin mama menberitahu kepada Ruth."bisik hati Villiam.

Villiam berfikir,hanya puan Anita saja pernah berduaan dengan Ruth di hospital,semasa Villiam pergi menguruskan hal puan Anita keluar wad,tiada orang lain.Villiam pasti puan Anita akan berbuat apa saja untuk menlindungi Lili,kali ini kalimat apa lagi yang bakal Villiam gunakan.

Villiam melihat puan Anita terbaring,makannya pun semakin sikit, dia juga sedikit kurus dari biasa,nampak sangat tak bermaya sejak dari jatuh,puan Anita semakin lemah.Villiam tersenyum dan mengenggam tangan puan Anita,berat hatinya untuk mengeluarkan kata,apalagi bertanya hal yang terjadi.Puan Anita bersuara...

"Vil,mama rasa...masa mama dah sampai...

"mama,jangan cakap bergitu."

"mama dapat rasa,dengar kata mama Vil,pemintaan terakhir mama,kawin dengan Lili dan jaga tempat ini."pinta puan Anita.

Puan Anita mengenggam kuat tangan Villiam,Villiam melihat wajah puan Anita mengharapkan sangat,Villiam tidak mampu untuk menjawab tidak,bebannya semakin terasa,rumah cahaya ini akan berakhir sekiranya dia tidak menolong,tiada siapa lagi yang layak selain mereka sendiri sebagai penghuni tempat ini,tempat yang menberi banyak kenangan dan pengajaran,tapi yang paling berharga adalah kasih sayang puan Anita.

"Vil,tolong janji dengan mama,demi mama."puan Anita terbatuk hingga mengalirkan air mata.

Villiam terpikir,selama ini dia tidak pernah pun melihat puan Anita menangis ataupun mengeluh,dia sentiasa tenang dan tersenyum dan ini adalah permintaan pertamanya kepada Villiam,lagi puan Anitalah insan yang bertungkus lumus demi mereka tampa meminta apapun,menlayan semua seperti anak sendiri.

"hmmm...

"terima kasih Vil,mama ucap terima kasih."

"yang penting mama harus sihat dulu,nanti boleh tengok kami kawin."

"baiklah,mama akan sihat."

Di balik pintu Lili mendengar perbualan mereka,dia agak gembira tapi melihat mama dia pun tidak sampai hati,sekarang terpulang kepada Villiam,Lili memang sangat mencintai Villiam dengan sepenuh hati,tapi bila memikirkan hati Villiam tidak ada untuknya,apa mereka akan bahagia,tapi ego untuk memiliki terlalu tinggi.

TIGA BULAN KEMUDIAN

Quan berasa senang hati bila melihat Ruth semakin bersemangat setelah berkerja dengannya tiga bulan,Ruth cepat berkerjasama dengan rakan sekerja,dia juga selalu sibuk terutama bila Quan mengajak Ruth menyertainya setiap kerja,pada mulanya Quan ingin Ruth menjadi pembantu peribadinya,tapi Ruth menolak kerana tidak mahu orang bergosip,syarat Ruth.Cukup sekadar perkerja biasa bermula dari bawah seperti orang lain juga,baru Ruth akan berkerja dengannya.Quan tidak dapat mengunakan kuasanya terhadap wanita yang dia suka.Quan hanya mampu melihat bila ada lelaki lain yang mula mengatal terhadap Ruth, ingin sangat Quan menberitahu kepada semua pekerja yang dia ex-boyfriend Ruth,tapi sudah pasti menbuat Ruth meradang.Bila Quan berfikir dia nak takut apa lagi, padahal Ruth dah tinggal di rumahnya hampir sebulan,mereka serumah.Quan berterima kasih sangat kepada Ate dan encik Tan,kerana merekalah hubungan mereka kembali terhubung,masih samar,tapi permulaan yang baik.

Villiam dan Lili pula terpaksa berkawin semasa puan Anita sakit teruk,sebab untuk memenuhi permintaan terakhir puan Anita.Villiam ada pergi mencari Ruth untuk menbuat penjelasan selepas berapa minggu Ruth di Johor,tapi bukan untuk memujuk,Villiam terpaksa saat itu kerana puan Anita tetiba sakit teruk,oleh sebab tidak mahu puan Anita sedih,Villiam mencari Ruth untuk berterus terang yang dia akan berkawin dengan Lili,tapi bukan kerana cinta, tapi dia terpaksa dan akan menlepaskan Lili setelah puan Anita sembuh,tapi sayang selepas mereka berkawin puan Anita menghembuskan nafas terakhir dua hari kemudian,segalanya menjadi sulit dan tekanan buat mereka semua,tetiba orang yang paling berjasa pergi bergitu saja.Ruth tahu yang Villiam berjanji untuk menceraikan Lili dan kembali kepadanya,tapi Lili telah menemuinya secara rahsia tampa di ketahui oleh Villiam.Lili berterus terang yang dia sangat mencintai Villiam dan dia sudah tiada sesiapa lagi di dunia ini,lagi puan Anita mengharapkan mereka berdua untuk menguruskan rumah anak yatim itu,tiada siapa yang layak menlainkan mereka berdua.Lili mengambil kesempatan di atas kesulitan yang terjadi dan dia berjaya mematahkan semangat Ruth.Ruth tak seharusnya menganggu rumah tangga orang,kerana mereka tiada jodoh lagi.Ruth masih beruntung kerana masih mempunyai ahli keluarga,sedangkan Lili hanya Villiam yang dia kenal dari kecil,salah ke dia meminta kepada Ruth.

Setelah puan Anita tidak ada,semua hal diuruskan oleh Villiam dan Lili,mereka berdua jugalah menenangkan suasana yang pilu,kehidupan harus di teruskan biarpun orang tersayang telah pergi.Villiam dan Lili berkerjasama untuk menceriakan keadaan dan menjelaskan kepada anak yang tidak mengerti,mereka berdua lelah tapi secara tidak sedar mereka berdua serasi dan baik saja,hanya saja Villiam masih tidak dapat menlupakan Ruth,kadang dia terlupa kalau dia itu telah menjadi suami Lili,Lili bijak menbawa diri,dia tidak mahu gagal,dia hanya menjadi seorang pemerhati saja.Lili cemas juga kalau Ruth menberitahu kepada Villiam apa yang dia katakan sebelum ini,tapi dia dah cuba sedaya upaya untuk tidak menyakiti hati sesiapa.

Ruth saat Villiam menemuinya pada masa itu,dengan hati yang rindu sebab lama tak jumpa,Ruth fikir dia boleh menlupakan Villiam, rupanya tidak,bila melihat honda muncul di depan rumah,hatinya berdebar kegembiraan.Villiam pula buat kesilapan,dia fikir dengan berterus terang Ruth akan mengerti,dia silap.Ruth kaku mendengar penjelasan dan rancangan Villiam,nak kawin kerana terpaksa dan bercerai selepas itu.Ruth semakin tidak memahami dengan apa yang terjadi dan rancangan Villiam.Villiam kejam,sanggup ke dia kawin dengan orang yang mencintainya dan meninggalkan Lili,semuanya tak masuk akal.Ruth kasihan kepada nasib Lili,apalagi dia sebatang kara.

Di bilik yang sepi Ruth termenung di tepi tingkap melihat ke langit,apa yang harus dia lakukan sekarang,Villiam dah kawin.Quan pula semakin mencairkan.Quan tahu segala yang terjadi, tapi dia tidak pernah bertanya kepada Ruth.Quan tidak mahu Ruth teringat kepada budak chef itu.Ruth teringat kata² Aboy,jangan degil kalau sayang,nanti di kebas orang.Ruth dah nekad untuk menerima lamaran Villiam sebelumnya,memang mereka tiada jodoh agaknya.Ruth penat nak berfikir lagi,dia bangun dari kerusi dan berbaring di atas katilnya,rambutnya semakin panjang hitam mengurai dan bergelombang,nampak seksi bila di tiup angin,badan kecil yang kurus sederhana putih comel terbaring tak berselimut.Quan mengetuk pintu bilik,tapi Ruth tak menjawab, lalu dia menbuka pintu perlahan dan masuk.Quan tersenyum melihat gadis ayu yang tertidur.Quan lega,dia sangat lega hari yang dia nantikan telah tiba,rumahnya sudah ada permaisuri hatinya.Quan ingin segera Ruth menjadi miliknya,lagi dia dan ahli keluarga Ruth telah merancang untuk menbuat sesi lamaran terbaik buat Ruth secara rahsia.Quan mengecup dahi Ruth dan menyelimuti tubuhnya yang kedinginan.Quan berbisik di telinga Ruth.

"mimpi Quan malam ini."

Ruth tidak sedar dia di belai dan cium kerana terlalu penat berkerja,sebab menjadi pegawai biasa yang tak berpangkat,banyak kerja yang dia perlu buat untuk menyenangkan orang lama.Kadang Quan terpaksa masuk campur menyuruh Ruth menbuat kerjanya, jadi yang lain tiada alasan untuk menbuli dan mengunakan Ruth.Bila Quan ada di pejabat Ruth merasa tak selesa, dia takut sangat kalau orang lain tahu hubungan mereka begitu rapat gila.Quan keluar dari bilik Ruth dan menuju ke bilik kerjanya,dia mendapat panggilan dari rakan kongsinya,berapa minit juga mereka di talian.Quan mengeluh serba salah dengan permintaan rakan kongsinya.Quan bimbang apakah keputusan yang dia buat menerima anak saudara rakan kongsinya itu berkerja di bawah kepimpinannya itu adakah terbaik.