Chereads / Matahari Yang Hilang / Chapter 2 - Bab 1

Chapter 2 - Bab 1

Di tanah gersang yang dihiasi ribut pasir yang bertiup sederhana kencang, seorang ayah bersama dua anak gadisnya menentang seekor raksasa labah-labah yang berukuran dua kali ganda lebih besar daripada manusia biasa. Tubuh raksasa itu dihiasi duri hitam yang banyak dan ke enam matanya merah menyala. Hanya untuk bertahan hidup, hanya untuk melindungi dua pertama dalam kehidupannya, Si Ayah sanggup menentang raksasa itu hanya menggunakan sebuah pedang besi yang rapuh.

"Ting!" Pedang rapuh si ayah patah apabila bilahnya yang tumpul itu bertembung dengan kuku keras milik raksasa tersebut.

"Buk!" raksasa itu menghambat tubuh Si Ayah menggunakan kukunya yang panjang hingga membuatkan lelaki itu terbuang jauh daripada kedudukannya bersama mulut yang mula mengalirkan darah.

"Ayah..." salah satu daripada anak gadisnya cuba untuk membantu ayahnya. Berwajah cantik dihiasi kulitnya yang putih kemerah-merahan, berhidung mancung, kedua matanya yang bundar itu dihiasi dengan bola matanya yang berwarna biru kristal dan berambut panjang paras bahu berwarna kuning gelap.

Gadis cantik itu berlari ke arah raksasa labah-labah tersebut sambil memegang sebuah kapak besi berwarna merah. Apabila semakin hampir, dia melompat lalu mengarahkan kapaknya itu tepat ke bahagian tengah kepala raksasa itu.

"Pang!" pertembungan berlaku diantara kapak itu dengan kulit keras milik raksasa labah-labah tersebut.

"Buk!" raksasa labah-labah itu menghambat pula tubuh Si Gadis hingga terbuang ke bahagian belakang semula.

"Jane!" teriak kakak Si Gadis. Berwajah cantik dihiasi kulitnya yang juga kemerah-merahan. Berhidung mancung, kedua matanya yang bundar itu dihiasi dengan bola matanya yang berwarna merah gelap. Bibir kecilnya juga berwarna kemerah-merahan dan rambutnya yang ikal mayang itu dibiar lepas paras dada berwarna hitam gelap.

Si Kakak berlari sepenuh hati menuju ke arah adiknya yang terbaring menahan sakit terkesan daripada hentaman yang dilontarkan oleh raksasa labah-labah itu. Tanpa dia sedari, raksasa labah-labah itu sudahpun berlari ke arahnya bersama kedua kuku panjang yang sedia untuk menusuk ke dalam tubuhnya. Hampir sahaja kedua kuku itu menusuk ke dalam wajah Si Kakak,

"Tsukkk" Si Ayah berlari menghadang kedua kuku itu daripada menusuk ke dalam wajah anaknya. Kedua kuku itu menusuk pula kedalam bahagian dadanya hingga tembus ke bahagian belakang menghasilkan percikan darah merah yang sangat banyak.

Si Kakak terduduk bersama kedua matanya yang mula mengalirkan air mata. Adiknya pula ingin berlari ke arah Si Ayah, namun situasi menghayat hati itu membuatkan kedua kakinya kaku. Tubuhnya hanya mampu mengalirkan air mata tidak lebih daripada itu.

"Buk!" raksasa labah-labah itu melepaskan kedua kukunya daripada tubuh si ayah. Tubuh manusia itu terhempap ke bumi tidak bermaya bersama air mata yang mula mengalir.

Ketiga manusia itu kaku tanpa bicara. Si Ayah kaku bersama tubuhnya yang diambang maut, kedua anak gadisnya pula kaku bersama kejutan jiwa. Raksasa itu mengangkat semula kedua kukunya lalu mengarahkan kedua kuku itu ke arah Si Kakak.

"Maria! Lari!" Jane memecahkan suasana yang sedih itu dengan suaranya.

Gadis itu tetap dengan kedudukannya. Kedua matanya terpejam dikala sinar sudah hilang didalam jiwanya. Mati lebih baik daripada menanggung kisah yang menyedihkan. Hampir sahaja kedua kuku itu menusuk masuk,

"Tsing! Tsing!" Sufi muncul secara tiba-tiba di hadapan Maria memotong kedua kuku tersebut menggunakan kedua pedangnya.

Raksasa itu meronta-ronta kesakitan dan berundur ke bahagian belakang selangkah demi selangkah apabila melihat riak wajah Sufi yang sangat menakutkan. Pemuda itu tetap tenang, namun kedua matanya yang merenung ke dalam ke enam mata raksasa itu bagaikan si pemangsa yang akan menelan si mangsa.

"Abang..." seru Jane yang seakan melihat suatu sinar.

Maria membuka kedua matanya secara perlahan-lahan. Dia memandang tubuh Sufi yang hadir secara tiba-tiba di dalam kegelapan itu menjadi penyelamat kepada jiwanya yang hampir ditelan gelap.

"Tsuk! Tsuk!" Sufi dengan tangkas mencapai dan melontarkan belati hitam tepat menusuk ke dalam kedua mata raksasa itu yang berada di bahagian atas.

Raksasa itu meronta-ronta semakin kencang. Sufi berlari ke arahnya sambil mencari kedudukan yang sesuai untuk membutakan matanya yang tersisa.

"Tsuk! Tsuk!" dua lagi belati hitam tepat menusuk ke dalam kedua mata raksasa itu yang berada di bahagian tengah.

Apabila kedudukan Sufi semakin hampir dengan tubuh raksasa itu, dia melompat bersama kedua pedangnya yang terhulur tepat mengarah pada kedua mata raksasa itu yang tersisa.

"Tsuk!!!" kedua pedang Sufi menusuk tepat ke dalam kedua mata raksasa itu yang tersisa. Kini, keenam matanya sudahpun buta. Tubuhnya bergoncang semakin kencang seakan nyawanya berada di penghujungnya. Dalam beberapa detik, raksasa itu secara perlahan-lahan berhenti meronta lalu tubuhnya yang besar itu menghempap ke bumi bersama nyawa yang sudahpun hilang.

Sufi menoleh ke arah Si Ayah yang terbaring tidak bermaya. Dia menghampiri lelaki itu lalu duduk mencangkung berhadapan dengan tubuhnya.

"Pemuda." Si ayah menggenggam lengan Sufi bersama nafasnya yang semakin hilang. Terlihat, urat-urat tubuhnya mula berubah warna menjadi hitam.

Sufi membalas panggilan itu dengan senyuman kecil.

"Pacik, tubuh pacik..."

"Pacik tahu. Nak, tolong jaga anak pacik. Ya." Si ayah cuba berbicara untuk merayu simpati kepada Sufi di penghujung hayatnya itu.

Jane yang kaku itu berjaya menggerakkan tubuhnya. Dia berlari sepenuh hati menghampiri ayahnya lalu meletakkan kepala lelaki itu di atas ribanya.

"Ayah... Jangan risau... ayah pasti selamat."

"Ayah!" Maria berlari ke arah ayahnya bersama tangisan yang semakin deras mengalir.

Di tengah kegelapan itu, Sufi bergerak mengambil semula kedua pedangnya lalu berdiri di samping Maria.

"Jane... Maria... maafkan ayah. Ayah... tidak mampu bersama dengan kamu berdua lagi. Tubuh ayah semakin panas. Tubuh ayah semakin pa... nas." nafas si ayah semakin berat. Tubuhnya semakin panas kerana bisa yang raksasa itu berikan sudahpun meresap ke dalam saluran darahnya.

"Ayah... jangan pergi dulu. Tidak lama lagi kita akan menjumpai sinar kehidupan ini. Ayah..." Jane cuba memujuk keadaan.

"Aya..."

"Tsuk!" Belum sempat Maria membuka bicara Sufi menusukkan pedang hitamnya tepat ke bahagian jantung Si Ayah. Secara perlahan-lahan, Si Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir bersama tangisan.

Jane merenung wajah Sufi sedalam yang mungkin dengan penuh kebencian dikala Maria kaku untuk yang ke sekian kalinya bersama kejutan jiwa. Pemuda itu menamatkan riwayat Si Ayah tanpa sebarang penjelasan. Tanpa menghiraukan kedukaan yang kedua gadis itu tunjukkan, Sufi mula mengambil semula belati hitam yang tertusuk ke dalam mata raksasa itu satu per satu. Setelah itu, dia mengambil kapak merah yang terhampar dipermukaan itu lalu mula menggali lubang untuk mengubur jasad Si Ayah.

***

Suasana yang dingin lagi mendinginkan. Ribut pasir semakin reda dalam pandangan mata. Terlihat jelas rumput-rumput mati yang menghiasi pemandangan. Bulan juga mula bersinar di atas langit menggantikan siang hari yang tidak bersinar. Maria dan Jane duduk dihiasi tangisan berhadapan dengan pusara ayah mereka. Tiada bunga yang mampu ditaburkan kerana kegersangan yang melanda alam itu. Tiada sepotong kayu yang mampu dijadikan tanda kecuali sebuah pedang yang patah menjadi batu nisan.

"Maria..." Jane bergerak memujuk Maria yang duduk disampingnya itu.

"Hidup kena diteruskan. Manusia akan mati. Bezanya lambat ataupun cepat." balas Maria.

"Kita masih mampu meneruskan impian ayah. Mencipta kehidupan di alam ini semula. Kan?"

Tanpa balasan daripada bicara, Maria bergerak memeluk tubuh Jane seerat yang mungkin. Kedua gadis yang saling meluahkan kedukaan bersama tangisan dan pelukan. Dalam detik-detik yang beredar itu, Sufi menghampiri kedudukan kedua gadis.

"Kita kena bergerak..." Sufi mengejutkan kedua gadis.

Maria melepaskan pelukannya. Dia berdiri berhadapan Sufi bersama wajahnya yang berubah tegang. Dia melontarkan satu tamparan hebat menggunakan tangan kanannya tepat ke wajah pemuda itu.

"Pap!" Sufi sudahpun menggenggam lengannya lebih pantas daripada tindakan gadis itu.

Sufi menurunkan lengan Maria dengan lembut sambil mengarahkan pandangnnya ke arah Jane.

"Mari."

Tanpa menghiraukan balasan, Sufi menarik lengan Maria untuk memulakan perjalanan mereka bertiga. Gadis itu hanya menurut meski dia ingin memberontak lebih daripada itu. Jiwanya terlalu terkesan dengan tingkah Sufi yang membunuh ayahnya sekelip mata, tapi jiwa itu juga terkesan dengan ketenangan dan kebaikan Sufi yang menghormati permintaan terakhir daripada ayahnya untuk menjaga dia bersama adiknya. Perjalanan meredahi alam bertemankan cahaya bulan berwarna biru, ketiga insan memulakan perjalanan tanpa arah tuju yang jelas.

***

Didalam perjalanan ketiga insan, Sufi hanya mendiamkan diri merempuh segala kegelapan.

"Abang... siapa nama?" Jane memecahkan segala keheningan diantara mereka bertiga.

"Sufian... panggil Sufi."

"Sufi..." Maria cuba menanyakan suatu persoalan sambil bergerak berjalan disamping Sufi.

"...sudah lama berjalan di alam ini keseorangan?" sambung Maria.

Sufi mengangguk kecil.

"Bagaimana Sufi mampu hidup berseorangan?" Jane menyambung persoalan kakaknya.

"Dulu... aku merempuh alam ini bersama sebuah kumpulan. Namun tidak lama selepas itu, mereka dimusnahkan oleh seekor raksasa ular hitam berkepala dua. Aku teruskan perjalanan hingga terjumpa lagi dengan sebuah kumpulan manusia, namun takdir mereka lebih kurang sama, dibunuh oleh seekor raksasa. Selama aku mengembara, ada lima kumpulan mendapat nasib yang sama."

"Nasib yang sama?" Maria terus menyoal.

"Manusia..."

"Manusia?" Maria dan Jane menyoal semula secara serentak.

Sufi menghentikan langkah kakinya secara mengejut. Dia duduk lalu memeriksa permukaan alam yang dia pijak.

"Suatu hari nanti kamu berdua akan faham." Sufi terus mengusik pasir yang berada di kawasannya itu.

Maria dan Jane mengerutkan dahi mendengar jawapan yang menjadi persoalan itu. Dalam beberapa detik tingkah Sufi, terlihat sekeping roti tertanam dibalik permukaan pasir tersebut.

"Roti?" Jane menghampiri kedudukan Sufi.

Sufi mengarahkan pandangannya jauh ke hadapan.

"Kamu berdua bersama dengan ayah kamu bergerak daripada arah mana?"

"Dari arah selatan." Maria menjawab sambil mengarahkan jari telunjuknya ke bahagian kiri kedudukan mereka.

"Mmm... dihadapan kita ini arah barat. Tidak jauh daripada kawasan ini ada sebuah kota yang ditinggalkan pada zaman dahulu. Kota Avandalle. Sebelum tiba ke kota itu akan ada sebuah hutan tua yang berbahaya." Sufi memulakan semula langkah kakinya yang terhenti.

"Bagaiman Sufi tahu?" Maria mengejar kedudukan Sufi.

Sufi mengarahkan jari telunjuknya ke bahagian kepala.

"Hmm!" Kedua gadis tersengih kecil.

***

Hutan Tua Avandalle

Pokok-pokok hitam dan tua menghiasi suasana di antara mereka. Sinaran bulan terlalu kecil untuk menembus ke dalam hutan itu hingga memaksa suasana berubah gelap kembali. Sufi menyerahkan setangkai bunga berwarna putih berkelopak tiga ke arah Maria.

"Bunga putih?" Maria mencapai bunga putih itu daripada tangan Sufi.

"Bunga Cahaya Bulan." Sufi mengeluarkan pula sebuah botol kecil yang mengandungi cecair pekat berwarna hitam daripada poket bahagian dalam bajunya.

"Bunga Cahaya Bulan, indahnya nama." puji Jane.

Sufi menuangkan setitis cecair pekat berwarna hitam yang ada pada botol kecil itu ke kelopak Bunga Cahaya Bulan. Dalam sedetik, bunga itu secara perlahan-lahan menghasilkan cahaya putih yang sangat terang hingga mampu menerangi kedudukan mereka bertiga dalam kegelapan kawasan hutan tersebut.

"Cahaya... bulan." Maria tergamam seketika melihat bunga putih itu bercahaya.

"Terangnya..." takjub Jane pula.

"Sesetengah tumbuhan di alam ini memiliki beberapa keajaiban. Tapi, ianya sukar untuk dicari dan kebanyakan tumbuhan ini hidup berdampingan dengan raksasa." Sufi meletakan semula botol kecil tersebut ke dalam poket bajunya.

"Lari!" suatu teriakan daripada bahagian hadapan mereka bertiga kedengaran secara tiba-tiba.

Sufi dengan pantas mengeluarkan dua bilah belati hitam daripada bahagian pinggangnya.

"Jika ada makhluk seperti raksasa, jangan bertindak terlebih dahulu. Belati ini untuk melindungi kamu berdua." Sufi menyerahkan kedua belati kepada Maria dan Jane lalu berlari dengan pantas menuju ke arah suara itu kedengaran.

Apabila semakin hampir mereka bertiga dengan kedudukan suara itu, terlihat seorang lelaki berkulit putih, berhidung mancung, bermata bulat, berambut panjang paras bahu berwarna hitam gelap sedang bertarung menentang satu sosok makhluk serigala berkepala dua. Tubuh raksasa itu lebih besar daripada serigala biasa, bulunya berwarna kelabu terang dan kedua matanya pada kedua kepala serigala itu berwarna hitam pekat. Pada bahagian belakang lelaki itu ada seorang budak perempuan sedang memeluk seekor ayam besar berbulu merah bersama wajahnya yang sangat cemas.

"Ayam Lophura... Serigala Luphus." Sufi berlari ke arah serigala berkepala dua tersebut sambil mengeluarkan dua belati hitam.

Lelaki itu memegang sebuah kapak kayu yang kelihatan sudah terlalu lama. Dia menebas kapak itu ke arah serigala berkepala dua tersebut menghalang makhluk itu daripada melompat ke arahnya.

"Tsuk! Tsuk!" dua belati hitam menusuk ke dalam kedua kaki serigala berkepala dua itu secara tiba-tiba hingga menyebabkan serigala itu terduduk secara paksa.

Sufi berlari semakin laju sambil menghulur pedang peraknya lalu melompat ke arah serigala berkepala dua itu.

"Tsing!" Sufi memotong halus salah satu kepala serigala itu. Dia menggeleser di atas rumput ke bahagian bawah kepala serigala yang tersisa.

"Tsiiing!" Sufi memotong leher serigala yang tersisa itu daripada bahagian bawah hingga terpisah kepala itu dengan tubuhnya.

"Buk!!!" Kedua kepala serigala menghempap ke bumi dalam sekelip mata diikuti tubuhnya yang sudah tidak bernyawa.

Maria dan Jane dengan pantas berlari menghampiri kedudukan Sufi apabila melihat pemuda itu sudah berjaya membunuh raksasa tersebut. Sufi pula bergerak menghampiri budak perempuan yang berlindung di bahagian belakang pemuda itu. Wajahnya comel berkulit putih pucat, berhidung mancung, berambut putih, kedua matanya yang bundar itu dihiasi bola matanya yang berwarna hitam gelap dan berbibir kemerah-merahan.

"Lophura." Sufi membelai kepala ayam yang ada pada pelukan budak perempuan itu. Tubuh ayam itu lebih besar daripada ayam biasa dan kelopak matanya pula berwarna merah terang.

"Saudara... siapa?" lelaki itu mula menyoal.

"Ada manusia lain selain daripada kamu berdua?" Sufi bergerak menghampiri semula kedua kepala serigala yang putus itu.

"Ada... Di kota ada lima orang, selebihnya keluar mencari ayam ini." Lelaki itu bergerak mengampiri Sufi yang sedang memasukkan darah hitam yang mengalir daripada kepala serigala yang putus itu ke dalam sebuah botol kecil yang kosong.

"Sufi..." Maria kaku seketika apabila melihat lelaki itu berada di samping Sufi.

"Maria." Maria menundukkan wajahnya.

"Jane." Jane mengikuti tingkah kakaknya yang berdiri disampingnya itu.

"Saya Garo... adik ini nama Lily." balas lelaki itu sambil mengarahkan jari telunjuknya ke arah budak kecil tersebut.

"Bagaimana kau tahu, ayam ini tidak berbahaya?" Sufi mengeluarkan sebuah botol kecil lagi setelah botol kecil yang tadi itu penuh.

"Di kota, ada seorang nenek tua yang sudahpun berumur 120 tahun. Dia ada banyak pengalaman tentang alam ini setelah peristiwa Matahari Yang Hilang. Dia yang meminta kami semua untuk mencari ayam merah ini. Untuk kelangsungan hidup katanya." terang Garo.

"120 tahun. Ianya sebelum peristiwa Matahari Yang Hilang." Maria menyokong kata-kata pemuda itu.

"Ada dia terangkan lebih lagi tentang ayam ini?"

Garo menggeleng kecil menafikan persoalan Sufi.

"Bagaimana dengan air?"

"Kami ada menuai sebuah bunga yang mampu menghasilkan air bersih. Ada lima yang berjaya hidup. Selebihnya mati secara tiba-tiba." Jawab Garo.

"Bunga Aracay... Kamu semua menyiram bunga itu menggunakan air apa?" Sufi menyoal lagi.

Garo mengerutkan dahinya dengan persoalan Sufi yang bertubi-tubi itu.

"Dengan... air hujan."

Sufi menggeleng kecil bersama suatu keluhan.

"Kenapa Sufi?" Maria bergerak berdiri disebelah Sufi diikuti dengan adiknya.

"Kelima bunga itu juga semakin layu... kan?" soal Sufi semula.

"Bagaimana... saudara tahu?" Garo membulatkan kedua matanya mendengar penjelasan itu.

Dalam beberapa detik perbualan mereka, terdengar hentakan kaki kuda sedang menghampiri kedudukan mereka. Apabila semakin hampir, terlihat seorang wanita cantik berkulit putih pucat, berhidung mancung, bermata sepeti dihiasi bola matanya yang berwarna biru gelap, berambut perang semula jadi paras dada dibiar lepas dan bertubuh ramping sedang menungang seekor kuda putih bertanduk satu di bahagian tengah kepalanya. Tangan kanan wanita itu memegang sebuah lembing berwarna biru kristal bersinar bagaikan cahaya bintang. Mata lembing itu berbentuk seakan seekor burung merpati yang sedang melebarkan sayapnya.

"Garo... Siapa mereka? mana serigala berkepala dua itu?" wanita itu secara tiba-tiba menyoal.

"Saudara ini menyelamatkan aku daripada serigala itu. Dia membunuh serigala itu sekelip mata. Laviant mana Ravya?"

"Dia ada di kota. Sesudah dia menyampaikan berita kamu berdua diserang serigala ini, aku meminta dia untuk kekal di kota. Dia datang ke sini hanya akan menjadi beban nanti." Ravya bergerak turun daripada kudanya lalu bergerak menghampiri Sufi.

"Siapa kau?" Ravya menyoal dengan nada yang tegang.

"Kami pengembara kak. Kami datang ke sini kerana terdengar Garo berteriak tadi." jawab Maria.

"Mmm... Aku tanya siapa pemuda ini." Ravya bertegas di hadapan Sufi.

"Ough!" Ravya secara tiba-tiba terbatuk kecil. Setitis darah hitam terpercik ke baju Sufi.

"Tsing!" Sufi dengan sangat pantas menghulur pedang hitamnya rapat di bahagian leher Ravya hingga membuatkan wanita itu kaku.

Garo cuba bergerak untuk menenangkan keadaan namun kedua kakinya kaku begitu juga Maria dan Jane. Ketegangan itu memaksa suasana untuk hening seketika.

"Aku Sufi. Gadis di sebalah aku ini bernama Maria, isteri aku. Gadis yang dibahagian belakang itu adiknya, Jane." Sufi memecahkan suasana yang hening dengan penipuan bicara hingga membuatkan Maria dan Jane memandang wajahnya dengan riak yang terkejut atas ucapannya itu.

Ravya memandang wajah Sufi dikala pedang itu masih rapat berada di lehernya.

"Sapu cepat!" arah Sufi tanpa suara.

Ravya yang tersedar bibirnya mengalirkan darah berwarna hitam itu dengan segera membersihkannya di balik pedang Sufi yang terhulur rapat pada bahagian lehernya itu.

"Kelima tumbuhan yang menghasilkan air bersih itu perlu disiram dengan darah hitam, bukan dengan air biasa." Sufi menarik semula pedangnya daripada leher Ravya.

"Darah hitam?" Garo cuba meminta penjelasan yang lebih lanjut.

"Seperti bunga ini?" Maria mengeluarkan Bunga Cahaya Bulan daripada poket bajunya.

Kedudukan mereka kembali bersinar terang hingga memukau mata-mata yang memandang.

"Bunga ajaib..." Garo mendekati Maria merenung sedalam mungkin Bunga Cahaya Bulan itu.

"Darah hitam itu ada pada bangkai kedua kepala serigala ini." Sufi mengarahkan pandangannya ke arah bangkai kedua kepala serigala tersebut.

"Garo! bawa kepala serigala itu pulang ke kota. Sufi... bawa isteri kau dan adik dia ke kota bersama kami. Sepertinya, kami memerlukan kau dalam kumpulan kami. Kita tidak boleh terlalu lama di hutan ini apatah lagi cahaya bunga itu terlalu terang. Mari!" Ravya bergerak menaiki kudanya semula.

Dikala mendengar Maria menjadi isteri Sufi dalam penipuan, Jane tergelak kecil melihat tingkah kakaknya itu. Maria hanya menundukkan wajahnya yang berubah merah padam tanpa sebarang bicara penafian. Sesuai arahan wanita cantik itu, mereka bergerak menuju ke Kota Avandalle bersama-sama. Kota yang akan memulakan sinar kehidupan untuk manusia.