Saya tidak tahu bagaimana sepanjang hari berlalu. Hanya ada satu hal yang ada di pikiran.. Senyumannya.
Senyumnya.
Ya Tuhan. Dia terlihat sangat gagah.
Saya menggelengkan kepala dan menggigit bibir bawah. Saya harus membuat sesuatu untuk makan daripada memikirkan perkara yang tidak berguna.
Saya bangun dan membuka buku resipi yang saya beli dari kedai dan mula memasak. Saya tidak pernah memasak sebelum ini, saya hairan saya dapat memasaknya dengan baik.
Saya tertanya-tanya adakah dia pernah makan di rumah sebelum ini. Melintas di fikiran saya secara rawak dan saya membuangnya.
Tidak mahu menghabiskan terlalu banyak tenaga, saya cuma membuat kuah ayam sederhana untuk dimakan.
Semasa saya meletakkan pinggan di kaunter, pintu utama terbuka.
Lexus memasuki rumah. Dia kelihatan lelah dan terganggu. Dia tidak menyedari saya dan mula berjalan ke depan.
Saya hanya berdiri di tempat yang sama semasa memandangnya. Tiba-tiba dia rebah, secara naluri saya belari dan menyokongnya sebelum dia terjatuh.
"Adakah awak baik-baik saja?" Dia memandang saya, memerhatikan saya untuk pertama kalinya, "Apa terjadi? Mengapa anda kelihatan begitu pucat? "
Dia tidak menjawab pertanyaan saya, dia melepaskan dirinya dari saya dan mencuba untuk berjalan lagi. Dia gagal dan saya mencuba menyokong dia lagi. Dia mengangkat tangannya ke arah saya, memberi isyarat agar saya tetap diam dan dia menyeret dirinya ke sofa dan membaring di situ.
Saya berdiri di tempat saya selama beberapa saat kemudian menghampirinya.
"Tuan?" Dia melirik saya, "Adakah anda tidak makan apa-apa hari ini?"
Dia memusingkan badannya dan memejamkan mata, "Tidak. Saya tidak mempunyai masa."
Patutlah, dia tidak makan, dia tidak tidur. Sudah jelas dia nampak pucat.
Saya berpusing dan berlari ke kaunter untuk menagambil kuah ayam. Saya berlari kembali ke ruang rehat dan meletakkan pinggan di atas meja. Lexus membuka mata untuk melihat.
"Apakah ini?"
"Anda harus makan. Anda tidak makan sepanjang hari"
"Kamu kata kamu tidak pandai memasak."
"Ini adalah percubaan pertama saya."
"dan anda mahu saya memakan itu?"
Saya tidak dapat menjawab pertanyaannya kerana saya belum merasainya sendiri, jadi saya tidak dapat mengatakan apa-apa mengenainya. Tapi saya tidak mahu dia terus berlapar. Saya tahu dia melakukan ini dengan sengaja. Dia tidak perdulikan dirinya sendiri dan saya tidak suka melihatnya seperti itu.
Saya mengambil pinggan, menyenduk kuah sementara Lexus memandang saya dan membawa sudu itu ke hadapan mulutnya.
"Ah" dia menatap saya, matanya meneroka pandangan untuk mendapatkan jawapan. Adakah dia mencurigai saya? Peliknya, saya hanya mahu di makan sahaja tidak ada motif tersembunyi. "Hanya satu sudu, Tolong tuan."
Dia mengalihkan perhatiannya ke sudu. Melihatnya seolah-olah sesuatu yang kotor.
Kemudian dia membuka mulutnya dan memakannya. Selepas dia melakukannya, dia berhenti sejenak, matanya terbeliak sesaat, lalu dia menelannya.
Hanya satu sendok dan rupanya menjadi lebih baik, "L-lihat? itu tidak buruk kan?" Saya harap tidak. Dia berhenti sejenak.
"Ianya tidak" Dia berkata.
"Hah?"
"Sebenarnya rasanya enak." Dia memberi saya sedikit senyuman dan jantung saya berdegup kencang.
"K-kamu mahu m-makan lebih lagi?" Kenapa saya tergagap lagi ??!
Lexus menarik nafas dalam-dalam untuk mengawal dirinya.
Saya hanya berharap dia tidak akan mentertawakan saya lagi.
Dia memalingkan kepalanya kepada saya "Mengapa anda tidak memberi saya yang lain?"
"Eh?" Otak saya tidak memproses kata-katanya pada mula.
"Ah-ya!" betul!, saya hambanya. Saya menyenduk satu sudu penuh kuah dan memberikan padanya. Muka saya gugup ketika matanya tertumpu ke saya. Saya begitu gementar, secara tidak sengaja menumpahkan sedikit kuah dimulutnya. "Saya-saya minta maaf!"
Saya meletakkan pinggan di atas meja. Dia menghentikan saya ketika saya ingin mengambil tisu.
"Bersihkan dengan bibir anda." Dia menuntut.
"B-bibir saya?"
"Hmm." Dia mengangguk dan bersandar di sofa.
Saya memandang wajahnya yang mempunyai sedikit kuah di sudut bibirnya. Saya meneguk dan meletakkan lutut di antara kakinya, tangan di sofa belakang dan di sebelah kepalanya. Saya menyandarkannya untuk 'membersihkan' dia. Hati saya mula berdegup kencang ketika hendak menjilat sudut bibirnya. Kemudian dengan panik, saya terlap dengan lenggan baju dan duduk kembali.
Lexus jelas tidak senang dengan tindakan saya.
"Adakah ada sesuatu yang saya katakan kepada anda yang tidak dapat anda fahami?" Suaranya dingin seperti biasa.
"T-tidak ..." Saya tidak mempunyai alasan untuk bagi. Saya terlalu malu untuk melakukannya. Saya memandang ke bawah.
Tiba-tiba dia mencengkam pergelangan tangan dan menarik saya. Tidak seperti ciuman sebelumnyq yang pernah dia berikan kepada saya. Dia memulakan dengan agak kasar. Sangat kasar sehinggan saya tidak dapat mengejarnya. Dia menjelajah mulut saya dengan lidahnya dan saya merasa rama-rama di perut. Rasanya aneh, tidak seperti perasaan lain yang pernah saya alami sebelumnya
Saya mencuba untuk menyokong diri dengan memasukkan tanggan saya ke belakang rambutnya. Dia nampak seperti binatang yang kelaparan dan siap untuk di makan.
Saya merasakan badan saya menjadi lemah.
Muka saya kemerahan. Saya merasakan haba keluar dari telinga dan pipi saya.
Dia akhirnya berhenti, saya tidak tahu berapa lama. Saya terengah-engah seperti orang
Gila.
"Seorang hamba yang jahat harus selalu dihukum, betul?"
Dia menyelitkan rambut saya di belakang telinga "Apa yang harus dilakukan?" Dia memandang saya dengan gembira, "Saya tidak cukup puas dengan hukuman ini."