Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Cerpen Musim Luruh

🇸🇬_zilazri_
4
Completed
--
NOT RATINGS
14k
Views
Synopsis
Pelbagai cerita, yang berkaitan dengan musim luruh, bakal direka di sini. 1. Takdir Musim Luruh [part 1 & 2] 2. Bulan Madu di Musim Luruh 3. Menantu Mix-Blood
VIEW MORE

Chapter 1 - Takdir Musim Luruh Part 1

Nur Hasya Afeeya's POV

Tidak ada yang menggangguku ketika aku duduk di pasir. Kedengaran bunyi ombak ketika ia menghempas ke pantai. Angin berbisik di telingaku, seolah-olah memberitahuku bahawa mereka mempunyai sebuah rahsia paling gelap. Kelihatan pantai itu dikunjungi ramai orang. Ramai yang kunjungi pantai itu bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan. Aroma sate barbeku telah membuatku kelaparan. Namun, sepasangan suami isteri telah menarik perhatianku. Cara layanan si suami kepada sang isteri telah mengingatiku akan seseorang jejaka yang sedang sibuk bekerja untuk menyaraku dan bakal anak-anak kami.

Aku melangkah keluar dari Pulkovo Airport, Russia, tepat pada jam 2.30 petang. Mataku sedang mencari sebuah teksi yang boleh membawaku ke St. Peterburg, Russia. Sudahlah aku sedang penat, teksi pula boleh lambat. Nasib baik aku sedang memakai blaus merah yang dikenakan dengan seluar panjang hitam dan kasut flat. Setiba sahaja teksi tiba, aku dibawa ke hotel yang ditempah olehku tempoh hari. Aku mencadang untuk merehatkan diri dan menunaikan solat sebelum mengambil masa untuk bersiar-siar di kawasan hotel. Selepas sehari bersiaran di kawasan hotel, aku memutuskan untuk makan makan di hotel sahaja. Aku memandang perkara-perkara yang perluku selesaikan sepanjang aku di negara Russia. Memandangkan aku ke negara Russia atas sebab-sebab kerja selama seminggu, aku ingin cepat menyelesaikan kerja-kerjaku dengan segera. Sepanjang dua hari di negara Russia, aku sempat menyelesaikan kerja-kerjaku dan memutuskan untuk bercuti buat lima hari lagi. Aku melangkah ke taman berdekatan di hotel itu dan jatuh cinta dengan musim luruh yang ternyata berlaku sepanjang bulan September hingga bulan November itu. Sedangku mengambil gambar sebagai kenangan, aku terlanggar seorang jejaka yang kelihatan keacukan melayu.

"Eh, мне очень жаль, сэр. ты в порядке?" ucapku sambil menunduk sedikit kepalaku. (Saya minta maaf, tuan. Tuan okay?)

"все хорошо, мисс. я в порядке," balas jejaka itu. (Tidak mengapa, puan. Saya okay.)

"Мне очень жаль, сэр. Я должен идти," kataku dengan segera untuk mengelakkan rasa janggal antara kami. (Saya minta maaf, tuan. Saya perlu pergi.)

Jejaka itu sekadar mengangguk apabila aku berlalu pergi. Kedengaran beberapa suara dibelakangku yang menyebabkanku berpusing seketika. Beberapa rakan-rakannya ada bersama dengannya, siap gurau-senda dan ketawa. Aku melabuhkan punggungku di sebuah bangku dan memerhatikan sekeliling aku yang penuh dengan musim luruh.

**************************************

Harraz Luqman's POV

'Cantik juga gadis itu,' bisik hati kecilnya sambil memandang gadis, yang baru sahaja melanggarnya itu.

"Харраз, разве эта девушка не красива? Разве ты не хочешь заниматься с ней?" soal salah seorang rakannya, yang bekerja sebagai juru gambar dan sememangnya berasal dari Russia. (Harraz, bukankah gadis ini cantik? Tidakkah kau mahu memikatnya?)

"Возможно, в следующий раз," balas Harraz dalam bahasa Russia. (Mungkin lain kali.)

Harraz sekadar berjalan ke arah sahabat baiknya, Luthfi Shah. Mereka pergi meninggalkan taman itu dan menuju ke sebuah kedai mamak. Mereka memesan makanan dan minuman masing-masing. Sementara menunggu untuk pesanan mereka, mereka berbual seketika.

"Kau serius, tak nak pikat gadis tadi?" bisik Luthfi kepada Harraz sementara dua rakan mereka berbual antara satu sama lain.

"Buat apa aku nak pikat dia? Aku bukannya kenal dia pun. Ya, aku boleh setuju yang dia ada rupa. Apa yang aku cari bukan rupa tetapi keunikannya," balas Harraz dengan nada berbisik.

Walaupun Harraz berasal dari Russia, dia fasih dalam Bahasa Melayu kerana ibunya berasal dari Malaysia. Sedikit sebanyak, dia harus tahu bagaimana ingin berbual dalam Bahasa Melayu agar dapat berinteraksi bersama ibunya dan keluarga belah ibunya itu. Luthfi mengangguk tanda faham akan apa yang dikatakan Harraz. Dia faham bahawa Harraz tidak mahu tergesa-gesa dalam mencari calon menantu yang diinginkan oleh ibu Harraz. Keadaan bertambah sunyi apabila pesanan mereka tiba.

*******************************************

Hasya's POV

Hari ini merupakan hari ketiga aku berada di negara Russia. Kesemua kerja yang perlu dilakukan sudah selesai semalam. Memandangkan aku amat meminati melukis, aku mula melangkah ke arah sebuah galeri lukisan yang amat terkenal di St. Petersburg. Sedangku mengamati lukisan-lukisan di dinding, kedengaran kekecohan tidak jauh dariku.

"Cik. Saya faham bahawasanya cik mahukan lukisan ini untuk hadiah hari jadi anak cik tetapi lukisan ini mempunyai pembelinya. Pembelinya baru membeli lukisan ini tadi pagi," terang seorang jejaka yang agak kacak kepada seorang wanita yang keras kepala.

Aku memilih untuk memerhati kekecohan tersebut terlebih dahulu. Aku lebih memerhatikan jejaka itu kerana aku seakan-akan mengenalinya. Kekecohan itu seperti tidak akan berakhir dan aku memilih untuk masuk campur.

"Cik, kalau sudah ada pembeli itu, baik jangan nak membazir air liur cik untuk membuat kekecohan di sini. Ramai orang yang memerhati dan mereka juga ingin masa untuk melihat lukisan-lukisan yang ada di sini. Bukan cik seorang sahaja yang inginkan lukisan. Rasanya, ramai lagi juga ingin lukisan yang secantik ini. Jadi, saya harap cik tidak membuat lagi kekecohan dan memilih sahaja lukisan yang sama cantik dengan lukisan ini," marahku apabila aku melihat wanita tersebut ingin menampar jejaka tersebut.

Jejaka itu kelihatan sedikit terkejut buat seketika sebelum menghela nafas yang lega. Wanita itu pula, sudah memerah mukanya apabila ditegur dan dimarahi sebegitu. Dia memandangku dengan penuh tajam dan marah. Aku, dengan beraninya, membalas pandangannya, seakan-akan tidak takut dengan wanita itu. Apabila dipandang sebegitu, wanita tersebut segera keluar dari galeri itu manakala jejaka itu memandang wanita itu dengan sedikit risau.

"Terima kasih kerana membantu saya, cik," kata jejaka itu dengan tenang.

"Sama-sama," balasku sebelum melangkah untuk melihat lukisan-lukisan yang lain.

Sebelum aku sempat untuk melangkah, jejaka itu mula bersuara, "Kejap cik. Saya rasa saya kenal cik. Mungkin di taman?"

Aku memandangnya dengan pandang keliru sebelum mengingati kejadian di taman pada hari pertama aku datang ke negara Russia ini. Aku mengangguk tanda benar akan apa yang dikatakan oleh jejaka itu.

"Saya tidak sangka bahawa cik ini orang Melayu. Dari Malaysia ke cik?" soal jejaka itu lagi. Aku mengangguk lagi sekali.

"Oh. Boleh saya belanja cik secawan kopi? Tanda terima kasih atas pertolongan tadi," soal jejaka itu lagi.

"Boleh juga. Saya sebenarnya dari hari itu sedang mencari kedai yang jual coklat panas. Awak habis kerja pukul berapa?," balasku.

"Saya tahu sebuah kafe yang menjual pelbagai coklat yang lazat. Mungkin nanti saya boleh belanja cik. Jangan risau, galeri ini kepunyaan saya," katanya sebelum mengajakku ke kafe yang dimaksudkannya.

"Nama awak apa? Tak sempat nak tanya tadi," soalku selepas memberi pesanan coklat panas dan kek fudge coklat.

"Harraz Luqman. Cik pula?"

"Nur Hasya Afeeya. Panggil Hasya."

Harraz mengangguk sebelum berkata, "Sedap nama."

"Amboi. Nak memikat ke?"

"Nak sahaja tapi biarlah kawan terlebih dahulu. Tidak mengapa kan?"

Aku menggelengkan kepalaku dan setuju untuk menjadi kawan. Kami mula berbual dan bertukar nombor agar dapat terus berhubung antara satu sama lain. Dari situ, aku mendapat tahu bahawa Harraz merupakan keacukan Melayu dan Russia. Keadaan semakin diam apabila pesanan kami sudah sampai.

"Jadi, berlama Hasya duduk di Russia ini? Biar saya teka, Hasya mesti sedang bercuti di sini sambil bekerja bukan?" soal Harraz sambil memandang mata Hasya yang berwarna coklat cerah.

"Tahu-tahu sahaja dia. Ya, tekaan awak betul. Saya di sini buat sementara. Balik Malaysia pun lusa," balasku sambil memandang kek yang dipesanku.

Harraz mengangguk sebelum berkata, "Mungkin awak akan dapat bercuti di sini lagi. Kalau tidak, saya boleh datang ke Malaysia."

"Nak ke Malaysia buat apa?" soalku pula.

"Jenguk keluarga di sana, jenguk galeri yang ada di sana dan juga jenguk gadis yang mungkin sudah berjaya mencuri hati saya?" balas Harraz dengan sengihan.

"Dah ada buah hati rupanya," kataku dengan tenang.

"Ya, kalau buah hati saya itu adalah awak," bisik Harraz kepadaku.

Aku mula terkejut dengan apa yang dibisikkan Harraz. Apabila melihat air mukanya yang serius, aku tahu bahawa dia tidak bergurau tentang perkara ini. Aku mula menunduk ke lantai dengan wajah yang sedikit merah akibat sedikit malu. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan.

"Awak okay?" soal Harraz. Aku sekader mengangguk.

"Saya benar-benar serius. Saya sukakan awak sejak awak terlanggar saya. Kawan-kawan saya ingin saya memikat awak tetapi saya tidak mahu kerana saya anggap bahawa saya tidak akan bertemu dengan awak. Kali ke-2, saya bertemu awak di sebuah pusat membeli-belah tetapi awak tidak sedar akan kehadiran saya akibat khusyuk melihat buku-buku novel. Kali ketiga merupakan tadi dan saya mula rasa bahawa kita adalah jodoh," terang Harraz dengan sedikit harapan yang aku akan terima dia.

Aku memandang matanya untuk melihat kesungguhannya dan keikhlasannya apabila menuturkan kata-kata itu. Aku mula memikirkan cabaran untuk mengujinya, seperti mana aku menguji setiap lelaki yang ingin masuk meminangku.

"Kalau awak betul-betul ikhlas inginkan saya, saya mahu cabar awak untuk melakukan dua perkara ini," balasku. Harraz mengangguk dan kelihatan sedikit yakin walaupun tidak berapa yakin. Aku ingin ketawa apabila melihat Harraz sedikit cuak tetapi sempat ditahan.

"Cabaran pertama adalah jaga solat fardhu awak selama 60 hari. Dalam erti lain, dua bulan. Cabaran ke-2 adalah masuk meminang saya selepas 60 hari. Itu pun jikalau awak berani," kataku dengan senyuman sinis. Kelihatan Harraz seakan-akan tercabar dan mengangguk tanda setuju.

**************************************************

Hari demi hari berlalu. Aku dan Harraz masih berhubung melalui aplikasi WhatsApp dan tidak berkesempatan untuk berjumpa. Aku sibuk dengan kerjaku di Malaysia dan dia sibuk dengan kerjanya di Russia. Sekali-sekala, aku membantu pekerja-pekerjanya di galerinya yang ada di Malaysia. Nasib baik tidak jauh dari rumahku. Hari ini merupakan hari terakhir untuk Harraz menjaga solat fardhu selama 60 hari dan aku tidak mendengar khabar Harraz sejak semalam. Walaupun aku sedikit risau tentang keadaannya yang tiba-tiba menjadi pendiam itu. Kedengaran bunyi ketukan di pintu bilikku. Muncul sahabat baikku, Arina, di sebalik pintu tersebut.

"Boleh aku masuk?" soal Arina.

"Sejak bila kau pandai minta izin bagai?" sindirku. Arina sekadar ketawa apabila disindir sebegitu.

"Apa jadi dengan mamat tu? Kau berdua masih berhubung ke?" soal Arina. Aku mengangguk.

"Tapi dia tidak WhatsApp aku sejak pagi tadi," kataku dengan nada sedih.

"Kau risau? Kau dah mula sukakan dia?"

"Sejujurnya, aku memang risau dan sukakan dia. Tapi aku takut. Aku takut kalau satu hari dia tinggalkan aku macam mana mak bapa aku tinggalkan aku," balasku sambil menangis teresak-esak.

"Alaa, kau janganlah nangis. Kau kan masih ada aku. Aku janji aku tak akan tinggalkan kau kecuali maut yang memisahkan kita okay," pujuk Arina. Aku memeluknya sebelum mengelap air mataku dengan tisu yang ada di dalam bilikku.

"Oh, untuk pengetahuan kau, ada orang nak jumpa kau. Macam serius saja," kata Arina sebelum keluar dari bilikku.

Aku segera menukar pakaianku dan meletakkan sedikit bedak di mukaku agar tidak kelihatan pucat. Dengan segera, aku melangkah ke ruang tamu. Arina sudah membuatkan air sirap untuk tetamu yang tidak diundang kami. Seseorang warga emas yang tidak dikenaliku walaupun aku dapat merasakan bahawa aku pernah melihatnya.

"Assalamualaikum pakcik. Mengapa pakcik ingin bertemu dengan saya?" soalku dengan tenang.

"Sebenarnya, pakcik datang untuk berjumpa dengan Hasya kerana..."

TBC