"Kenapa nenda? Kenapa nenda tidak menerima Selina sebagai ahli keluarga kami?" soalku dengan pelbagai perasaan di hati.
Keliru, kecewa dan marah ada tetapi aku cuba kuatkan diri demi pertahankan percintaanku dan seorang gadis pilihan hatiku, Selina Maya. Selina adalah kekasihku selama ini. Baru-baru ini, kami berdua telah berbincang dan memutuskan bahawa kami ingin berkahwin. Namun, sudah pasti ada halangannya. Siapa halangannya? Sudah pasti nendaku. Nenda memberi pandangan tajam ke arahku yang boleh membuatkanku menikus ketakutan. Aku segera melarikan pandanganku sebaik sahaja aku teringat bahawa nendaku tidak suka akan sikap kurang ajar terhadap orang tua.
"Apa yang kau suka akan orang-orang bercampuran darah? Nenda tidak suka dan tidak akan menerima dia sebagai salah satu ahli keluarga kami. Keluarga kita sepatutnya dibina dengan ahli-ahli keluarga Melayu dan bukan ahli keluarga yang berlainan bangsa dan agama."
Aku tidak faham kenapa generasi-generasi yang lebih tua sangat konservatif dan tidak mudah menerima pandangan belia zaman sekarang. Lagipun, Selina sekadar berlainan bangsa bukan berlainan agama pun. Selina merupakan anak kepada seorang penduduk German dan seorang penyanyi Singapura. Kata-kata nenda tidak aku balas. Wajah ibu bapaku dipandangku dengan pandangan simpati agar dapat memujuk nenda. Namun, reaksi mereka amat mengecewakanku. Mereka sekadar menundukkan wajah mereka, tanda tidak dapat menolongku. Tidak aku sangka bahawa tiada yang mampu membuat nenda berubah fikiran. Sedari tadi, Selina sekadar membisu dan tidak memandang nenda mahupun ahli keluargaku. Dari situ, aku telah membuat keputusan yang besar dan mencabar untukku. Aku menarik nafasku sebelum bicara.
"Nenda, ini kali pertama Aiman minta sesuatu dari nenda agar dapat restu nenda. Umi, abah dan ibu bapa Selina sudah merestui hubungan kami. Hanya nenda sahaja yang tidak restu hubungan kami. Aiman ingin meminta maaf terlebih dahulu jika tindakan Aiman yang seterusnya mahupun apa yang Aiman bakal katakan akan menyakitkan hati nenda. Aiman akan tetap mengahwini Selina, dengan atau tanpa restu nenda," tuturku dengan tegas sebelum mengambil lengan Selina dan keluar dari rumah itu.
Nenda kelihatan terkejut, termasuk ibu bapaku. Mereka tidak sangka bahawa aku akan bertindak sebegitu. Aku melangkah masuk ke dalam kereta dan Selina sekadar mengikut jejak-jejakku. Keretaku dipandu keluar dari rumah nendaku. Aku memandu keretaku ke halaman rumah Selina. Selina yang mendiamkan diri sejaki tadi, membuatku risau. Sebelum aku sempat membuka mulutku, Selina melangkah keluar dari keretaku dan menuju ke rumahnya. Aku memandangnya dengan pandangan risau, sedih dan sedikit terasa. Mungkin dia rasa kecewa dengan tindakkanku yang tidak memikirkan perasaan nenda mahupun membuat keputusan terburu-buru. Namun, aku tidak rasa menyesal akan perkara tersebut. Aku segera mengikut langkah-langkah Selina dan mula berbincang dengan ibu bapanya soal perkahwinan aku dan Selina.
"Aiman, betulkah kamu ingin melakukan semua ini tanpa restu nenda kamu?" soal ibu Selina.
"Ibu. Ayah. Aiman sememangnya tidak mempunyai pilihan lain selain memujuk nenda dengan cara ini. Jika perkahwinan kami diuruskan sedikit lambat dari tempoh yang kami tetapkan, ia akan memberi Aiman dan Selina masa untuk berfikir cara-cara demi memujuk nenda. Aiman pasti Selina ingin nenda juga untuk merestui perkahwinan kami," terang Aiman.
Ibu dan ayah Selina saling berpandangan. Mereka mengukirkan sebuah senyuman di bibir mereka dan anggukan di kepala tanda mereka setuju serta menyokong dengan tindakanku yang selalu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Aku terus melangkah ke dapur dan kelibat Selina berada di dapur, sedang membancuh air, diperhatikanku.
"Bagaimana awak ingin memujuk nenda?" soal Selina, memutuskan situasi.
Aku mengukirkan sebuah senyuman manis di bibir apabila melihat Selina peka dengan situasi dan tidak kekok melakukan kerja di dapur. Kakiku melangkah ke meja makan dan aku segera melabuhkan punggungku di kerusi yang ada. Mataku sesekali memandang sekeliling dapur sambil memikirkan bagaimana caranya untuk menjawab soalan Selina itu.
"Kita perlu nenda untuk menjelaskan mengapa dia sangat konservatif dan tidak mudah menerima pandangan kami. Sebelum itu, kita memerlukan sebuah strategi," tuturku dengan tenang dan masih terukir senyuman manis di bibirku.
Selina memandangku dengan hairan sebelum aku membisik kepadanya tentang strategi yang dikatakanku tadi. Selepas seminggu berlalu, aku dan Selina pergi ke rumah nendaku dan dari situ, mulalah misi kami berdua demi memujuk nenda tentang perkahwinan kami. Aku menyuruh nenda untuk mengadakan beberapa ujian yang seringkali diuji oleh ibu mertua kepada para bakal menantu mereka pada zaman dahulu. Salah satunya adalah memasak. Selina dan nenda berada di dapur selama dua jam manakala aku dan kedua-dua ibu bapaku menanti akan keputusannya di ruang tamu. Hidangan-hidangan, seperti lemak cili padi dan jemput-jemput, telah dihidangkan di meja makan.
Aku, Selina dan ibu bapaku saling berpandangan. Kami menanti akan suapan nenda yang sentiasa akan merasa hidangan "bakal menantu" itu. Selina, yang duduk di sebelahku, memegang tanganku dengan erat demi mencari kekuatan. Wajah nenda dipandang lama demi mencari reaksinya tentang hidangan-hidangan yang dimasak oleh Selina. Apabila melihat nenda mengangguk sedikit, aku memandang Selina dengan senyuman kegembiraan. Namun, kegembiraan itu tidak berakhir apabila Selina diuji tentang perihal-perihal agama Islam. Setelah semua soalan dijawab Selina dengan betul dan adanya tepat sekali, nenda menundukkan kepalanya. Aku melangkah ke arah nenda dan melutut di hadapan nenda dengan tanganku memegang lutut nenda.
"Nenda, Aiman tahu nenda kalau boleh tidak mahu ada menantu "international" β menantu yang berlainan agama dan bangsa. Tetapi Selina bukan sekadar bercampuran darah melayu dan German, dia dididik oleh ibunya dengan penuh ajaran agama Islam. Bukan itu sahaja, dia berbahasa German, Melayu dan Bahasa Ingeris. Aiman minta maaf jika hari itu Aiman ada lukakan hati nenda tetapi Aiman harap nenda faham mengapa Aiman ingin sangat kahwin dengan Selina. Aiman siap solat istikharah selama seminggu ini," tuturku sambil memandang nendaku dengan sayu.
Nenda membalas pandanganku dengan pandangan sayu juga. Dia mengusap pipiku dan mencium ubun-ubunku dengan penuh kasih sayang.
"Yelah, nenda restui perkahwinan kalian. Kalau Selina adalah pilihan kamu, nenda rela hati terima," balas nendaku dengan senyuman terukir di bibirnya.
Aku menyalam dan memeluk nenda tanda terima kasih. Sebulan selepas itu, aku dan Selina selamat berkahwin. Dua minggu selepas berkahwin, kami bercuti di German, di mana terdapat musim luruh di negara itu, sebagai cuti bulan madu. Di situlah, kami mendapat tahu bahawa Selina baru sahaja mengandung selama seminggu. Sebaik sahaja berita itu dikhabarkan kepada kedua-dua pihak keluarga, nendalah paling gembira dan tidak sabar menantikan kelahiran cucu sulungnya. Dia siap menyediakan sebuah bilik khas untuk cucu sulungnya itu dan menyatakan hasratnya untuk menjaga Selina selama dia mengandung sehingga habis pantang.
THE END