"Oh, untuk pengetahuan kau, ada orang nak jumpa kau. Macam serius saja," kata Arina sebelum keluar dari bilikku.
Aku segera menukar pakaianku dan meletakkan sedikit bedak di mukaku agar tidak kelihatan pucat. Dengan segera, aku melangkah ke ruang tamu. Arina sudah membuatkan air sirap untuk tetamu yang tidak diundang kami. Seseorang warga emas yang tidak dikenaliku walaupun aku dapat merasakan bahawa aku pernah melihatnya.
"Assalamualaikum pakcik. Mengapa pakcik ingin bertemu dengan saya?" soalku dengan tenang.
"Sebenarnya, pakcik datang untuk berjumpa dengan Hasya kerana..."
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Pakcik datang untuk berjumpa dengan Hasya kerana pakcik ingin memberitahu sesuatu kepada Hasya," kata pakcik tersebut.
"Bagitahu apa, pakcik?" soalku dengan keliru. Hatiku tidak berhenti berdebar-debar. Seakan-akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Arina turut memandang pakcik itu dengan berdebar-debar.
"Pakcik adalah ayah kandung Hasya."
Lima perkataan itu telah mengejutkanku. Air mataku menitis sedikit demi sedikit. Aku menggelengkan kepalaku tanda tidak mahu menerima hakikat tersebut. Arina memelukku dengan penuh erat.
"Tidak mungkin. Ayah saya sudah meninggal akibat kemalangan bersama ibu," marahku.
Pakcik itu menggelengkan kepalanya dan berkata, "Dia adalah ayah tiri Hasya. Pakcik dipaksa oleh nenek Hasya untuk menceraikan ibu Hasya. Waktu itu, Hasya baru sebulan lebih."
Arina menenangkanku dan mengarahku untuk masuk ke dalam bilikku. Pakcik itu memandang aku dengan perasaan sedih namun dibiarkanku melangkah masuk ke dalam bilikku.
"Pakcik, saya sarankan pakcik balik terlebih dahulu. Perkara ini amat mengejutkan," kata Arina dengan tenang.
"Boleh pakcik tinggalkan nama dan nombor telefon pakcik untuk Hasya? Pakcik tahu pakcik bersalah dan pakcik ingin menebus kesalahan pakcik," balas pakcik itu. Arina sekadar mengangguk. Dia memberi pena dan kertas untuk pakcik itu menulis apa yang diinginkannya. Kertas itu diletak di atas meja makan untukku tanpaku sedar. Arina sempat melihat apa yang ditulis pakcik itu.
'Ahmad. +60 ***-**** ****'
Arina meninggalkan kertas itu di atas meja makan sebelum melangkah masuk ke dalam bilikku. Dia memerhati gelagatku yang sedang merenung langit dari tingkapku.
"Kau nak share apa-apa?" soal Arina.
Aku sekadar menggelengkan kepalaku tanpa memandangnya dan berkata, "I need some time alone."
Arina mengangguk sebelum meninggalkanku. Pandanganku masih tidak teralih dari merenung langit namun bunyi dari telefon bimbitku telah menggangguku. Aku segera mengambil telefon bimbitku dan melihat suatu mesej telah masuk. Dari Harraz! Dengan segera, mesej itu dibaca.
HARRAZ
Harraz: Boleh saya jumpa awak sekarang? Ada hal penting nak dibincangkan. Saya ada di Malaysia.
Aku: Oh ya ke?! Okok, saya akan jumpa awak di galeri awak.
Harraz: Ok. Jumpa nanti.
Setelah menamatkan perbualan itu, aku segera menukar pakaianku kepada blaus dan jeans. Sebelum aku melangkah keluar dari rumah, aku memberitahu Arina bahawa aku akan keluar buat sementara waktu. Dengan segera, aku berjalan ke galeri Harraz yang terletak tidak jauh dari rumah sewaku. Sebaik sahaja aku sampai ke galeri Harraz, kelibat jejaka itu tidak kelihatan. Tiada sesiapa yang ada di dalam galeri itu tetapi akakiku tetap melangkah masuk ke dalam. Tanpaku sedari, aku melangkah ke arah suatu dinding dan mataku tidak lepas pandang sebuah lukisan yang amat cantik dipandangku.
"Cantik, bukan?" soal seseorang dari belakangku.
Aku lantas memandang belakangku, di mana Harraz sedang berdiri. Mulutku ternganga buat seketika kerana masih tidak percaya bahawa dia sudah berada di Malaysia. Harraz tersengih apabila melihat reaksiku. Sahabat-sahabat Harraz, Arina, sebuah keluarga dan beberapa pekerja rapat Harraz berdiri di sekeliling aku dan Harraz, dalam sekelip mata. Aku memandang Arina dengan pelik namun dibalas dengan senyuman manis. Harriz menghampiriku dengan perlahan. Aku memandangnya dengan pandangan keliru.
"Hasya, saya sedar bahawa saya bukan lelaki sempurna dan seorang insan yang lemah. Saya juga bukan lelaki yang romantis, tidak seperti yang awak inginkan. Hari ini, disaksikan oleh keluarga saya, sahabat-sahabat kita dan beberapa pekerja rapat saya, saya ingin menanyakan satu soalan yang penting untuk kita berdua," kata Harraz dengan tenang. Mataku tidak lepas memandangnya dan aku mengangguk tanda membenarkannya menanyakan soalan tersebut.
"Sudikah awak menjadi isteri kepada Muhammad Harraz Luqman dan ibu kepada bakal anak-anak kita?" soal Harraz sambil mengeluarkan sekotak cincin dan menghulurkan kepadaku.
Tanpaku sedari, air mataku mengalir dan aku menutup mulutku tanda terkejut. Tidak aku sangka bahawa dia ingin melamarku pada hari tersebut. Semua dalam galeri itu mengatakan perkataan 'setuju' dan aku memilih untuk menerima lamarannya. Ingin sahaja Harraz memelukku namun dihalang oleh ibu bapanya.
Harraz memelukku namun dihalang oleh ibu bapanya.
"Hasya, terima kasih kerana sudi menerima Harraz," kata ibu Harraz dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.
"Saya patut berterima kasih kepada Harraz dan puan sekeluarga kerana menerima saya yang sebatang kara ini," balasku dengan sopan.
.....................................
Hari demi hari berlalu dan hari ini merupakan hari pernikahan aku dan Harraz. Semua ini diuruskan oleh ibu bapa Harraz dan Arina kecuali tema perkahwinan, yang bertema musim luruh, dan baju nikah kami. Aku teringat akan beberapa hari berlalu. Di mana aku meminta pendapat Harraz tentang waliku dan keputusan DNA yang dicadangkan oleh Harraz. Waliku pula, aku tidak tahu jikalau aku perlu menyuruh ayah kandungku, pakcik Ahmad, untuk menjadi waliku kerana aku sendiri tidak pasti jika dia benar-benar ayah kandungku.
"Apa yang awak fikirkan itu?" soal Harraz apabila dia sudah selesai berbual dengan salah satu pelanggan VVIP-nya.
Aku memandangnya sebelum membalas, "Tentang wali saya."
"Wali? Awak tidak mahu ayah kandung awak melakukannya?" soal Harraz lagi sekali. Memandang dia sudah tahu tentang pakcik Ahmad, aku memilih untuk berterus terang dengannya.
"Bukan tidak mahu tetapi saya tidak tahu jika dia benar-benar ayah kandung saya. Saya takut dia berpura-pura untuk mengambil kepercayaan saya dan meninggalkan saya begitu sahaja," terangku sambil menarik nafas lega.
Harraz mengangguk dan menyarankanku untuk melakukan sebuah DNA. Dia berdapatan bahawa DNA adalah salah satu cara untuk menyelesaikan semua sangsiku terhadap pakcik Ahmad. Aku mengangguk dan mengajak pakcik Ahmad untuk melakukan sebuah DNA, ditemani Arina. Pakcik Ahmad hanya turutkan sahaja kehendakku. Setelah membuat DNA tersebut, ia memakan masa sehari untuk mengetahui keputusannya. Apabila kami bertiga kembali ke hospital, DNA tersebut menunjukkan tanda positif bahawa pakcik Ahmad merupakan ayah kandungku. Air mata pakcik Ahmad dan air mataku mengalir di pipi. Aku terus memeluk ayahku dan meminta maaf kerana tidak mempercayanya. Aku sempat bertanya kepadanya jikalau dia sudi menjadi walinya. Sebaik sahaja dia setuju menjadi waliku, aku membawanya ke butik untuk menempah baju kurung khas untuknya dan meluangkan masa bersamanya. Arina sempat meminta diri terlebih dahulu untuk mengurus perihal kerjanya.
"Kak long!"
Jeritan tersebut benar-benar menyedariku dari lamunanku. Kelibat adik bongsu Harraz, Emily, berada di hadapanku dengan segelas air sirap. Aku memandangnya dengan pandangan keliru.
"Jauh termenung kak long. Nikah sudah selesai. Masa untuk sanding," terang Emily.
"Oh okay. Kak long tukar ke baju sanding ya. Emily, boleh tolong panggilkan akak Arina?" soalku sambil memandang Emily dengan ceria.
Emily mengangguk sebelum melangkah keluar. Dengan segera, aku menukar pakaianku kepada baju sanding. Sebaik sahaja aku menukar pakaianku, Arina tiba bersama adik-beradik Harraz. Mujur adik-beradik Harraz hanya dua kecuali Harraz dan kedua-duanya merupakan adik perempuan.
"Arina, aku nak cakap terima kasih. Terima kasih kerana ada bersama aku susah senang dan tidak pernah putus asa untuk berikan aku semangat serta nasihat bila aku dalam masalah," kataku dan air mataku mula bertakung di mata.
Arina segera mengelap air mataku yang mula menitis. Dia mengukirkan sebuah senyuman manis sebelum memelukku. Pelbagai gambar yang diambil untuk kenangan. Ibu bapa Harraz dan ayahku turut menyertai kami untuk mengambil gambar sebagai kenangan.
"Kejap, angah panggil along. Takkan dia tidak mahu ambil gambar dengan isterinya sendiri?" bebel adik Harraz yang bernama Emma.
Setelah memanggil Harraz, kami semua mengambil gambar sebagai satu keluarga. Harraz sempat meminta Emma mengambil gambarku bersama Harraz satu-satu sebelum mengambil gambar berpasangan. Apabila mengambil gambar secara berpasangan, Harraz membisikkan sesuatu di telingaku. Ia kelihatan seperti dia menciumku di pipi. Bisikkannya dan gurauan dari keluarga kami membuat mukaku merah padam. Mujur gambar tersebut diambil menggunakan telefon bimbit Harraz.
'I love you.' Itulah apa yang Harraz membisik di telingaku.
THE END