SWEET BOYFRIEND ARROGANT (Versi Malay)

🇸🇿bellacutie_030610
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 38.7k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Chapter 2

Sesampainya di sekolah kereta mewah milik abangnya menjadi tumpuan pelajar di sekolah itu.

Beberapa orang murid mula tertarik dan tertanya siapa pemilik kereta mewah kerana sangat jarang orang yang memiliki kereta semewah ini

Syasya mula memerhati keadaan sekeliling melihat pelajar lalu lalang dan hatinya mula berdebar

"Abang nervous la" katanya perlahan

Abangnya yang mendengar tersenyum kecil lalu dia menggosok kepala adik seyangannya dan berkata.

"Dah jangan nervous abang kan ada nanti ok la dengan suasana sekolah ni "kata abangnya dengan lembut

Syasya tersenyum manis hilang perasaan takutnya apabila mendengar kata kata abangnya.

"Thanks abang ...tapikan salah abang la ni bawak kereta kesangan abang kat sekolah tengok la menarik perhatian sekeliling" kata syasya sambil menjeling.

"Alaa bukan selalu abang hantar guna kereta ni takpe pedulikan orang lain" kata Amsyar dengan senyuman.

Dia tahu yang adiknya tidak suka menunjukkan kemewahan keluarga mereka kepada orang lain kerana ramai yang akan mengambil kesempatan ke atasnya namun hari ini dia terpaksa membawa kereta mahalnya kerana ingin menjemput tunangnya.

"Ok bye abang take care bawa kereta"kata syasya sambil menutup pintu kereta

Orang ramai mula memerhatikan siapa empunya badan yang keluar dari kereta itu.Syasya yang keluar dari perut kereta itu hanya tersenyum kepada orang sekeliling.

Pelajar disitu mula berbisik satu sama lain kerana terpengun dengan kecantikan paras rupa Syasya yang cantik yang akan menjadi kegilaan budak sekolah itu.Baju yang dipakai oleh Syasya yang biasa juga menampilkan lagi kecantikannya.

"Wow cantik sangat la.Tegok la cara pemakaian yang sangat bergaya" kata seorang perempuan kepada kawannya

"Bukan sahaja cantik jer tegok la kereta yang hantar mesti kaya raya" bisik orang lain

"Siapa perempuan ni ...piweeek cantik muka putih gebu rambut yang lurus cantik bentuk badan yang kurus" kata seorang lelaki kepada kawannya dengan senyuman menggoda kepada Syasya.

Syasya yang mendengar bisikan demi bisikan dari orang sekelilingnya berjalan dengan laju untuk keluar dari kelompok yang sibuk memerhatikannya sejak dari tadi yang membuatnya rasa tidak selesa.

Namun tiba-tiba semua perhatian mula beralih ke arah yang lain.Datang 3 buah kereta sport yang mewah lalu semua perempuan disitu mula menjerit dengan kuat dan berlari mendekati kereta mewah itu.Syasya mula menarik nafas lega kerana tiada lagi yang memberi perhatian kepadanya.

Syasya juga tertarik akan 3pemilik kereta itu dari kejauhan syasya melihat 3orang lelaki keluar dari perut kereta itu.Syasya melihat mereka sangat kacak seperti model ketinggiannya namun yang menarik minatnya ialah seorang lelaki yang berkacamata hitam .Badan yang tegap rambut yang tersusun kemas rapi yang sangat menggoda wajah yang sederhana putih.

Lelaki itu mula membuka kacamata dan tanpa diduga tatapan mata mereka bertemu.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Mark yang baru sahaja sampai di sekolah bersama rakannya mula menarik nafas dalam melihat ramai orang yang sedang mengelilingi keretanya dan kawannya.Dia mula memakai cerminmata hitam dan keluar dari perut kereta sambil memegang buku ditangan.Namun semasa di melihat sekeliling dia mula tertarik akan seorang perempuan yang dari jauh memerhatikannya .Dia mula membuka cerminmata dan mata mereka bertemu.Mark terpengun melihat kecantikkan rupa polos perempuan itu yang terlihat comel dimatanya .

Tanpa menghiraukan orang sekeliling saperti masa terhenti untuk mereka berdua saling perpandangan satu sama lain.Namun kawannya menepuk bahunya dan membuatnya sedar dari khayalannya.Mark mula berdehem untuk hilangkan perasaan yang berbunga tadi.

Syasya yang terpengun akan mata lelaki itu mula sedar dan cepat-cepat berlalu dari situ untuk mencari bilik guru .

"Apa yang kau lihat bro" kata seorang lelaki sambil menepuk bahu mark.

Dia adalah Jack sorang yang playboy namun sangat menghormati perempuan .Walaupun suka sangat berbangga diri dengan mukanya yang tampan.Namun jack adalah kawan baiknya sejak kecil.

"Entah terpengun sangat.Kau tengok apa" tegur kawannya sorang lagi yang comel.

Andy kawannya yang sangat baik hati.Suka sangat menolong orang dan menyebabkan ramai yang ingin mengambil kesempatan keatasnya namun disebabakan mark yang selalu memberi nasihat Andy mulai berjaga-jaga dengan orang lain.Mukanya yang baby face namun tetap menjadikannya seorang lelaki yang comel di mata perempuan di sekolah itu.

"tak ade apelah" katanya selamba. kawannya hanya mengangkat bahu tanda malas mahu berkata panjang.

"Mark u sangat handsome"kata seorang perempuan dan perempuan lain menejerit kegembiraan.

"Jack ..Andy kacak arr..." sambung yang lain dengan jeritan.

"Haha thanks girls" jawab jack sambil mengerdipkan satu mata tanda menggoda.

Manakala andy hanya memberikan senyuman manis.Mark hanya membuka muka bekunya selalu.

"Handsome giler laa mereka ni" bisik seorang perempuan.

"Hahaha ye..namun senior mark tetap menjadi kegilaan walaupun mukanya yang beku selamba tidak suka senyum" kata seorang junior yang lain dengan senyuman.

Mark dan kawannya mula beredar menuju ke kelas mereka. Loceng kelas bernunyi dan pelajar mula beredar meninggalkan idola mereka.