Chapter 6 - Chapter 7

Seekor kucing mula bermain di kaki Mark. Mark yang sedang memerhati pemandangan malam terkejut merasakan ada bulu bermain di kakinya dan dia melihat seekor kucing yang sangat comel.

Mark mengambil kucing itu dan diletakkan di atas ribanya dan mengelus lembut bulu kucing itu.

"meoww...meoww" kucing itu merenyek di dalam dakapan Mark kerana sangat selesa.

'Eii comel la kucing ni...bulu tebal tapi lembut bersih' kata Mark dalam hatinya.

Loceng yang dipakai oleh kucing itu menarik perhatian Mark. Tertera Nama kucing itu Si chubby.

Tanpa Mark sedar Syasya yang berdiri melihat gelagat comel Mark yang bermain dengan kucing itu. Mark memandang Syasya yang berdiri tidak jauh dari situ. Mark mula berlagak cool semula.

"Eleh habis hilang muka beku awak main dengan kucing" kata syasya mencebik.

Mark hanya diam dan melihat Syasya membawa biskut dan air nescafe.

"Nah minum la air dan biskut tu"

"Ermm nanti la" kata Mark sambil mengelus kucing yang masih selesa di atas riba Mark.

"Alah meh sini kucing tu bia saya pegang" kata Syasya yang ingin mengambil kucing itu.

Namun kucing itu tidak mahu turun dari atas riba Mark.

"Bia la dia atas riba aku dia tak nak la tu tengok muka kau dah bosan" Sampuk Mark bersahaja.

"Eee mengada la chubby ni..Dah tu nanti sejuk air" cebik Syasya.

"Kau suap je lah aku" kata mark dengan muka cool dia.

Syasya yang sedang minum air tersedak mendengar kata yang keluar dari mulut Mark itu.

"Awak ada tangankan ..makan la sdiri"

"Kau nampak tak tangan aku pegang kucing...aku malas nak g basuh tangan ..kau suap je lahh" kata mark malas.

"Ermm yelahh mengada" kata Syasya merungut.

Dia menyuapkan biskut ke dalam mulut Mark dengan berhati-hati mark hanya memerhatikan Syasya dengan tekun.

'Alahai comel la perempuan nih' bisik hati kecil Mark.

"Comel" terkeluar kata itu dari mulut Mark.

"Ape saye ker" tangan Syasya berhenti dan melihat Mark memndang dia.

" Bukan kau kucing la..kau mane comel kucing lagi comel" kata mark dengan sinis.

"Eii awak ni kan ...ye laa kucing comel tuan dia pun comel" kata Syasya dengan membuat muka comelnya

"Erkk perasannye " kata Mark ingin membuang perasaan yng sudah berbunga di hatinya.

Sedang leka bermain kucing Syasya menarik muka Mark dengan lembut.Mark terdiam terkaku melihat tindakan Syasya itu.

"Jangan gerak ade biskut kat tepi bibir awak" kata Syasya mengelap bibir Mark dengan lembut dan mata mereka bersatu.

Seperti ade magnet membuatkan mereka saling melihat satu sama lain. Namun Mark terserentak dan melihat ke arah lain.

Syasya merasakan pipinya sudah panas. Mereka kekok akan suasana itu. Namun kereta memasuki perkarangan rumah itu membuatkan suasana menjadi normal semula.

Parents Syasya dan abangnya keluar dari perut kereta. Syasya dan Mark bngun dari kerusi.

"Sorry menyusahkan Mark ye jaga Syasya yang nakal uncle ade hal tadi" Kata papanya syasya.

"Oo tak pe uncle saya ok jer" kata mark dengan sopan.

"Mark kenapa tak masuk dalam Syasya tak ajak ke" kata Mamaku dengan memberikan jelingan kepada Syasya.

"Eyh tak aunty saya yang nak duk luar ambil udara malam"

'Aduhai sopan nye kau cakap dengan parents aku jijak semut pun tak mati' kata syasya dalam hati.

"Hahaha ye la tu kalau Syasya nakal ketuk jer kepala dia" sampuk abngku pulak.

Syasya dengan geram memcubit perut abangnya itu sedikit. Mereka mengelakkan melihat muka Syasya yang tidak puas hati itu.

"Ermm uncle aunty saya balik dulu laa dah lambat ni" kata Mark melihat Jam tepat kul 11.30 malam.

"Eyh tak nak masuk dulu ker...tido sini pun tak pe dahla menyusahkan Mark jer" kata papaku risau.

"Ha'ah tido sini je la. Walaupun baru kenal tadi tapi aunty dah anggap Mark macam anak kami"

Sampuk mamaku.

'Aduhh sudah bila mamaku sudah berkenan begini la jadinya' rungut Syasya.

"Ermm menyusahkan jer xpe la nanti parent saya risau pulak" kata Mark dengan lembut.

"Okay la kalau camtu ...nanti datang la melawat aunty tau" kata mamakumemeluk Mark.

"Okay nanti saya datang" jawab Mark.

"Sya g hantar Mark kat kereta" kata papaku menyuruh.

"Alaa kereta dekat tu jer" kata Syasya dengan malas namun melihat jelingan mamanya da tersengih.

"Kami masuk dulu la Mark nanti jemput datang lagi"

Syasya berjalan mengikut langkah Mark ke keretanya.

"Erkk mark thanks you " kata Syasya perlahan.

Mark yang ingin masuk ke dalam kereta terhenti.

"For what" mark mengangkat kening.

" Ermm for everything...Terima kasih sebab tolong kat hotel dan teman saya" ucap Syasya lembut.

"Ermm okay" kata Mark lalu masuk dalam kereta menghidupkan enjin keretanya.

Syasya tidak puas hati'Eyh itu jer dia balas ok ermm memang hati beku'bentak hati syasya

Namun sebelum dia pergi. Mark memanggil Syasya semula. Syasya pelik 'nak ape pulak budak ni'.

Mark merunkan cermin keretanya dan menyuruh syasya menundukkan sedikit wajahnya dekat dengan muka Mark.

"Kasih diterima jangan lupa hutang kau" kata Mark sambil mencubit pipi dan berlalu pergi meninggalkan dengan senyuman terukir dibibir.

Syasya terpinga-pinga ape yang di dengarnya. Akhirnya dia menangkap ape yang disampaikan oleh Mark dan tersenyum memegang pipinya.

'Eyh tapi hutang ape aku hutang dengan dia' kata syasya sendiri.

"Oo hutang dia bayar dekat perempuan kat hotel tadi la kut..ermm kedekut"

Rungut syasya dan masuk ke dalam rumahnya semula untuk tidur.