Sudah seminggu Syasya bersekolah di situ dan dia sudah membiasakan dirinya dengan suasana sekolah di Amerika.
Namun Syasya pelik akan tindakan Mark yang tidak menyapa apabila bertemu atau berselisih bahu. Dia hanya memberikan muka yang beku dan berlagaknya.
Syasya pernah ingin menegur ketika bertemu di atas tangga .
Mark yang berjalan bersama 2orang kawannya sambil berbual namun melihatnya terus terdiam. Syasya ingin menyapa namun Mark pandang sekilas dan berlalu pergi tanpa menghiraukan Syasya.
Kawan Mark Andy dan Jack menegur Syasya dan memberikan senyuman manis tanda menyapa. Syasya terasa akan berpuatan Mark itu.
'Ermm suka hati kau la malas aku nak tegur kau. Lelaki ais...hati batu..tak guna' rungut Syasya dalam hati.
Selesai waktu kelas sains Syasya keluar kelas untuk mengambil udara segar.
Semasa berjalan ke bumbung tingkat bangunan atas Syasya terdengar suara beberapa orang perempuan di bumbung itu.
Syasya berjalan dan melihat beberapa perempuan sedang membuli seseorang. Mereka membuka beg duit gadis itu dan melemparkannya.
"Eii banyak ni jer duit kau bawak" sinis perempuan itu sambil menepuk pipi gadis malang itu.
"Mane beg sekolah kau" lalu 2orang memegang tangan perempuan itu. Gadis itu merayu dan menangis.
Syasya yang tidak tahan melihat kelakuan membuli itu terus menyampuk.
"Ermm seronok ke membuli" sampuk Syasya dengan menyilangkan tangannya.
"Eii kau sape ikut suka hati aku laa..kau pe hal..nak kami buli kau jugak ke budak baru" kata perempuan itu menolak bahu Syasya dengan jarinya.
Kawan-kawannya menyorak dan ketawa. Syasya tersenyum sinis dan menjeling tajam ke arah mereka.
'4 orang jer...aii terpaksa la aku' bisik Syasya sambil mengepal penumbuknya.
"Lepas perempuan tu. Nak aku report ke pihak atasan ke" kata Syasya dengan suara geram.
"Hahhaaha...report la. Kau tu sape aku anak orang kaya tak kisah la" kata perempuan itu
"Baik kau bla la..sebelum kami pulak buli kau" sampuk kawannya yang lain.
"Ermm macam ni laa...." Syasya berjalan menuju ke arah gadis itu sambil mengemas barang perempuan itu dan menolong perempuan itu bangun.
Perempuan itu mengeleng kepala dan memegang tangan Syasya dengan kemas.
" Berani la kau ni kan" kata perempuan itu sambil mengangkat tangannya untuk menampar perempuan itu.
Syasya menangkap pergelangan tangan perempuan itu dan menepis.
"Awak ok ker?" tanya syasya lembut dan gadis itu mengangguk sahaja.
" Macam ni laa kalau aku kalahkan korang lepaskan perempuan ni jangan buli dia lagi" ujar Syasya sambil tersenyum palsu.
"Ermm kalau kau kalah macam mane" ujar perempuan itu bersahaja.
"kau boleh buat ape sahaja dekat aku" kata Syasya dengan berani.
Perempuan di situ mengangguk setuju akan hal itu dan Syasya mula tersenyum sinis.
Namun ada satu pasang mata sedang memerhati akan kejadian itu. Mark yang mendengar apa yang dikatakan oleh syasya berasa risau.
Dia ingin menuju ke arah mereka namun ada tangan menariknya semula dia memandang di belakangnya Jack dan Andy memegangnya bagi menghalang Mark pergi.
"Aikk bila masa kau berdua ada belakang aku nih" tanya Mark pelik.
"Shuuu!!" kata jack suruhnya senyap supaya memerhati kejadian di sana.Mark hanya diam.
'Aii perempuan ni cari masalah betul la' kata mark dalam hati.
Namun mereka terkejut dan memandang sesama sendiri melihat kejadian di depan matanya.
Syasya menendang perempuan di depannya dan menolak perempuan kiri kanannya namun datang seorang perempuan di belakang ingin menembuk namun Syasya lebih pantas mengelak serangan 4orang perempuan itu.
"Buk..bedebukk!!..buk" bunyi perlawan perempuan 4vs1.
Mereka bertiga begitu tertarik akan kejadian itu seperti menonton drama pulak.
Habis tumbang 4orang perempuan itu ke lantai. Syasya hanya tercedera di mulutnya sedikit akibat tamparan tidak sempat elak.
Namun tiba-tiba ada yang menyerang dari belakang Syasya.
Syasya yang tidak menjangka akan hal itu terserentak namun gadis yang dibuli itu menarik tangan perempuan itu ke arah belakang dan menolaknya jatuh.
Mereka mengaku kalah.
"So sekarang korang dah janji jangan kacau dan buli orang lagi" kata Syasya duduk sambil menepuk bahu perempuan yang baginya ketua kepada 3org itu.
Perempuan itu mengangguk takut-takut. Namun Syasya menghulurkan tangannya ke arah perempuan itu untuk mengangkat bangun.
Perempuan itu menyambut huluran tangan Syasya dan tersenyum. Syasya membersihkan habuk ang terkena baju yang dipakai oleh perempuan itu.
Mereka 4orang bersalam dengan Syasya dan meminta maaf kepada gadis yang dibulinya itu.
"Eyh kejap name ape" tanya Syasya kepada ketua mereka.
"Maria kau pulak" tanyanya.
"Aku Syasya slamat berkenalan"
"Ermm okay kalu ade ape masalah cari la Aku berempat" pesan perempuan itu kepada Syasya.
Mark sedikit tersenyum melihat kejadian itu.'Aii perempuan ni tak boleh dijangka selalu ade jer yang buat aku terkejut' bisiknya dalam hati.
Dia menarik lengan tangan 2orang kawannya supaya berlalu pergi namun mereka tidak mahu bergerak ingin melihat lagi.
"Nak aku terajang korang ker" kata Mark sambil mengetuk kepala 2orang kawannya itu.
"Aduhh" kata Andy dan Mark serentak.
"Dah jom" Kata Mark berjalan menuruni tangga.
Diikuti oleh Andy berjalan ditepi Mark sambil membetulkan rambutnya. Jack berjalan ditengah menghimpit mereka berdua menuruni tangga sambil meletakkan tanggan di bahu Mark dan Andy.
"Kau ni g mane ni Mark" kata Jack melihat Mark berjalan bukan ke arah kelas.
"Bilik Muzik" kata Mark sepatah.
Andy hanya mengangkat bahu dan mereka mengikut sahaja Mark.
"Mark dahaga" kata Jack selepas mereka duduk di kerusi.
"Dah tu kau g la beli " kata Mark sambil mengeluarkan phonenya.
"Alaa kau la aku letih" kata Jack menguis kaki Mark.
"Suruh Andy la" Kata Mark tanpa menghiraukan Jack dan jack memandang Andy dengan muka seposen.
"Malas aku nak jalan" Kata Andy.
Andy mengeluh malas. Jack begitu dahaga lalu dia melihat Mark yang sibuk dengan phonenya.
"Mark aku nak tanya sikit" kata Jack tertanya.
Andy yang sedang memegang gitar memandang tiada respon dari Mark. Jack mengeluh melihat Mark tidak respon.
Andy mencuit bahu Mark. Mark yang sedang bermain phone terhenti. Dia faham akan isyarat yang di sampaikan oleh Andy.
"Sorry bro ...Papa aku mesej..aku tak dengar kau tanya" kata Mark bersalah.
Dia sangat mengenali Jack.. dia tidak suka bila kawannya bermain phone ketika lepak sekali dan tidak suka bila bercakap tidak melihat muka. Kerana bagi Jack sahabat lebih penting.
"Ermm ye lah..Papa kau nak ape"
Tanya jack.
"Oo dia kata ada hal nak bincang dengan aku" Jawab Mark .
"Ape kau tanya tadi" tanya Mark mematikan phonenya.
"Aku dahaga lepasni la aku tanya" kata Jack tersengih.
" Kau ni kan " kata Mark mengalah lalu bangun.
"Thanks bro" Kata Jack melihat kawannya ingin membelikan air.
"Andy kau nak jugak ke air" Tanya Mark melihat Andy begitu asyik akan gitar.
"Aku nak " kata andy
"Okay tunggu kejap" Kata Mark.
Mark berjalan menuju ke cafe di sekolah mereka untuk membelikan air kepada sahabatnya.