Chereads / Love Blue Flowers / Chapter 51 - Love Blue Flowers

Chapter 51 - Love Blue Flowers

RUMAH TANGGA Adif dan Dania berkekalan hingga sekarang. Kehidupan mereka dijalani dengan penuh rasa gembira walaupun kadang-kadang ada sahaja membuatkan Dania marah kerana kehadiran Putri.

"Nia.." panggil Adif dalam suara yang lemah. Adif kelihatan baru sahaja pulang dari kerja selepas seharian dia bekerja menghadap komputer di pejabat.

Dania yang baru sahaja selesai membaca Al-quran pantas mendapatkan suaminya di sofa. Dia bersalaman dahulu dan mengambil air kopi kegemaran Adif sebelum lelakinya mengusap rambutnya.

"Sedap?" tanya Dania. Adif mengangguk. Senyuman dibibir dilakar tanda dia gembira dengan kehadiran isterinya.

"Lusa kak mai nak datang sini...boleh dia tumpang rumah kita?"

"Boleh je. Berapa lama dia kat sini?"

"1 week? Sebab dia ada photoshoot katanya. Well dah kahwin kot." Maisara dan Taufiq telah berkahwin apabila Maisara dapat sahaja kotak hadiah itu terus keluarga Taufiq masuk meminang Maisara dan 2 minggu kemudian mereka melakukan majlis kecilan sahaja kerana Taufiq mahu berangkat ke Canada selepas itu.

"Rindu nasi ayam kak Naura masak." kata Dania dengan wajah yang masam. Kepalanya dilentokkan di atas dada bidang Adif buat seketika.

"Suruh kakak kesayangan awak tu buatkan. Saya mahu mandi, solat, makan." Kini Adif sudah bangun dari sofa usai meneguk habis air kopinya. Dania pula segera panjat belakang suaminya.

'Nia, beratlah." kata Adif dengan lembut. Dania pura-pura tidak mendengar kata-kata itu. Namun Adif tidak menolak tubuh itu turun ke lantai sebaliknya dia memperbetulkan kedudukan Dania dibelakangnya.

"Next year lah kan kak Naura bersalin?" Adif yang sedang menikmati keindahan alam disebalik cermin pintu rumahnya itu segera menurunkan Dania kerana berat. Ceh tak adalah berat mana tapi- beratlah juga.

"Ya lah kot. Kenapa? Dia dapat tahu dia pregnant after raya lah kan? So kita raya bulan 6 lepas tu kira kira bulan 7 atau 8 gitu. So around bulan 3 atau 4 dia bersalin...kan? Entahlah bukan anak Adif so Adif tak nak ambil tahu."

"Untung kan abang Arif dapat kak Naura. Cuma satu je kekurangan yang Nia nampak. Kau Naura mudah maafkan orang. Lepastu apa yang dia fikirkan tak sama apa yang kita fikir. Macam haritu dia beria-ria nak kan keluarga kau berbaik semula sebab dia tak nak anak dia kurang kasih sayang. Tapi bila kak Naura cerita yang dia pernah baca dalam buku yang budak-budak boleh jadi nakal atau lebih aggressive if kurang perhatian. Macam kita ni alah kadar je but kak Naura betul-betul tak nak anak-anak dia rasa apa dia rasa. Tengoklah kedai buku dia sampai hancur jadinya sekarang dia bina lagi supaya anak-anak dia tak rasa terbeban."

Dania kagum dengan kehebatan kakak iparnya. Dari jauh sahaja muka Naura nampak sombong tapi dalam hati fuh soft nya hanya ahli keluarga sahaja yang tahu. Kadang-kadang sampai Arif marah kerana Naura begitu mudah maafkan orang dah mudah berikan apa sahaja.

"Tapi Aku lagi beruntung sebab dapat bini yang sudi duduk rumah walaupun dekat 24 jam suaminya tak ada kat rumah. Sorry, Nia. Adif buat demi keluarga kita. Cari nafkah walaupun tak ada masa."

"Heh? Gi lah solat Isyak." sengaja Dania larikan diri dari pandangan mata suaminya. Seram. Mengerikan.

"NAURA AIRINA! Sampai pukul berapa nak tidur ni? Dah pukul 1 tahu tak?" marah Puan Khalidah kepada anak tirinya. Naura masih berselubung disebalik selimut. Entah kenapa harini dia berasa sungguh malas.

"Kejap lah...Naura penat lah siapkan kerja semalam." rengek Naura. Arif yang baru sahaja selesai berbincang dengan Qayyum terus menerpa masuk ke dalam kamarnya.

"Ibu bagilah dia rehat sekejap. Pukul 6 tadi baru dia dapat tidur sebab muntah-muntah." bisik Arif ditelinga ibu mentuanya. Puan Khalidah mengaku kalah juga dengan pujukan si menantu. Dia keluar dari bilik seraya menutup rapat pintu bilik itu.

"Naura tak nak keluar dari bilik boleh tak? Tak larat lah nak keluar." Kata Naura sambil menatap muka sang suami.

"Boleh. Nanti Arif bawakan maka..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Naura berlari masuk ke dalam tandas untuk muntah.

Naura duduk ditepi mangkuk tandas seraya mengikat rambutnya. Alahan kalini benar-benar membuatkan Naura tak kuat namun dia benar-benar mahukan anaknya lahir ke dunia itu.

Tubuh Naura diangkat oleh Arif lalu diletakkan di atas katil. Kepala yang begitu berat itu diurut dengan perlahan.

"Naura tak rasa Naura boleh jadi isteri yang baik kat sisi Arif." kata-kata Naura membuatkan Arif mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula?"

"Naura tak kemas rumah, masak pun ikut mood, kadang-kadang melawan cakap Arif. Apa yang Naura buat kat rumah ni? Basuh baju, lipat baju kemas katil lepastu jenguk kedai itupun duduk sahaja. Kalau isteri orang lain...diaorang susah payah nak happykan suami dengan masak, mop, buat itu ini. Baiknya diaorang."

"Tugas suami dalam islam memasak, mencari nafkah, berikan tempat perlindungan buat keluarga, layan isteri, kemas rumah, bimbing sayang, jaga anak-anak, jaga keselamatan keluarga kita. Sayang cuma layan suami dengan baik sahaja. Kalau Naura nak kemas rumah ke apa ke itu pun boleh untuk dapatkan pahala. Lain orang lain cara. Tapi ini cara Arif dan tanda Arif sayangkan Naura." sengaja Arif mencuit hidung isterinya. Senyuman manis dilakar bagi menghiasi wajah tampan itu.

Dia berasa beruntung kerana mendapat suami seperti Arif. Walaupun ada pasang surut rumah tangga mereka namun Arif cepat bertindak seperti orang yang matang dan setiap kesalahan pasti diucapkan dengan minta maaf dibibir Arif walaupun kesalahan itu berpunca daripada Naura.

WAJAH cengkung Putri membuatkan Naura terkejut. Baru sahaja dia ingin menjamu selera di jam tengah hari itu namun niatnya dimatikan kerana Putri hadir ke kedai bukunya.

Putri duduk melutut dihadapan Naura dan Naura pula menatap muka Qayyum.

"Naura, Aku minta maaf Naura. Aku sedar Aku salah selama ni." rayu Putri secara tiba-tiba. Air mata yang mengalir membuatkan Qayyum tidak selesa dengan kejadian itu. Naura menyentuh perlahan bahu anak gadis itu.

"Aku dah lama maafkan. Cuma minta maaflah sekali pada Adif sebab kau lah dia bekerja keras." tangisan di pipi semakin lebat seakan-akan terdesak dalam meminta maaf.

"Aku dah call. Aku dah mesej tapi dia tak balas." balas Putri dalam tersedu-sedu.

"Dah kalau kau kacau rumah tangga dia fikir bini dia tak marah? Kau beria ajak jumpa and now what Putri? Kau boleh kacau Aku tapi bukan keluarga Aku." suara Arif yang baru sahaja keluar dari stor membuatkan Putri terdiam.

"Maafkan Putri. Putri tahu dan sedar. Tolong maafkan Putri." kini Putri merayu kepada Arif pula. Arif buat tak tahu sahaja dengan rayuan itu. Dia mahu gadis itu dapat pengajaran dan bukan mudah Arif Iskandar mahu maafkan orang seperti Naura Airina.

"Maafkanlah Putri... Abang dah tak ada...abang dah tinggalkan Aku...sekarang Aku.. kena kejar dengan along sebab Aku pinjam duit along...bila-bila masa diaorang boleh bunuh Aku. Tolong..Aku merayu sangat-sangat maafkan Aku. Aku dah terima nasib Aku. Aku menyesal." ucap Putri dalam tangisan.

"Berapa kau hutang along?" soal Naura dengan begitu serius.

"2...2.." tergagap Putri dibuatnya dan itu sudah mewujudkan kemarahan Naura Airina ketika itu.

"2 apa?! 2 ribu? 2 juta?" marah Naura pula.

"Dua puluh ribu." mata mereka semua terbutang buat 2 minit. 20 ribu?! Kenapa tak ambil 2 juta sahaja?

"Apa kau buat ngan duit tu? Judi?" tanya Qayyum yang telah lama berdiam diri. Arif mendekati Naura yang masih duduk di kerusi hitam berhadapan meja makan itu.

"Aku baru tahu abang Aku ada kanser buah pinggang dan masatu...dah tahap terakhir. Lepas kejadian abang Aku meninggal, Aku pinjam duit along untuk bayar bil hospital. Aku telefon Adif masatu sebab Aku kena kejar dengan along. Aku dah tak ada hala tuju...Aku betul-betul insaf, Naura." Anak mata Naura mula bergelinang. Dia mengusap lembut bahu Putri yang masih duduk merayu itu.

"Kau tahukan sebab kau lah Aku layan bini Aku macam sampah. Sebab kau dia menderita. Sebab kau juga Aku hampir hilang orang yang Aku sayang. Bodoh! Dah besar panjang masih buta dengan cinta. Kalau ikutkan hati Aku ni memang dah lama Aku heret kau masuk makhamah." luah Arif dalam keadaan kesal dan marah. Entah kenapa kemarahan dia pada waktu itu naik hingga ke atap.

"Ya Aku tahu. Tapi sekarang ni Aku dah sedar. Aku tak minta banyak cuma maafkan Aku sahaja. Aku tak minta kau bayar hutang Aku sekalipun. Nak hina? silakan. Aku berhak dihina selepas lakukan perbuatan yang keji. Kalau ini balasan yang Allah takdirkan maka Aku terima seadanya." Nafas Naura turun dan naik. Dia menuju ke meja juruwang lalu dia mengambil buku cek.

"Naura nak buat apa?" soal Arif kepada Naura yang sedang membuat sesuatu. Putri masih memandang ke lantai kerana dia berasa malu dengan kelakuannya. Kini bagi Putri tahap dia begitu rendah berbanding keluarga Arif. Benar kata arwah abangnya, Naura baik dan dia jahat.

Walaupun pada riak wajah Naura nampak lemah dan ayu namun ilmu Naura lagi banyak berbanding Putri.

"25 ribu Aku beri dekat kau. Siap bunga lagi Aku bagi. Kau settlekan hutang kau lepastu datang sini semula." cek yang di tandatangan itu diberikan kepada Putri. Putri menggeleng laju kepalanya.

"Terima sajalah! Aku tak nak kau mati dengan cara tak betul." marah Naura.

"Aku nak ikut abang Aku...Kalau Aku bayar pun tiada guna juga...diaorang tetap akan bunuh Aku." Naura meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangan.

"Haah lepastu jadi kes bunuh. Lagi satu hal polis kena buat kerja cari lagi siapa pembunuh dan apa salah kau? Kau bayar hutang ni dulu. Qayyum kau gi hantar dia." Qayyum yang mendengar itu terkejut beruk.

"Eh Saya? Kenapa Saya?" soal Qayyum dengan suara terkejut.

"Sayang, kita bincang dulu. Mana tahu dua ada niat tak baik." bisik Arif. Naura mengerut dahi.

"Dia dah separuh jalan datang sini lepastu suruh bincang? Awak tahukan Saya macam mana? Tak akan Saya nak biarkan dia macamtu."

"Ya disebabkan Arif tahu awak macam manalah Arif nak kita bincang. Kita tak tahu cerita dia betul atau tidak? Kita..." Arif matikan ayatnya apabila Putri bersuara.

"Arwah abang Aku meninggal... kau masih nak kata Aku menipu? Manusia jenis apa kau ni? Dia sahaja yang Aku ada. Mak bapak Aku entah hidup entah mati pun Aku tak tahu. Jadi kau jangan nak buruk sangka dengan Aku lagi. Soal hidup mati arwah abang Aku..bukan ahli keluarga kau."

"Bukti? Bukti abang kau dah tak ada. Ada?" Kalini tiada tahap lagi api kemarahan Naura. Memang kalini dia mahu meluahkan segala isi hatinya.

"Arif, apa masalah awak ni?" suara Naura sedikit tinggi dan itu membuatkan Arif terkejut.

"Bukti? Kau tak dapat berita dari tok wan atau kau sibuk kerja sampai tak boleh call tok wan?" gelak sinis.

Telefon pintar Putri berdering dan laju Putri mengangkat panggilan itu.

"Mana kau betina?" soal seorang lelaki yang bersuara garau.

"Aku on the way." balas Putri pula.

"Bawa duit 20 ribu tu kalau tidak kepala kau hilang. Faham?!" Putri matikan panggilan itu lalu menapak keluar dari kedai Naura.

"Putri, ambil duit ni. Mungkin ini kali terakhir kita jumpa. Tolonglah Putri." rayu Naura pula kalini. Arif membiarkan si isteri lakukan apa yang si isteri inginkan.

Putri tidak mengambil cek kertas itu kerana dia malu. Walaupun dia dapat melunaskan hutangnya dia tetap akan mati di tangan along juga. "Arif, kau settlekan bini kau ni boleh tak? Yang kau ni Naura kau tak faham ke Aku tak nak? Kalau Aku ambil juga sama sahaja sebab Aku akan mati kat tangan jantan tu." Putri merengus geram.

Laju Putri melarikan diri dari kedai Naura dan tanpa diduga... Putri telah dilanggar oleh sebuah kereta Hilux berwarna hitam. Arif, Qayyum dan Naura terkejut. Darah yang mengalir keluar dari tubuh Putri dilap oleh Naura yang sudah tiba disisi Putri.

"Call ambulans..." pinta Naura dalam nada menangis. Semua yang lalu lalang disitu cuma menjadi penonton disitu. Tidak menolong mahupun sedikit.

"Call ambulans lah! Suruh datang cepat!" teriak Naura. Arif menelefon pihak hospital bagi menghantar ambulans ke tempat kejadian. Dalam masa yang sama dia dan Qayyum cuba mengawal kesesakkan lalu lintas disitu. Diikuti dengan pemilik kereta Hilux yang melanggar Putri yang baru sahaja menelefon pihak hospital yang bertindak dahulu daripada Arif.

"Sayang, awak doktor kan..selamatkan lah dia." ucap Naura dalam tersedu-sedu. Arif duduk melutut dihadapan isterinya.

"Arif cuba." buat masa sekarang dia tak boleh lakukan apa-apa kerana alatan pembedahan mahupun alatan hospital tiada disisinya. Kalau mahu ke hospital milik dia pun akan mengambil masa yang lambat jadi terpaksalah mereka menunggu kedatangan ambulans yang berdekatan.

4 JAM berlalu, baju Naura yang berlumuran dengan darah sudah diganti dengan baju yang baru. Arif yang berada disisi Naura cuma mampu mencuba menenangkan si isteri yang masih takut dengan tragedi tadi.

Qayyum pula pergi ke tempat yang perlu dituju oleh Putri bagi membayar hutang tersebut dan dia perlu segera pulang kata Arif kerana takut kalau-kalau nyawa Qayyum pula dalam bahaya.

Lampu merah bertukar menjadi lampu hijau, Naura terlebih dahulu mendekati tubuh doktor yang mengendalikan pembedahan Putri.

"Macam mana keadaan dia doktor? Putri tak apa-apakan?" soal Naura. Arif cuma berdiri dibelakang isterinya.

"Saya harap tuan dan puan dapat terima segalanya dan Saya mengucapkan takziah kepada arwah Putri. Arwah telah meninggal dunia." Naura menggeleng. Tidak.. tidak..tak mungkin.

"Doktor tipu Saya kan?" Soal Naura yang menganggap itu cuma gurauan.

"Saya tidak bergurau puan. Benar arwah telah meninggal dunia." lagi sekali air mata Naura tumpah. Arif mendakap tubuh Naura lalu dia membaca surah al-fatihah di dalam hati.

"Sayang...kenapa?" soal Naura yang masih menangis dalam dakapan Arif.

"Takdir...ini takdir, sayang." Bisik Arif.

"Allah sayangkan dia...Naura akan terima seadanya." kata-kata terakhir Naura berakhir dengan wajah yang dihiasi senyum tawar.

'Aku maafkan kau, Putri.' Dia sudah menganggap Putri seperti keluarganya. Walaupun banyak perkara jahat yang pernah dilakukan tapi dia juga manusia yang perlu dimaafkan. Islam itu mudah. Memaafkan seseorang kalau seseorang melakukan kesilapan dan biarkan yang maha esa menentukan balasan.