"BILA kau nak bersalin ni? Dah masuk awal tahun tak kan anak kau tak nak keluar lagi?" soal Maisara seraya mengelap pinggan sebelum diletakkan ke dalam almari.
"25 hari bulan macam tu. Lebih kurang minggu depan lah." balas Naura seraya meneguk air teh bunga ditepi singki.
"Serius ah? Okey so tak lama lagi Aku boleh buli anak kau. Bosan ah nak buli si tua tu." Naura ketawa kecil.
"Kau ajar dia bukan-bukan hilang kepala kau ya, Maisara." Maisara turut tersengih.
"Tak sangka kan dah nak tamat zaman korang berdua nanti mula zaman ibu bapa. And Aku tak sangka boleh berkahwin ngan mamat tiga suku tu." Naura senyum tawar. Sejak kematian arwah Putri, dia kurang gembira kerana mesti dia teringat wajah itu. Kadang dia terlupa bahawa Putri sudah tiada.
"ADIF!!!" jerit Dania yang baru keluar dari tandas dapur rumah Arif. Adif yang leka dengan perbincangan perniagaan bersama keluarganya terus berlari ke arah isteri dengan laju. Kerisauan dia semakin mendadak apabila si isteri seakan-akan dalam bahaya.
"Apa? Apa? Apa ni??" soal Adif dengan gelabah. Gila tak gelabah kalau si isteri menjerit seperti orang gila. Macam nampak hantu pun ada.
"Tak apalah. Malu nak cakap." sengih. Adif tarik muka. Malas dia nak layan kalau malu malu ni. Cakap sahajalah bukan orang lain pun.
"Apa ni? Ada apa-apa yang meletop ke?" soal Taufiq yang sudah ke dapur bersama Qayyum dan Arif. Semua menanti jawapan Dania.
"Kenapa Nia?" soal Adif semula dengan suara yang lembut. Dania berbisik perlahan di telinga Adif. Riak wajah Adif pula menarik perhatian mereka semua. Wajah yang begitu teruja!
"Anak Aku?"
"Anak kau lah. Anak siapa lagi?" marah Dania. Pantas Adif merangkul tubuh si isteri. Pelukan erat itu membuatkan mereka semua tertanya.
"Pregnant?" tanya Arif dan... Dania mengangguk.
"Alhamdulillah." Ucap mereka semua dengan serentak. Maisara dan Naura memeluk tubuh Dania pula selepas Adif melepaskan pelukan tersebut. Anak mata Adif dan Dania saling bertentang. Walau tanpa air mata mengalir dan kata-kata yang keluar. Dania tahu Adif mengucapkan terima kasih di dalam hati.
'Terima kasih, sayang.' bisik hati Adif.
"Anak abang adalah kawan nanti." ujar Arif pula. Mereka semua mengukirkan senyuman dengan penuh rasa gembira. Arif dan Naura junior akan keluar tak lama lagi dan kini rezeki Adif dan Dania pula untuk mendapatkan junior mereka.
'Bye bye. Adif nak bagitahu daddy. AHHHH Aku dah nak jadi ayah. Yahuuu!" jerit Adif sambil berlari mendapatkan telefon di meja kopi. Taufiq menuju ke dapur untuk menolong si isteri manakala Arif dan Naura duduk di balkoni bilik.
"Lama lagi ke diaorang kat Mekah tu?" soal Naura. Arif tersenyum.
"Aik dah rindu? Next week diaorang pulang, sayang." Naura diam.
"Esok kita lawat kubur arwah mak boleh?"
"Aik bukan minggu lepas dah pergi ke. Kenapa kerap sangat ni?" Arif pelik kerana pada minggu lepas, Naura telah pergi ke tanah perkuburan milik arwah maknya sebanyak 5 kali. Seboleh-boleh Naura rasa ingin duduk disitu. Arif bukan tak benarkan cuma dia pelik kenapa perangai Naura makin lain.
"Naura rasa..macam mak panggil Naura." Kerutan di dahi Arif menimbulkan 3 garis.
"Okey jap... arwah mak panggil Naura? Awak demam ke atau macam mana? Penat?" Laju Naura menggeleng.
"Naura tak tahu macam mana nak cerita tapi memang Naura yakin dan Naura betul-betul dapat rasakan arwah panggil Naura. Masa Naura singgah kubur. Naura senyum nampak kubur arwah. Rasa macam dekat. Sangat-sangat." perkataan sangat itu sahaja Naura menekan sedikit. Dia sendiri tak tahu macam mana mahu menerangkan kepada cik suami.
"Okey tak apa kita lupakan pasal ni. So...nak buat apa ni? Harini kita dua cuti. Tak akan nak duduk rumah je. Bosan lah." Buku ditangan Arif, diambil oleh Naura. Arif terus memandang wajah Naura.
"Semalam balik dari kedai bukan main kata, esok tak nak keluar lah. Penat. Tetiba minta keluar." Naura sengih.
"Itu semalam bukan harini. Semalam lain. Harini lain. Semalam penat. Harini tak. Jomlah keluar. Naura nak makan nasi lemak area hospital Arif." nak tak nak Arif mengikut juga kehendak Naura. Apa boleh buat. Perempuan mengandung ni kalau kata tidak jawabnya kena juga buat. Selagi tak dapat selagi tu dia minta.
Taufiq yang rancak berborak dengan Adif terus memandang raut wajah Naura dan Arif yang sudah bersiap untuk keluar.
"Lu mau pigi (pergi) mana?" tanya Taufiq yang acah-acah gengster. Ugh gengster tahi kucing sahaja di mata Arif.
"Wa mau bawa bini wa makan nasi lemak. Dia mengindam tu. Nanti sebelum maghrib wa balik." kedua-dua jejaka dihadapan Arif terus mengangkat ibu jari mereka ke langit. Tanda bagus bagi menjawab jawapan itu.
"Chaw lu. Apa-apa hal call. Lapar ke apa ke kau order atau masak sendiri. Lepastu..." belum habis lagi ayat Arif, Taufiq telah memotong terlebih dahulu.
"Tak apa. Memang kitaorang buat macam rumah sendiri." balas Adif sambil tersengih. Maisara dan Dania pula di bilik tetamu dimana mereka berborak hal rumah tangga mereka. Biasalah bila dah berumah tangga mesti ada sahaja sifat pasangan yang kita berasa tidak selesa. Jadi mereka mengambil masa itu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
ANGIN lembut di tepi pantai membuatkan Naura hanyut di dalam bayangan arwah maknya. Rindu? Dia rindukan arwah dan dia berasa ingin menemani arwah di kubur. Senyuman Arif yang tidak jauh dari pondok kayu itu dibalas oleh Naura. Arif begitu seronok melayan karenah kanak-kanak kecil yang bermain bersama bapa yang lain.
"Assalamualaikum." sapa seorang wanita kira-kira dalam likungan 50-an. Naura membalas sapaan itu lalu dia menatap anak mata pemilik baju kurung berwarna hijau lumut.
"Orang baru ke?" soal wanita itu.
"Dah lama lah juga. Makcik duduk lah dulu. Panas kat luar tu." pelawaan Naura diterima oleh wanita bertudung putih. Air kotak teh bunga yang baru dibeli telah diberikan kepada wanita itu.
"Eh tak apa. Makcik puasa." Naura mengangguk perlahan. Dia meletakkan semula air kotak itu kedalam plastik.
"Makcik seorang je?" wanita itu menggeleng.
"Itu hah anak makcik. Yang baby tu anak arwah kakak dia. Makcik datang sini pun sebab anak makcik teringin." Senyum.
"Oh Saya Naura. Yang lelaki pakai baju merah tu suami Saya. Arif nama dia."
"Panggil makcik, makcik Za je. Leha pun bole juga. Tapi nama panjang makcik, Zaleha Wardah." Uish nama unik sungguh.
"Makcik datang sini tegur kamu sebab nampak kamu bosan je." Naura ketawa kecil.
"Tak adalah bosan sangat. Saya suka duduk tepi pantai. Tengok orang main air. Makan-makan. Seronok."
"Dah berapa bulan Naura mengandung?" tanya puan Zaleha aka Za atau Leha.
"9 bulan. In Sha Allah minggu depan bersalin." Anak mata Naura bertemu anak mata anak kepada puan Zaleha. Mereka bertegur sapa melalui senyuman yang diukir di bibir.
"Naura penulis?" soalan itu membuatkan Naura tersenyum perlahan.
"Penulis? Dulu sahaja. Sekarang ni Saya dah berhenti. Kenapa tanya? Makcik nak tandatangan Saya eh?" gurau Naura.
"Kalau boleh bagi. Apa salahnya. Anak makcik peminat kamu. Setiap kali pergi mall bukan main dia borong novel kamu. Bila makcik tanya tak nak buku lain ke? Dia balas buku lain tak sama macam buku kamu." Naura terharu. Dia berasa bangga kerana karyanya itu masih dihargai oleh orang lain. Dia ingatkan tiada yang mahu membaca karya dia rupanya ada.
"Sekejap ya, makcik." Naura mengeluarkan nota lekat lalu dia menandatangan di atas kertas itu.
"Aduh...aduh. Sakit." aduh Naura seraya memegang perutnya. Puan Zaleha memandang ke bawah. Hah sudah. Air ketumban dah pecah.
"Tolong! .Puan ni dah nak bersalin! Tolong!" jerit Puan Zaleha pula. Kalini dia benar-benar panik. Baru pertama kali dia melihat kejadian itu dihadapan mata. Selama ni lihat di kaca tv sahaja.
Arif berlari ke arah isteri yang menahan kesakitan. "Bawa dia cepat ke hospital. Dah nak bersalin tu." Kata Puan Zaleha. Arif mendukung Naura hingga ke kereta. Dalam masa yang sama dia teruja dan kasihan kerana melihat Naura dalam kesakitan.
"Sekejap ya sayang. Tahan dulu. Jangan beranak dalam kereta pula." kata si suami yang membawa kereta seperti orang tak betul.
"DAH BERSALIN belum?" soal Maisara yang baru tiba. Dania menggeleng. 20 minit mereka menunggu jawapan dari doktor yang menguruskan Naura tapi masih tiada berita lagi.
"Dah?" tanya Arif yang baru balik dari surau. Mereka semua menggeleng. Taufiq mengurut bahu Arif seperti adiknya sendiri. Dia tahu Arif berasa bimbang akan keselamatan anak dan isterinya dan dia juga tahu betapa sayangnya Arif kepada Naura.
"Doakan semoga mereka selamat. In Sha Allah semuanya okey sahaja." kata Taufiq pula.
Kedengaran bunyi bayi di dalam wad membuatkan mereka semua terpanah. Air mata Arif terlebih dahulu jatuh dari matanya. Dia mengucap tanda syukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi rezeki buat dia.
"Eh bukan seorang? Tapi dua? Ya Allah. Tahniah bang." ucap Adif kepada abangnya yang duduk di hadapan pintu wad.
Namun jantung Arif tiba-tiba sahaja berhenti. Bukan dia sahaja. Semua orang sekali dihadapan wad itu. Mereka terdengar jeritan doktor yang cuba menyelamatkan nyawa seseorang.
"Gunakan sahaja! Awak nak dia mati ke?" jerit seorang doktor wanita. Jururawat yang turut berada disitu melakukan juga apa yang diinginkan oleh doktor wanita itu.
"Makin menurun." kata jururawat memakai teg nama Hakimi.
"Maksimum!" kata doktor itu pula. Semuanya menurut perintah demi menyelamatkan pesakit itu. Alat yang digunakan bagi menyelamatkan pesakit iaitu lifepak 9 defibrillator diletakkan di bahagian dada Naura semula. Anak mata masih menumpukan perhatian kepada Naura.
"Doktor...tiada lagi." Doktor wanita itu menggeleng kepalanya. Dia tidak percaya dengan semua ini. Dia tidak percaya bahawa dia tidak mampu menyelamatkan nyawa pesakitnya.
Patient monitor itu membuatkan semua terpaku. Namun tidak bagi jururawat wanita bernama Eira. Dia menutup kain putih itu hingga kepala Naura.
"Kita tak boleh buat apa-apa Yuen." Balas Eira. Doktor Yuen mengundurkan diri bagi bertemu dengan ahli keluarga Naura Airina.
"Bukan salah kau. Bukan salah takdir. Inilah yang ditakdirkan jadi kita kena terima." Pujuk Eira dengan lembut. Walaupun ini bukan kali pertama dia menguruskan mayat di dalam hospital tapi entah kenapa dia terkesan dengan arwah Naura.
Sejujurnya arwah merupakan seorang yang baik hati dan pemurah. Sebut sahaja nama Naura Airina memang setiap penggemar karya Naura akan beritahu maklumat terperinci tentang Naura. Memandangkan Naura merupakan isteri kepada Arif Iskandar tapi tidak bermakna Naura tidak melakukan sebarang kerja amal.
Naura terlalu baik untuk dilupakan. Dan terlalu mustahil untuk membenci arwah. "Arwah baik sangat." kata Eira dengan senyuman dibibir. Dia tidak mengenali arwah dengan begitu bagus tapi buat pertama kali dia berasa dekat dengan pesakitnya.
"Arwah terlalu baik untuk dilupakan."
"NAURA..kita jumpa dekat syurga ya sayang." ucap Arif seraya mengusap perlahan batu nisan arwah isterinya. Diikuti Puan Khalidah dan tok wan begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.
Bayi dalam dukungan Arif dikucup perlahan bagi melepaskan rindu kepada arwah isterinya. Wajah anak sulung Arif sangat serupa dengan wajah Naura. Manakala wajah anak bongsunya amat seiras dengan wajah si ayah.
"Ayah pulang lah dulu. Arif nak tunggu kat sini." Kini Danish Farhan dalam dukungan Encik Abdul Dayyan pula. Semua yang hadir pada ketika itu memahami apa yang Arif rasakan.
"Aku risau dengan anak Aku, Abdul." kata encik Hafiz setelah masuk ke dalam perut kereta milik besannya.
"Aku pun risau juga. Tapi nak buat macam mana dah takdir. Bukan boleh melawan takdir tu." kata Encik Abdul Dayyan pula. Puan Khalidah yang berada di hadapan sambil menghalakn aircond kearah cucunya yang sedang lena.
"Jomlah balik. Lagipun dia naik dengan Qayyum kan? Hah jom balik. Dah nak asar ni." ujar tok wan seraya memakai tali pinggang keledar sebelum mereka bertolak pulang.
"SAYANG, anak-anak kita comel. Comel sangat. Setiap kali Arif rindukan Naura. Arif pandang anak-anak kita. Muka diaorang memang ada muka sayang. Tapi kalini tak sama. Arif tak jumpa sayang depan mata. Arif...Arif rindu sayang." ucap Arif dengan berani. Entah kenapa dia berasa dekat dengan Naura ketika itu.
"Bos, bos balik dulu. Kita rehat dulu ya. Esok kita datang semula." pujuk Qayyum yang dari tadi setia menunggu Arif di dalam kereta.
"Tapi nanti Naura..." Qayyum menggeleng.
"Arwah dekat syurga, bos. Sekarang ni bos ada tanggungjawab tahu? Bos dah ada anak-anak yang perlukan kasih sayang bos. Saya? Saya kena fokus dalam study lepas ni so susah Saya nak pantau kerja bos. Jadi yang lepas tu kita biarkan lepas. Saya tahu susah nak lupakan tapi demi kebaikan. Apa salahnya. Tak akan sampai anak-anak bos besar bos nak jadi macam ni. Nanti apa kata diaorang?" Ada betulnya juga kata Qayyum kalini.
"Kita balik lah dulu. Saya rindu anak-anak Saya." senyum. Benar dia rindu akan bau anak-anaknya. Orang kata bau bayi adalah bau syurga dan wangi. Jadi balik nanti dia nak main puas-puas dengan anaknya bagi melepaskan rindu kepada arwah.
'Arif janji Arif melawat lagi dengan anak-anak. Arif janji Arif jaga anak-anak kita macam yang sayang nak. Arif maafkan salah silap sayang. Arif halalkan makan minum sayang. Tunggu Arif dekat syurga, sayang.'
-TAMAT-