Fauzan dengan rakannya baru keluar dari kelas, Fauzan melihat jam di tangannya menunjukkan Waktu untuk pulang. Fauzan menarik Azniz untuk mengikut Langkahnya. Tiga rakannya yang lain pandang Fauzan dan Azniz yang menuju ke hujung bangunan di mana berada kelas Waney. Sekira mereka berdua lalu di sebelah kelas 5 Ert/Sains, mata merrka melihat seorang gadis yang belum keluar dari kelas. Yang lagi duduk di meja belajarnya sendiri tanpa ada yang menemaninya.
Fauzan dan Azniz sembunyi di sebalik dinding luar kelas Waney sambil mata mereka perhatikan Waney dari jauh. Tetiba waney sembam wajahnya di sebalik lengannya di atas meja. Mereka berdua mendengar suara tanggisan kecil dari gadis di hadapan mereka. Tiga rakan Fauzan yang baru sampai di sebelah Fauzan dan Azniz turut mendengar suara tanggisan yang tak berapa kuat.
'Waney...' Panggil Fauzan dalam hati. Matanya sayu melihat gadis yang dia suka bersedih sendiri.
Waney mula mengangkat wajahnya dari sembunyi tanggisannya. Dia mula hapuskan air matanya, dia capai satu plastik kecil di bawah mejanya. Dia keluar satu botol dettol antiseptik kecil, beberapa kapas dan plaster dari dalam plastik. Dia capai kapas dan dettol di tuang sedikit dan dia menarik lengan baju hingga ke siku. Dia mula sapu dettol kepada lukanya di lengan, siku dan hujung bibirnya. Selesai dia sapu dettol dia capai plaster pula dan lekat di bahagian lukanya apabila dah kering kesan cecair dettol. Lima pasang mata hanya memerhati Waney dari jauh. Bukan mereka tidak tahu akibat Waney luka begitu.
==
Selepas rehat Waney mula naik tangga selepas berbual dengan Dania dan Damia di luar kelas mereka. Tetiba ada beberapa gadis menariknya dan membawanya di belakang bangunan kelas mereka. Matanya perhatikan enam sekawan yang berada di hadapannya. Tengok gaya dah macam minah gengster.
'Tak kan mereka nak buli aku pula? Aku buat apa?' tanya Waney dalam hati. Ada suara muncul dari belakangnya.
"Memang aku nak buli kau pun." Ila berkata seolah-olah dia tahu apa yang Waney fikir. Waney pandangnya tajam.
"K-kau nak a-pa dari aku?" tanya Waney dengan perasaannya takut.
"Aku nak balas balik apa yang kau dah buat dekat aku tadi!" Jerit Ila dengan perasaan geram.
"Aku tak sengaja. A-aku minta ma-maaf." Jawabnya dengan sedikit ketar.
"Dengan maaf kau aku tak terima lah. Kau malu kan aku di depan Fauzan! Kau tau tak ha?!" Kepala Waney di tunjalnya geram.
Di tunjalnya sampai Waney tak dapat menimbang badannya akhirnya dia jatuh ke tanah. Dengan kesempatan, mereka enam orang tadi pukul Waney apabila mendengar arahan dari Ila. Dengar aduhan kecil dari Waney, Ila tersenyum puas. Fauzan dengan kawannya baru nak naik tangga tetiba mereka mendengar suara cikgu mereka menepik. Cikgu Anam yang baru mengambil barang dalam keretanya ternampak beberapa pelajar perempuan lagi tumbuk, teranjang seseorang dia langsung bergegas ke arah mereka.
Ila dan enam orang pelajar yang muda dengannya dua tahun mula berlari meninggalkan Waney di situ. Fauzan dan rakannya yang baru hendak pergi ke arah suara cikgu mereka dia terlanggar Ila yang sedang lari dari sesuatu. Langsung sahaja gadis itu naik tangga masuk ke dalam kelas. Nampak sahaja cikgu Anam dengan seorang gadis dia kenal langsung kaki mereka menuju ke Waney dan cikgu Anam.
"Waney.. Kamu okey?!" tanya cikgu Anam risau. Melihat wajah Waney yang berdarah di hujung bibir dan di beberapa tempat di bahagian wajah gadis itu.
"Sa-saya oke-okey sir." Jawabnya yang menahan sakit di badan dan wajahnya.
"Kamu tak okey. Jom kita pergi bilik rawatan. Teruk tadi aku tengok kamu kena belasah." Pujuk cikgu Anam apabila Waney mula hendak beredar dari situ.
"Saya okey sir." Balas Waney dengan nada yang serius.
"Awak tak okey tu. Saya tengok teruk sangat luka tu." Fauzan pula bersuara.
"Saya okey. Awak tak payah masuk campur. Hal kita dah selesai, wallet awak dah saya pulangkan. Tak payah awak nak ambil kisah pasal saya." Beritahunya apabila mendengar suara Fauzan.
Kakinya mula melangkah menuju ke arah tangga dengan kakinya jengkek. Sakit di seluruh tubuh dan wajahnya buatkan dia tak berdaya berdiri lama. Dia naik tangga satu per satu dengan mengetap bibir, apabila dirinya rasa di ikuti oleh Fauzan, rakan Fauzan dan cikgu Anam dia mula berlagak berjalan seperti dia tidak menanggung sakit. Tingkat empat baginya terlalu jauh pula sekarang. Tiba sahaja dia di pintu kelasnya dan hendak mengetuk pintu. Mata-mata rakannya memandangnya terkejut. Di fikirnya memandangnya kerana ada Fauzan tapi tidak suara seorang gadis sekelas dengannya menyebut nama cikgu subjek matematik.
Cikgu Affuan pandang ke arah Waney dan cikgu Anam yang di belakang gadis itu. Kakinya laju sahaja menuju ke arah pelajar kesayangan mereka. Tiba sahaja di hadapannya, Waney hanya menunduk kan kepalanya. Dia mula meminta untuk masuk ke dalam kelasnya tapi di halang oleh cikgu Affuan dengan bertanya kepada gadis itu. Waney hanya diam dan tidak memandang wajah cikgu Affuan. Cikgu Affuan meneliti lengan dan wajah gadis itu dengan memaksa menarik lengan dan wajah gadis itu. Matanya sayu melihat wajah Waney yang sudah agak teruk.
"Kenapa tak pergi bilik rawatan? Luka ni? Dengan siapa kau gaduh ni?" tanya cikgu Affuan dengan mengoncang sedikit bahu adiknya.
"Akak okey lah abang." Jawabnya dengan nada di perlahankan.
"Okey sampai teruk macam ni?" tanya Cikgu Affuan risau.
"I'm fine. You don't worry." Jawab Waney dengan senyuman tetap mengukir kepada abang kedua nya.
"With who?" tanyanya ingin tau. Tiada jawapan dari Waney.
"Fia.. Please tell me." Paksanya apabila melihat Waney hanya diam.
Dia tahu adiknya suka berahsia. Dan dia pun tahu adiknya tidak suka ada yang simpati terhadapnya kerana dari adiknya kecil. Tiada siapa yang kasihan dan pedulikannya. Di sebabkan itu adiknya hanya berdiam dari dulu. Tidak pernah berkongsi rahsia dan tidak pernah cerita kan apa-apa masalahnya kepada orang walaupun dengan family sendiri.
"I never tell you or any one. Apa yang berlaku sebabkan salah akak. Maaf buat abang risau. Waney masuk kelas dulu." Jawabnya dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam kelas.
==
Waney senyum kecil dan turut melepas keluhan, dia mula simpan dettol, kapas dan plaster yang msih belum guna di dalam plastik semula. Dia mula simpan buku dan alat tulis di dalam beg nya. Tanpa memandang sekeliling dia langsung keluar dari kelas dan menuju ke arah tangga. Fauzan dan rakannya memerhati sahaja Waney yang baru keliar dari kelas. Mereka mula melangkah setelah satu minit Waney hilang dari pandangan mereka. Kaki mereka menuju ke anak tangga pertama dan terus berjalan dan berjalan meninggalkan bangunan kelas mereka. Mata mereka perhatikan Waney dari jauh sehingga lah mereka sampai di tempat meletak motor dan basikal.