He Yunsheng merasakan seolah olah dia sedang bermimpi kerana selama ini He Yan tidak pernah melayannya dengan baik namun semenjak sembuh dari sakit tempoh hari segalanya telah berubah. Malah pencuci mulut yang disediakan khas oleh ayah mereka untuk kakaknya itu turut dikongsi bersama dengan dirinya.
Semasa masih remaja He Sui bekerja sebagai pengawal yang ditugaskan untuk menghantar barang ke bandar Jing Cheng, dan pada suatu hari dia telah menyelamatkan seorang gadis iaitu anak seorang cendekiawan dari diculik oleh perompak. Cendekiawan tersebut merasa berhutang budi kepada He Sui dan memutuskan untuk menghawinkan anak gadisnya kepada He Sui yang merupakan seorang yatim piatu.
Walau bagaimanapun umur ayah mertua dan isterinya tidak panjang dan meninggalkan dua anak kecil untuk diasuh oleh He Sui bersendirian.
Wajah He Yan seiras dengan wajah ibunya membuatkan He Sui sangat menyayanginya dan seboleh mungkin memenuhi segala permintaannya membuatkan He Yunsheng merasa tersisih. Tapi semuanya telah berubah kerana He Yan bukan lagi seorang kakak yang pentingkan diri sendiri.
"Setiap hari, awak pergi memotong kayu, bagaimana dengan persekolahan kamu?" soal He Yan kehairanan kerana He Yunsheng kini berusia 16 tahun dan seharusnya sedang mengikuti pembelajaran.
"Apabila tiba dirumah, saya akan membuat kuih da'nai ( kuih yang berasal dari zaman dinasti Song ) lalu menjualnya di pasar. Mana ada masa untuk pergi ke sekolah, lagi pula keluarga kita miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan saya".
Melalui nada suara He Yunsheng, He Yan tahu adiknya itu merasa terkilan namun kekangan kemiskinan membuatkan segala galanya terbatas. "Jika kamu tak sekolah, apa perancangan awak di masa hadapan nanti?"
He Yunsheng tidak menyangka bahawa dia boleh bercerita dengan harmoni bersama kakaknya tanpa melibatkan sindiran dan nada tidak puas hati. "Suatu hari nanti saya akan menyertai tentera dan disitu saya akan mempunyai pendapatan yang tetap, walau tidak memiliki jawatan yang penting namun sekurang kurangnya mempunyai pendapatan untuk kelansungan hidup".
"Saya ingatkan awak bercita cita untuk menjadi seseorang yang lebih dari itu", ucap He Yan agak kesal.
"Apa yang boleh saya lakukan? kamu ingat saya boleh menjadi seperti General Fei Hong, walaupun nama keluarga kita sama dengan dirinya tapi status sosial kita sangat jauh berbeza, bagaikan langit dengan bumi!"
Mendengar nama 'General Fei Hong' keluar dari mulut He Yunsheng membuatkan He Yan tergamam seketika, "Yunsheng, kamu tahu General Fei Hong?"
"Tentulah, siapa di Da Wei ini tidak mengenali General Fei Hong yang berjaya membawa keamanan setelah mengalahkan Xi Qiang manakala General Feng Fun pula membuatkan orang orang barbarian berundur. Dengan keberanian yang dimiliki oleh kedua dua general ini, kerajaan lain tidak berani menyerang kerajaan kita, jika saya boleh menjadi seperti mereka walau mati sekalipun saya tidak kisah", ujar He Yunsheng dengan nada yang bangga.
"hahaha.."
"He Yan kenapa awak ketawa?" soal He Yunsheng jengkel.
"Yunsheng awak ingat dengan memotong kayu seperti ini, awak boleh menjadi seperti mereka?"
"Saya tahulah tapi.."
"Baiklah, bermula esok saya bukan sahaja akan mengikut awak pergi memotong kayu tapi juga menjual kuih da'nai di pasar".
"He Yan awak dah gila kah?" difikiran He Yunsheng, otak kakaknya itu telah menjadi kurang waras selepas sembuh tapi mungkin juga ia telah berubah menuju kearah kebaikan.
*****
Semakin hari Qingmei menjadi semakin resah, telah sepuluh hari He Yan mengikuti Tuan Muda keluar memotong kayu dan disambung pula menjual kuih di pasar, dia bimbang sekiranya perkara itu diketahui oleh He Sui tentu nanti dia yang akan dipersalahkan.
Dia risau jika suatu hari, meraka akan menjualnya kerana tidak memerlukan khidmatnya lagi di kediaman itu memandangkan He Yan seolah olah tidak mempedulikan segala set peralatan kosmetiknya seperti dahulu dan lebih memilih untuk meluangkan masa bersama He Yunsheng.
Selama sebulan He Yan terus mengikut adiknya mendaki Bukit Long Huan untuk memotong kayu malah dia juga mengikat beg yang berisi pasir dikaki dan tangannya untuk dijadikan sebagai pemberat. Walapun merasa hairan dengan perbuatan kakaknya itu tetapi He Yunsheng tidak pernah bertanya dan terus membiarkan sahaja He Yan melakukan semahu hatinya.
Apabila melihat He Yan lebih tangkas memotong kayu dari dirinya semasa menanggalkan beg pasir tersebut membuatkan He Yunsheng juga berniat untuk melakukan perkara yang sama.
Mujur sahaja He Sui tidak mengetahui He Yan telah mengikutnya ke bukit untuk memotong kayu dan menjual kuih di pasar. Jika tidak tentu dia akan dimarah dengan teruk atau menerima sebatan dari ayahnya.
Apa yang diketahui oleh He Sui ialah kedua dua anaknya sudah tidak saling bertelingkah lagi malah hubungan mereka semakin hari semakin akrab membuatkan dia merasa sangat gembira.
Hari itu, sekali lagi Qingmei merasa terkejut kerana He Yan mengarahkan Qingmei untuk menggadai semua barang kemas yang dimiliki olehnya.
"Cik..tapi..tapi.."
"Qingmei awak mesti menggadaikan semua barang kemas ini, kita sangat miskin sekarang dan kita semua tidak boleh makan barang kemas ini", ujar He Yan dengan tegas.
Dia tekad untuk menggadai atau menjual segala barangannya, yang penting He Yunsheng dapat pergi sekolah seperti remaja yang lain.
Dia harus melayan keluarga ini dengan baik untuk membalas budi mereka lagi pula sekarang dia sudah menjadi sebahagian dari mereka.