Hujan lebat membasahi bumi, seorang gadis sedang duduk dihadapan cermin sambil memandang pantulan wajahnya dengan pandangan tidak percaya. Dipantulan cermin tersebut memperlihatkan gadis 16 tahun yang memiliki wajah putih berseri dan kelihatan sangat comel.
He Yan masih merasa keliru kerana apa yang diketahuinya dia sudah meninggal dunia kerana telah dilemaskan oleh pembantu yang diarahkan oleh He Wanru. Namun mengapa dia boleh tersedar disini dengan penampilan wajah yang baru, adakah dia telah dilahirkan semula?
Kebetulan pula nama jasad yang digunakan olehnya kini juga bernama He Yan, namun dia hanyalah anak seorang pegawai rendah tahap 9 yang bertugas untuk menjaga pintu pagar bernama He Sui.
Mereka berdua bernama He Yan namun berasal dari dua status yang berbeza.
"Yan Yan awak dah sedar, mengapa tak panggil ayah?", ucap seorang lelaki mendekati He Yan.
He Sui merupakan seorang lelaki pertengahan usia yang berjanggut, memiliki tubuh yang besar dan berwajah gelap, namun kasih sayangnya terhadap He Yan jelas sekali terpancar di wajahnya. "Mengapa Yan Yan sendirian, mana Qingmei?", soal He Sui lagi.
"Qingmei pergi mengutip herba", balas He Yan pula.
"Kalau begitu, biar ayah tolong Yan Yan makan ubat". 'Ayah' merupakan satu perkataan asing didalam hidup He Yan selama ini, ayah kandung He Yan bernama He Yuan Liang namun oleh kerana penukaran identiti, dia harus memanggilnya sebagai ayah saudara manakala ayah saudarnya yang sebenar iaitu He Yuan Sheng harus digelarnya sebagai ayah.
Selama ini, kedua dua 'ayahnya' itu tidak mesra dengan dirinya. Kehadirannya seolah olah tidak wujud didalam keluarga He, mereka hanya mula memberi perhatian kepadanya hanya selepas dia membuat pencapaian sebagai seorang general perang. Selama ini, dia tidak mengambil pusing akan semua itu tetapi sekarang dia merasakan kehidupannya yang lalu hanyalah seperti sebuah drama sahaja. Setelah melalui pengkhianatan ini, tiada sebarang perasaan yang tinggal darinya buat kedua dua mereka atau keseluruhan keluarga He.
"Ayah, biar saya suap ubat itu sendiri".
Namun He Yan mengingati kata kata He Wanru yang menyatakan racun yang membuatkannya menjadi buta adalah ubat yang dihantar kepadanya dengan alasan ia merupakan ubat kesihatan. Siapakah dalang disebalik semua itu? adakah ia merupakan perbuatan 'kedua dua ayahnya' ? dan pasti Xu Zhi Heng juga telah mengetahui kesemuanya, bagaimana pula dengan ahli keluarganya yang lain?
Lalu racun yang diberikan oleh Xiaodi, siapakah pula yang menghantarnya?
Melihat He Yan ragu ragu untuk makan tersebut, "Yan Yan jangan takut, ubat ni tidak terlalu pahit, lagi pula selepas awak meminumnya nanti, kamu akan segera sihat semula".
Tanpa berlengah He Yan segera meminum ubat itu dengan sekali suapan dan menghabiskan kesemuanya.
"Yan Yan kamu harus minum secara perlahan, kerana ubat ini panas, nanti ia kan mencederakan mulut kamu".
"Ubat ini tidak panas ayah".
"Baiklah, sekarang kamu tidur dulu dan berehat, ayah nak pergi kerja".
Setelah He Sui berlalu pergi, barulah He Yan dapat menarika nafas lega, berhadapan dengan lelaki itu membuatkan dia merasa canggung.
Kediaman mereka itu hanya mempunyai seorang pembantu sahaja iaitu Qingmei. Dengan gaji yang sedikit sebagai seorang penjaga pintu pagar, He Sui tidak mampu untuk mengambil seorang lagi pembantu. Berkemungkinan besar, separuh dari gaji He Sui dihabiskan untuk membeli peralatan solek 'He Yan', memandangkan bilik tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan kecantikan.
He Yan keluar dari bilik dan berjalan mengelilingi rumah tersebut untuk meninjaunya. Namun tiba tiba dia terkejut apabila mendengar bunyi hempasan yang kuat dari belakangnya dan kelihatan seorang pemuda sedang berdiri memandangnya.
Pemuda tersebut kelihatan sebaya dengan He Yan dan memakai baju lusuh berwarna biru. Wajah mereka kelihatan mirip namun pemuda itu mempunyai kulit yang agak gelap.
Pemuda itu adalah He Yunsheng, adik kepada He Yan sekarang. Kelihatan hubungan persaudaraan mereka berdua tidak terlalu baik, walaupun He Yunsheng menyediakan air mandian untuk He Yan namun mereka tidak pernah berbual malah adiknya itu juga memandangnya dengan pandangan dingin.
Mungkin hubungan mereka yang tidak mesra adalah disebabkan oleh He Sui yang terlalu memanjakan He Yan selama ini.
Tanpa berkata sepatah pun, He Yunsheng segera memotong kayu yang dipikulnya tadi. Sememangnya keadaan ekonomi keluarga mereka sangatlah teruk sehingga menyebabkan He Yunsheng terpaksa melakukan kerja kerja yang berat.
"Sana, pergi jauh jauh..awak menghalang kerja saya", ucap He Yunsheng.
Namun He Yan tidak menjauh seperti yang diarahkan oleh adiknya itu, sebaliknya dia terus memerhatikan wajah He Yunsheng tanpa berkedip.