Dahi Tiara berpeluh Tiara lap dengan perlahan. Seorang anak perempuan selamat Puteri Tiara lahirkan tepat jam lima pagi. Irfan sedang mendukung bayi mereka, selepas diazankan. Ibu bapa Irfan dan Puan Elena turut berada disitu. " Tia sudah ada nama untuk anak Tia?" Tanya Puan Elena lembut. " Puteri Izzahra Tania... " Puteri Tiara berkata dengan nada lembut. " kenapa pilih tak tanya dulu." Irfan tiba-tiba bersuara. Tiara mengetap bibirnya. " Irfan kata... Tia boleh pilih sendiri... Sebab Irfan... Tak ada masa..." Tiara agak kecewa dengan sikap Irfan sejak kebelakangan ini. " Irfan... Dah lah... Sedap apa nama tu...sesuai untuk baby Zahra... " Pujuk ibu Irfan. Irfan diam dan menghulurkan Zahra kepada Puan Elena. " Saya nak keluar kejap... Ambil angin." Irfan berkata dan terus keluar dari bilik Tiara. Tanpa sedar air mata Tiara jatuh ke pipi perlahan. Ibu Irfan terus memeluk Tiara. Puan Elena menepuk tangan Tiara perlahan untuk menenangkan Tiara. " Jangan nangis Sayang... Mama ada ni..." Pujuk Ibu Irfan.
Zahra merengek tidak lama kemudian. " Agaknya Zahra nak susu... Tia susukan Zahra dulu..." Arah Puan Elena. Zahra diserahkan kepada Tiara. Zahra berhenti merengek selepas diberi susu. Puan Elena meminta diri untuk pulang sekejap. " Tia... Nak apa-apa tak lepas ni?" Tanya Puan Elena lembut. " Tak apa mama... Semua dah lengkap..." Tiara menjawap sambil mengusap pipi mulus Zahra. Ibu Irfan juga meminta diri kerana mahu menumpang kereta Puan Elena untuk pulang. Bilik Tiara akhirnya sunyi, hanya Tiara dan Zahra sahaja dalam bilik tersebut. " Zahra... Anak mama yang comel... Terima kasih kerana hadir dalam hidup mama... Semoga kehadiran Zahra membuat mama menjadi manusia yang lebih baik... Semoga kehadiran Zahra menguatkan lagi kasih sayang mama dan papa.... Mama sayang Zahra sangat-sangat..." Tidak lama Irfan masuk, tetapi Irfan mendasih diam membisu tanpa mengedahkan Tiara. " Awak... Masih marah Tia..." Lembut cara Tiara menanyakan soalan kepada Irfan. " I tak suka nama yang kau bagi dekat anak you." Hati Tiara dirantap pilu. " Tapi... Dah selesa panggil dia Zahra..." Irfan memandang kearah lain.
" Tak perlu letak Puteri dekat depan tu.... Nanti anak I tergedik-gedik sebab nama tu." Mata Tiara memandang Irfan. " Irfan... Kalah kita didik Zahra dengan betul... Tia yakin... Zahra akan jadi anak yang baik... Kita sebagai ibu bapa patut doakan anak kita...." Irfan ketawa sengaja memerli Tiara. " Dah lah tak perlu nak lecture Irfan.... Irfan tahulah jaga anak Irfan nanti.... Irfan harap anak Irfan jadi gedik macam ibu dia...." Selepas melepaskan kata-kata kesat kepada Tiara, Irfan keluar lagi dari bilik Tiara. Tanpa sedar, air mata Tiara jatuh ke pipi, perkahwinan yang Tiara harap akan menjadi sesuatu yang membahagiakan, merupakan sesuatu yang jauh panggang dari api. " Zahra... Adalah kekuatan mama sekarang.... Mama sayang Zahra tau...." Bisik Tiara ketelinga Zahra, untuk menguatkan hatinya yang tengah luka.
Keesokkan hari, Irfan pergi mendaftar nama Zahra di JPN. Tanpa mempedulikan nama yang diberikan Tiara, Irfan terus beri nama yang dia ingin berikan kepada bayi itu. Irfan senyum puas, dan dia tahu Tiara akan marah bila mendapat tahu nama bayi itu. Nur Aaisyah Izaara binti Irfan. Irfan mahu namakan anak perempuannya sebagai kenangan yang dia pernah bercinta dengan Aaisyah suatu ketika dahulu dan Aaisyah ada intan yang berharga Irfan sudah buang jauh-jauh. Kalau Irfan tahu, Irfan sanggup
Tiara: Irfan, Tia dh smpai rumah mama Tia... Mama ambil Tia td... Nti klw Irfan nak jumpa Tia... Irfan dtg jmpa Tia dekat rumah mama...
Tiara: Take care Syg... Love you....
Tiara; Irfan.... Jangan lupa .. ni ejaan nama anak kita....
Tiara: Puteri Izzahra Tania binti Irfan.
Irfan: Ok.
Surat beranak Zahra hampir dikoyak Tiara. " Awak dah gila? I dah bagi nama dekat baby kita. Zahra. Kenapa you pandai-pandai tukar!!! No!!!!!No!!!!" Tiara menjerit sebaik sahaja melihat nama Zahra dalam surat beranaknya. "Dah cukup bagus I letak juga Izaara dekat hujung tu... Sikit lagi nak letak Amanda... Tapi sebab kasihan I letak Izaara." Puteri Tiara sudah mengalirkan air mata. " Kenapa buat macam ni dekat Tia? Dulu... Bila Tia tanya nak bagi nama apa dekat baby... Irfan cakap suka hati Tia... Sekarang bila Tia dah bagi nama dekat baby kita... Irfan pandai-pandai pula buat nama lain. Kalau nama lain tak pe... Ni... Nama bekas girlfriend Irfan... Habis tu... Tia ni apa bagi Irfan?" Irfan senyum dengan lagak sombong. " Perempuan yang talam dua muka, perempuan gedik dan perempuan murahan. " Pintu bilik Tiara diketuk. Irfan dan Tiara senyap. Puan Elena masuk membawa sedulang makanan untuk Tiara. " Irfan... Tolong tengokkan Tia.... Mama kena pergi jumpa kawan-kawan mama... Persatuan tiba-tiba pula ada meeting." Puan Elena berkata sambil meletak dulang makanan di meja tepi katil Tiara. " Baik ibu...." Irfan me jawap sopan tidak mahu Puan Elena menghidu ketegangan hubungan antara Irfan dan Tiara.
Puan Elena sudah lama keluar. " Irfan... Tia minta maaf sebab Tia bukan perempuan yang baik. Tapi Tia nak Irfan tahu... Anak yang Tia lahirkan ini anak Irfan... Sebelum Irfan fikir untuk tinggalkan Tiara ... Tolong fikir masak-masak.... Kasian anak kita nanti Irfan... Ya... Memang dulu Tia perempuan tak baik.... Tia dah berubah Irfan.... Tia sayang perkahwinan ini... Tia minta Irfan bagi Tia peluang kedua.... Demi anak kita Irfan...." Tiara sudah merayu. Irfan yang sedang duduk dimeja solek sambil bermain Mobile Legend tidak menghiraukan Tiara. " Irfan... Tia sayang Irfan...." Tiara luahkan segala terbuku dihatinya. Tiara tidak sanggup melihat Irfan bersikap dingin dengan dirinya. " Malam ni... Irfan balik rumah Irfan. Esok Irfan masuk pejabat. Kalau Irfan free, Irfan melawat Tiara." Irfan bangun dan terus keluar dari bilik Tiara.
" Nak kemana tu Irfan?" Irfan terkejut bila disapa oleh Encik Taufik yang baru sahaja pulang dari pejabat. " Errr.... Irfan nak balik rumah parents Irfan... Esok Irfan masuk office... Petang esok Irfan datang tengok Tia lagi... Lagipun ada maid jaga Tia...." Irfan memberi penjelasan dengan tenang kerana tidak mahu Encik Taufik menghidu ketegangan hubungan antara Irfan dengan Tiara. " Hutmm... Baiklah... Tapi jangan kerap sangat tinggalkan Tiara seorang.... Bukan senang nak jaga baby... Walaupun ada maid...." Irfan hanya menelan air liur apabila Encik Taufik memberi teguran secara halus. " Ya abah... Irfan pergi dulu...." Irfan cepat-cepat meminta diri takut lepas ini makin susah mahu lepaskan diri. " Hati-hati drive...." Encik Taufik berkata. Irfan menganguk sahaja dan terus masuk kereta. Bila kereta semakin hilang dari pandang, Encik Taufik menggeleng kepala. ' Apa nak jadi.....' bisik hati Encik Taufik. Encik Taufik naik ke tingkat atas untuk membersihkan diri.
Pintu bilik Tiara dibuka perlahan. Muka Tiara kusam, hilang seri keserian, dan yang paling ketara Tiara baru sahaja lepas menangis. " Anak abah... Cucu Atuk.... Apa khabar...." Encik Taufik yang sudah selesai mandi masuk bilik Tiara dan melabuhkan punggung diatas katil. Tiara menyalam dan mencium tangan Encik Taufik. " Awal abah balik hari ini... " Lembut Tiara berbicara. Encik Taufik senyum bahagia. " Abah tak sabar nak tengok Tia... Dan juga cucu abah.... Syukur Tia selamat melahirkan Baby Zahra dengan selamat..." Tiara senyum simpul. " Alhamdullilah semua berjalan dengan lencar ... Abah nak pegang cucu abah?" Tiara menyerahkan Zahra kepada Encik Taufik. Encik Taufik mengambil Zahra dengan penuh hati-hati. " Cucu Atuk.... Comel betul...." Encik Taufik mencium pipi Zahra. Tiara senyum melihat gelagat Encik Taufik, masalah Tiara dan Irfan, Tiara mampu lupakan sebentar.
" Hey bro!!! Congradulations Man!!!" Rizman menepuk bahu Irfan apabila Irfan sampai di tempat yang dijanjikan untuk berjumpa dengan Rizman. " Thanks..." Irfan berkata sambil melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Rizman. " So how's Tia? Okey tak? Baby bagi nama apa?" Rizman memang tidak sabar mahu tahu nama anak kawan baiknya. Rizman baru sahaja balik dari UK beberapa bulan lalu, Rizman dan Irfan sememangnya kawan baik sejak kecil, tapi berpisah ikut haluan masing-masing selepas SPM, namun mereka tidak pernah hilang contact. " Nur Aaisyah Izaara..." Mata Rizman terbeliak. " Seriously bro. Tia bagi nama tu? Nama ex girlfriend you kot... Aaisyah pula tu.... Huhh...." Irfan ketawa kecil. " I yang bagi... Tia nak bagi Puteri Izzahrah Tania... Tapi I tukar... takkan setiap nama nak letak Puteri ...tolong lah... Tak nak anak I gedik macam mak dia.... Nanti perasan acah-acah Princess...." Rizman mengetap bibir. " Woh... Bro... Janganlah fikir macam tu... Nama anak tidak akan menentukan sama ada anak tu berperilaku baik atau tak... Tia dah tahu... Kau buat nama macam tu?" Tanya Rizman lagi. " Dah... Meroyan lah dia sana... Aku peduli apa..." Irfan menjawap sambil menyeluk saku seluarnya untuk mencari rokok.
" Bro... I just nak advise lah kan.... Nasi sudah jadi bubur... Aaisyah tu dah kahwin... You pun dah kahwin siap ada anak. Lagi dah... Jangan lah nak hukum Tia lagi... Lahipun selama ni kau sayang kot dekat Tia... Riz tengok pun Tia baik orangnya... Maybe in her past yes... Dia banyak buat salah... Tapi setiap manusia akan buat silap...." Irfan mengeluh kecil. " Riz... I baru tahi dari Zahirah... Best friend Tia... Yang masa family kami dah tunang... Dia had sex with a guy name Fahmi....
But that was before we got intimate with each other .... Bro... I cuma terkilan bro... Kalau I tak tinggalkan Aaisyah... Dah tentu aku dapat yang fresh lagi... Ni rugi pula dapat yang recycled entah berapa kali." Rizman berdehem. " Bro... Jangan cop Tia macam tu... Kau pun tak lah sempurna mana.... Ingat tak... Marissa... Masa kita form four.... Kau dah rosakkan dia... Kau kena ingat Irfan... Tak adil nak judge seorang perempuan yang sudah terlanjur dengan beberapa lelaki a slut, when you a guy has done the same.... Move on lah bro... I nasihat ni... Bukan nak sakitkan hati you tapi.... Please... Tiara is the best gift you can ever have.... Dia dah berubah... For you.... Now it's time for you bimbing anak bini you ke jalan yang betul...." Panjang ceramah Rizman kali ini. Irfan diam sahaja mendengar ceramah percuma dari Rizman.
Flashback
Marissa merupakan kawan baik Irfan dan Rizman, setiap kali kemana sahaja Irfan dan Rizman pergi Marissa akan ikut Irfan dan Rizman. Marissa bukan tomboy, tapi lebih selesa berkawan dengan budak lelaki kerana bagi Marissa perempuan ni kadang-kadang drama sahaja lebih. Sikit-sikit bergosip, tikan belakang bergaduh sampai berbulan tak bercakap, kalau dengan Irfan dan Rizman pula memang best, sebab setiap hujung minggu mereka akan membuat pelbagai aktiviti seperti berkelah, memancing, mendaki bukit dan sebagainya. Ramai juga gadis-gadis benci melihat keakraban mereka. " Eh... Petang ni aku lepak rumah Shida... Sebab parents dia tak ada dekat rumah." Marissa mencibik bibir sebaik sahaja Rizman memberitahu Irfan dan Marissa yang dia tidak boleh lepak bersama mereka petang itu. " Eh bro... Awek ajak terus lupa kawan..." Irfan menyindir Rizman. " Tolong sikit... Bukan senang nak dapat peluang ni... Lagipun... Dah berapa kali Shida merajuk dengan aku sebab tak pergi date dengan dia... Asyik berkepit dengan korang saja. Korang lepak lah sendiri petang ni.... " Rizman berkata sambil mengenyitkan mata kearah Marissa.
Rizman memang kawan yang baik walaupun dari segi akhlak memang rosak ke laut. Rahsia Marissa memang Rizman simpan kemas-kemas. Marissa sudah lama pendam perasaan dengan Irfan. Cuma Irfan sahaja yang tidak tahu, tentang perasaan Marissa terhadap dirinya. Rahsia Irfan juga Rizman simpan dengan kemas, kerana Irfan juga menyimpan perasaan terhadap Marissa. Ramai kawan-kawan mereka kata yang Marissa ini iras-iras pelakon cantik Oktavia Manrose. " Err... So... Irfan pergi rumah Rissa petang ni kan?" Irfan berkata sambil memandang wajah cantik Marissa. " Ermm... Okey..." Marissa menjawap ringkas. " Dah jom... Masuk kelas... Nanti Cikgu Hudin mengamuk pula." Rizman memecahkan kesunyian antara mereka. Waktu rehat memang berlalu dengan begitu pantas, walaupun wakti rehat itu ada sesi yang paling menyeronokkan bagi setiap pelajar.😂
End of flashback
" Okey bro.. aku nak chao dulu. Aku nak jumpa client aku kejap lagi... I hope all will go well with you and Tia...." Rizman meminta diri. " Okey bro... Lain kali jumpa lagi...." Irfan berkata sambil menguis mee goreng di pinggan. Sebaik sahaja Rizman hilang dari pandangan mata, Irfan berdiri dan berjalan kearah keretanya. Kereta Rizman sudah tidak ada di tempat letak kereta bermakna, Rizman sudah pergi berjumpa dengan klient. Irfan menghidupkan enjin kereta dan memandu perlahan balik ke rumah ibu bapanya. Irfan sudah bersedia untuk diberus secukup-cukupnya dengan ibu bapanya kerana tidak tidur dengan Tiara dekat rumah Encik Taufik dan Puan Elena.
Seminggu kemudian
" Sibuk sangat ke Irfan... Sampai seminggu tak balik sini.... Bukan dah janji nak balik hari tu sekarang baru sahaja nampak batang hidung Irfan." Encik Taufik sudah tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilan terhadap perangai pelik Irfan. Puan Elena hanya buat tidak tahu dengan kehadiran Irfan. Tiara sudah memberitahu Puan Elena dan Encik Taufik tentang nama Zahra di surat beranaknya. Puan Elena kecewa dengan perangai Irfan yang tidak menghormati Tiara sebagai ibu yang melahirkan Zahra. " Maaf sebab Irfan outstation beberapa hari ini... Irfan dah jelaskan dengan Tia dah... " Irfan cuba membela diri. " Malam ni tidut sini kan?" Tanya Encik Taufik lagi. " Errr.... Irfan... Irfan... Bukan tak mahu tidur sini abah.... Tapi... Irfan takut... Irfan tak boleh kawal diri Irfan, lagipun Tia masih berpantang lagi... Bila Tia habis pantang... Irfan tidur sini abah...." Hebat Irfan sedaya upaya mencipta alasan. " Abah dulu boleh ke kawal diri Irfan.... Dah lah... Anah malas nak panjangkan cerita... Sebelum balik makan sini dulu.... Makan dengan Tia.... Dah berapa hari Tia tak keruan sebab rindukan suaminya." Tambah Encik Taufik. Irfan diam sahaja mendengar leteran Encik Taufik.
" Awak... Tidur sini malam ni.... Zahra dah rindu sangat dekat abah dia..." Tiara cuba meraih perhatian Irfan apabila Irfan sedang bermain dengan Zahra. " Aaisyah... Anak abah... Rindu abah ye.... Kalau tak... Aaisyah ikut abah balik rumah abah... Mesti Tok Ma tak sabar nak jaga Aaisyah kan... Kan...." Irfan membiar soalan Tiara bergantung tanpa sebarang jawapan, malah Irfan cuba menyakiti hati Tiara dengan menyebut nama Aaisyah. " Awak... Tolong jangan buat Tia macam ni... Please...." Suara Tiara sudah serak-serak basak. " Kenapa... Dah gersang sangat kah? Sabarlah... Ada tiga bulan lagi.... Tapi kalau gersang sangat tu... Jangan pergi dengan Fahmi ye... " Tiara menutup matanya. Tidak habis-habis Irfan mahu mengungkit tentang Fahmi. Semasa Tiara dan Fahmi bersama, Tiara dan Irfan belum rapat lagi, kenapa sekarang perlu ungkit. Tiara juga naik pening, siapa yang beritahu Irfan. Zahirah? Tidak mungkin, Tiara tahu Zahirah tidak akan bocorkan rahsianya, mungkin Fahmi mahu kenakan Tiara balik. ' Ya Allah... Ampuni segala dosa hambamu ini.... Aku mohon.... Agar Suami aku mengampuni segala dosa aku pada masa lampau.... Hanya padamu aku berserah Ya Allah... Selamatkan masjid yang telah kami bina Ya Allah.... ' bisik hati Tiara penuh Syadu.
" Riz... I miss you... Busy sangat ke sampai tak ada masa nak jumpa I..." Zahirah sengaja melunakkan suaranya. Rizman mengeluh kecil. Rizman dan Zahirah berkenalan melalui Irfan dan Tiara. Sudah lama Rizman tidak bercinta, selepas putus dengan girlfriend Rizman yang berasal dari Casablanca. Irfan memujuk Rizman to give Zahirah a try, akhirnya Rizman mengalah dan entah macam mana Rizman dan Zahirah sudah bercinta. Zahirah memeluk Rizman dari belakang. " Baby.... Kenapa senyap jerr...." Zahirah mencium leher Rizman. Sikap Rizman memang berlainan kali ini. " I want to talk to you." Akhirnya Rizman bersuara tetapi suara Rizman agak dingin. Belum sempat Rizman bersuara, Zahirah cepat-cepat melumat bibir Rizman. Mereka bercumbu seketika. Zahirah memang pandai mengambil hati Rizman.
Rizman menolak tubuh Zahirah perlahan. " Ira... Riz nak pesan dengan Ira... Riz harap Ira bersyukur... Tuhan dah tutup aib Ira... Jadi jangan pergi buka aib orang lain." Dahi Zahirah berkerut. " Maksud Riz apa... Ira tak faham...." Rizman mengeluh. " Ira... Riz sayang Ira.... Dan Riz terima Ira...and who ever you fucked before... Riz tak kisah... Riz terima Ira seadanya... Tapi... Kenapa Ira buka aib Tiara? Kasiahan Tia. Irfan mahu ceraikan Tia." Zahirah menekup mulutnya. " Irfan...cuma tanya Ira... Siapa yang lepak dengan Ira dan Tia malam yang Tia curi-curi keluar.... Ira tak tahu pula Irfan tahu lebih dari tu... Sayang... Ira serious... Ira tak cakap pun tentang Tia's past... Ira cuma cakap dengan siapa kami lepak..." Rizman mengeluh kecil, entah apa agenda Irfan. Kenapa kisah silam Tiara sangat penting bagi Irfan sedangkan kisah silam Irfan sama sahaja seperti Tiara.