Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 60 - Bab 48

Chapter 60 - Bab 48

Album gambar Shawafinaz dan Khai disusun cantik pada rak  television. Wafin senyum puas. " Sayang.... I dah angkat dah kotak-kotak barang Sayang ke tingkat atas." Khai kata sebaik sahaja sampai di tingkat bawah. Khai berjalan  ke arah Wafin yang khusyuk memandang gambar perkahwinan mereka. Khai memeluk Wafin dari belakang, dan Wafin melentokkan kepalanya atas dada bidang Khai. " It's so good to be back in Malaysia Sayang.... Masa kita dekat California... I just felt lost... Wafin happy sangat at least kita tak jauh dari your parents... And Zafrina.... We also have Aaisyah and Ryan...." Khai senyum bahagia, dahi Wafin dikucup perlahan. " I know Sayang...it was a hectic move to Malaysia but I am glad we are back... So... Jom... Kita keluar makan... I rasa nak pekena Nasi Ayam bakar...." Wafin ketawa kecil.

" Sayang tak nak I masak ke? Mesti dah bosan dengan masakan I..." Wafin pura-pura terasa hati. Khai mengeratkan lagi pelukan dan mencium pipi Wafin. " Sayang... Jangan lah... Merajuk.... Kalau boleh... Khai nak suruh Wafin yang masak Ayam bakar... Tapi Khai tak sanggup nak susahkan Sayang... Lagi-lagi Sayang dah gotong-royong kemas rumah.... Tapi kan... i dah tertagih dengan you" Dahi Wafin berkerut. " What tertagih dengan I, apa kaitan dengan ayam bakar?" Khai ketawa melihat riaksi comel isterinya. " Maksud I... Sambal You lah... Buat I tertagih... Kalau makan Ayam bakar dekat kedai mesti tak perfect... Sebab tak ada sambal Sayang... Hurmmm...." Wafin ketawa kecil. " Dah...dah... Jangan mengarut.... " Wafin melepaskan diri dari pelukan Khai. " Apa kata Sayang pergi bungkus Ayam bakar dua set... i stay home and I will prepare the best sambal tomato for you..." Khai mengankat kening.

" Alright... I pergi tapau..." Khai berkata sambil bergerak kearah meja kecil untuk memdapatkan kunci kereta. " Sayang tunggu dulu... I nak ambil bekas untuk bungkuskan makanan kita..." Wafin berkata sambil berlari anak ke dapur. " Sayang tak payahlah... Leceh lah nak bawa bekas macam nak melawat orang dekat hospital saja..." Wafin memandang Khai dengan pandang tajam. " Sayang... You tau kan... I tak suka bungkusan plastik apa semua....saving our environment is important... Kalau tak... I saja pergi keluar bungkus makanan kita.. you stay nanti I buat sambal bila I balik...." Wafin sudah ada aura-aura merajuk. Khai mengeluh kecil. " Ok Sayang I am sorry... Meh sini bekas-bekas tu...." Khai berkata dengan suara mendatar. Bekas-bekas kontaner makanan diserahkan kepada Khai. " Take care Sayang... Love you..." Wafin sengaja membuat suara manja dan gedik. " Love you more Sayang,,," Khai menjawap sambil membuat flying kiss sebelum keluar.

" Eh... Mama...kenapa tak call nak datang." Khai terkejut dengan kehadiran ibunya dan juga Zafrina. " Amboi... Khai... Takkan lah... Nak call anak sendiri nak bagitahu atau minta izin nak datang." Khai tersengih macam kerang busuk. " Bukan apa Maa.... Khai ingat nak bawa Wafin keluar tadi... Tapi dia nak stay.... Tak pe lah... Mama jangan balik cepat lah... Nanti Khai bungkus Ayam bakar untuk Mama.... Zaf nak ayam bakar juga ke?" Khai memandang kearah Zafrina. " Err... Tak...nanti Zaf buat fruit smoothie...." Khai mencebik. " Okey bye... " Khai berkata dan masuk ke dalam kereta. Kedai Ayam bakar nasib baik tidak berapa jauh dari rumah Khai dan Wafin. Zafreena sudah menukar cara pemakanannya sejak beberapa minggu lalu. Salad, smoothy dan nasi berlaukan sayur sahaja. Zafreena dan ibunya masuk  ke dalam rumah, sebaik sahaja kereta Khai hilang dari pandangan mata.

Shawafinaz tengah khusyuk mengeluarkan bahan untuk membuat sambal terkejut melihat ibu mertua dan adik iparnya yang baru sahaja masuk. " Eh.... Mama...." Wafin berjalan kearah ibu mertuanya dan menyalam tangan ibu mertuanya. " Mama datang sebab rindu dengan anak menantu mama... Wafin sihat?" Wafin menganguk dan menyalam Zafreena pula. " Sihat ma... Duduk kejap ma... Sorry kalau rumah nampak bersepah sikit, Wafin masih kemas-kemas lagi...." Puan Hayati mengambil tempat duduk di sofa, mujur rumah Khai di Malaysia open konsept jadi kalau Wafin sibuk di dapur, Wafin masih boleh melayan tetamu. " Tak apa Wafin... Mama faham.... Ni... Mama dengan Zaf datang ni... Sebab nak tolong kemas-kemas... "  Wafin senyum manis " Alaa... Mama... Dah hampir siap dah pun maa... Tak pa... Elok juga mama datang.... Kita boleh makan sama-sama.... Kejap lagi Wafin call Khai untuk bungkus lebih sikit...." Puan Haryati senang dengan sikap Wafin, walaupun dahulu Puan Haryati tidak setuju dengan hubungan Khai dan Wafin disebabkan mereka sudah terlanjur, tetapi sikap Wafin yang sangat caring dan baik mampu melembutkan hati Puan Haryati. " Tak akak... Sebab... Mama dan Zaf dah jumpa Khai diluar tadi... Khai dah plan untuk bungkus....  Tapi untuk mama lah... Akak ada buah tak kat sini? Zaf nak buat smooties lah...." Zafreena tanya sambil tersengih kerana Puan Haryati mencubit Zafreena. " Aaa... Ya... Ada adik... Kejap ya ... Sayang.... Zaf nak sekarang ke nanti?" Wafin menjawap lembut sambil membawa dua kopi susu panas kepada Puan Haryati dan Zafrina. " Isshh... Budak ni... Menyusahkan saja kerja.... Makan je apa yang Abang kamu tapau nanti...." Puan Haryati marah Zafreena. " Yaa...ya... Maksud Zaf nanti lah...." Wafin ketawa kecil melihat gelagat Puan Haryati dan Zafreena bergaduh. Terdetik rasa rindu kepada Puan Khadeejah namun keadaan belum mengizinkan untuk mereka bertemu kembali.

Tiga puluh minit pun sudah berlalu, dan Wafin cepat-cepat cuba menyiapkan sambal tomato yang diminta oleh Khai. Seronok berbual dengan Puan Haryati dan Zafreena sampai Wafin hampir terlupa untuk membuat sambal permintaan Khai. Tidak lama kemudian Khai muncul di ruang tamu dengan bungkusan makanan. " Belum siap lagi ke Sayang?" Tanya Khai. Wafin memandang Khai dengan pandangan tajam. " Wafin sibuk layan kami tadi lah Khai.... Kejap lagi siap lah tu...." Puan Haryati berkata sambil berdiri menuju kearah meja makan. Zafreena juga membuat pekara yang sama. " Khai ambil pinggan dulu..... Dah lapar ni...." Khai meletak beg yang mengandungi kotena makanan yang dibungkusnya diatas meja, dan mengambil pinggan, sudu 

dan garpu, selepas itu menyusun sehingga lengkap. Wafin membawa Sambal dan juga jus oren ke meja. " Sayang.... Tolong buat smoothie untuk Zaf.... Ada buah dalam fridge tu..." Wafin sengaja mengarahkan Khai. Wafin menyeduk makanan ke dalam pinggan. Khai pula menurut sahaja arahan Wafin. " Zaf... Cuba lah buat air kamu tu sendiri,...  " Marah Puan Haryati lagi.

" Ha'ahh... Tu lah... Datang rumah abang, lepas tu mau kena layan macam tuan puteri.... " Khai menyampuk lagi. " Hehh... Suka hati Zaf lah... Dah namanya Zaf tetamu.... Kena layan baik-baik... Ni... Jangan letak gula dalam smoothie Zaf... Letak madu saja..." Wafin hanya mampu ketawa kecil sambil menggeleng kepala melihat Khai dan Wafin bergaduh manja. " Ishhh.... Budak ni kan.. orang dah buat air untuk dia... Ada lagi banyak request. Minum je lah apa orang bagi...." Khai membalas geram. " Aduhai... Zaf... Sudahlah pergilah buat sendiri sana.... " Arah Puan Haryati. " Khai ketawa kecil melihat muka cemberut Zafreena. " Sayang... Buatlah air dia cepat.... Kata nak makan...." Wafin akhirnya bersuara. Tidak lama kemudian smoothie Sayur dan epal sudah siap oleh Khai dan diberikan kepada Zafreena. Mereka duduk dimeja makan dan menikmati makan tengahari bersama.

" Abang.... I want to move back to Malaysia.... We don't have a life here.... Mawar moved to London.... Wafin... " Sebaik sebut nama Wafin, Haji Hussein memandang Hajjah Khadeejah dengan tajam. " My business is doing great here." Hajjah Khadeejah mengeluh kecil sebaik sahaja mendengar balasan suaminya. " In Malaysia I had friends... But now I am lonely...." Haji Hussein mengeluh kasar. " Dejah... What is left for us in Malaysia? The company is gone.. business is way better here. Go and join a club or something...." Bila Haji Hussein memutuskan sesuatu, keputusan tersebut memang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. " I am going to find Wafin.... And I will move back to Malaysia on my own.... I don't want to live here." Hajah Khadeejah memberanikan diri. " Go ahead. But I tidak restu." Hajjah Khadeejah mengeluh lagi. " I am leaving in the morning. I don't want this miserable life. Money can not bring any happiness. We lost both our daughters because of your greed for money. I don't blame Wafin for leaving us. She was always the one that would stand up to what's right. It was going to be a mistake if she married Ismail."  Haji Hussein. " Berani awak lawan saya Dejah. Fine. Pack your stuff and leave tomorrow. Saya tak perlu isteri yang tidak boleh memberi sokongan kepada suami sendiri."  Hajah Khadeejah bangun dan naik ke tingkat atas.

Hajah Khadeejah: Hi Wafin... It's mama.... I miss you baby....

Wafin: Mama.... I am sorry mama.... I miss you too.....

Hajah Khadeejah: I miss you more baby.... Baby... I'm coming back to Malaysia... Your dad sold our house... Can mama come and stay with you? Mawar said you and Khai got a house...

Wafin: of course mama... You and abah are always welcome here. When are you coming.

Hajah Khadeejah: I will try to get on the flight tomorrow Wafin. I will see you when I get to Malaysia. Send me your address... I will take the taxi to your home.

Wafin: It's okey mama.... I will get you at the airport... Just tell me which airline and what time is your flight. Can't wait to see mama and abah....

Hajah Khadeejah: Mama is coming alone Wafin... I am leaving your abah... I can't wait to see you baby... Love you....

Wafin: I love you too mama.

Hajah Khadeejah mengemas pakaiannya. Air mata tidak berhenti.mengalir ke pipi. Sudah lama Hajah Khadeejah menahan rasa sunyi setelah Mawar dan Wafin meninggalkan Jordan. Hidup Hajah Khadeejah rasa kosong. Kalau di Malaysia, Hajah Khadeejah ramai kawan-kawan. Di Jordan, bukan Hajah Khadeejah tiada kawan, tetapi Hajah Khadeejah tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baharunya di Jordan. Sejak Marwaddah berkahwin, Mawar berpindah mengikut Ubaid, dan tidak pernah balik ke Jordan selepas itu. Hajah Khadeejah tahu yang Ubaid sendiri cuba menjauhkan Mawar daripada Haji Hussein. Haji Hussein hadiahkan Mawar kepada Ubaid, kerana Haji Hussein tahu, yang Mawar masih suci dan sesuai untuk diberikan kepada lelaki sekaya Ubaid, walaupun ayah kepada Ubaid pada awalnya berkenan kepada Shawafinaz. Haji Hussein  memang terlalu bijak, kerana Haji Hussein yakin, yang Mawar adalah jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah Syarikatnya. Ismail pula seorang duda yang pernah berkahwin dahulu, namun sudah bercerai, Haji Hussein yakin yang Ismail tidak akan kisah dengan Wafin yang sudah disentuh bekas teman lelakinya, kerana Haji Hussein tahu Ismail sudah tergila-gilakan Wafin, malah Ismail sudah lama sunyi, dan Wafin akan mengisi segala ruang kekosongan dalam hati Ismail. Namun, Wafin pula telah bertindak berani dan lari dari Jordan untuk bersama Khai.

Keesokkan pagi, Hajah Khadeejah terus meninggalkan rumah, Haji Hussein sudah lama keluar, malam semalam selepas bergaduh Haji Hussein tidur di bilik Mawar. Ego Haji Hussein terlalu tinggi. Sikap ingin menguasai kehidupan isterinya dan anak-anaknya membuat Haji Hussein terlalu angkuh, sehingga Hajah Khadeejah, Marwaddah dan Shawafinaz menjauhi Haji Hussein, Haji Hussein tetap dengan sikap angkuhnya. Hajah Khadeejah mengambil masa sejam untuk ke airport. Hajah Khadeejah akan mengambil flight ke Dubai, dan dari Dubai Hajah Khadeejah akan terbang ke Malaysia. Meninggalkan bumi Jordan merupakan suatu kelegaan bagi Hajah Khadeejah. Sudah lama Hajah Khadeejah terpisah dengan Shawafinaz, dan Hajah Khadeejah tidak sabar melepaskan rindunya yang terbuku selama ini. Hajah Khadeejah sudah sampai tahap dimana kalau Haji Hussein ingin menceraikan dirinya hanya kerana bertemu dengan Wafin dan pulang ke Malaysia, Hajah Khadeejah sudah tidak kisah kerana Hajah Khadeejah sudah tidak merasai kebahagian bersama Haji Hussein.

Haji Hussein: If you leave and go to Malaysia, I will divorce you.

Hajah Khadeejah: Abang, Jah can't live here anymore. I am sorry. I am not happy here, I am not happy with the man you are now. I love you, but I just can't stay here and be with you. You were not the man I fell in love with 25 years ago. You  changed. I miss our daughters. We messed their life. Ampunkan Jah selama Jah jadi isteri abang. Ampunkan jah kerana meninggalkan abang.

Haji Hussein: i will tell my lawyer to send the letter.

Haji Hussein: Hajah Khadeejah binti Mohammed Zakir, Saya ceraikan awak dengan talak satu.

Haji Hussein: I don't need a wife that will leave her husband.

Ubaid pulang ke rumah awal , rindu terhadap anaknya dan Mawar sudah tidak dapat ditahan. " Sir... Are you going back?" Tanya setiausaha Ubaid. " Yes Giana. If thsre is any meeting, just phone me but if there is anyone that wants an appointment, please tell them that I won't be available till Tuesday." Giana mencatat pesanan Ubaid dan menyemak komputer ribanya. " You don't have any personal meeting sir... I will see you on Tuesday. Enjoy your long weekend." Ubaid menganguk dan meninggalkan pejabat. Whatsapp daripada Hajah Khadeejah, sedikit sebanyak merunsingkan kepala Ubaid. Ubaid tidak mahu Mawar menanggung rasa sedih sendiri, jadi sebab itu Ubaid cuba mengambil cuti dan balik ke apartment. Ubaid tidak menggunakan kereta ke pejabat, kerana  jalam selalj sesak malah di pejabat Ubaid susah untuk memdapatkan tempat letak kereta. Ubaid kena berjalan selama sepuluh minit ke stesen kereta api dan stesen yang Ubaid berhenti adalah berdekatan dengan apartmentnya.

Hajah Khadeejah: Hi Ubaid, do me a favour. I am going back to Malaysia. Mama and Abah are not together anymore. Please tell Mawar, and stay with her. I don't want her to be hurt.

" Mawar...Sayang.... " Ubaid memanggil Marwaddah. Uzair sedang nyenyak tidur dalam baby cot. Ubaid mengambil Uzair dan Uzair dicuim bertalu-talu. Uzair terjaga seketi dan tidak lama terlelao semula. Nampak sangat Uzair sangat penat. Ubaid meletak Uzair dalam baby cot dan matanya meliar untuk mencari Mawar. " Sayang...." Namun tiada jawapan dari Mawar. Jantung Ubaid berdegup kencang. Ubaid cepat-cepat naik ke masuk ke dalam bilik tidur mereka dan juga bilik air, namun susuk tubuh Mawar tidak kelihatan. Ubaid masuk ke dapur namun Mawar tidak berada disitu. Pintu kecil balcony kecil luar buka sedikit. Ubaid berjalan ke pintu balcony perlahan mengharap Marwaddah berada di balcony. " Sayang... Abang cari Sayang... Sayang tak jawap... Risau abang" mawar diam. Ubaid memusingka wajah Mawar. " Sayang menangis?" Ubaid sudah dapat meneka sebab Mawar menangis. Marwaddah terus memeluk Ubaid dengan erat. " Abang... Mawar tidak mahu kehilangan abang suatu hari nanti... I love you so much abang...." Ubaid membalas pelukan Marwaddah. " I will never leave you... My wife... I love you too. Jom... Kita masuk sayang... Sejuk dekat luar sini... Tak baik tinggalkan Uzair seorang dekat dalam."

Haji Hussein: Abah dah ceraikan mak Mawar. Kalau Mawar nak sebelahkan Mak Mawar, tak perlu jenguk abah lagi. Pergilah ikut mak awak balik Malaysia. Jadilah isteri derhaka seperti mak kau.

Mawar: Abah... Kenapa cakap macam tu abah... Mama... Mawar... Wafin semua sayangkan abah... Jangan ceraikan mama... Abah.... Mawar tidak akan sebelahkan sesiapa... Tapi... Abah tidak boleh halang Mawar jumpa dengan mama....

Haji Hussein: Balik Jordan minggu depan. Bawa keluarga Mawar sekali. Abah tahu suami Mawar sengaja mahu jauhkan Mawar dari abah. Kalau Mawar tak balik minggu depan, abah anggap Mawar bukan anak abah lagi.

Mawar: Abah... Ubaid tidak akan pindah Jordan lagi. Semua keluarga Ubaid duduk di London sini... Mawar tidak mahu belakangkan Ubaid. Kalau Ubaid ada masa Mawar janji akan melawat abah. Kalau abah mahu datang sini, Mawar tetap terima abah.

Haji Hussein: Abah dah agak, Mawar sama saja dengan Wafin... Anak derhaka. Mawar ingat Ubaid sayang sangat dengan Mawar? Ubaid dah beli Mawar dengan harga satu juta USD. Lepas tu dah dia beli Mawar dia bawa Mawar jauh-jauh.

Haji Hussein: Jangan cari abah lagi. Mawar bukan anak abah!

Ubaid menghulurkan telefon bimbit kepada Mawar. " Sayang... Apa yang Ubaid bagi kepada abah adalah wang hantaran... Sebab abah minta sebanyak itu untuk Ubaid ambil Mawar jadi isteri Ubaid." Marwaddah mengetap bibirnya. " Mawar tak marah pun pasal duit tu.... Tapi Mawar malu... Mawar terkilan dengan sikap abah.... Mawar tak sangka abah sanggup ceraikan mama... Mawar tak faham... Apa lagi yang abah nak.... " Ubaid mencium dahi Mawar. " Mawar... Kalau Ubaid minta sesuatu... Mawar boleh tunaikan?" Marwaddah mandang Ubaid. " Jangan layan abah Mawar. Kalau Mawar layan perangai abah, itu hanya akan buat Mawar bertambah sakit hati. Abah Mawar memang tidak patut layan Mawar... Mama... Wafin seperti ini.... Mawar jangan balas WhatsApp ini. Ubaid bawa Mawar memang untuk mengelakkan abah Mawar control hidup Mawar.... Dan Ubaid tidak bawa Mawar tinggal with my parents sebab Ubaid tak nak Mawar rasa tidak selesa tinggal bersama keluarga mertua." Marwaddah memeluk Ubaid. Walaupun pada awal perkahwinan mereka, Mawar benci Ubaid, tetapi sekarang Mawar terlalu sayangkan Ubaid, kerana Ubaid seorang suami yang sangat memahami dan sentiasa mahukan keselesaan dan kesenangan buat Mawar. " Mawar dengar cakap Abang..." Ubaid mencium dahi Mawar sekali lagi.

"Do you want to go somewhere for the weekend? Just the two of us. My mom will be happy to take Uzair.... " Ubaid berbisik penuh romantis ke telinga Marwaddah. Mawar senyum gembira, sudah lama Mawar dan Ubaid tidak meluangkan masa bersama. Sejak Uzair lahir, masa Mawar banyak ditumpukan kepada Uzair sehingga keperluan Ubaid selalu terabai. Nasib baik Ubaid seorang suami yang sangat memahami. " Where are we going?" Tanya Mawar sambil mengusap lengan Ubaid. Segala kekusutan difikiran Mawar, sudah hilang begitu sahaja. Ubaid adalah kebahagian Mawar. " You can choose Sayang... Because... I am not going to be in till Tuesday...." Mawar berfikir seketika. " How about we just stay home this weekend..." Ubaid.mencium pipi Mawar. " Okey sayang.... Nanti kita hantar Uzair ke rumah mama... Sebab mama dah rindu dengan Uzair...." Petang itu juga, Ubaid dan Mawar melawat ibu Ubaid dan sangkaan Ubaid betul, ibu-nya memang minta untuk jagakan Uzair dan memberi masa untuk mereka berdua berehat hujung minggu itu.

" Sayang.... Mama datang dari Jordan tau..." Wafin berkata sambil memeluk Khai dari belakang.  Khai pusing dan memeluk Wafin dengan erat. " Abah Wafin tak datang sekali?" Wajah Wafin berubah menjadi mendung. " Abah... Tak ikut mama.... Nanti Kita ambil mama Wafin dekat Airport.. Boleh?" Khai mengusap pipi Wafin yang mulus itu. " Okey...Sayang... Sayang... Jangan stress sangat  fikirkan abah Wafin...." Wafin mengeluh kecil. " Tak... Wafin tak stress sangat pun.... Cuma tu lah... Wafin kasiankan mama.... Abah memang tak pernah nak ikut kemahuan mama.... Semua ikut kemahuan abah jak...." Khai memeluk Wafin. " Abah dah tinggalkan mama...." Pelukan semakin erat. " Berikan abah Wafin masa.... Sayang Yakin.... Abah akan cari mama dekat sini... Abah akan menyesal... Kalau abah tak menyesal.....itu masalah abah... Khai janji tidak akan buat macam tu dekat our family.... I promise...." Wafin senyum bahagia dengan janji Khai kepada dirinya, namun jauh disudut hati Wafin dia berdoa yang Khai simpan janjinya dan mereka akan bahagia sehingga ke jannah.