Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 64 - Bab 52

Chapter 64 - Bab 52

Tiga tahun kemudian            

Aaisyah bersiap awal pagi sebelum turun kerja. Sudah tiga tahun berlalu, selepas Aaisyah berkahwin dengan Ryan. Jadual mereka yang agak padat membuat mereka jarang berjumpa, malah jarang juga pergi bercuti bersama seperti dahulu. Pada masa terluang Aaisyah, selalunya Ryan berada di luar negara kerana banyak berurusan dengan pihak luar. Hubungan Aaisyah dengan Nora Husna, Tan Sri Hamdi, Mark dan juga Kelvin memang sangat rapat.  Setiap hujung minggu Aaisyah akan bermain badminton bersama Ayah kandungnya Encik Kelvin, walaupun hari itu Aaisyah perlu masuk kerja, Aaisyah tetap mencari masa yang sesuai untuk berjumpa dengan ayahnya. Manakala, setiap kali Ryan berada di negara luar Aaisyah akan pulang ke Teratak Tan Sri Hamdi. Tahun lepas, selepas Marwaddah melahirkan anak keduanya Inara Rakel, Ubaid telah memberi kejutan kepada Marwaddah dengan memutuskan untuk berpindah ke Malaysia, dan juga membeli sebuah rumah di Malaysia untuk Mawar dan juga Puan Khadeejah. Walaupun Ubaid kacukan orang Malaysia, Ubaid dan keluarganya hanya menetap di Jordan dan juga London. Ketika pulang ke Malaysia untuk perkahwinan Ryan dan Aaisyah, Ubaid memutuskan kehidupan di Malaysia jauh lebih baik dan sesuai untuk Ubaid dan Mawar.

Triplet 💞💞💞

Wafin: Ecah.... Bila off day?

Aaisyah: Esok. 😊

Wafin: Mawar???

Mawar: Inara demam....

Wafin: Hurmm....so looks like only us lah...Ecah...

Aaisyah: why not we visit baby Nara... And abang Uzair... Wafin....

Wafin: Okey fine....

Mawar: That will be great 😘 Thanks Ecah for backing me up this time.😘😂

********

" Aaisyah... Your dad wants to see you in his office..." Aaisyah berhenti mengemas mejanya dan terus bergegas ke pejabat Doktor Kelvin. " Morning Dad..." Aaisyah masuk dan duduk berhadapan dengan Doktor Kelvin. " Aaisyah... I have something to tell you...."  Jantung Aaisyah tiba-tiba berdegup kencang. Mata Aaisyah memandang tepat kearah Doktor Kelvin. " It's okey dad..." Aaisyah berkata dengan nada tenang. " Remember Kimberly-Anne?" Tanya Doktor Kelvin. Aaisyah mengangguk perlahan. Doktor Kelvin mengeluh sebentar, kerana risau akan reaksi Aaisyah . " Dad... Are you going to tell me you want to Marry Kim?" Aaisyah meneka dengan tepat sekali. Doktor Kelvin diam. " Dad... It's alright... I am happy... You need to move on... But I hope Kim does really love you..." Aaisyah berkata dan menuju kearah Doktor Kelvin dan memeluk Doktor Kelvin. " And... You also will have a little brother...." Aaisyah senyum gembira. Ethan. Ethan adalah anak Kimberly-Anne dengan bekas kekasihnya. Namun Doktor Kelvin tidak menceritakan lebih lanjut kepada Aaisyah, apa yang Aaisyah tahu Kimberly-Anne ditinggalkan kekasihnya ketika Kimberly mengandungkan Ethan.

Balik daripada hospital, Aaisyah terus balik rumah. Sunyi. Ryan belum pulang rumah. Entah apa yang sudah jadi sehingga hubungan Aaisyah dan Ryan semakin renggang. Ryan semakin sibuk mengurus Syarikatnya, Aaisyah semakin hari semakin bosan duduk di rumah Ryan. Aaisyah mandi dan membersihkan diri. Penat seharian berkerja, tambah pula Aaisyah kena handle banyak kes pada hari ini. Selepas mandi, Aaisyah duduk di ruang tamu, melayan movie sambil makan ais krim kegemarannya yang terdapat dalam tub. Creamia Chocolate pecan nut. Tidak lama pintu ruang utama dibuka. " Hi Sayang...." Tegur Aaisyah. " Hi..." Ryan jawap ringkas. Aaisyah sedikit sebanyak terasa hati dengan sikap Ryan. " You had alot to do at the office?" Tanya Aaisyah lagi, cuba memulakan perbualan dengan Ryan. " Yeap...  I have to fly to Taiwan tomorrow ." Ryan berkata dan meletak kasut dalam almari. " Owh... For how long?" Tanya Aaisyah lagi. " Maybe five days..." Ryan menjawap dan terus naik ke tingkat atas. Untuk lima belas minit Aaisyah menonton drama kegarannya, dan tidak lama lepas itu Aaisyah naik ke bilik tidur.

Ryan yang baru selesai mandi sedang sibuk mengemas beg pakaiannya di bilik pakaian Ryan. Disebabkan baju Ryan dan Aaisyah terlalu banyak, Ryan telah mengupah contraktor untuk men regubahsuai bilik bersebelahan mereka untuk disambung kepada bilik mereka, dan membuat closet yang besar untuk dirinya dan juga Aaisyah. Aaisyah memeluk Ryan dari belakang. " I miss you sayang...." Aaisyah meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Ryan membalas pelukan Aaisyah. " I miss you too baby... But... Not tonight... Okey... I am really tired...." Aaisyah hampa. " Okey... It's alright... I am going to bed now... Safe trip tomorrow..." Aaisyah berkata menyembunyikan air matanya. " I will see you in the morning... Goodnight..." Ryan kata dan mencium dahi Aaisyah. Aaisyah terus melabuhkan diri diatas katil empuknya, dan  menarik selimut untuk menutup mukanya. Bahagia itu bukan selamanya. Yes. Some people are right, some people are only ready for a wedding, but not ready to commit to a marriage. Ryan I don't know if we could be together forever, because if it's only one of us fighting and one of us is giving up, this won't last.

Megat seronok bermain dengan anaknya yang sudah masuk umur setahun setengah. Thalia membawa secawan air kopi panas untuk Megat bersama beberapa keping roti kosong. " Thanks Sayang..." Thalia senyum  dan meletak cawan dan piring atas meja kecil. Adam terus diangkat Thalia dan diletak atas pangkuannya. " Minum dulu... Hubby... Sayang will take care of Adam." Lembut bicara Thalia. Akhirnya Thalia berani untuk berkahwin kali kedua, dan kali ini Adam Bin Megat adalah pengikat cinta mereka.  " Alaa... Kejap lah... Hubby belum puas nak buli Si Adam...." Megat berkata sambil mencubit pipi Adam. " Erm.... Sejak ada Adam ni... Sayang macam kena pinggir je..." Thalia pura-pura merajuk. Megat ketawa dengan telatah comel Thalia. " Alaa... Nanti ya... Hubby gomol-gomol Si Adam... Malam karang... Hubby gomol-gomol Sayang pula...." Megat menyakat Thalia. " Ishhh... By.... Adam dengar tu nanti...." Thalia merungut pula. Adam pula merengek untuk dilepaskan. Thalia meletak Adam dilantai, dan Adam terus meluru kearah kereta mainannya dan bermain dengan keretanya.

" Hubby... I got a job offer yesterday... It's a photoshoot with Cameron Boutique." Megat yang tengah menghirup kopinya meletak cawan diatas meja kecil dihadapannya dan Thalia menanti jawapan Megat dengan penuh sabar. " That's great Sayang... Don't worry we will have Sarimah to take care of Adam...  So when do you need to go for the photoshoot?" Tanya Megat lagi. Thalia senyum. " I haven't signed the contract.... Because I wanted to ask your permission..." Megat ketawa kecil. " Sayang... You..  Know I will always support your career... Just sign the contract..." mata Thalia bersinar mendengat jawapan Megat. Setelah melahirkan Adam, Thalia berehat sementara dalam bidang  pemodelan dan sekarang Thalia mahu kembali ke dunia permodelan kerana Thalia masih minat bidang tersebut. " Thanks.... Hubby... I promise... Sayang I will never cheat or do anything to hurt you... I just want to work. That's it..." Megat senyum bahagia melihat keserian di wajah Thalia. " your welcome Sayang... Don't worry I trust you... With all my heart... I know you love me... And Adam.... And you will never hurt this family... Same as me... Even I see beautiful young clients everyday... The root of everything is I love you... And you had always trusted me.... And now is my turn to have faith in you...." Thalia senyum kerana sampai ke hari ini, Thalia tidak sangka dia akan bahagia.

Memandangkan shift Aaisyah sebelah petang, Aaisyah bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan juga bekal untuk Ryan. Pagi itu Aaisyah menyiapkan mee wantan daging untuk sarapan Ryan dan untuk bekal Ryan, Aaisyah menyiapkam dumpling. " Yes... I am flying to Taiwan today... You should had checked first before confirming the date of my meeting with Ayden." Aaisyah memandang ke arah Ryan yang sedang membawa beg rodanya turun. " So now I need you to purspone my meeting with Ayden and set it for another day that I am available. And one more thing don't make this mistake again." muka Ryan nampak serious. " okey bye." Aaisyah menuju kearah Ryan. " Morning... I made breakfast..." Aaisyah mengatur tali leher Ryan.  " i'm in a hurry baby.... " riak wajah Aaisyah berubah. Hampa. " It's okey... I made some dumplings.... I packed it for you... Like always..."  Ryan menegluh kecil. " Aaisyah... You know that I don't like taking lunch boxes around with me... I can eat on the flight... Anyway... I need to go now... My flight is in another three hours." sekali lagi Aaisyah kecewa. Perkahwinan yang baru berusia tiga tahun sudah semakin hambar. Aaisyah mati akal untuk menceriakan rumah tangga mereka seperti awal perkahwinan mereka dahulu. Ryan sudah jauh berubah. " Okey... Take Care..." Itu sahaja jawapan Aaisyah. Ryan mencium dahi Aaisyah sebelum keluar.

" Kadang-kadang... Ecah keliru tau... Sekejap dia okey... Sekejap lagi angin semacam.... Dulu.... Kalau Ecah buat lunch mesti dia minta bungkus... Asal breakfast je minta tapau ke office... Sekarang... Malas nak bawa lunch box.... Alasan tak masuk akal langsung...." Aaisyah meluah segala yang terbuku dihatinya sebaik sahaja bergump di rumah Mawar. " Ini misteri nunsantara betul ni Ecah... Jangan-jangan Ryan ada perempuan lain belakang Aaisyah tak? Sebab perangai dia macam orang yang ada skandal belakang isteri sendiri... Very fussy, busy and also being very private." sampuk Wafin. " Ishh .  Wafin... Tak baik tau... Mawar rasa Ryan is just having a bad time... Lagipun his dad dah banyak serahkan kerja dengan dia... Tambah pula... Dia seorang kena handle...." Mawar cuba menenangkan perasaan Aaisyah. " Huhhh... Mawar... Mawar... Tak habis dengan fikiran positif you... Jom Aaisyah... Kita pergi Taiwan...Wafin memang nak siasat Ryan." Mawar menepuk dahi sendiri. " Goshh... Wafin... Mawar tak rasa pun Ryan ada perempuan lain...." Mawar sudah hilang sabar. " Anyway... Ecah tak dapat pergi lah... Sebab patient banyak sangat...." Wafin mencebik geram pula agenda untuk menjadi detektif conan bersama Aaisyah tidak menjadi.

" Ecah.... Mawar nak nasihat sikit tau... Setiap rumah tangga mesti ada masalah... Mawar dulu juga hampir mengalah. But I am glad I did'nt.... Sejak Uzair dan Inara hadir dalam hidup Mawar.. Mawar rasa lengkap... Ubaid juga jaga Mawar dengan baik... Sayang Mawar dengan baik... Walaupun pada awalnya Mawar benci Ubaid.... Namun... Sejak... Mawar kenal Ubaid lebih dekat... Ubaid banyak berubah untuk terima Mawar...." Aaisyah menundukkan wajahnya mendengar dan mencerna segala nasihat Mawar. Diantara mereka bertiga, Mawar boleh dikategorikan sebagai isteri mithali. Hal ini dimana, Marwaddah merupakan seorang isteri yang tenang, lemah lembut, dan yang paling penting mengutamakan Ubaid dan anak-anak. Shawafinaz pula memandangkan Wafin dan Khai belum dikurniakan rezeki untuk dapatkan anak, Wafin masih isteri yang lemah lembut namun kalau bergaduh dengan Khai, boleh kalah perang dunia kedua. Nasib Wafin adalah baik kerana Khai sudah belajar menjadi seorang lelaki yang penyabar, bila Wafin tengah angin, Khai akan mengalah. Bila Khai pula marah, Wafin pula akan pujuk suaminya.

" Abang.... Yayang nak tanya something boleh?" tanya Matwaddah dengan lembut. Wafin dan Aaisyah sudah lama balik, selepas Ubaid pulang dari kerja dan makan malam Mawar cuba mengambil kesempatan untuk tanya Ubaid sesuatu. Ubaid yang sedang sibuk dengan tab memandang kearah Mawar yang sedang menyapu losyen ke tubuhnya. Tab Ubaid letak tepi. " Tanya lah... Yayang... Abang tak kisah... Lagi-lagi kalau Yayang nak tambah jemaah... Abang lagi nak... Dah lama tak dapat sentuhan manja Mawar..." Ubaid mula menyakat isterinya. " Ishh.... Abang ni... Sabarlah... Mawar nak pantang lama sikit...." Mawar jawap dengan geram. " Janganlah lama Yayang... Nanti abang Rinduuuuuu"  Mawar ketawa kecil dan menuju kearah Ubaid.  " Abang ada jumpa tak dengan Ryan?" tanya Mawar tanpa berselindung lagi. Dahi Ubaid berkerut, pelik dengan soalan yang ditanyakan Marwaddah. Sebelum ini, Mawar tidak pernah bertanyakan hal Ubaid dan kawan-kawan lelaki Ubaid. " Ada juga... Kenapa pula Yayang tanya pasal Ryan?"  tanya Ubaid hairan. Mawar menundukkan wajahnya.

Ubaid mengusap pipi Mawar perlahan. " Yayang... Cakap lah... Abang... Tidak akan cakap apa-apa dengan Ryan... Yayang kan isteri Abang... " pujuk Ubaid lagi. Mawar menghela nafas perlahan. Kepala Mawar dilentokkan di dada bidang Ubaid. " Aaisyah tadi... Dia cakap... Yang Ryan semakin jauh dengan dia... Mula-mula... Wafin syak yang Ryan ada perempuan lain... Tapi... Mawar tak rasa pun macam tu... Tapi... Mawar nak juga tanya... Abang... Mana tahu... Abang tahu cerits tentang Ryan...." Ubaid mengeluh kecil. " Abang... Memang ada juga jumpa Ryan... Tapi sekarang... Company dia sedang ada masalah... Tambahan pula Ryan terbeban disebabkan dia seorang sahaja yang handle family business... Yang lain pula seronok saja dapat percentage setiap bulan.... Abang nasihatkan Mawar.... Bagi tahu Aaisyah jangan putus asa.... Bersabar.... Jangan tambahkan bebanan Ryan lagi...."  Mawar menganggukkan kepalanya. " Baiklah... Abang... Abang tidurlah dulu.... Mawar nak pergi check Inara dengan Uzair dulu...." Mawar berkata lagi dan mencium dahi Ubaid. " Goodnight my love.... Esok... Abang nak breakfast nasi lemak boleh kan?" Mawar ketawa kecil. " Eyaa... Okey Abang... Esok Mawar buatkan... Goodnight... Love you...." Mawar bangun dan mengorak langkah ke bilik Inara yang berada disebelah bilik mereka. Inara sudah mula merengek meminta susu, Mawar menggeleng kepala. " Nara.. Anak mama... Tahu-tahu je jam nak menyusu yer..."