Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 9 - Bab 7.2: SkyTrek

Chapter 9 - Bab 7.2: SkyTrek

Aaisyah senyum sendiri melihat dirinya di cermin. Hari ini Aaisyah mengenakan baju dry fit dan seluar dry fit jenama Adidas yang berwarna hitam. Memandang pagi itu agak sejuk Aaisyah juga mengenakan jaket adidasnya. Topi jenama adidas telah di packing ke dalam dry bag bersama dengan sebotol air. Aaisyah yakin di sudah cukup semuanya. Aaisyah terkejut ada yang memeluknya dari belakang. Don't forget to have fun Aaisyah." Aaisyah tersenyum senang. " Thanks Nenek..." Aaisyah menghadiahkan sebuah kucupan di pipi Puan Sri Faridah, dan Puan Sri Faridah mengucup lembut dahi Aaisyah. "Nenek... Telefon Aaisyah berbunyi... Aaisyah rasa Irfan dah sampai tu... Aaisyah pergi dulu ya nenek..." Puan Sri Faridah tersenyum dan menganguk.

Irfan tersenyum melihat Aaisyah yang cantik bergaya. Aaisyah membawa dua beg. Satu beg besar dan satu lagi dry beg kecil. " Dalam beg besar tu apa?" Aaisyah memandang Irfan dengan wajah hairan. " Baju spair" Aaisyah jawap ringkas. Irfan tersenyum tidak berani komen panjang takut Aaisyah merajuk dan membatalkan temu janji mereka hari itu. " Erm... Kita breakfast dulu ya. Awak suka makan di kedai mamak tak?" Aaisyah memandang Irfan. "Bukan Aaisyah tak suka... Aaisyah tak pernah cuba makan di kedai mamak" Aaisyah berkata dengan nada serba salah. "Baiklah hari ini kita breakfast di kedai mamak. Lepas ni memang Aaisyah akan ajak ke kedai mamak selalu." Aaisyah tersenyum malu-malu.

" Abang...teh tarik panas dua, Roti nan cheese dua dan Tosai ghee dua." Irfan berkata kepada pelayan restoran tersebut. " Banyaknya!!!" Aaisyah berkata. " Trust me you will love it. Macam lah Irfan tak tahu Aaisyah suka makan. Terutama sekali bila keluar dengan Mawar dan Wafin." Aaisyah tergelak kecil. "Mesti Irfan selalu stalking Insta kami kan?" Aaisyah terus meneka. " Insta Aaisyah jer..." "Owh..." Aaisyah berkata sambil menganguk. " Aaisyah... Next weekend.... Aaisyah nak keluar lagi tak?" Aaisyah memandang Irfan tanpa rasa jemu. Sejak berkawan dengan Irfan  ada sahaja sebab mereka perlu berjumpa dan yang paling seronok sekali Aaisyah dapat keluar selalu bila bersama Irfan. "Boleh juga... " Aaisyah menjawab.

" How about esok?" Irfan tanya lagi. Aaisyah tergelak kecil. " Irfan tak bosan ke tengok Aaisyah hari-hari." Aaisyah berkata kerana agak hairan dengan pertanyaan Irfan. "Tak ada lah bosan Aaisyah. Esok petang kita pergi Sunway Lagoon water park. Boleh?" Mata Aaisyah terus bersinar. "Nak... Dah lama Aaisyah tak ke sana...." Irfan tersenyum gembira, nampaknya ada alasan untuk dia ketemu Aaisyah.

Selesai sarapan mereka meneruskan perjalanan ke Skytrek di Shah Alam. Banyak aktiviti mereka lakukan di skytrek. Asalnya Aaisyah terlalu takut kerana banyak aktivity di skytrek semuanya mencabar bagi orang yang gayat. "Irfan... Aaisyah takuylah... Kita turun lah... Aaisyah tak berani..." muka Aaisyah agak takut. Tanpa sengaja Aaisyah memeluk Irfan. Irfan juga membalas pelukan Aaisyah. " Aaisyah... Aaisyah dapat... Jom lah Irfan temankan Aaisyah sekali...." "mana boleh..." Aaisyah berkata lagi. "Kalau macam tu Irfan pergi dulu lepas tu baru Aaisyah pergi okey?" Aaisyah hanya menganguk lemah. Akhirnya Irfan  memulakan flying fox dahulu dan Aaisyah menyusul Irfan kemudian.

Selesai aktiviti di Skytrek Aaisyah dan Irfan berehat di kawasan  riadah skytrek. " Irfan ada bawa baju spair tak?" Aaisyah tanya. " Ada juga... Kenapa nak mandi dulu sebelum balik?" Irfan tanya. Aaisyah mengangguk sahaja. "Alright boss..." Irfan berkata sambil cuba berdiri. Irfan terus membantu Aaisyah untuk berdiri sebelum mereka pergi mandi.

Selepad mandi mereka masuk ke dalam kereta. " Aaisyah... Nak pergi tengok wayang tak??" Irfan cuba mengajak sekali lagi. Irfan belum puas lagi keluar berdua dengan Aaisyah. "Cerita apa best owh... Hurmm... " Aaisyah terus memberi respon positif. " Kita tengok cerita the Jungle Book. Nak?" Aaisyah tersenyum. "Ya.. Boleh juga I dengar best movie tu..." Tanpa melenggahkan masa Irfan memandu menuju ke mall terdekat untuk makan dan tengok wayang.

" Aaisyah... Esok confirm ke nak pergi sunway?" Aaisyah tersenyum dan menganguk. " Kalau Aaisyah ajak Wafin dan Mawar boleh tak?" Aaisyah bertanya dengan nada manja. "Boleh juga.. Nanti Irfan ajak kawan-kawan Irfan sekali..." Irfan berkata sambil mencuit hidung Aaisyah. "Bagus juga lah... Sebab Wafin tengah broken heart tu... Wafin and Khai had a bad break up.." Aaiayah membuka cerita. " Hurm...  Tak pa.. Mana tau sangkut dengan member Irfan... Kalau dia jumpa orang lain senang lagi nak move on."  pada pertengahan movie The Jungle Book Aaisyah tak sengaja melentokkan kepalanya dibahu Irfan. Irfan tersenyum senang kerana Aaisyah semakin manja dengannya. " Aaisyah... " Kepala Aaisyah tergerak sedikit. "Hurmm??" Aaisyah membalas. " Tak ade... Saja... Nak panggil nama Aaisyah..." Cepat-cepat Irfan cover line sebab malu, Irfan belum bersedia hendak meluah perasaannya dengan Aaisyah. Sebelum ini masa dia cuba Usha Aaisyah selalu juga dia mengaku dia suka Aaisyah tetapi sekarang Irfan belum sedia hendak merosakkan persahabatan mereka.

Sebelum menghantar Aaisyah pulang, Irfan membawa Aaisyah ke Sushi King untuk makan petang. Walaupun badan Aaisyah lansing, selera makan Aaisyah begitu tinggi. "Mesti Irfan pelik sebab Aaisyah kuat makan." Irfan ketawa. " Makan lagi Aaisyah... Irfan suka tengok Aaisyah makan." Aaisyah tersenyum dan mengambil sepiring lagi sushi salmon. "Di rumah Aaisyah tak juga kuat makan. Sebab kena duduk semeja dengan Ibu, atuk dan Mark. Biasanya Aaisyah makan sikit lepas tu Aaisyah masuk bilik..." Irfan terkedu dengan apa yang dikatakan Aaisyah. "Aaisyah kena janji dengan Irfan.. Bila Irfan bawa Aaisyah keluar Aaisyah mesti makan okey?" Aaisyab memandang Irfan dengan wajah pelik. " Itu semestinya. Lepas ni Aaisyah nak makan di kedai mamak.  Sudah lah murah, sedap dan yang paling penting portion dia banyak." Irfan tersenyum mendengar celoteh Aaisyah.

ClassSZV2308

Dr. Irdanizahim:

Good evening class. Remember your last assignment topic? I want you to do a slide presentation next monday. See you all monday 2.00 p.m.

Rajaarugam: Noted Dr.

Hilaryyeo: Another presentation? 😑

Poppieliew: Dr. Irdina how about we present wednesday. Please 😁😂

Hilaryyeo: I agree with Poppie!!!

Ubaid: I think wednesday will give us more time to prepare.

JamalArmand: And Dr. Irdani. If you let us present wednesday. I will give you the best presentation ever. 😝😝😝

Poppieliew: Looks like i have a few supporters.

Pramesh: Noted Dr.

JamalArmand: @pramesh 😤😤😤

Hilaryyeo: @Nicogonzalez @Ivanahii @Aaisyahamanda What say you?

Dr.Irdani: Decision is final. I want to see all your presentation on monday. Thank you.

"Irfan... Aaisyah perlu cancel lah esok... Kena buat last minute presentation." Irfan memandang Aaisyah dengan muka yang agak kecewa. " Dr. Irdani suruh satu kelas present isnin ni... Bukan Aaisyah tak nak pergi Sunway lagoon dengan Irfan. "Alright Princrss... It's okey... But next week Irfan nak Aaisyah sedia sebab next week we will go back-packing with all our friends to Krabi because we have a long weekend remember? "  Aaisyah agak terkejut dengan plan Irfan. " Ajaklah kawan Aaisyah sekali. Mesti mereka mahu kan?" Aaisyah mengetap bibir. "Aaisyah kena tanya mereka dulu and I hope Aaisyah tak ada presentation lagi."  Irfan mengeluh perlahan. Aaisyah Amanda.... Jinak-jinak merpati. Bila hendak tangkap susah ditangkap. Bila dah sikit lagi nak tanggap cepat pula lari.

Klw suka tu, jgn lupa vote tau😀

Don't be just a silent reader,

Dgn vote saja sy feel my work sudah dihargai...

Klw tak suka mesti x continue baca kan?

Yg vote sblum ini...

Thanks you so much... Love you😘😘😘