" Aaisyah I have something to tell you..." Aaisyah memandang Irfan. Aaisyah mengharap sangat Irfan menunaikan janjinya untuk membawa dia ke siam dan bernikah disana. Aaisyah cuma boleh bergantung harap pada Irfan ketika ini. " Irfan tak boleh teruskan lagi hubungan ini." Aaisyah terkejut dengan apa yang dikatakan Irfan. " But why Irfan... " Irfan mengeluh perlahan. "Parent Irfan tak setuju.... Dan kalau Irfan menolak permintaan mereka... Pelantikan Irfan sebagai syer holder terbesar di syarikat Raudiah Enterprise akan ditarik balik." Aaisyah memandang tajam kearah Irfan. Mata yang merah mula berair mata. "After all that you have promised me.'' Irfan tidak berani memandang Aaisyah. " Aaisyah... Irfan rasa my parents are right. Mereka dah pilih calon untuk Irfan. Yang lebih sesuai untuk Irfan. Disebabkan jawatan yang Irfan bakal sadang dalam syarikat sesiapa sahaja yang menjadi pilihan isteri Irfan harus dari keturunan yang...." belum sempat lagi Irfan menghabiskan ayatnya. Aaisyah sudah memotong. "Keturunan kerabat? Keturunan baik-baik? Disebabkan Aaisyah anak luar nikah Irfan dan keluarga Irfan malu dengan Aaisyah?" Irfan terus diam. "Kenapa diam Irfan? Irfan dah janji minggu lepas, masa nenek Aaisyah meninggal, Irfan nak bawa Aaisyah ke siam dalam minggu ni sebab nak jadi pelindung kepada Aaisyah. Hari ini Irfan ajak jumpa Aaisyah ingatkan nak bawa Aaisyah ke sempadan tapi lain pula jadi." Irfan memandang Aaisyah. "Irfan cuma cakap Irfan nak jumpa Aaisyah. Bukan nak pergi sempadan. Aaisyah. Sudah selepas ni kita tak ada apa-apa lagi. Jangan sesekali tuntut hak untuk berkahwin dengan Irfan lagi." Aaisyah semakin sakit hati dengan apa yang dikatakan Irfan. " Lagipun Irfan tak ada sentuh Aaisyah kan. Yang malam hari tu Aaisyah sendiri yang goda Irfan sampai Irfan kiss Aaisyah. Jadi Irfan tak perlu bertanggungjawab untuk malam tu. Irfan nak cari bakal isteri yang mampu jaga batas pergaulannya. Aaisyah tidak mahu mendengar apa-apa lagi. Aaisyah terus berdiri dan meninggalkan Irfan disitu.
Irfan tiba-tiba berubah. Irfan tidak pernah kasar dengan Aaisyah seperti tadi. Aaisyah menghidupkan enjin kereta dan memandu sampai ke rumah. Sampai di rumah, keadaan rumah masih sunyi. Entah kemana mahluk dan rumah ini. Aaisyah terus masuk ke dalam biliknya dan menangis semahu-mahunya. Sampai sekarang satu pun whatsapp dari Wafin mahupun Mawar belum dibalas. Pengajiam Aaisyah masih tinggal setahun setengah lagi. Irfan, Wafin dan Mawar semua dah graduate, cuma tinggal Aaisyah sahaja lagi. Puan Sri Faridah meninggal minggu lepas semua orang yang sayangkan Aaisyah sudah pergi meninggalkannya. Saat ini Aaisyah sungguh tertekan sebab orang dalam rumah ini anggap Aaisyah sebagai orang luar, hendak lari tak tahu ke mana. Sepatutnya Irfan menikah dengannya minggu ini, membina hidup yang baru bersama tetapi hari ini Aaisyah mendapat satu lagi berita buruk. Aaisyah akhirnya terlelap sendiri.
Puan Sri Faridah nampak begitu berseri. Puan Sri Faridah memeluk Aaisyah dengan kuat. Puan Sri Faridah mencium pipi Aaisyah bertalu-talu. "You are strong my little Angel... I will always love you..." Aaisyah menangis semahu-mahunya. "I love you too nek... Don't leave me nenek... " Puan Sri Faridah mengelap air mata Aaisyah. "Aaisyah... I have to go... Stay strong my angel... I love you..." Aaisyah menggeleng. "Nenek... Aaisyah nak ikut nenek... Aaisyah nak ikut nenek... Please nek... Bawa Aaisyah sekali...." Puan Sri Faridah menggeleng. " My dear... Your journey is still long ahead... I know you are strong Aaisyah... Nenek kena pergi... Tapi nenek akan selalu sayang Aaisyah sampai bila-bila. Bayangan Puan Sri Faridah semakin kabur. "Nenek... Nenek... Jangan tinggalkan Aaisyah... Nenek!!!!!" Aaisyah tersunggur dan menangis lagi. "Nenek... Aaisyah janji Aaisyah akan kuat."
Pagi tersebut Aaisyah terjaga. Lama Aaisyah tidur. Dari pukul 8 malam tadi sampai pukul 6 pagi. Tidak pernah Aaisyah tidur selama itu. Aaisyah turun ke dapur. "Selamat pagi Cik Aaisyah...mesti cik Aaisyah lapar. Mia ada sediakan Nasi Ayam di meja sana...." Aaisyah pergi kesingki dan mencuci tangannya. Aaisyah mengauk dua senduk nasi kedalam pinggannya. Beberapa ketul ayam rebut diambil dan sedikit sambal dituang ke atas nasi dalam pinggan Aaisyah. Dengan penuh berselera Aaisyah makan nasi ayam yang dihidangkan. Aaisyah terlalu lapar disebabkan sejak Puan Sri Faridah meninggal selera makan Aaisyah tidak menentu. Mia menghidangkan beberapa jenis kuih dimeja makan. Aaisyah mengambil seketul kuih karipap. " Aaisyah... Mia...harap Aaisyah akan sentiasa kuat... Aaisyah... Mia juga nak pesan... Mia akan selalu simpan sedikit lauk untuk Aaisyah dalam peti sejuk sana. Bila Aaisyah nak makan... Aaisyah boleh panaskan dalam microwave." Aaisyah sangat terharu dengan sikap prihatin Mia. "Terima kasih Mia... Sebab prihatin dengan Aaisyah. Tapi... Mia harus jaga diri... Kalau Tan Sri tahu... Nahas Mia... " Aaisyah berkata dengan lembut.
Klw suka tu, jgn lupa vote tauπ
Don't be just a silent reader,
Dgn vote saja sy feel my work sudah dihargai...
Klw tak suka mesti x continue baca kan?
Yg vote sblum ini...
Thanks you so much... Love youπππ