Chereads / SAHABAT SEHINGGA JANNAH / Chapter 1 - 1 ♡ .

SAHABAT SEHINGGA JANNAH

🇲🇾arihahs201
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 26.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - 1 ♡ .

Mimpi ? Korang percaya pada mimpi ? Aku tak pernah percaya . Bagi aku itu hanyalah mainan syaitan . Tapi kalau dah banyak kali kita dapat mimpi yang sama adakah itu masih permainan syaitan atau itu adalah satu petunjuk pada kita . Mimpi ini bermula dimana aku terlanggar seorang wanita yang sangat seiras dengan sahabat lama aku . Adakah itu dia atau hanyalah ilusi aku ? .

Setiap hari aku akan mimpi benda yang sama . Dimana aku bermimpi tentang jalan hidup aku 11 tahun lepas . Tapi itu adalah benda lepas dan aku kini berada di masa hadapan . Teknologi makin canggih takkan lah masih ada benda karut lagi . Dimana orang yang tidak berpuas hati akan mengunakkan bomoh sihir menyihir ni . Zaman sekarang orang kalau tak puas hati dia akan terus viralkan saja di media sosial dan orang yang mudah dikawal minda pasti akan mudah tepercaya .

Dia Saerah , sahabat lama aku . 11 tahun aku tidak bertemu dengan dia sampai lah di satu tahap takdir bertemu kembali . Tapi sayang , dia hanya kenal aku sebagai orang asing bukan sebagai Danish Haiqal yang pernah menjadi sahabat dia . Nak dijadikan cerita aku dulu bersahabat dengan dua orang lagi sahabat aku Aiddil dan juga Saerah . Hanya kerana cinta aku buang sahabat sendiri . Silap aku juga sebab lepaskan benda yang berharga didepan mata dan kini baru hendak menyesal . Jangan jadi macam aku .

Pernah dengar tak satu statement dimana lelaki dan perempuan tidak boleh jadi kawan baik ? Betul ke ? Itu persoalan dia dan apa yang aku rasakan aku hanya sayang sebagai kawan tak lebih dari tu . Kenapa selfish sangat aku ni fikirkan pasal diri sendiri je . Urgh .

Aku bernasib baik kerana satu satunya sahabat aku masih bersama aku siapa lagi kalau bukan Aiddil . Aku dengan dia dah berkawan dari kecil jadi memang dah selesa lain pula Saerah . Aku hanya kenal dia yang tak sampai beberapa bulan dan terus jadi sahabat dan jadi sahabat pun tak sampai setahun . Engkau rasa ? Macam aku cakap tadi aku lepaskan dia sebab cinta . Bukan kerna cinta aku terhadap dia tapi terhadap orang lain .

Menyesal ? Tiada guna . Benda pun dah lepas yang lepas biarkan lepas . Satu satu mimpi muncul masih lagi dengan orang yang sama jalan cerita yang sama tapi ada benda yang lain . Aku seperti dapat petunjuk dalam mimpi tu apa sebenarnya yang dia hendak beri tahu . Aku benci teka meneka ni buang masa betul .

Malam pertama .

" Hai , lama kan dah tak jumpa " sapaku kepada seorang budak perempuan yang berpakain lengkap sekolah . Pada haritu sekolah rendah aku mengadakan sukan tahunan bagi melepaskan rindu semasa di alam sekolah rendah aku datang . Tapi terngorat anak dara orang lah pula . Ya dia , Saerah . Cantik , pemalu tapi kalau dah rapat mengalahkan syaitan . Okay aku gurau .

" Kau kawan aku ke ? " memang agak kejam ya soalan dia tapi aku tak terasa pun dengan soalan tu . Yela masa sekolah rendah dulu aku tak layan mana mana perempuan . Pemalu lah kata kan sampai lah bila aku mula menganjak ke alam sekolah menengah . Dia nampak rapat dengan Aiddil jadi aku ambil kesempatan untuk kenal lebih rapat . Hinggalah kami berdua mula serasi antara satu sama lain . Kali ni dia dah tak malu macam mula mula aku tegur tadi . Bukan sahaja ngorat dia tapi ambil gambar juga dan dia nampak kekok ya mungkin tak biasa dengan lelaki .

Malam kedua .

Mencari yang selesa dengan kita itu amat mudah tetapi untuk mencari yang boleh terima kita seandainya sangat susah . Restu ibu bapa adalah benda utama jika hendak berjaya .

Kali ni berbeza sedikit dengan mimpi yang malam pertama . Mungkin itu adalah pengenalan .

Hari demi hari aku mula rapat dengan dia kalau boleh hari hari nak on call dengan dia tapi selalu kena kacau dengan Aiddil nampak kedengkiaan dia . Hari hari juga aku chat dengan dia . Kami kenal lebih dalam aku bagitahu macam mana dengan kehidupan aku dan dia turut buat benda yang sama . Masih tiada rasa cinta terhadap dia .

Sampai lah suatu hari aku ajak jumpa dekat taman . Masa tu lepak taman je mana boleh pergi jauh jauh anak dara orang mahu aku kena kejar dengan bapak dia nanti . Kali pertama kami tak jadi jumpa aku yang batalkan untuk jumpa . Mesti dia kecewakan dahlah baru balik tuition lepastu aku pula bagi fakehope . Tapi bukan salah aku tiba tiba je aku ada hal nak buat macam mana . Kali kedua baru kami berjumpa betul betul .

Dia nampak sangat selesa dengan adik aku . Aku memang suka orang boleh terima keluarga aku sekali tapi tak bermakna aku cintakan dia . Aku nampak ke ikhlasan dia melayan adik adik aku . Mungkin dia sudah terbiasa layan adik adik dan dia lebih rapat dengan adik aku paling kecil . Oh lupa nak bagitahu dia dapat gelaran " kakak cantik " dari adik aku lah . Comel .

Malam ketiga .

Percaya atau tidak orang yang mendengar masalah kita hanya kerana dia ingin tahu tapi bukan kerana dia ambil peduli tentang kita . Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang kerana belum tentu dia akan bersama pada suatu hari nanti .

Jujur aku kata aku mula selesa dengan dia . Tak terlalu kekok untuk luahkan segala masalah . Aku menangis depan dia itu sudah menjadi kebiasaan dan aku pula jadi doktor cinta untuk dia walaupun nasihat yang aku beri adalah sama " putus je dengan dia " .

Makin lama makin banyak benda yang aku tahu tentang dia . Macam mana kehidupan dia dengan siapa dia berkawan semua aku tahu . Satu benda yang aku sangat kagum dengan dia , dia boleh bagi masa untuk diri dia .

Sorry guys yang ni terlalu pendek , tetiba stuck tengah jalan dan taktahu macam mana nak sambung . Biarlah ia berlalu .

Malam keempat .

Demi yang menarik kita lupakan yang banyak berkorban dengan kita sedangkan kita sudah tahu kebahagian sudah ada tapi masih mengejar yang kita taktahu sama ada bahagia ataupun tidak .

Lama kelamaan aku mula mengejar orang yang aku minati . Kadang tu chat dia aku reply lambat lambat bila malam aku mula bagi alasan nak tidur sedangkan aku sedang gelak tawa dengan orang yang belum tentu jadi milik aku . Kalau dulu ada wish " goodnight sweetie " tapi sekarang Cuma goodnight .

Perbulanan kami pun makin berkurang . Satu hari dimana aku rasa down sangat tapi dia lah orang pertama yang aku luah . Dia masih setia mendengar dan beri nasihat pada aku . Lepas itu aku mula lupakan dia kembali . Sekali lagi aku abaikan dia . Yela bagi aku dia cuma sahabat aku yang tak perlu ada 24 jam bersama kan ? .

Bila on call bertiga pasti aku lah paling lemau nak bercerita kalau ikutkan banyak benda nak dicerita tapi tak terluah . Sikit demi sedikit aku mula tipu dia kononya ada kelas lah ada tuiton lah padahal aku nak luangkan masa dengan si dia .

Mungkin hanya perasaan aku mengatakan dia sedikit annoying kadang kadang . Manja tak bertempat . Tipu lah kalau aku kata aku tak rimas tapi apa yang aku mampu buat .

Malam kelima .

Walau apapun sebagai seorang pelajar kita mahukan kerjayaan . Ini mungkin penentu kita dimasa akan datang .

Exam makin dekat dan hubungan kami juga tak seperti dulu . Kadang chat untuk bincang tentang exam yang bakal tiba . Aku dan dia anak sulong harapan utama ibu bapa mungkin sebab ini juga aku mula busy dengan exam .

Cukuplah kekecewaan yang diberi dahulu , kini aku mahu tebus segalanya dengan apa cara pun . Biar penat sekarang jangan menyesal dikemudian hari . Hari yang digeruni akhirnya tiba . Harini bermulanya exam penentu untuk tingkatan 4 .

Segalanya berjalan dengan lancar , selama peperiksaan dijalankan aku lebih banyak luangkan masa dengan Saerah . Kami juga ulangkaji bersama kadang tu aku marahkan dia sebab tak pernah nak serius masa peperiksaan . Dibuat main main dengan exam . Kan aku dah kata dia annoying ni lah perangai dia .

Kalau ada masa aku lebih suka vedio call yela senang nak bincang dengan dia . Tak lupa juga Aiddil kamu study sama sama . Dia suka usik aku katanya bila aku berkaca mata muka aku akan serupa dengan crush dia . Eh terasa juga bila dia sama kan aku dengan crush dia . Terasan ke cemburu ? .

HAI GUYS , I'M BACK HIHI . SORRY SEBAB DAH LAMA MENGHILANG TERLALU BUSY DENGAN HOMEWORK YANG HARI HARI BANYAK SEPERTI TIADA HARI ESOK DIA PUNYA BANYAK TU . I HOPE YOU GUYS ENJOY BACA STORY KALI NI ❤️❤️ .