Chereads / SAHABAT SEHINGGA JANNAH / Chapter 3 - 3 ♡ .

Chapter 3 - 3 ♡ .

Pagi ini aku bersiap siap untuk berlepas ke luar negara bersama Aiddil . Aku tidak lupa untuk bawa dia sekali nampaknya dia lebih excited dari aku . Dengan beg bagasi yang besar dibawa nya padahal duduk sana seminggu je yang dibawa beg besar macam nak duduk sebulan .

" Wey kalau kita masih berkawan dengan Saerah pasti dia teruja kan bila dapat tahu kita nak pergi sana " soal Aiddil secara mengejut . Aku yang mendengar mula pandang dia dan hanya menjawab sepatah " ya " .

Adakah Aiddil juga rindukan Saerah ? Mana lah kau sekarang ni . Aku terlalu rindu untuk bersama dengan orang yang ada disaat aku susah senang .

Akhirnya kami tiba di lapangan kapal terbang Pulau Jeju . Nampaknya pemandangan disini sangat cantik sama seperti apa yang pernah dicerita oleh Saerah .

Kami ambil keputusan untuk rehat dahulu di hotel setelah 7 jam didalam kapal terbang . Tiba waktu malam kami mula keluar dari hotel dan mulakan misi mencari makan . Duduk dalam hotel lama lama pun tidur saja bukannya makan sekali .

Setelah puas mencari restoran halal akhirnya kami berhenti di restoran Daewonga yang menawarkan pelbagai makanan laut segar yang baru ditangkap . Selain itu di restoran tersebut juga menyediakan tempat solat untuk muslim .

Hari kedua .

Pada malam tadi selepas makan kami terus balik ke hotel masih penat dan perlukan rehat secukupnya . Pagi ini kami bangun awal untuk pergi ke Yongmeori Coast bagi menikmati angin pagi yang sangat indah . Selepas itu kami pergi ke Jeju National University . Terdapat ramai pelancong yang datang ke sini bagi menikmati bunga sakura . Disebabkan kami datang ke sini pada musim bunga tidak mahu terlepas peluang untuk melihat bunga sakura yang sangat cantik .

Sedang kami seronok menikmati pemandangan aku ternampak satu sosok wanita yang berpakain tudung . Sangat cantik walaupun pandang dari sisi tepi . Jatung aku tiba tiba berdegup kencang .

Dia , dia adalah wanita yang pernah digelar sahabat dihatiku . Tetapi kerana sebab cinta aku mula berubah dan mula lupa asal usul aku bukan itu saja malah aku juga jauhkan diri dari dia yang pernah bergelar sahabat aku . Buat kamu percayalah aku rindukanmu bahkan aku juga mencintaimu sama seperti kamu mencintai aku dahulu .

Akhirnya aku pulang ke tanah air tanpa bertegur sapa dengan si dia . Aku harap aku masih boleh berjumpa dengan dia semasa aku berada di Malaysia .

Kini aku sedang berada di satu tempat yang sangat menyenangkan . Angin yang bertiup kencang sangat enak ramai pengunjung yang datang ke sini bersama pasangan mereka . Ada yang bersama keluarga dan ada juga yang datang berseorangan sama seperti aku .

Sedang aku menikmati mata aku terarah satu sosok yang berdiri sambil menikmati angin pantai . Dia kelihatan sama seperti orang yang pernah aku temui semasa aku berada di Korea haritu .

Lagi sekali ya dia , dia adalah sahabat aku 11 tahun yang lepas . Mungkin persahabatan aku bersama dia tidak lama tapi percayalah yang aku masih mengingati dia . Memang betul dia masih cantik seperti dahulu macam mana lah aku boleh lepaskan orang yang betul betul sayang dengan aku . Adakah aku terlalu bodoh melepaskan orang yang sayangkan aku demi orang yang aku sayang . Aku akan betulkan semula apa yang salah .

Dia , Saerah satu satunya wanita yang pernah jadi sahabat aku selain Aiddil . Tapi bagaimana aku mahu tegur dia sedangkan aku tidak tahu adakah dia masih mengingati aku atau pun tidak . Tak tak aku tak boleh mengalah kalau aku mengalah peluang aku untuk bersama dia akan musnah tanpa usaha . No bukan itu yang aku mahu kan . Aiddil , ya Aiddil pasti Aiddil boleh bantu aku untuk mengenali dia lagi sekali .

Kalau dulu aku mula rapat dengan Saerah atas sebab Aiddil kali ni aku nakkan benda yang sama seperti 11 tahun lepas . Dimana persahabatan kami bertiga bermula . Ya aku memang bijak tak sia sia aku belajar sampai luar negara . Akhirnya otak aku berfungsi dengan baik . Aku perlu berjumpa dengan Aiddil lunch nanti .

Ini masanya untuk meminta pertolongan Aiddil . Maafkan aku sahabat aku terpaksa gunakan kau untuk bertemu kembali dengan dia . Sedang seronok aku jalan sambil berangan yang aku akan berjumpa kembali dengan si dia aku terlanggar seseorang . Nasib sangat malang apabila air si dia tumpah ke atas baju aku .

" Maafkan saya encik , saya tidak sengaja "

Belum sempat aku nak marah dia pantas membersihkan bajuku dengan tisu . Aku tersentak dengan apa yang dilakukanya mungkin dia sangat gelabah atau takut dimarahi . Aku mendonggakkan muka untuk melihat si pelaku alangkah terkejutnya aku apabila melihat mukanya . Dia , Saerah wanita itu jantung aku mula berdegup kencang seolah olah bidadari kiriman tuhan . Sungguh cantik sekali wajahnya atau aku patut kata dia semakin cantik .

Aku mula tersedar dari lamunan apabila dia berdehem mungkin perasan dengan tatapan aku terhadap wajah dia .

" Eh maafkan saya "

Hanya itu yang mampu aku ungkapkan . Lantas aku pergi tinggalkan dia seorang diri sambil terpinga pinga . Aku mempercepatkan langkahku untuk pergi ke cafe yang terdekat dengan ofis aku . Akhirnya aku sampai juga walaupun tercungap-cungap . Aiddil yang sememangnya sampai dahulu memandang aku pelik .

Mahu tak pelik kalau aku sampai sana macam baru lepas lari marathon padahal aku hanya jalan laju je . Sebelum Aiddil menyoal aku lebih baik aku bersuara terlebih dahulu .

" Aku nampak dia " hanya itu sahaja yang aku ungkapkan sekali lagi . Aiddil yang mendengar hanya ternganga . Sudahlah Aiddil jangan buat muka hodohmu itu aku akan jelaskan juga cuma sabar sekejap aku nak air untuk hilangkan penat . Akhirnya aku dapat cerita semuanya dari mula sampai lah aku mula pandang dia lebih dekat .

" Jadi kau nak aku tolong kau lah ni ya Danish ? " soal Aiddil eh mamat ni dah aku cerita dekat kau macam tu maknanya aku perlukan pertolongan kau lah . Aku hanya mengangguk menandakan ' YA ' . Aiddil hanya tersenyum melihat respon aku lalu dia berkata lagi " dia orangnya " sambil menunding jari ke arah pintu masuk cafe tersebut . Alangkah terperanjatnya aku bila dia bersama lelaki yang sangat bergaya . Tak dapat dinafikan lagi dia kelihatan sangat mesra bersama lelaki itu .

Cubaan apakah ini tapi kenapa lelaki itu kelihatan sangat familiar . " Dia Hakim CEO syarikat AH yang pernah bekerjasama dengan kau for more information aku rasa kau lebih tahu kot sebab dia dah pernah bekerjasama dengan kau kan " apa salahnya kalau kau teruskan je bagitahu semuanya pasal dia wahai sahabatku Aiddil . Mereka berdua duduk di meja belakang masih lagi dengan sisa tawanya . Apa yang diborakkan pun aku tak tahu . Eh belum apa apa dah cemburu ke encik Danish .

" Princess , u nak makan apa ? I nak pergi oder ni "

What ? Princess ? Jadi bermakna aku dah takde peluang lah ni . Sedihnya hidup ni , eh ingat Danish kau masih belum usaha untuk mendekatinya jadi jangan nak fikir negatif dulu ya .

Note : segala maklumat tentang restorant dan tempat menarik di Pulau Jeju saya dapati di internet . Harap maaf jika ada salah dalam memberi maklumat kerana saya sendiri tiada pengalaman di sana .