Sungguh mesra pasangan di belakang aku ni adakah dia sudah berpunya ? Entah-entah dia sudah bertunang takpun berkahwin tapi masih muda untuk mengatakan dia sudah menjadi isteri orang . Namun tidak boleh dinafikan ramai sahaja yang kahwin muda di zaman sekarang .
Aiddil yang melihat aku semakin muram hanya tersenyum . Dia gila ke apa sahabat dia tengah sedih kot kenapa dia boleh senyum macam kerang busuk ni . Ada apa yang aku tak tahu ke ? Pelbagai persoalan bermain difikiran aku .
Akhirnya aku pulang dengan wajah yang amat muram . Kenapa disaat aku mula untuk mencuri hati nya kembali tetapi dia sudah berpunya . Wah yakinnya kamu Danish Haiqal .
Sudah seminggu berlalu tetapi kemesraan dia masih bermain di fikiran aku . Kenapa dia seksa aku macam ni . Wahai otak tolonglah berfungsi dengan baik . Dia sudah dimilik oleh orang yang lebih layak lagi . Kenapa perlu seksa aku macam aku buat kesalahan yang sangat besar ? .
Aiddil
Lah mamat ni asik termenung , muka muram semacam dah kenapa tak kan masih teringgat dengan kejadian seminggu yang lalu .
Maafkan sahabat mu ini aku hanya ingin mengajar kau menghargai orang yang benar-benar ikhlas cinta dan sayang dekat kau . Dulu mungkin kau terlalu berfikiran cetek dan juga hati kau buta . Sekarang buka lah hati kau seluas-luasnya .
Tapi kalau dia asik termenung macam ni pun mana boleh jadi . Aku mesti buat sesuatu . Disebabkan kau minta pertolongan aku baiklah aku tunaikan ya sahabat .
" Wey Danish "
' hm ' hanya itu sahaja yang diucapkan oleh Danish .
" Jom weekend ni kita pergi mall " -Aiddil
" Malas lah aku " -Danish
" Aku tak minta persetujuan kau pun yes or no kau mesti ikut kalau tak aku bagitahu mama keadaan kau yang hidup segan mati tak mahu ni "
" ish yelah " sambil jeling Aiddil
Senang aje pujuk kau ni alahai Danish , Danish kau memang senang dipujuk sebut je mama terus ' ya ' kan saja .
Sekarang ni aku kena chat Saerah pula harap dia free lah .
SAERAH ♡ ³
Assalamualaikum sahabat √√
waalaikumusalam sahabat saya √√
Kau free tak weekend ni ? √√
free je why ? nak ajak aku keluar ke
kalau ya aku on je . √√
Yes greenlight ( dalam hati Aiddil )
Iye , so jumpa kau dekat mall yang selalu kita jumpa tu . Bye muah √√
alright , bye busuk . √√
Hari yang dinanti-nanti kan kini sudah tiba .
Danish ? Hm macam biasalah masih berwajah muram macam mayat hidup dah aku tengok .
Dan yang paling lambat sekali sampai adalah hah korang teka lah siapa .
" Woi kau memang duduk sini nak tengok muka aku je ke , asal kau tak order lagi ? " -Danish
Lah ada suara rupanya budak ni . Senyum jela ni kalau aku menjawab mahu ada pertandingan debat ni nanti .
Danish
Eh memang sah dia gila ada ke patut aku tanya dia boleh senyum je .
" Wey sorry lambat jalan jem lah pula dah lama ke kau tunggu ? Sorry dho "
Suara tu ya suara tu kenapa sangat familiar jangan-jangan tapi tak mungkin .
Untuk memastikan sama ada benar itu dia atau sekadar khayalan semata-mata .
1...2....….................3..
" Saerah " satu ungkapan yang sangat aku nak sanggat sebut bila bertemu dengan dia .
K-kenapa muka dia berubah disaat aku menyebut nama dia adakah dia sudah lupakan aku tapi mana mungkin sedangkan dulu dia sangat mencintai aku .
Saerah
" Saerah " wait ni bukan suara Aiddil tapi ni suara yang sudah lama aku tidak dengar . Dia , dia adalah lelaki yang buat aku jadi heartless . Dia yang mengajar aku erti kebahagian yang sebenar tapi dia juga mengajar aku bahawa sayang tak semestinya kita akan miliki orangnya .
Kenapa Aiddil tak bagitahu aku soal ni . Selama kami selalu berjumpa tak pernah dia bawa sahabat dia sekali . Reaksi apa yang aku perlu tunjukkan ni . Takkan nak sapa dia seperti dahulu ataupun aku perlu buat-buat tidak kenal dia .
Ting ( mentol muncul di tepi kepala )
" Encik ? " ya aku pura-pura tidak mengenali dia dan pada masa yang sama aku teringat kejadian dua minggu yang lalu dimana air aku tumpah di baju dia .
Muka dia nampak sangat terkejut bila mendengar kalimah ' encik ' dari mulut aku . Mungkin jangkaan dia yang aku akan menegur kembali dengan panggilan nama ternyata aku hanya memacam ' encik ' .
Aiddil
' tak akan lah nak ada sesi perkenalan lagi sekali ' ( getus hati Aiddil )
" ehem " buat-buat batuk dahulu .
" Eh Saerah duduk lah , dahlah datang lambat . Janji melayu betul " -semoga tektik ini menjadi bagi menggelakkan kejanggalan
" Hah order lah cepat penat aku tunggu kau ni " -Aiddil
Saerah hanya tersenyum . Tempat duduk mereka sebegini . Aiddil di sebelah Danish manakalah Saerah di hadapan Aiddil .
Dia lebih selesa untuk tenung mata Aiddil berbanding mata Danish .