Chereads / SAHABAT SEHINGGA JANNAH / Chapter 7 - 7 ♡

Chapter 7 - 7 ♡

Flashback 11 tahun yang lalu .

HAKIM

Kenapa semenjak dua menjak ni aku rasa tak sedap hati ya ? Apakah pentanda semua ni ? .

Aku Hakim , lelaki yang berjaya membawa Saerah keluar daripada lingkaran sengsaranya . Jujur aku kata kan aku amat marah dengan dia hanya kerana seorang lelaki sahaja dia boleh jadi bodoh dan dungu sekali .

Suka dekat Saerah ? Tipu lah kata tak , dia sangatlah cantik . Siapa sahaja yang memandangnya pasti akan jatuh cinta . Sayang ? Ya , tapi sebagai sedara .

Ya kami sedara . Hubungan yang terlalu rapat membuatkan kami selesa untuk meluahkan perasaan bersama . Pahit , manis , suka , duka kami kongsi kan bersama .

' argh ini tak boleh jadi aku mesti cari tahu kenapa hati ni rasa tidak tenteram ' getus hati Hakim .

Aku mula mendail number Saerah . Kali pertama tidak dijawab kali kedua pula masih juga tidak terjawab sehingga lah kali yang ke 100 masih tidak dijawab . Ini memang tak boleh jadi aku kena cari dia juga .

Aku bersiap siap untuk pergi ke rumah Saerah . Setibanya disana aku dapati kereta nya ada di garaj . Bermakna dia ada dirumah tapi mengapa panggilan aku tidak dijawab .

Tok...tok...tok...

" Assalamualaikum "

" Assalamualaikum "

" Assalamualaikum "

' ish mana dia ni , dah tiga kali aku beri salam tapi takde siapa pun yang jawab '

' ni last lah aku beri salam kalau dia tak jawab juga memang aku pecahkan pintu dia ni nanti '

" assalam... " belum habis lagi aku memberi salam pintu rumah dia terbuka

" Waalaikumusalam hah kau ni dah kenapa dah terpekik terlolong depan rumah aku ni asal ? " -Saerah

" Eh kau tu asal lambat nau nak buka pintu ni . Dah ketepi aku nak masuk yang kau tu asal tak reti reti nak angkat call aku apa fone kau tu kau dah buang dalam sungai ke " -Hakim

SAERAH

' Apa yang marah sangat dia ni ' soal Saerah di dalam hati

" Dah duduk lah bising je kau ni . Duduk jap aku pergi buat air . Dahlah datang rumah orang tak bagitahu " -Saerah

Saerah kembali di ruang tamu bersama air yang telah di buat .

" Hah jemputlah minum , air je yang ada makanan tak ada "

" Iyelah . Aku datang sini pun bersebab " kata Hakim dengan nada yang keras

" Kenapa ? " -Saerah

" Kau tu kenapa ? Kau ada problem ke ? " -Hakim

*Cuak*

" M-mana ada " jawab Saerah dalam keadaan tergagap gagap

" Takpayah lah tipu aku , aku ni bukan sehari dua baru kenal kau . Kau tu dari dalam perut lagi aku dah kenal tau " -Hakim

" Hm yela . Aku ni tak pandai betul nak tipu kau kan " -Saerah

" Betul , jadi apa problem kau wahai manusia " soal Hakim lagi sekali

" Sebenarnya aku dah mula jatuh cinta . Tapi cinta aku tidak dianggap . Aku sedih , apa kurangnya aku dengan gadis yang dipilihnya . Kenapa dia beri harapan lalu pergi . Dimana silapnya aku "

Hakim masih diam mendengar luahan hati Saerah .

" Dan kini aku sedar bahawa mencintai tidak semestinya memiliki " -Saerah

" Saerah , dengar sini . Siapa pun dia , apa pun pilihan dia jangan pernah buat diri sendiri menderita . Mencintai tak salah yang salah bila kita ni terlalu berharap dan terlalu mengejar cinta sesama makhluk . Jadikan kisah Zulaikah dan Yusuf sebagai satu tauladan . Jika ditakdirkan sebagai jodoh pasti bertemu jua . Lari lah sehingga hujung dunia kalau ditakdirkan sebagai jodoh tetap menjadi jodoh . Dan kau tak boleh lah sedih sampai lupa akan diri sendiri . Nak sedih boleh tapi jangan sampai sesar jalan . Ingat , kita masih ada masa untuk semua ni dan aku janji aku akan bantu kau untuk lawan semua ni " pesan Hakim dengan lemah lembut sekali .

Akhirnya Saerah mula tersedar yang dia sudah tersasar jauh dengan diri dia sendiri . Selama ini dia fikirkan yang dirinya tidak sempurna sehingga laki-laki tersebut menolak cinta dia .

" Terima kasih " kata Saerah diserta kan dengan sekuntum senyuman .

Hakim pula hanya tersenyum .

Ehem , bismillah . Hai guys selamat hari raya maaf zahir dan batin . minta maaf kalau ada salah silap terkurang atau terlebih ke . semoga semua baik baik sahaja . di kesempatan ni saya nak tanya patut tak saya teruskan cerita ni dekat apps ni or saya sambung je dekat watpadd . sebelum ni saya pernah update disana tetapi tak dapat sambutan . jadi macam mana dengan pendapat korang ?