Chereads / M.A.G.I.X [ MALAY ] / Chapter 8 - ELEMENTAL 6 : ASAS MAGIS

Chapter 8 - ELEMENTAL 6 : ASAS MAGIS

" Jadi, kau berminat tak nak join Akademi Magix?"

"Err, kau yakin ke aku ade kuasa macam kau..." Izzat masih teragak-agak.

Kalau diikutkan hatinya, mahu sahaja dia terus terima pelawaan Wasil. Namun, banyak lagi perkara yang perlu dia pertimbangkan. Antaranya, dia perlu memberitahu kakaknya akan perkara ini dan itu agak sukar untuk dilakukan, fikirnya.

"Yang tu kau tak perlu risau sangat, pendaftaran akademi tu lagi seminggu. Jadi, kita ada banyak lagi masa nak bangkitkan kebolehan kau yang tengah 'tidur' tu"

"Kita? takkan kau nak tinggal seminggu kat rumah aku-"

Belum sempat Izzat menghabiskan bicaranya.Wasil segera memotong.

"Aipp, tu kau jangan risau. Nampak ni." Wasil menanggalkan sebentuk cincin yang tersarung kemas di jari manis tangan kirinya.

"Dengan cincin ni, aku boleh buka portal yang menghubungkan dimensi kita." Jelas Putera Elektro itu. Izzat terpegun mendengar penjelasan rakan yang baru dia kenal itu.

"Okey la kalau macam tu. Jadi ape yang kita nak belajar hari ni? " Akhirnya Izzat akur dengan rayuan juga kata-kata Wasil.

"Hari ni, kita just belajar benda-benda asas. Tanpa asas, tak berguna lah kuasa unsur kau."

Izzat sekadar mengangguk.

"Jadi, first skali... dalam pengawalan kuasa magis, ade 2 jenis yang kita kena tahu. Pertama, Asas Magis. Yang kedua, Unsur semulajadi. Unsur semulajadi ni macam kuasa berasaskan element2 macam aku unsur petir." sambil menerangkan, Wasil menunjuk isyarat menggunakan tangannya.

"Secara umumnya, semua rakyat berkebolehan dalam menggunakan Asas Magis tapi tak semua rakyat kerajaan Magix mampu mengawal unsur semulajadi. Golongan bangsawan antara majoriti yang mempunyai kebolehan mengawal Unsur Semulajadi."

"Okeh, aku faham. Cuma boleh tak kau terangkan pasal Kerajaan Magix ni, aku macam blur2 skit hehe"

Izzat bersuara dengan nada bersahaja, jelas terpapar minat pada wajahnya. Tambahan, dia sememangnya gemar akan benda-benda berkait dengan fantasi.

"Kerajaan Magix ni , dia terdiri daripada gabungan 14 kerajaan. Setiap kerajaan memiliki pemimpin masing2 yang terdiri daripada raja-raja. Kesemua kerajaan ini bernaung di bawah pimpinan seorang wanita yang digelar Permaisuri Hestia."

"Wahh, hebat giler kau ingat semua details dunia kau" Mata Izzat membesar tanda dia sangat teruja dengan dunia 'lain' ini.

"Aku tak pernah tidur time kelas sejarah kay" Wasil membalas dengan nada bergurau.

"Sejarah la subjek paling aku tak minat ahahaha" Hati Izzat mula bersuara. Dia tersenyum sendirian apabila terfikir akan keadaannya yang sering tersengguk setiap kali, setiap kali ye, kelas sejarah.

"Kau dah kenapa senyum sorang2"

"Eh, haha takde pape... haa sambung2" Sekelip mata Izzat tersedar dari lamunannya.

"So, dalam Asas Magis pulak ade dua jenis. Pertama, kau boleh control objek . Macam ni...." Wasil segera menghulurkan sebelah tangan nya ke arah meja belajar berdekatan. Di hujung jari jemarinya, muncul partikel-partikel cahaya kecil bergerak ke arah tangannya menghulur.

Secara tiba-tiba, bekas pensel yang tersusun kemas di meja tersebut bergerak sendiri. Bekas pensel milik Izzat itu kini sedang terapung-apung di udara.

Mata Izzat sekali lagi membesar. Dia terpegun, kagum, teruja. Yelah,sepanjang hidup dia tak pernah dia melihat sesuatu seperti tu. Melanggar hukum graviti , jelas-jelas berlawanan dengan logik sains yang pernah dipelajarinya di sekolah.

"Haha jangan jakun sangat" Wasil tersenyum dengan nada bergurau.

"Kena la jakun do! benda camni bukan boleh tengok setiap harii" Izzat masih terpegun.

"Ni baru sikit" Wasil menggerakkan jari-jarinya lalu zip pada bekas pensel tersebut terbuka sendiri. Sebatang pensel keluar melalui celahan zip yang terbuka. Jari-jemari dia masih bergerak lalu membuat isyarat kemari. Dengan pantas, pensel tersebut meluru ke arah Wasil sambil terapung.

"Wahh, stylo gilerr!!"

"Ni baru Asas Magis la... hahaha... okey tu yang pertama. Yang kedua pulak..." Wajah Wasil menjadi serius seakan-akan ingin fokus.

"Plak!" Wasil memetik jarinya.

Secara tiba-tiba, rupa fizikal pensel yang terapung itu mula berubah. Bentuknya yang silinder mula menjadi leper dan bertambah panjang.

"Kau boleh tukar pensel jadi pembaris ?!???" Ternganga Izzat dibuatnya, takjub dengan kebolehan kawan barunya itu.

"Yup, dengan Asas Magis kau boleh tukar rupa fizikal sesuatu barang namun ade syarat2 dia. Syarat2 tersebut... barang yang kau tukar tu hanya boleh ditukar dengan nilai yang hampir same sahaja."

"Maksud kau?" Izzat masih kurang jelas.

"Macam ni, kau nampak kan pensel yang aku ubah ni jadi pembaris. Aku tak boleh tukar pensel tadi jadi emas, sebab ape? Nilai item tu berbeza. Nampak kan."

"Oooo, nampak2" Izzat mengangguk-angguk.

"And syarat dia lagi satu, barang tu akan jadi barang asal setelah 10 minit."

"Okay tu untuk Asas Magis. Jadi Asas Magis ni semua warga Magix boleh mengawal dan menggunakannya." Wasil menyambung.

"Jadi untuk petang ni, aku nak kau berlatih guna Asas Magis ni" Wasil memberi arahan kepada Izzat.

"Macam susah je... hmmm" Izzat masih teragak-agak.

"Memang susah mula-mula, kau praktis je banyak-banyak. Nanti senang la hehe" Setelah Wasil memberi kata-kata semangat kepada Izzat, dia bertambah yakin.

"Baiklah aku cuba." Ringkas Izzat membalas. Izzat segera bangkit dari katilnya lalu berjalan menuju ke meja belajarnya. Dia menarik kerusi, lalu duduk di situ.

Wasil turut mengikuti Izzat lalu berdiri di sebelahnya.

"Step pertama, kau kena fokus." sambil menepuk bahu Izzat, Wasil memberi lagi semangat.

"Wasil, ade satu lagi aku pelik.." Wajah Izzat mula berkerut.

"Ape dia tu..?"

"Walaupun kita dua dari dimensi yang berbeza, kau guna bahasa melayu? Bukan tu je, aku perasan kau pun boleh berbahasa inggeris" Izzat menzahirkan rasa hairannya.

Wasil tersenyum.

"Memanglah, kita dari rumpun yang sama. Bangsa yang sama.Dimensi je berbeza"

Jawapan ringkas Wasil kurang lengkap. Namun, Izzat malu ingin bertanya lebih-lebih memandangkan dari tadi Wasil menjawab segala pertanyaannya itu.

"Ouh." Ringkas Izzat membalas. Dia kembali menghadap meja belajarnya itu. Sebiji pemadam berbentuk kuboid diletak di hadapannya.

"Cuba kau terapungkan pemadam ni" Wasil bersuara.

Tangan Izzat cuba meniru gaya tangan Wasil semasa dia mengapungkan pensel sebentar tadi. Wasil tersenyum lebar.

"Hahaha, sebenarnya bukan gaya tangan yang memainkan peranan dekat sini-" Wasil memegang sebelah tangan Izzat lalu meletak lembut di tengah-tengah dahi Izzat.

"-tapi minda kau yang main peranan penting, atau kata lain mindset kau"

Kata-kata Wasil meresap masuk terus ke dalam diri Izzat, dia rasakan mindanya mula terbuka mendengar teguran kawannya itu.

"Kau berlatihlah dulu, aku nak pergi dapur minum air.... kering tekak aku membebel je dari tadi ahahaha." Selesai berkata-kata, Wasil terus bergerak keluar dari bilik Izzat.

Maka, tinggal lah Izzat berseorangan di bilik bersama sang pemadam.

"Okey, Izzat kau boleh... ni dunia baru untuk kau" sambil menepuk-nepuk kedua belah pipinya.

"Fokus."

Mata Izzat sekali lagi membesar apabila satu suara wanita muncul dalam mindanya.

"Suara tu lagi, suara perempuan yang aku dengar semalam!" Hati Izzat kuat menjerit. Mindanya segera memaparkan kejadian semalam.

Setelah beberapa saat , Izzat tersedar dari lamunan memorinya semalam. Dia memandang sekeliling. Matanya sekali lagi membesar tanda terkejut.

"Haaaaa?!?!" Dia menjerit terkejut.

Kesemua barang-barang di dalam biliknya sedang terapung. Katil, almari, meja, bantal, termasuk kerusi yang sedang dia duduk turut terapung. Kakinya tidak menjejak tanah.

-BERSAMBUNG-