Chereads / Oh My Crush / Chapter 54 - Chapter 54 : Undur Diri dan Berterus Terang

Chapter 54 - Chapter 54 : Undur Diri dan Berterus Terang

Bekas aiskrim diletakkan ke meja oleh Naera semasa dia bersila sebelah kaki di atas sofa menghadap Seth. Tangan lelaki itu di capainya untuk mendapatkan semangat dan keyakinan bagi menyampaikan niatnya yang dipendam lama sejak beberapa minggu yang lepas. Mata itu ditatapnya dengan dalam.

"Awak.."panggil Naera dengan nada perlahan.

Seth menelan air liur gemuruhnya yang berasa cuak sendiri. yalah!Siapa tak cuak bila seorang wanita tunjuk muka 'ada something saya nak beritahu'. Ini mesti ada masalah punya! "Ya saya.."sambutnya.

"Saya dah buat keputusan"kata Naera sebelum tersenyum nipis.

"Keputusan apa?"Seth berkerut kening tidak mengerti.

"Tentang kes untuk bersihkan nama baik ayah saya.."beritahu Naera lagi. "Tapi ia guna cara saya..saya tak nak awak yang mengaku salah untuk kesalahan yang orang lain telah lakukan demi saya"tangannya naik memegang leher Seth pula. "Awak dah lakukan banyak pengorbanan untuk semua orang termasuk saya sendiri"

Seth pegang tangan Naera yang berada di lehernya lalu diturunkan dari situ supaya dia dapat ramas jari jemari di kedua-dua belah tangan gadis itu, "Apa yang awak cuba sampaikan ni Naera?Saya dah beritahu awak kan..jangan risau mengenai saya.."

Naera menggeleng perlahan. "Shh...dengar dahulu"pintanya.

Mahu tak mahu Seth pun mengetap bibir. Dia pandang Naera dengan reaksi susah hatinya. Dia genggam tangan Naera. Menanti dengan sabar.

"Saya akan gunakan bukti yang awak berikan kepada saya hanya untuk bersihkan rekod jenayah ayah saya tapi saya tidak akan libatkan sesiapa untuk dipersalahkan. Yang bermaksud, saya tidak akan dedahkan jenayah ayah awak atau syarikat yang ayah awak telah libatkan diri. Dengan itu, nama ayah saya dapat di bersihkan dan saya tidak akan terlibat dengan siding mahkamah atau semua tu.."kata Naera.

"No!"bantah Seth serta merta. "Kalau begitu awak takkan dapat apa-apa benefit. Nasib awak tidak akan terbela. Ya memang nama baik ayah awak akan bersih. Tapi macam mana dengan nasib ibu dan awak telah tanggung kesan dari tindakan mereka?Sekurang-kurangnya awak dapat pampasan atau bayaran ganti rugi untuk semua tu..."ujar dia dengan beria dan kesal.

Namun Naera masih tenang, dia malah menepuk tangan Seth yang sedang menggengam tangan dia ketika itu. "Bukan itu niat saya...niat saya hanya mahu bersihkan nama baik ayah saja. Selain tu, saya dah maafkan ayah dan sesiapa saja yang terlibat dalam isu ni"lafaznya dengan jujur. "Tapi even saya dah maafkan mereka, saya tak dapat nak lihat mereka lagi di depan mata saya.."

Seth terkedu. Tangan yang mencengkam jari jemari Naera terlerai serta merta. Sesuatu menyentak fikirannya.

"Untuk itu lepas saya nama ayah saya di berishkan...saya akan pergi dari sini. Selamanya. Dan tidak akan kembali sampai bila-bila"tambah Naera lagi.

Nafas Seth tersekat-sekat. Dia pandang Naera dengan matanya mula berkaca dan mulut terbuka sedikit kerana begitu tergamam. "Termasuk saya?"soal dia.

Naera menggeleng kepala. "Awak ada ibubapa yang perlu di jaga...saya tak nak awak jadi anak yang derhaka terhadap orang tuanya sendiri hanya kerana seorang perempuan seperti saya.."beritahu dia dengan lirih dan pilu. "Awak kena tahu..sejahat-jahatnya ibubapa awak, mereka tetap orang yang telah melahirkan awak dan membesarkan awak"

Tiada kata-kata yang dapat Seth katakana kerana dia begitu tercengang mendengar cadangan Naera. Dia fikirkan mereka berdua sudahpun tiada masalah dan segalanya sudahpun selesai. Dia fikir Naera akan Bersama dengan dia sehingga ke akhirnya.

Tapi

Apa?

"Kalau saya nak ikut awak juga bagaimana?"tanya Seth selepas mendiam buat beberapa ketika.

Kening Naera berkerut. "Saya lebih dari suka Seth...saya nak Bersama dengan awak...tapi ibubapa awak akan bantah hubungan kita kerana saya anak kepada musuh ayah awak sendiri...sekalipun kita Bersama, konflik akan sentiasa muncul dan terbit antara kita kerana awak tersepit antara ibubapa awak dan cinta awak terhadap saya...sebab itu saya ambil keputusan untuk lepaskan awak dan semua yang ada di sini dan duduk jauh dari tempat ini"jelasnya bernada memujuk.

Berang dengan penjelasan itu, Seth cengkam kedua-dua belah lengan Naera. "Tak!Awak takkan tinggalkan saya. Dan saya takkan tinggalkan awak. Ibubapa saya tidak pernah kisah tentang saya. Mereka perlakukan saya seperti objek untuk disalahkan atas kematian anak lelaki sulung mereka. Bawa saya bersama awak Naera..."

Berasa sedih dan terkilan yang amat, Naera capai lengan Seth lalu tarik lelaki itu ke dalam pelukan dengan mata terpejam. Dia nak sangat lakukan hal ini. Dia mahu pergi bersama Seth jauh dari semua konflik dan hidup tenteram bersama ibunya dan Sylas. Tapi dia akan berlaku kejam pada orang tua Seth dengan merampas satu-satunya anak lelaki keluarga itu.

Seth cuba menolak Naera lepas akan pelukan itu, Tetapi Naera enggan meleraikan mereka. "Tak!Ini semua tak mungkin. Awak tak boleh lakukan hal ini kepada saya!Please Naera. Don't leave me."minta dia dengan terdesak.

"Maafkan saya Seth...mungkin kita memang sudah tiada jodohnya"ucap Naera yang mengeratkan pelukan di sekeliling tulang rusuk Seth. Enggan melepaskan lelaki itu sekalipun dirinya di tolak dengan kuat oleh Seth.