5 tahun kemudian.
Setelah hampir dua jam tersekat di dalam kesesakan lalu lintas, akhirnya sampai juga ke rumah yang dicintainya. Penat sungguh satu hari ini!Malam ini conform punya dia tidur awal!Jangan la ada yang menghalang sudah.
Kalau ada memang pelangkung la dapatnya!
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat, hidungnya serta merta menangkap bau haruman masakan yang cukup untuk buatkan perutnya buat pesta konsert rock! Apa lagi kalau bukan ayam panggang madu!Macam tahu-tahu je dia tengah lapar. Naera terus menuju ke ruang makan.
"Oh my gosh!Ada dekat syurga rupa-rupanya!"lafaznya dengan kuat apabila melihat makanan yang terhidang di atas meja.
PAP!
"Kamu gila ke apa?"tegur Rose' sewaktu meletakkan satu pinggan lauk yang hangat dan berkepul dengan wap baru masak di meja.
Terasa belakang badannya di tampar. Mujur la tidak kuat. kalau kuat mahunya terjojol keluar jantung dia dari badan ni nanti kang! Dia menggosok badan yang baru sahaja menjad mangsa kekejaman ibunya. Huish!Orang tua ni!Tahu la bekas pesakit mental, tapi perlu ke sebut 'gila' tu?Buat seram je! Mintak simpang!Dia tidak mahu ibunya sakit semula. Dia suka ibunya yang baru ini.
Walaupun lupa sebahagian dari kisah hidupnya, Rose' Berjaya sembuh dan kembali stabil menjadi normal semula selepas keluar dari hospital dan pindah bersama Naera ke tempat lebih baik dan sihat. Sejak itu mereka hidup senang dan bahagia.
"Apa ni Bu?Doktor cakap tak baik pukul belakang badan...bahaya untuk jantung."seloroh Naera. Kerusi di hadapannya di tarik perlahan sebelum duduk. Lama-lama boleh kembang badan ni dok hadap masakan ibunya setiap hari. Mujur la kerja dia sebagai supervisor operasi kilang kain cukup memakan banyak tenaga, boleh la bakar kalori ni.
Sudah masuk tahun ketiga dia bekerja di sebuah kilang tekstil tidak jauh dari tempat tinggalnya. Struggle la jugak nak survive selama setahun selepas pindah ke sini. Segalanya berantakan. Tetapi bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu...itu la yang dia buat. Sikit-sikit hidup mereka baru la stabil semula.
"Apa yang kecoh sangat ni?"soal satu suara lelaki yang muncul dari arah pintu belakang laman rumah Bersama baldi di tangan yang Kotor dengan kesan tanah hitam.
"Kamu tengok la isteri kamu ni. Tiba-tiba terpekik di syurga konon...tak ke gila namanya"ujar Rose' lantas berlalu ke dapur. Wanita itu menggodek sesuatu di dalam periuk.
"Isy...ibu ni...ada ke panggil anak sendiri macam tu..."cebik Naera.
"Welcome home honey.."sapa suami Naera sewaktu tunduk mengucup tepi pipi itu.
Tidak semena pintu terbuka sekali lagi.
"Hai mama...dah balik ke?"suara Budak lelaki berusia 11 tahun muncul di pintu yang sama tidak lama kemudian dengan muka comot terpalit tanah hitam.
Kepala Naera terus berpaling. "Apa yang kalian berdua buat dekat belakang tu?Comot bagai ni?"soalnya dengan kening mencerlung ingin tahu.
"Sylas ni hah...katanya nak tanam pokok untuk projek sains di sekolahnya. Saya tolong dia tadi"jawah Seth yang kemudiannya gerak ke sinki untuk cuci tangan seusai meletakkan baldi tempat isi air dan bijih benih tomato ke tepi cabinet dining table.
Naera menggeleng kepala. Ada-ada saja dua orang lelaki ini. "Ada saja projeknya kan?Sudah pergi mandi dan salin pakaian. Kita makan malam sama.."arahnya kepada Sylas.
"Aip-aip kapten!"tabik Sylas dengan bersemangat sebelum bergerak keluar dari dapur untuk naik ke tingkat atas.
Selesai mencuci tangan Seth dekati Rose' dan aju tangan hendak membantu. "Nak Seth tolong mana-mana ke?"
"Tolong ibu angkat tray tu.."juih Rose'.
Naera yang perhatikan Seth dan ibunya di kerusi meja makan itu menopang bawah dagu dengan kedua-dua tangan. Bibirnya terukir senyuman lebar. Senang dia melihat akan dua orang insan terpenting dalam hidupnya