Kelam kabut pejabat hari Isnin tu.
Habis semua staf yang ada di setiap unit sibuk mengemas dan susun atur kawasan kerja. Elok tiada pasu atau tumbuhan hijau ianya di letakkan. Meja kerja yang serabut tersusun kemas dan bersih. Sehinggakan para staf sendiri mengenakan pakaian paling segak dan cantic pada hari itu.
Seakan seperti hendak menyambut tetamu kenamaan semua di situ kelihatan begitu beria menghias dan merias. Naera yang tidak faham apa yang berlaku hanya berdiri memerhati kesibukan di depan matanya.
Ingin tahu apa yang berlaku, Naera dekati Dean yang sedang sibuk melakukan sesuatu di meja kerja. Bahu lelaki itu di tepuk perlahan.
"Dean...apa yang hendak berlaku pada hari ni?"
Sambil menekan itu dan ini di papan kekunci, Dean berkata. "Hari ni bos besar masuk syarikat.."beritahunya sewaktu memandang skrin computer.
Kening Naera berkerut. Bos besar?Siapa?Renold ke? Bukan ke orang tua itu di hospital sekarang? "Siapa?"soalnya kemudian.
Lantas Dean berdiri. Dia capai fail oren dan biru di sebelah keyboard lalu disua kepada Naera. "Siapa lagi kalau bukan Tuan Seth Cain sendiri. Awak tak tahu ke hari ini dia akan mula bertugas di syarikat mengantikan tempat ayahnya yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara?"
Naera tersentak. Dia terdiam sebaik mendengar makluman itu pada masa mengambil fail itu. Seth akan datang ke sini? "Bila?Hari ni ke?"
Dean mengangguk kepala. Dia buat muka bila melihatkan reaksi bingung Naera. Serius la Naera tidak tahu mengenai hal ini. Satu pejabat heboh bergosip mengenai hal ini. "Yalah hari ini...awak tak di maklumkan ke?"
Berasa terganggu mengenai makluman kedatangan Seth ke situ, Naera menggeleng kepala. Mana la dia nak ambil tahu apa yang berlaku dalam syarikat ini. Fikirannya sibuk mengingati Seth sepanjang masa. Lagipun Kade sendiri tidak berkongsi cerita kepadanya. Rakan serumahnya itu lebih gemar berbual dengan dia hal lain selain kerja dan syarikat. "Tak.."jawabnya.
"Shh!Dia dah datang.dia sampai ke sini...cepat-cepat!Ambil tempat masing-masing."maklum seorang staf lelaki yang ada di depan laluan masuk ruangan kerja itu.
Mendengar makluman itu, dari Naera, Dean dan semua di situ terkejut. Seperti lipas kudung, masing-masing bergegas ke tempat sendiri dan betulkan penampilan. Yang lelaki betulkan tie, yang wanita betulkan pakaian dan rambut.
Naera yang sedia duduk di meja kerjanya termenung memandang skrin monitor komputernya. Bahagian dalam bibirnya di gigit menahan perasaan. Dia akan menemui Seth semula, tetapi lelaki itu sama sekali tidak akan mempedulikan kewujudannya di sini.
"Saya nak ke tandas.."beritahu Naera kepada Dean sewaktu bangun dari situ. Dia tidak boleh berhadapan dengan Seth sebab takut dia akan menangis di depan semua orang.
Kepala Dean pantas berpaling memandang Naera. "Huh?sekarang ke?"tanya dia.
Naera mengangguk kepala."It's okay..ada ramai staf dekat sini...mereka takkan perasan kalau saya tiada dekat sini.."ujarnya.
"Oh..kalau macam tu...awak tolong saya singgah ke bilik fotostat sekejap. Copy kan saya lima Salinan untuk kedua-dua fail tu.."minta Dean yang merujuk akan fail yang dia berikan kepada Naera tadi.
Tanpa berkata apa-apa Naera menurut akan permintaan itu. Dua fail tadi di capai lantas gerak untuk keluar dari tempat itu. Naera jalan melintasi cubicles di situ dengan mata tunduk memandang ke lantai. Raut wajahnya sugul tiada mood sewaktu semua di situ tidak mempedulikan dirinya.
Apabila Naera tiba di depan laluan masuk ruangan tersebut, pada masa itu la sekumpulan orang bersut hitam lelaki dan wanita bergerak dari arah bertentangan lalu bertembung dengannya. Dia gerak ke tepi memberi laluan kepada mereka.
"Selamat datang Tuan Seth.."sambut supervisor di situ kepada kumpulan orang itu.
Seth pandang akan lelaki bercermin mata kepala botak yang menyambutnya itu, tetapi pandang matanya terarah pada Naera yang sedang tunduk memberi laluan kepadanya.
Mendengar sambutan itu, Naera angkat matanya lalu terpandang akan Seth yang berdiri di tengah kumpulan itu buat seketika.
Mereka berdua saling memandang antara satu sama lain. Tetapi Naera terlebih dahulu larikan pandangan dan berjalan keluar dari situ. Sementara Seth berdiri kaku di situ sambil mengetap gigi erat-erat.
"Sambung la kerja kamu semua.."arah Seth kepada mereka di situ sambil mengerling sekeliling ruangan tersebut. Masih sama tiada perubahan langsung sejak kali terakhir dia ke sini.
"Bilik mesyuaratnya di sini tuan.."maklum supervisor itu.
Seth mengangguk kepala sewaktu ikut langkah lelaki itu ke satu arah di koridor tersebut. Dia melangkah pergi dari situ dengan perasaan berat dan terkilannya. Disebabkan Seth telah mengetahui keberadaan Naera dari awal dan dimana gadis itu bekerja dia sikit pun tidak terkejut. Malah dia risau lagi ada la. Sebab itu la dia sudi untuk jejak kaki ke syarikat ini. Kalau bukan kerana ayahnya yang sakit, mungkin dia tidak akan pernah ke sini lagi!
Ramai-ramai di situ, ada sepasang mata dengan renungan penuh maksud memerhati langkahnya. Dan bila Seth menghilang di selekoh koridor tersebut, baru la staf-staf di situ lepaskan nafas lega mereka. Lega sebab tuan muda mereka yang satu ini tidak menakutkan seperti tuan besar mereka.