Chereads / Oh My Crush / Chapter 39 - Chapter 39 : Nak Lekas.

Chapter 39 - Chapter 39 : Nak Lekas.

Flashback.....

Menyirap betul!

Ada ke patut!

Tak gentleman betul!

Boleh ke biarkan dia sendirian dan berdiri seperti tiang di depan panggung wayang selama tiga jam tidak berkhabar.

Menyirap betul!

"Henry!"panggil dia selepas tiba di kelas dimana lelaki yang telah mengajak dia untuk keluar dating tengok wayang sama. Kurang asam punya perangai.

Tersentak Henry. Dia yang sibuk berbual dengan rakannya di sekeliling ketika itu berpaling. Lalu dia pandang ke arah Naera dengan kening terangkat tinggi.

"Apa masalah awak hah!"marah Naera serta merta.

Henry bingkas bangun dari duduknya menghadap Naera setelah gadis 16 tahun itu berdiri di depan mejanya. "Na-Naera"

"Kalau berjanji tu ditepati...bukannya buat janji kosong. Kenapa malam tadi awak tak muncul?Awak tahu tak saya tunggu awak selama tiga jam di depan pawagam tu?"beritahunya dengan dada sebu kerana malu dan marah.

Henry berkerut kening susah hati dan menunjukkan reaksi serba salahnya. "Maafkan saya Naera...saya memang nak pergi"

"Dah tu apa masalahnya?Kalau tak suka cakap tak suka. Kalau tak boleh cakap tak boleh!"marah Naera dengan bengang. Ini bukan sekali hal yang sama terjadi. Sudah masuk kali ketiga dia dipermainkan dan dimalukan seperti ini. Hari tu Budak sekelasnya, kemudian senior librarian kemudian Budak junior..dan sekarang Henry pula.Mereka semua nak ajak dia dating. Tapi sebaliknya mereka semua tinggalkan dia macam tu saja!

Semua pelajar dalam kelas itu memerhatikan Naera dan Henry dengan minat. Tertarik dengan kejadian itu.

"Saya tahu saya tak patut biarkan awak tunggu macam tu..tapi Seth yang larang saya dari menemui awak atau dekati awak.."

What!

"Apa dia?"terus hilang rasa marah Naera lepas dengar. Seth yang suruh?Tapi kenapa lelaki tu buat macam tu?Siap larang bagai. "Dia cakap sendiri?"

Henry mengangguk kepala.

"Ya...betul tu...bukan setakat Henry je yang di beri warning. Hampir semua student lelaki dalam sekolah ni diberi amaran untuk jauhkan diri dari kau Naera."tambah rakan Henry tiba-tiba.

"Kau rasa sebab apa Budak-Budak dalam sekolah ni tak berani nak dekati kau?"soal rakan Henry yang lain.

"Maafkan saya Naera. Saya memang nak pergi."ucap Henry kepada Naera dengan kesal.

Berasa terkejut dengan apa yang didengarnya, dia terus berpaling dari situ. Dah kenapa Seth nak buat macam ni?Dah kenapa dengan crush dia tu!!?

End of flashback....

Keluhan Panjang lepas dari Naera. Jari telunjuknya di ketuk tidak sabar pada mesin itu.

Bunyi mesin bekerja kedengaran dalam bilik yang penuh dengan rak berfail dan timbunan kertas A4 itu. Menghadap jendela berblinding di situ, berdiri Naera seorang diri depan mesin fotostat. Sibuk dengan fotostatnya. Bila dia selesai siap fotostat, kertas-kertas tadi di susun atas meja sebelah mesin itu. Sambil menunggu copy yang lain siap, Naera mula klip kertas-kertas itu ikut muka surat yang betul. Dan pergerakkannya sangat lambat dan seperti orang tidak cukup makan.

Segalanya perlahan dan satu persatu.

CLIP!

Stepler di kelip pada penjuru kertas tersebut.

Selesai satu copy, Naera buat untuk empat lagi set.

Tiba-tiba bunyi pintu bilik terbuka dan ditutup kedengaran dari arah belakang Naera. Sambil pegang kertas, Naera palingkan kepala hendak tengok siapa yang masuk ke situ.

Tidak sempat hendak pandang apa lagi bersuara, dengan mengejut Naera di terpa lalu tubuhnya terangkat sebelum didudukkan atas meja itu dengan sepasang tangan.

"What the-"lafaz Naera dengan mata terkedip-kedip bingung. Pandang saja dia ke depan, satu kucupan yang kuat hinggap di bibirnya dan belakang lehernya di cengkam kuat. Serta merta dia memejam mata . Tangannya naik secara refleks ke bahu berkot hitam dan berbau haruman minyak lelaki cuba menolaknya jauh dari dia.

Apa yang dah berlaku?

Siapa ni!

NO!

Semakin Naera bergelut, semakin kasar bibirnya di pagut dengan bibir penyerangnya. Dan pelukan pada pinggang serta cengkaman pada belakang kepalanya malah di eratkan. Nafasnya tersekat serta merta!