Chereads / Oh My Crush / Chapter 4 - Chapter 4 : Pertemuan Semula

Chapter 4 - Chapter 4 : Pertemuan Semula

Melihat jam sudah masuk 5 petang, Naera bersiap sedia untuk gerak keluar pulang ke rumah. Sejak kali pertama perjumpaan Seth bersamanya, Naera tidak lagi menemui lelaki itu kerana bos baru dia terlalu sibuk dengan perjumpaan orang atasan dalam syarikat. Kalau jumpa pun, Naera sedaya upaya mengelak dan arahkan staf lain untuk uruskan kehendak Seth pada masa itu.

Dia capai beg tangan sambil memastikan semua ada di dalamnya lantas di bawa naik ke lengan lalu sangkut di bahu. Seterusnya kot yang ada di belakang kepala sofa di Tarik lantas di pakai ke badan. Setelah siap, Naera berjalan keluar dari belakang meja dan gerak menuju ke arah lif.

Sebaik tiba dia di situ, bunyi ping kedengaran dan lif pun terbuka. Tanpa berlengah Naera melangkah masuk ke dalamnya. Butang lif untuk ke lobi di pandang sesaat apabila dia mahu menekannya. Ketika pintu lif hendak tertutup, dengan mengejut, satu tangan muncul dengan mengejut di celah kuakan lif tersebut. Menyebabkan pintu lif terbuka semula dan lelaki lampai bersut itu masuk ke dalam menyertai Naera di situ.]

Lelaki itu lain tak bukan, Seth Cain sendiri.

Secara nalurinya, Naera cepat-cepat undurkan diri ke belakang menjauhkan diri. Dia tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu. Tangannya naik memegang erat beg tangan sewaktu melirik akan susuk lampai Seth yang kemudiannya tekan butang di situ menutup pintu lif sesaat selepas itu.

Namun Seth kemudiannya berdiri di sebelah Naera dengan tangan terseluk dalam poket seluar sutnya. Pandangan terarah ke depan.

What the hell!

Naera kaku di situ tidak bergerak. malah dia menahan nafas kerana berasa takut. Kenapa?Kenapa Seth kena berdiri dekat dengan dia macam ni? Tak Nampak ke betapa tidak Sukanya dia dengan pertemuan mereka sekarang ini?

Oleh kerana tidak tahan dengan ketegangan antara mereka berdua dan tingkat lobby lama lagi hendak tiba memandangkan sekarang mereka berada di tingkat 22 sekarang, Naera gerak mahu menekan butang tingkat terdekat supaya dapat keluar dari situ dengan lekas.

Taktala jari telunjuk itu mahu menghampiri butang di dinding itu, pada masa itu jugala suara dalam serius Seth kedengaran.

"Memandangkan kita akan bekerja di bawah bumbung yang sama...better kita clearkan situasi yang sedang berlaku sekarang ni"ujar Seth tanpa memandang Naera. Pandangannya tajam terarah pada pintu lif di depannya.

Meremang terus bulu romanya sebaik mendengar suara yang amat dirinduinya selama ini. Naera mengetap bibir sewaktu dia cuba ambil nafas yang di tahan tadi. Jarinya kaku di depan butang lif itu. Clearkan situasi?Situasi apa?Takkan la Seth masih ingat akan hal 8 tahun lepas?

Mahu tak mahu, tanpa tunjuk akan reaksi takut dan gelabahnya Naera palingkan kepalanya ke tepi lantas memandang Seth. Jangan di ungkit surat cinta dan lafaz sukanya 8 tahun lepas sudah!

"Yes, sir, you were saying?"balasnya masih berpura-pura seakan tidak mengenali siapa lelaki di depannya.

"You are to be present in the building at 7.30 am sharp, from Monday to Friday. If you are late, then rest assured that the consequences would be dire. I do not like not accept tardinesss, so be careful. "kata Seth dengan serius seperti orang business buat agreement. "Also keep in mind that I require and expect excellence from my employees. Kalau awak gagal lakukannya seperti yang saya mahukan, harap maklum kehadiran awak tidak diperlukan dalam syarikat ini.."tambahnya lagi.

Naera menelan air liur takut, mata terbuka kaku tidak berkedip. 7.30?Serius?Cemerlang?Holly muffin, apa masalah Seth ni?

Sebenarnya kan, lelaki ni betul-betul sudah lupa akan dirinya ini Atau Seth ingat siapa dia?

Jadi lelaki ini sedaya upaya mahu menyusahkan dia?Nak balas balik apa yang terjadi 8 tahun lepas!?

Serius? Ingat mereka berdua budak sekolah lagi ke? Tak boleh ke lupakan semua tu dan bina hidup sendiri? Bukannya Seth rugi apa-apapun. Dia tidak mengambil apa-apa dari lelaki ini pun!