Oleh kerana Naera tidak memberi sebarang respon, hal itu buatkan Seth memalingkan wajahnya ke Naera. Kening kirinya terjungkit sebelah sewaktu memandang judging ke wajah bersih itu.
"Awak dengar apa yang saya katakan tadi Cik Naera?"
Tiba-tiba satu cengkaman pada bawah dagu di rasai oleh Naera. Buatkan dia tersentak dari terkejutnya. Boleh dia rasai cengkaman erat itu apabila kepalanya di dongak sedikit ke atas membuatkan mereka berdua saling membalas renungan antara satu sama lain.
Jarak ini mengingatkan dia semula perasaan minat dan sukanya pada Seth semasa sekolah dulu. Betapa berharapnya dia dapat putar balik semula masa untuk halang dirinya dari berikan surat cinta dan luahan perasaan kepada lelaki di depannya ini.
Namun apakan dayanya, terlajak perahu boleh di undur, terlajak perbuatan badan binasa!
Kenapalah Seth boleh ada di sini semula? Dia baru saja berjaya hendak move on dan lupakan lelaki ni!
Mata Seth bergerak dari mata Naera ke bibir pink depannya. Tergugat seketika naluri lelakinya.
"Saya tak dengar sebarang jawapan dari awak?Are you clear?"soalnya semula dengan perlahan. Buatkan deru nafasnya menyapa wajah Naera.
Sambil mengetap gigi menahan sabar, dia mengangguk kepala patuh. Tidak mahu membuat scene di sini. Kalau dia beri reaksi yang over Nampak sangat la yang dia masih belum move on dari perasaan sukanya terhadap Seth. Dan kalau Seth tahu pasti lelaki ini akan perasan!
"Yes sir."lafaz Naera dengan nada mengalah. Tak apalah. Biar dia yang mengalah.
Seth melepaskan cengkamannya dari bawah dagu Naera sebaik mendengar jawapan itu. Dia kembali ke kedudukan asal. Dia pandang ke depan dengan dada mendabik yakin. Namun reaksi di wajah jelas beritahu, Seth sedang serabut.
"Good. See you tomorrow morning then."ujarnya dengan mendatar.
PING!
Pintu lif terbuka dan Seth berjalan keluar dari situ apabila lif tersebut berhenti di sebuah tingkat.
Dua inci sebelum pintu lif itu hendak tertutup, Naera sempat mengerling ke belakang kepala itu. Dia berharap sekiranya Seth tidak mengingatinya, tapi entah kenapa jauh dalam sudut hati, dia berharap sangat supaya Seth menyedari dirinya siapa...
Seperti tahu-tahu, Seth pun ikut berpaling, dia menghadap pintu lif itu lantas ternampak akan Naera yang kebetulan sedang memandang ke arahnya. Hal itu trigger Seth. Secara automatik dia menggengam jari jemari dengan erat. Tulang rahangnya berketik sewaktu dia menahan diri dari mendapatkan Naera yang berada di dalam lif ketika itu.
Sehingga kini, Seth masih tidak faham, kenapa Naera boleh bersikap tenang sebaik melihat dirinya buat pertama kali selepas bertahun lama. Malah wanita itu sikit pun tidak cuba bertanya apa-apa kepadanya?
Lapan tahun!
Lapan tahun dia dibiarkan tergantung tanpa jawapan dan khabar. Ikut kan hati sudah dia mengaum seperti orang gila di depan Naera tadi. Tapi tidak, dia kawal dirinya untuk melihat reaksi Naera, namun Naera tidak tunjuk apa-apa perasaan pun.
Sudah lupa ke Naera terhadap dirinya?
Begitu mudah?
Adakah semua yang tertulis di dalam surat itu hanya palsu?
Tapi kenapa dia rasakan semua itu jujur?
Kalau bukan, buat apa Naera lakukan semua tu?
Untungnya apa lafazkan perasaan suka terhadap dia kemudian tinggalkan dia sendirian tidak berkhabar?
Kalau la Naera tahu, malam itu Seth benar-benar pergi ke lokasi pertemuan yang diminta oleh gadis itu kepadannya. Dia tunggu berjam lamanya sehingga la keesokan hari. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri dengan harapan mahu memberitahu jawapan. Sehingga la pengawal ayahnya sendiri datang menjemput dia pulang.
Dan sejak itu dia terus pendam semuanya dan cuba lupakan Naera yang mana Berjaya.
Tapi tak sangka pula yang dia akan menemui Naera di sini semula! Selepas 8 tahun lamanya! Dan wanita itu sikit pun tidak tunjuk rasa serba salah atau cuba jelaskan kepadanya!
Pintu lif tertutup rapat. Meninggalkan Seth sendirian di koridor itu dengan wajah tegang. Dia palingkan kepala ke kanan lantas berjalan merentasi laluan itu dengan langkah kaki panjangnya. Fine!Kalau begini caranya, dia akan gunakan cara yang sama.
Kita tengok siapa yang mengalah dulu!
Kuat sangat kan! Akan dia pastikan Naera rasa apa yang dia rasa dan takkan dia biar Naera lepas macam tu saja!