Chereads / Kekasih hati / Chapter 4 - Jatuh cinta pandang pertama

Chapter 4 - Jatuh cinta pandang pertama

Pada petang itu,Arnis dan kawan-kawannya pergi ke taman untuk menyiapkan kerja khusus yang diberi oleh cikgunya pada waktu sekolah pagi tadi.Lokasi tempat kerja khusus yang hendak mereka siapkan berhampiran dengan padang sekolah, pada masa itu juga pemain pasukan bola sepak sekolah mereka juga sedang membuat latihan.Pemain pasukan itu terdiri daripada 12 orang yang diketuai oleh Aiman , Amin dan geng Amri juga terdiri dalam ahli kumpulan itu.Semasa tengah berehat Amin menegur Arnis malah dimarahi oleh Alya yang sedang fokus menyiapkan kerja khusus mereka.

"Kau tegur siapa tu Amin?"

"Kau tak nampak ke ada bidadari kat situ?"

Aiman mencari siapakah bidadari yang dimaksudkan oleh Amin dan Aiman pun ternampak yang Arnis ade berhampiran disitu

"Kau maksudkan Arnis ke?"

Amin pun mengangguk dengan senyuman lebarnya sambil memandang Arnis.

Di bawah pokok iaitu tempat kumpulan amri berehat

"Amri cuba kau pandang budak-budak perempuan yang kat sana tu ,semua cun-cun tu"

"Itu bukan ke kumpulan geng Arnis yang ada budak bernama Alya uh?"

"Semak betullah budak perempuan uh, semua tempat ada dia" kata amri dengan nada yang marah

"Aku tengok lawa juga Alya uh,asal kau asik mengamuk je kalau ada dia?"

"Kau takkan faham"

Tempat Arnis dan kawan-kawannya menyiapkan kerja sekolah

"Alya ade Amri lah dekat bawah pokok uh" kata Arnis yang sedang dalam keadaan mood yang baik

"Haah lah , ya allah hensemnya dia bile berpeluh" kata alya smbil melihat Amri dari jauh

Selepas siap menyiapkan kerja khusus itu mereka pun mahu beredar dari situ kebetulan pula latihan bola sepak juga tamat pada masa yang sama.

"Aiman jom pergi jumpa Arni"

"Hm"

"Hai awak!" tegur Amin dengan gembira

"Hai u,hahahah" balas Aten dan Myra yang ingin mempermainkan Amin.Amin pun menjeling mereka berdua

"Hai sayang" tegur Arnis kepada Aiman sambil senyum tetapi Amin salah faham yang ingat Arnis menegurnya tetapi tidak

"Sayang?kau panggil Amin sayang?"tanya Alya dengan berasa pelik.Perasaan Amin sangat gembira sehingga tersengih-sengih tidak berhenti.

"Who?Amin? siapa panggil dia sayang. Kan sayang"balas Arnis sambil memegang tangan Aiman dan memandang Aiman dengan senyuman yang manis lalu berjalan perlahan-lahan ke depan.Semua kawan Arnis berasa sangat pelik begitu juga dengan Aiman.

"Kenapa awak panggil saya sayang"bisik Aiman di telinga Arnis.

"Dah awak suruh saya panggil awak sayang,saya panggillah awak sayang,lagipun tak salahkan" kata Arnis dengan nada yanv perlahan.

"Wei tunggulah"kata kawan-kawan Arnis yang ditinggalkan bersama-sama dengan Amin oleh Arnis.Amin berasa sangat sedih kerana Arnis memanggil kawan rapatnya sayang.

"Kau ada hubungan dengan Arnis eh?"tanya Ain kepada Aiman seperti disoal siasat oleh polis kerana melakukan jenayah besar.Aiman yang berasa malu dihadapan kawan-kawanArnis pun mendiamkan diri sambil tersenyum manis.

"Kalau ada pun apa masalahnya kan?"jawab myra

"Tak ceritanya macam ni."Arnis pun menceritakan hal yang sebenarnya kepada kawan-kawan sambil memandang kawan-kawannya tanpa melihat jalan dihadpannya.Tiba-tiba Arnis terlanggar batu dan hampir terjatuh tetapi dia bernasib kerana disambut oleh aiman secara tidak sengaja mereka bertentangan mata selama beberapa saat dan degupan jantung Aiman pun bergerak sangat laju Aiman berasa dia sudah jatuh cinta pandang pertama.Selepas beberapa saat, "ehem ehem"tegur aten yang cuba merosakkan suasana yang romantik itu kerana aten tidak suka perkara yang romantik-romantik gitu kerana dia tramau dengan apa yang pernah terjadi pada dirinya.

"Dah-dah lah tu bertentangan mata,dekat sini masih ade ornag"jawab Ain dengan selaba

Arnia dan Aiman pun berdiri tegak balik dengan malu-malu.