Setelah terpandang antara satu sama lain alya berasa pelik kerana amri merenungnya sangat lama lalu dia menegur amri.
"Amri?"
"Okey tak ni?"
"Hei."
Amri tersedar apabila dipanggil oleh alya dan dia cepat-cepat bangun dan berdiri tegak semula.Mereka tidak sedar sekarang sudah pukul 5.30 mereka mempunyai setengah jam lagi sebelum balik ke tempat yang disuruh oleh Arnis.
Manakala di kedai buku
Arnis dan aiman berjalan ke kedai buku itu sambil membual dengan ketawa riang.Peristiwa itu dilihat oleh Balqis yang sedang membeli takoyaki seorang diri.Balqis pada mulanya tidak perasan bahawa itu adalah Arnis tetapi apabila dia terdengar yang aiman memanggil nama arnis dekat perempuan yang bersama dengannya itu baru dia perasan bahawa itu adalah arnis.Dia berasa sangat geram lalu dia pergi menegur mereka berdua untuk menyertai sekali ke mana mereka pergi.
"Hai aiman."
"Hai,Balqis kan?"tanya aiman
"Haah.Aiman nak pergi mana ni?"tanya balqis pulak.
"Nak pergi kedai buku dengan Arnis."jawab Aiman.
"Ouh nak join sekali boleh tak?"tanya balqis.
Aiman memandang Arnis kerana tidak tahu ingin menjawab apa.Arnis pulak buat tidak kesah dan memandang tempat lain untuk memberi isyarat bahawa dia tidak mahu masuk campur dalam hal itu.
"Boleh lah."rayu balqis dengan bersuara lembut.
"Yelah-yelah."
"Yeah."riang gembira Balqis apabila aiman memberi dia menyertai.
Mereka bertiga pun pergi ke kedai buku itu bersama-sama.Ketika berada disana Arnis sibuk mencari buku rujukan,aiman pulak sibuk mencari novel untuk diberi kepada Arnis
manakala Balqis pula berasa sangat bosan berada disitu kerana dia adalah seorang yang malas membaca dan selalu ingin membazirkan duit dengan membeli barang yang tidak mendatangkan faedah.Balqis mengikut ke mana aiman pergi dan dia asik-asik bertanya kepada aiman perkara yang aiman suka dan tidak suka tetapi aiman mengabaikan dia.
Apabila mereka berdua siap membeli buku yang mereka inginkan mereka pun keluar dari kedai itu.
"Arnis lepas ni nak pergi mana sebab saya ada setengah jam lagi sebelum sambung kerja saya?" tanya aiman.
"Saya tak kesah nak pergi mana,saya ikut je."jawab Arnis
"Aiman jum pergi makan dekat kedai situ dengar kata makanan dekat situ sedap."sampuk balqis.
"Baiklah jum."balas aiman.
Disana mereka memesankan makanan ringan sahaja kerana takut lambat sampai ke tempat kerja aiman sebelum pukul 6.00 p.m.Sebaik sahaja habis makan mereka pun bergerak balik ke cafe coffee.Balqis masih mengikut mereka berdua.Sebelum pukul 6.00 p.m mereka sampai di cafe coffee .Arnis pun melihat Alya dan Amri sudah ada di cafe coffee itu dia terlihat mereka sedang membual sambil memegang minuman ais disitu.
"Awak dah nak masuk kerja kan?"tanya Arnis
"Haah,lagipun awak dah nak balik kan itu ha alya sedang tunggu awak."jawab aiman.
"Kalau macam tu saya balik dulu."kata Arnis sambil tersenyum.
"Baiklah selamat tinggal.Jumpa esok dekat sekolah."jawab aiman sambil melambai tangan dekat Arnis.
"Balqis tak nak balik ke?"tanya aiman selepas Arnis balik.
"Saya dah nak balik."jawab Balqis
"Kalau macam tu selamat tinggal."kata aiman.
"Selamat tinggal."balas balqis
Balqis perasan bahawa cara Arnis dan dia hendak balik tidak diperlaku sama oleh aiman.Dia berasa sangat tidak puas hati dengan apa yang dilakukan oleh aiman.Dia berkata dalam hati bahawa dia akan membalas dendam terhadap Arnis pada waktu sekolah esok.