Chereads / Kekasih hati / Chapter 7 - Casher yang hensem

Chapter 7 - Casher yang hensem

Pada petang itu,Aiman pergi ke cafe coffee untuk melakukan kerja part-time dia walaupun bapa dia adalah seorang pengetua di sekolahnya tetapi dia tetap melakukan kerja part-time itu kerana dia jenis seorang yang tidak suka memakai duit orang lain.Lagipun hubungan antara dua orang itu bukan la seperti anak dan bapak hal ini kerana mereka mempunyai salahfaham sejak dua tahun yang lalu.Aiman juga tidak memberitahu rakan-rakannya bahawa pengetua baru yang baru pindah itu adalah bapanya,Aiman tidak suka rakan-rakannya memandang tinggi terhadap dirinya kerana mempunyai bapa yang berkerja sebagai pengetua tetapi hanya segelintir pelajar sahaja yang tahu.

Apabila sampai di cafe coffee itu aiman terus menukar pakaiannya dan memulakan pekerjaannya.

Di rumah Arnis

Arnis yang bosan duduk di rumah pun memesaj kawan-kawannya untuk diajak keluar malah kawan-kawannya sangat sibuk dengan hal mereka sendiri tetapi hanya Alya sorang saja pada masa itu tidak sibuk.

"Alya kau sibuk ke?"-Arnis

"Tak pun,aku tengah free ni kenapa?"-Alya

"Aku nak ajak kau keluar, aku bosan duduk rumah."-Arnis

"Ouh boleh je sekejap lagi aku sampai umah kau."-Alya

Selepas beberapa minit Alya pun sampai ke rumah Arnis.

"Arnis kita nak pergi mana ni?"tanya alya

"Sekarang ni aku tak tau nak gi tapi kite naik bas dulu baru bincang nak pergi mana."jawab Arnis.

"Okey"kata alya

Apabila sampai dibandar Alya ternampak sebuah cafe coffee yang baru sahaja bukak pada bulan yang lalu.Mereka pun pergi kedai coffee untuk merasa minuman disitu,mereka berdua tidak tahu bahawa Aiman berkerja disitu.

"Arnis jum pergi kedai coffee itu nampak macam menarik je."ajak alya

"Hm baiklah jum."balas Arnis

Sebaik saja mereka masuk,arnis menanya alya hendak minum apa kerana dia ingin memesankan sekali kepunyaan alya.

"Alya kau pergi cari tempat duduk aku order minuman."kata Arnis

"Okey"jawab Alya sambil mencari meja untuk duduk.

"Kau nak order minuman ape?"tanya Arnis

"Bagi aku cappuccino ice." jawab alya,Arnis pun mengangguk kepalanya sebagai tanda okey.Sebaik sahaja Arnis sampai di kaunter order Arnis terus memesan tanpa memandang casher yang mengambil order itu,casher itu adalah aiman yang berkerja part-time disitu.

"Saya nak order cappuccino ice dua."kata Arnis tanpa memandang casher itu.

"Baiklah semua sekali rm12."jawab aiman yang tidak perasan bahawa itu adalah Arnis kerana muka Arnis sangat berbeza apabila didalam sekolah dan diluar sekolah,muka Arnis apabila diluar sekolah lebih cantik berbanding didalam sekolah.Arnis yang sangat mengenali suara itu terus memandang casher yang mengambil order minumannya.

"Aiman?"tanya Arnis dengan berhati-hati kepada casher itu.Aiman terus memandang orang yang memanggil nama dia.

"Ye"Aiman memandang gadis itu dan berkata lagi.

"Ni bukan Arnis ke?"tanya aiman.

"Betul lah ni Aiman, awak tak perasan muka saya ke?"kata Arnis dengan menghulur kan duit yang bernilai rm12 untuk membayar minuman yang diordernya

"Muka awak nampak lain,mintak maaf ye sebab tak perasan."balas aiman

"Nampak lain macam mana tu?Nampak tak cantik ke?"jawab Arnis sambil memandang tajam kepada aiman.

"Bukan tak cantik tapi nampak lain."balas aiman sambil tersenyum.

"Dah biasa dah dengar jawapan tu."kata Arnis sambil mengambil straw yang berada didepan

"Ouh ye ke?"kata aiman sambil memberi minuman yang di order oleh Arnis.

"Ye, dah lah saya pergi dulu kesian alya dah lama dia menunggu."kata Arnis sambil tersenyum.

"Baiklah,saya pun nak teruskan kerja saya."kata aiman

Alya yang lama menunggu Arnis pun bermain telefonnya.Meja yang mereka duduk terletak disebelah dinding kaca yang berdekatan dengan pintu keluar masuk.Selepas lama menunggu,Arnis pun sampai.

"Kenapa lama sangat,kau order air ke buat air?"kata alya dengan menjeling Arnis.

"Mestilah order air, tadi aku terjumpa Aiman so berbualah sekejap."terang Arnis

"Aiman?Dia kerja dekat sini ke?"tanya Alya

"Yep" jawab Arnis

Alya pun melihat tempat casher untuk melihat aiman dan dia ternampak Aiman sedang memandang mereka berdua dengan senyuman yang manis.