"Sampai sini je kuliah kita...sekarang saya nak kamu semua hantar tugasan yang saya minta kamu siapkan tempoh hari."minta madam masa tunduk pandang skrin laptop untuk matikan slideshow dari skrin putih.
Pelajar-pelajar dalam bilik kuliah tu mula bangun dari situ lepas siap kemas barang mereka sambil pegang kertas kerja dekat tangan masing-masing.
"Sini bagi aku..biar aku hantarkan.."mintak Fiena pada Aster untuk serahkan tugasan pada dia.
Aster yang tengah sibuk mengemas angkat kepala. Memandang Fiena dengan kening terangkat. "Tak apa la. Aku boleh hantar."tolak dia.
"Okay.."angguk Fiena sebelum turun dari situ untuk ke podium dimana madam tengah dikerumuni rakan-rakan sekuliah yang lain.
Tengah Aster nak sandang beg laptop ke belakang badan, telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar jean dia bergetar tiba-tiba. Buatkan Aster berhenti sekejap untuk ambil telefonnya.
"Aster...jom."ajak Fiena yang dah selesai hantar tugasan berdiri dekat depan pintu.
Aster pandang Fiena sambil angkat tangan 'tunggu' sewaktu memandang skrin telefonnya. Nombor tak dikenali terpapar di skrinnya. Tak pasti siapa, dia jawab panggilan tu. "Hello?"sapa dia masa sarung tangan ke penyandang beg.
"Hai Aster...ni saya..Tiara."
"Oh..puan..ya. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"tanya dia masa turuni tangga sambil pegang kertas tugasan dia dengan tangan satu lagi.
"Tak ada...saja call sebab nak beritahu kamu ini nombor saya."suara ceria isteri senator itu buatkan Aster ikut tersenyum.
"Okay...saya savekan nanti."jawab dia masa menuruni tangga di situ. Dan kebetulan masa itu seseorang keluar dari barisan kerusi di situ lalu berdiri di belakang Aster.
Fiena yang nampak bukak mulut nak bersuara, tapi tak sempat. Belum sempat dia nak bukak mulut, Aster kena tolak dari belakang sampai Aster terhumban ke depan lalu jatuh merangkak atas lantai.
"Aster!"panggil Fiena masa lari bergegas mendapatkan Aster.
"Ahh!"jerit Aster masa dia terjatuh taktala satu tujahan dikenakan di belakang badan dia tiba-tiba. Dalam keadaan tergamam Aster pandang telefon dan kertas dia yang sudah tercampak jauh dari dia.
Semua pelajar yang ada di situ termasuk pensyarah sendiri toleh ke belakang hendak lihat apa yang terjadi. Mereka semua yang tak tahu apa yang berlaku, nampak Aster sedang di bantu oleh Fiena bangun dari depan tangga itu.
Masa itu la muncul sepasang kaki dari belakang Aster sebelum berhenti di depan kertas Aster. Mata Aster serta merta gerak ke kaki itu sebelum satu tangan kutip kertas dia dan dia dongak ke atas untuk pandang siapa yang buat dia!
Azriel tunduk memandang kertas tugasan Aster. Lengkap dan sempurna. Macam yang dia nak. Setelah yakin yang kertas tu memuaskan hati dia, Azriel pandang ke Aster dengan renungan dingin jahat dia.
"Kau tahu...nenek tua pun jalan lagi cepat dari kau."komen dia.
Kening Fiena mencerun marah masa pandang Azriel. "Kau gila ke apa! Macam mana kalau apa-apa berlaku dekat dia?"marah Fiena.
Azriel menjeling tajam ke Fiena. Lantas dia berdengus mengejek. "Better kau sibukkan hal kau sendiri.."jelingan terakhir diberikan pada Aster sebelum dia gerak ke meja pensyarah lantas menyerahkan tugasan yang sepatutnya atas nama Aster itu kepada madam.
Bersama muka tak puas hati Fiena peluk bahu Aster dengan risau. "Kau okay?Sakit dekat mana-mana ke?"tanya dia.
Sambil gosok lutut dia yag sakit, Aster pandang Azriel dengan kening mencerun geram. Sakit dada dia sebab terkejut dan marah dengan tindakan kasar Azriel terhadapnya.
"Ini tugasan saya."serah Azriel pada pensyarahnya.
"Apa yang baru berlaku tadi?"soal madam pada Azriel sambil mencapai tugasan itu lalu di tulis nama lelaki itu pada kertas itu sebelum diletak dalam failnya.
"Entah...dia jatuh sendiri masa bercakap dengan telefon tadi."tipu Azriel sebelum berlalu keluar dari kelas tu begitu sahaja dengan muka tanpa ekspresi.
Semua di situ cepat-cepat beri laluan pada Azriel masa lelaki tu gerak ke pintu keluar bilik kuliah itu. Takut nak dekat dengan lelaki baran tu. Nanti tak pasal-pasal dia orang yang dapat masalah.
Aster tunduk mencapai telefonnya. Retak skrin tu. Malah tak boleh dihidupkan lagi tu. Mesti tercampak kuat tadi. Tak pasal-pasal! Sudahla kerja dia di ambil, telefonnya rosak. Sakit yang dia dapat.
"Oh..telefon kau.."sebut Fiena masa tengok Aster cuba hidupkan telefon tu semula.
Bersama muka merah padam hendak menangis, Aster gerak ke meja pensyarahnya. Dada dia sebu yang mahu menangis itu buatkan lutut dia mengigil lemah. "Madam...saya-"
"Hah...tak siap la tu."sampuk pensyarah Aster serta merta masa pandang Aster.
Aster tunduk memandang ke lantai sebab nak elakkan diri dia dari menangis dekat situ.
"Esok hantar...tapi saya tolak satu markah dari kerja awak. Sebab tak adil untuk kawan-kawan awak yang lain sebab mereka hantar on time...awak pulak...tangguh la lagi kerja tu."bebel madam sewaktu tunduk menulis nama pelajar pada kertas yang dihantarnya.
Pelajar-pelajar di situ pandang kasihan ke Aster. Mereka nampak tadi apa yang berlaku. Tapi mereka tak berani nak cakap apa-apa sebab tak nak terlibat dengan Azriel.
"Maafkan saya.."tunduk Aster.
Kening Fiena mencerun marah taktala melihat keadaan Aster. Apa masalah Azriel tu! Asal teruk sangat punya perangai! Benci sangat dengan Aster dah kenapa!