Alec Hope
Nama yang diberikan penuh bermaksud supaya orang itu akan sentiasa mempunyai harapan yang tak pernah putus. Harapan supaya berjaya dan menjadi dewasa dengan sihat tanpa mengalah. Namun apakan daya tak semuanya berlaku seperti yang diharapkan. Sekiranya seseorang itu sudah berputus asa untuk berharap, tak ada siapa boleh lakukan apa-apa mengenainya.
Dengan kasih nama pada batu nisan itu di usapnya beberapa kali. Dia harap sangat dia dapat putar balik masa dan berjumpa dengan dirinya yang lama. Ingin memberitahu supaya sentiasa berada di sisi abangnya ini dan bantu abang dia harungi apa saja yang menganggu fikiran abang dia dan halang perkara itu dari terjadi.
Tapi Aster tahu, dia tak boleh nak putar balik masa atau lakukan apa-apa pada kejadian yang telah berlaku. Dia tahu...dan itu yang buatkan dia marah sangat!
"Maafkan aku Alec..."sebut Aster dengan sebak masa tunduk mencengkam rumput pada kubur didepannya. Air mata jatuh menitis di pipi untuk kesekian kalinya. Bahunya terhenjut-henjut kuat sebab tak boleh nak bendung lagi segala perasaan yang sudah dibukukan selama lima tahun ni.
Perasaan serba salah dan marah yang buatkan dia benci untuk ada di tempat ni. Alasan kenapa dia nak duduk jauh.
19 tahun yang lalu, Aster dikurniakan seorang abang lelaki. Namun abang lelakinya dilahirkan dengan masalah pendengaran dan pertuturan. Abang dia terpaksa guna alat pendengaran untuk mendengar dan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.
Aster yang waktu itu masih kecil, tak faham apa yang berlaku pada abang dia. Jadi dia kadang-kadang rasa jengkel kalau nak bergaul dengan Alec sebab abang dia tak boleh nak bercakap dengan betul dan dengar dengan baik.
Ashton la yang selalu ganti tempat Alec masa Aster perlukan seseorang di sisi. Sejak itu Aster lebih kerap dengan Ashton dibandingkan Alec sehingga la Aster boleh faham segalanya di usia 10 tahun. Lepas Aster faham yang abang dia tak boleh dengar atau bercakap seperti normal, sejak itu Aster hargai abang dia lebih dari sebelum tu.
Dan setelah itu semuanya berjalan seperti biasa dan lancar.
Sehingga la satu masa, ketika Alec masuk ke sekolah menengah tinggi, dari situ masalah muncul. Segalanya berubah. Alec suka naik angin dan marah-marah. Aster cuba dekati Alec, tapi Alec malah mengamuk dan buatkan Aster cedera bila Alec tak sengaja balik bingkai gambar lalu mengenai kepala Aster. Masa tu ibubapa mereka tiada sebab kerja. Yang ada Ashton, jadi Ashton la yang bawa Aster terima rawatan. Aster tak beritahu parents mereka tentang kejadian tu hal yang sebenar. Aster tipu yang dia jatuh masa main sendiri dekat luar. Dia tak nak Alec kena marah. Dan sampai sekarang ibubapa mereka tak tahu mengenai hal itu. Masa tu Alec berusia 14 tahun, Aster 11 tahun, Ashton 15 tahun.
Sejak itu Alec menyendiri, suka duduk sendiri dan tak bergaul dengan Aster lagi. Hanya Ashton je kadang-kadang duduk lepak dengan Alec. Selama dua tahun tu, Aster tak masuk campur urusan Alec lagi atau hiraukan hal lelaki itu. Hanya Ashton saja yang bersama dengan dia waktu itu.
Sehingga la tiba masa itu terjadi....
Suatu hari di pagi minggu, Aster di sapa dengan pemandangan yang buatkan dia trauma sehingga sekarang. Pagi itu Aster disuruh mama dia untuk panggil Alec sarapan bersama. Disebabkan Ashton tiada di rumah mereka pada hari itu, Aster la yang terpaksa panggil. Masa dia masuk bilik Alec, lelaki tu tiada di dalam bilik, sekali tu Aster dengar bunyi air mengalir dari dalam bilik air. Mulanya dia nak keluar sebab ingat Alec tengah mandi ke apa. Sekali tu mata dia ternampak air mengalir keluar dari bilik air tersebut.
Aster pun mendekat la ke bilik air itu, sekali bila dia tolak pintu bilik air tu, hanya jeritan saja yang keluar dari mulut dia waktu itu. Betapa luruhnya jantung dia waktu itu taktala melihat Alec yang sudah kejung dan kebiruan di dalam tab mandi dengan tangan berlumuran darah, pil putih berterabur dalam sinki.
Abangnya telah membunuh diri pada usia 16 tahun. Da doktor sendiri sah kan bahawa Alec menghidap kemurungan sehingga menelan satu botol pil tidur lalu mengerat pergelangan tangan sendiri pada lewat malam sebelum abangnya meninggal dunia.
Aster tak boleh move on sama sekali sejak kejadian itu. Dia asyik bermimpi dan bermimpi akan abangnya. Dia terlalu menyesal sebab tak cuba ambil tahu mengenai abang dia. Dia menyesal sebab tak cuba untuk tengok abang dia walaupun sekali.
Sampaila satu hari, Ashton datang menemui Aster. Menceritakan pada Aster bahawa Ashton tahu Alec ada kemurungan sejak awal lagi. Alec sendiri beritahu Ashton, tapi Alec tegah Ashton beritahu sesiapa. Ashton jugak beritahu yang Alec stress dekat sekolah sebab dia asyik di buli dengan budak-budak sebab masalah yang dia alami iaitu pekak dan bisu. Pelajar perempuan ketawakan Alec, pelajar lelaki buli Alec tanpa henti. Ashton cuba bantu, tapi Alec larang sampai mereka bergaduh. Dan sejak itu Ashton jarang datang rumah. Tapi Ashton tak sangka langsung Alec akan lakukan hal sebegini.
Disebabkan marah sangat pada Ashton sebab rahsiakan hal tu, dua minggu lepas tu Aster mohon untuk pindah sekolah jauh dari situ semasa dia berusia 13 tahun. Dan sejak itu Aster langsung tak balik ke rumah.
Sampai sekarang dia rasa serba salah.
Dia betul-betul minta maaf dekat Alec sebab biarkan Alec lalui semua itu sendirian.
Masa ini la hujan turun selebat-lebatnya, menimpa kawasan perkuburan itu sewaktu Aster masih berada di situ.