"Dinah!" Seorang gadis, yang sedang berjalan menuju ke pagar SMK Bukit Bandaraya, menoleh ke belakang sebaik sahaja dia mendengar seseorang memanggil namanya. Dia memandang sekelilingnya dan kelibat seorang gadis sedang berlari menuju ke arahnya telah menarik perhatiannya.
Laila? Kenapa dengan dia? Kena kejar ke?
"Ada apa, Laila?" soal Dinah dengan penuh hairan. Laila yang kelihatan lelah itu diberi masa untuk bertenang buat seketika sebelum membuka mulutnya.
"Jom balik bersama-sama," balas Laila sambil mengukirkan sebuah senyuman manis untuk sahabatnya itu.
Dinah sekadar mengangguk kerana dia tidak kisah untuk pulang bersama Laila, memandangkan mereka sudah lama berkawan dan berjiran semenjak Laila berpindah ke Kuala Lumpur. Mereka berdua berborak sambil melangkah pulang ke rumah.
"Dinah, kau ada nampak Yasmin hari ini?" soal Laila secara tiba-tiba. Dinah menggelengkan kepalanya.
Yasmin merupakan sahabat Dinah dan Laila sejak Menengah Satu lagi. Orangnya baik, penyayang dan sangat manja. Yasmin sudah seperti adik untuk Dinah dan Laila kerana dia merupakan anak yatim piatu sejak berumur sepuluh tahun dan duduk bersama keluarga mak longnya.
"Aku simpati dengan keadaan Yasmin itu. Sudahlah menjadi anak yatim piatu seperti aku tetapi dipukul dengan mak long dan kakak sepupunya akibat cemburu dan mata duitan. Kesian dia. Aku hairan dengan dia. Mak long dan kakak sepupu sendiri dengki dengan dia pun, dia masih boleh layan mereka dengan baik dan penuh sabar. Kena buli dengan adik sepupu pun, masih boleh berdiamkan diri. Kalau aku, dah lama kena penampar," tutur Dinah dengan perasaan geram.
Laila mengangguk dengan setuju.
"Kau pula, apa cerita dekat rumah? Masih dibuli oleh mak dan kakak tiri kau?" soal Dinah.
Laila menunduk seketika. Dinah faham akan kelakuannya itu dan mendiamkan diri.
"Masing-masing ada masalah sendiri. Kalau boleh larikan diri, sudah lama aku larikan diri. Nak kata aku sayang mereka itu, langsung tiada perasan sayang," tutur Laila demi meluahkan perasaannya.
"Aku faham sangat perasaan kau itu. Aku pun lalui apa yang Yasmin lalui tapi yang bezanya, abang aku sendiri yang pukul dan dera aku. Maklumlah mak bapa aku tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi kepada kami berdua. Sudahlah, daripada kita memikirkan keadaan di rumah, ada bagusnya kita cepat balik sebelum mereka jadi gila."
Dari situ, Dinah dan Laila melangkah masuk ke dalam rumah masing-masing. Keadaan yang sama seperti apa yang mereka berdua lalui sebelum ini. Dipukul. Didera. Dibuli. Semuanya mereka pernah kena dari keluarga mereka.
...
"Aduh," adu seorang gadis yang berada di luar perpustakaan sekolah sebaik sahaja dilanggar bahu oleh seseorang. Nasib baik tiada kecederaan teruk berlaku.
"Yasmin! Kau okey?"
"Aku okey, Laila. Jangan khuatir," balas gadis yang bernama Yasmin itu.
Yasmin cuba bangun namun dia terasa kakinya begitu sakit. Laila, yang melihat kesusahan Yasmin itu, segera membantu Yasmin untuk bangun.
"Yasmin, aku rasa kau terseliuh kaki kau," kata Laila dengan risau.
"Adriana! Kau tak ada kerja lain selain mengganggu kehidupan Yasmin ke?" marah Dinah dengan tegas.
"Dinah, sudahlah. Tiada guna kita membazir air liur dan tenaga kita untuk bergaduh dengan perempuan tak guna ini. Daripada kita bergaduh dengan dia, ada bagusnya kita bawa Yasmin ke bilik rawat," tutur Laila yang menghalang Dinah dari menumbuk Adriana, adik sepupu Yasmin.
"Kau pergi dulu, Laila. Biar aku selesaikan betina tidak guna ini," balas Dinah.
Laila segera memapah Yasmin ke bilik rawatan. Dia menggelengkan kepalanya apabila memikirkan kedegilan Dinah itu. Dinah merenung Adriana yang sudah tersengih seperti kerang busuk dan menayangkan penumbuknya ke arah Adriana.
"Esok lusa, kalau aku dengar kau ganggu kehidupan Yasmin, aku tak akan teragak-agak untuk bagi aku penumbuk aku," kata Dinah sebelum menolong Laila dan Yasmin.
"Yas, kenapa kau tak marah sahaja sepupu kau tu? Kau takut kena pukul ke? Kalau aku, sudah lama aku siat mereka," soal Dinah dengan tegas sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik rawatan.
Laila, yang sedang meletakkan minyak dan mengurut buku lali Yasmin, tersengih dengan sikap panas baran Dinah itu. Walaupun Dinah seorang panas baran dan degil, namun dia tahu bahawa di dalam lubuk hati Dinah itu amat menyayangi mereka berdua seperti adik-beradiknya.
"Buat apa nak marah dia? Daripada aku marah dia, ada baiknya aku serahkan balasannya kepada Allah s.w.t," balas Yasmin sambil menahan kesakitannya.
Dinah dan Laila saling berpandangan sebelum Laila berkata, "Ouch. Kata-kata kau amat tajam, Yas."
Mereka bertiga ketawa sebaik sahaja Laila mengatakan seperti itu. Tanpa disedari, guru yang menjaga bilik rawatan itu mengukirkan sebuah senyuman manis apabila melihat keakraban mereka bertiga.
"Seronok nampak kamu bertiga di bilik rawatan ini," tegur guru tersebut.
"Eh, Ms Susan. Seronok apanya? Kaki Yasmin terseliuh tadi. Itu yang kami bawa dia datang ke sini," tutur Laila sebagai wakil mereka bertiga.
Guru, yang bernama Ms Susan itu, mengangguk dan tidak menyoal mengapa. Dia menyuruh mereka pergi ke pejabat pengetua. Katanya, ada seseorang ingin bertemu dengan mereka bertiga. Laila, Dinah dan Yasmin saling berpandangan sebelum mengangkat bahu mereka dan melangkah ke pejabat pengetua dengan segera. Sebaik sahaja mereka bertiga tiba di pejabat pengetua, Dinah mengetuk pintu pejabat tersebut.
"Masuk." Sebuah suara garau menyuruh mereka masuk dari dalam. Dinah membuka pintu tersebut untuk Laila dan Yasmin melangkah masuk terlebih dahulu. Terdapat mak tiri Laila, mak long Yasmin dan abang Dinah di dalam pejabat tersebut bersama pengetua sekolah mereka. Lebih mengejutkan mereka bertiga adalah, perdana menteri, Ungku Nadrah, turut berada di situ. Sempat lagi Dinah dan Laila menolong Yasmin duduk di kerusi kosong manakala mereka berdua berdiri. Mereka memandang pengetua sekolah mereka dengan keliru.
"Ungku Nadrah yang mengajak saudara-mara kamu ke sini. Saya tidak tahu dan tidak terlibat pun tentang perkara ini," tutur Pengetua Rasyid, pengetua mereka, sebaik sahaja ditenung oleh tiga pelajar sekolahnya dengan keliru.
Dinah, Laila dan Yasmin memandang Ungku Nadrah pula.
"Saya mengajak saudara-mara kamu ke mari atas sebab-sebab tertentu. Saya tahu berita yang bakal saya katakan nanti amat mengejutkan kamu berdua," tutur Ungku Nadrah sebelum menyambung kata-katanya, "Saya ingin menjadikan kamu bertiga sebagai cucu angkat saya."
"APA?" Dinah terjerit kecil.
Laila sempat menekup mulut Dinah itu. Yasmin masih memandang Ungku Nadrah.
"Ingin kami bertiga sebagai cucu angkat Ungku Nadrah? Mengapa?" soal Yasmin dengan sedikit keliru.
"Ya. Atas sebab apa? Yang itu, biar saya terangkan kepada kamu bertiga di hari yang lain. Yang penting, sudikah kamu bertiga menjadi cucu angkat saya?" balas Ungku Nadrah dengan tenang.
"Ungku Nadrah, maafkan saya atas sebab kebiadaban saya tetapi kenapa Ungku Nadrah memerlukan persetujuan mereka? Apa-apa pun keputusan mereka ianya mungkin tidak sama dengan apa keputusan kami mahupun keputusan Ungku Nadrah," kata mak tiri Laila dengan sedikit kasar.
Laila menunduk sambil menahan air matanya dari menitis.
"Ya, saya tahu keputusan mereka mungkin tidak akan sama dengan keputusan saya mahupun anda semua. Sekurang-kurangnya saya mahu pendapat mereka daripada mereka tidak dapat meluahkan pendapat mereka sendiri," balas Ungku Nadrah dengan penuh kesabaran.
Ungku Nadrah memandang Laila, Dinah dan Yasmin bersilih-ganti. Pengetua Rasyid sekadar berdiam diri dan tiada tanda-tanda dia mahu masuk campur dalam urusan ini.
"Jadi, apakah pendapat kamu bertiga? Sudikah kamu bertiga menjadi cucu angkat saya?"
TBC