Chereads / Royal Angels / Chapter 4 - 4

Chapter 4 - 4

Dinah, Yasmin dan Laila memandang Ungku Nadrah dengan penuh harapan bahawa Ungku Nadrah dapat penuhi permintaan mereka yang satu itu. Walaupun baru sahaja mengenali Ungku Nadrah dan tinggal bersamanya, tiga gadis itu berpendapatan bahawa mereka perlukan seni mempertahankan diri agar dapat lindungi diri mereka dari apa-apa bahaya. Ungku Nadrah merenung ke wajah tiga gadis itu sebelum mengambil nafas yang dalam.

"Baik, Nenda izinkan kamu bertiga untuk menjadikan dua dari bilik kosong itu sebagai tempat kamu bertiga berlatih seni pertahankan diri dan meletakkan segala keperluan itu. Tetapi dengan satu syarat," kata Ungku Nadrah sebagai kata putus.

"Syarat apa?"

"Syaratnya adalah kamu bertiga perlu berhati-hati dan jangan pula menjadi samseng pula. Nenda tidak mahu cucu-cucu Nenda sakit atau cedera," tutur Ungku Nadrah dengan sebuah senyuman manis yang terukir di bibirnya.

Dinah, Yasmin dan Laila saling berpandangan sebelum turut mengukirkan sebuah senyuman di bibir mereka. Mereka bertiga memeluk Ungku Nadrah dan mengucapkan terima kasih sebelum meminta diri untuk ke bilik. Dinah dan Laila melangkah masuk ke bilik Yasmin untuk berbincang tentang bilik yang ingin digunakan untuk melatih seni pertahanan diri. Namun, sebelum mereka bertiga sempat berbincang, seseorang mengetuk pintu bilik Yasmin. Laila membuka pintu tersebut dan Damia melangkah masuk ke dalam bilik tersebut dengan sebuah beg kecil di tangannya.

"Nah, ini dari Ungku. Dia suruh akak bagi dekat kau bertiga," kata Damia sebelum melangkah keluar.

Beg kecil itu dibagi kepada Laila. Laila membuka beg kecil itu dan terdapat tiga barang yang telah dibalut dengan kertas pembungkus yang berbeza. Terdapat nama masing-masing di kertas pembalut itu. Dinah, Laila dan Yasmin saling berpandangan sebelum membuka pembalut tersebut. Mereka sudah ternganga apabila melihat sebuah I-phone 12 Max di tangan mereka.

"Wei, ada nota. Mungkin dari Nenda," tegur Laila.

Dinah dan Yasmin memandang Laila dengan teruja. Nota itu dibaca oleh Laila.

'Assalamualaikum cucu-cucu Nenda. Ini hadiah untuk kamu bertiga. Terimalah hadiah ini tanda kasih sayang Nenda kepada kamu bertiga walaupun baru sehari kamu duduk dengan Nenda. Nenda ada suruh Damia letakkan nombor Nenda, Damia dan Amsyar di dalam telefon bimbit kamu bertiga. Jika ada apa-apa, senang untuk kamu bertiga menelefon kami. Dalam kotak telefon itu, ada kad kredit untuk kamu bertiga. Nenda sudah siapkan awal-awal sebelum kamu bertiga diambil sebagai cucu-cucu angkat Nenda. Gunakannya seelok-eloknya ya. Gunalah telefon bimbit ini untuk mencari alat-alat untuk seni pertahanan kamu itu. Semua bayaran biar Nenda yang selesaikan.'

Dinah, Laila dan Yasmin saling berpandangan. Sebuah senyuman terukir di bibir mereka dan mulai itu mereka bertiga mula semangat untuk mencari informasi-informasi seni pertahanan diri.

...

Keesokan Hari

"Dinah, bangun. Hari ni, kita nak pergi beli barang-barang sekolah dengan bonda dan Kak Damia," tutur Yasmin sambil mengejutkan Dinah yang liat bangun itu.

"Lima minit lagi."

"Eh kita dah lambat dah ni. Lagi-lagi kau belum sarapan. Lekas bangun," bebel Yasmin sebelum melangkah keluar dari bilik Dinah.

Dinah segera bangun sebelum dibebelkan lagi. Seusai sarapan, Amsyar menghantar Damia, Ungku Nadrah dan tiga gadis itu ke One Utama.

"Mari cari barang-barang kamu di Popular," tegur Ungku Nadrah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam pusat membeli-belah.

Dinah, Laila dan Yasmin memandang sekeliling mereka seakan-akan mereka tidak pernah jejak ke dalam sebuah pusat membeli-belah. Damia dan Ungku Nadrah menggelengkan kepala mereka sebelum mengheret mereka bertiga ke Popular Bookstore. Ungku Nadrah berjalan bersama Dinah dan Damia manakala Laila berjalan bersama Yasmin.

"Yas, kau ada apa-apa lagi yang nak beli selain buku nota dengan pencil-pencil ini?" soal Laila kepada Yasmin sambil meneliti buku-buku novel yang ada di hadapannya itu.

"Aku nak cari buku-buku agama sekejap. Kau tunggu sini ya," balas Yasmin.

Laila sekadar menganggukkan kepalanya sambil memandang suatu buku yang telah menarik perhatiannya. Dia baru sahaja ingin mengambil buku itu. Namun, tangan seseorang sudah terlebih dahulu mengambil buku tersebut. Laila memandang gerangan seseorang itu sebelum mengalihkan pandangannya. Dia perasan bahawa buku itu merupakan yang terakhir dan menghiraukan. Matanya memerhatikan buku-buku yang lain.

"Erm, kalau awak nak, awak ambil," tutur jejaka itu.

"Eh tidak mengapa. Saya boleh ambil buku lain. Lagipun, yang itu saya boleh beli lain kali. Anggap sahaja buku itu bukan rezeki saya hari ini," balas Laila dengan sopan.

"Oh hm, rasa bersalah pula saya. Sebelum saya lupa, nama saya Izz Uzair. Salam perkenalan," tegur jejaka itu sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Laila Sofea. Salam perkenalan." Laila tidak membalas huluran Izz.

Namun, sebagai tanda perkenalan, Laila sekadar menundukkan kepalanya sedikit dan mengukirkan sebuah senyuman manis. Izz sedar akan hal itu sebelum mengusap belakang tengkuknya dengan perasaan malu. Sedang mereka berdua berbual, sepasang mata sedang memerhati mereka dengan penuh hairan dari jauh. Sebuah senyuman manis terukir di bibir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut. Dengan segera, orang misteri itu melangkah ke arah Laila dan Izz.

"Laila."

"Eh Yasmin! Kau dah jumpa buku yang kau inginkan itu?" soal Laila dengan sedikit gelabah namun sempat dikawal.

Yasmin mengangguk sebelum memandang Izz yang mengukirkan sebuah senyuman untuk Yasmin tanda salam perkenalan. Laila perasaan akan keadaan itu dan memperkenalkan Izz. Izz meminta diri kerana takut kawan-kawannya mencarinya. Sejak itu, Yasmin tidak berhenti-henti mengusik Laila bersama Izz. Mereka berdua melangkah pergi ke kaunter pembayaran, di mana mereka diminta untuk berjumpa dengan Ungku Nadrah, Damia dan Dinah.

"Sudah ambil barang-barang yang diperlukan?" soal Ungku Nadrah dan mendapat anggukan dari ketiga-tiga anak gadisnya itu.

Dia meminta Damia untuk mengirim sebuah pesanan Amsyar untuk berjumpa dengan mereka di McDonalds sebelum membuat bayaran untuk anak-anak angkatnya itu. Damia sekadar mengangguk dan mengeluarkan telefonnya untuk mengirim pesanan yang diminta Ungku Nadrah kepada Amsyar.

"Dinah," bisik Yasmin kepada Dinah agar Laila tidak tahu apa yang bakal dia bisikkan kepada Dinah.

Dinah sekadar mengerling ke arah Yasmin buat seketika sebelum meneruskan perjalanannya, mengikut Ungku Nadrah yang sedang berjalan ke McDonalds.

"Ada seorang mamat berbual dengan Laila tadi," bisik Yasmin lagi.

"Mamat mana yang kau katakan ini?" soal Dinah dengan nada bisik.

Yasmin menerangkan apa yang berlaku dan Dinah sudah membuat wajah mengusiknya itu. Sekadar tidak diluahkan dengan kata-kata.

"Apa yang dibisikkan kalian?"

Dinah dan Yasmin terkejut sebelum pusing ke arah suara itu. Wajah merah padam Laila membuat mereka berdua tahu bahawa Laila tahu akan apa yang dibisikkan mereka itu. Tanpa disedari, badan mereka menggigil apabila mengenang sikap Laila yang diam-diam ubi itu. Dengan segera, Yasmin dan Dinah larikan diri. Mereka sembunyi di belakang Ungku Nadrah yang sedang memandang mereka dengan penuh hairan.

"Nenda! Tengok mereka ni! Tak habis-habis nak kacau Laila," adu Laila ke Ungku Nadrah.

Ungku Nadrah sekadar menggelengkan kepalanya. Telatah mereka bertiga amat mencuit hatinya. Namun, pertengkaran mereka dihentikan dengan ugutan agar tidak dibelanjainya ke McDonalds.

TBC