Chereads / Royal Angels / Chapter 6 - 6

Chapter 6 - 6

"Jadi, kita kawan kan?" soal Hasya dengan senyuman ceria.

Hasya, Naura, Nayla, Laila, Dinah dan Yasmin sedang makan di taman belakang sekolah. Rupa-rupanya, tempat yang mereka makan untuk tengah hari itu adalah tempat selalu Hasya, Naura dan Nayla berjumpa setiap hari, makan setiap waktu tengah hari dan berjumpa dengan The Night Stalkers.

"Sudah pasti," balas Laila, Dinah dan Yasmin secara serentak.

"Hasya!"

Enam gadis itu berpusing dan memandang gerangan yang memanggil Hasya. The Night Stalkers rupanya. Laila menunduk apabila perasan bahawa salah seorang di antara mereka melambai dan mengukirkan sebuah senyuman khas untuknya.

"Kau dah kenapa, Laila? Merah saja muka," tegur Dinah.

Yasmin memandang enam jejaka itu dan mengukirkan sebuah senyuman misteri. Dia perasan akan perkara yang membuat wajah Laila merona merah sebelum membisik ke telinga Hasya, Naura dan Nayla tentang perkara itu. Hasya, Naura dan Nayla memandang Laila dan Izz bersilih-ganti dengan tidak percaya. Dinah, yang sudah tahu apa yang dibisikkan Yasmin, sekadar membuat selamba sahaja.

"Dah kenapa kau pandang wajah aku macam itu? Ada apa-apa yang tak kena ke?" soal Laila dengan panik.

"Tak ada apa-apa. Cuma tak sangka kau ada hati dekat Izz," gurau Nayla.

Laila memukul Yasmin dan Dinah apabila tersedar bahawa mereka membisik tentang dia dan Izz kepada Nayla, Naura dan Yasmin. Perasaan malu mula menerpa di hati apabila dia perasan Izz curi-curi pandang dia.

"Eh, Dinah, Laila dan Yasmin pun ada dekat sini? Kau bertiga sudah kenal dengan mereka?" soal Danish.

Enam gadis itu sekadar mengangguk.

"Oh aku nak tanya. Kenapa gelar The Night Stalkers?" soal Yasmin dengan curiga.

Enam jejaka-jejaka itu, termasuk Nayla, Naura dan Hasya, saling berpandangan. Tiada sesiapa di antara mereka tidak menyangka bahawa soalan itu akan ditanya kepada mereka.

"Sebenarnya, gelaran itu diberi kepada kami. Entah kenapa, mungkin sebab kami ini jenis suka melakukan kerja kami di waktu malam," balas Faeeq.

Yasmin, Dinah dan Laila sekadar mengangguk. Mereka semua sekadar duduk di tempat tersebut sambil meluangkan masa bersama-sama.

Selepas sekolah, mereka diambil oleh Amsyar dan dihantar pulang ke rumah. Dinah, Yasmin dan Laila meluangkan masa bersama The Night Stalkers, Hasya, Naura dan Nayla semenjak hari itu. Mereka bertiga dapat melihat pelbagai perangai sahabat-sahabat baharu mereka. Semenjak hari itu juga, mereka bertiga mula latihan seni mempertahankan diri. Laila mula berlatih seni mempertahankan diri seperti kickboxing dan taekwondo. Yasmin sekadar berlatih kickboxing manakala Dinah pula berlatih Muay Thai dan silat. Yasmin mahir dalam bidang menggodam. Dinah dan Laila berlatih berlawan serta menyiasat. Hari demi hari, mereka semakin mahir dalam apa yang mereka lakukan. Adakala, Nayla, Naura dan Hasya singgah ke rumah Ungku Nadrah. Mereka bertiga turut membantu Laila, Dinah dan Yasmin dalam kemahiran yang mereka mengetahui. Ungku Nadrah turut mengukirkan sebuah senyuman di bibirnya apabila melihat perkembangan cucu-cucu angkatnya itu. Siapa sangka bahawa dalam masa sebulan lebih, mereka tidak berputus asa untuk belajar seni pertahankan diri.

"Laila, Yasmin dan Dinah. Nenda ingin bawa kamu bertiga ke syarikat Nenda hari ini. Ada beberapa orang yang Nenda ingin kamu kenal. Ajaklah Naura, Nayla dan Hasya sekali," arah Ungku Nadrah.

"Baik Nenda," kata mereka bertiga serentak.

Laila, Yasmin dan DInah menunggu akan kedatangan Nayla, Naura dan Hasya. Sementara menunggu, masing-masing menggunakan iPhone 12 mereka sambil berbual dengan Nenda dan Damia.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam. Ah, Nayla, Naura dan Hasya. Sampai pun kalian. Mari ikut Nenda. Laila, Yasmin dan Dinah pun," tutur Ungku Nadrah.

Nayla, Naura dan Hasya memandang Ungku Nadrah dengan keliru. Mereka bertiga segera memandang Laila, Yasmin dan Dinah untuk penjelasan. Namun, hampa kerana Laila, Yasmin dan Dinah sekadar mengangkat bahu. Selepas hampir tiga puluh minit, mereka bertujuh sampai ke destinasi mereka.

"Selamat datang ke syarikat Nenda," ujar Ungku Nadrah dengan sebuah senyuman manis terukir di bibir.

"Nenda, syarikat Nenda ni syarikat apa?" soal Dinah dengan curiga.

Ungku Nadrah memandang Dinah dengan senyuman misteri sebelum menjawab, "Syarikat Nenda ni adalah pergabungan dua faktor iaitu penyiasatan dan undang-undang. Terdapat banyak peguam, detektif dan penyiasat di sini tetapi ada kekurangan kakitangan di ketiga-tiga peguam, detektif dan penyiasat."

"Kekurangan kakitangan? Apa kena-mengena dengan kami berenam?" soal Hasya pula.

"Nenda ingat nak suruh kamu berenam menyertai syarikat Nenda tetapi dalam kes istimewa," balas Ungku Nadrah.

"Kes istimewa?"

"Ya, kes istimewa. Nenda tahu si kembar pandai berlawan dan menyiasat. Dinah dan Laila pandai berlawan dan menggodam. Hasya dan Yasmin pula pandai menggodam dan menyiasat. Tetapi Nenda curiga. Adakah kamu berenam sekadar mempunyai kemahiran itu sahaja? Bolehkah kamu berenam bekerjasama jika diberi misi dan adakah kamu berenam boleh bekerjasama dengan enam lagi di dalam kumpulan?" tutur Ungku Nadrah.

Laila, Yasmin, Dinah, Nayla, Naura dan Hasya saling berpandangan. Mereka berenam turut terfikir akan soalan itu sebaik sahaja Ungku Nadrah menyoal. Mata mereka tidak lepas memandang Ungku Nadrah. Apabila Ungku Nadrah perasan bahawa dia mempunyai sepenuh perhatian gadis-gadis di hadapannya itu, dia mengukirkan sebuah senyuman dan membawa mereka berenam ke dalam sebuah bilik. Bilik itu seakan-akan bilik mesyuarat. Kelibat beberapa orang ada di dalam bilik itu dan enam di antara orang-orang yang ada di dalam bilik itu membelakangi mereka.

"Siapa mereka, Nenda?" soal Yasmin.

"Mari Nenda kenalkan sebelum Nenda terus dengan penerangan Nenda," balas Ungku Nadrah.

Ungku Nadrah mengarah enam gadis itu untuk duduk di kerusi kosong. Sebaik sahaja mereka berenam duduk, Ungku Nadrah memulakan apa yang ingin dikatakannya.

"Naura, Nayla, Hasya, Dinah, Laila dan Yasmin. Nenda rasa kamu berenam sudah kenal dengan enam jejaka-jejaka ini bukan?" soal Ungku Nadrah.

Enam gadis itu saling berpandangan sebelum memandang ke arah jejaka-jejaka yang dikatakan oleh Ungku Nadrah. Mereka berenam tergamam apabila melihat senior-senior mereka berada di hadapan mereka.

"Hai! Kita jumpa lagi di sini ya. Kecilnya dunia ini," tegur Izz dengan ceria.

"Abang buat apa dekat sini?" soal Hasya kepada abangnya, Muhammad Hadif Saifullah.

"Yang itu biar Ungku Nadrah terangkan. Abang tidak boleh jelaskan hehe," balas Hadif kepada Hasya.

Bilik itu seakan-akan kecoh dengan suara dua belas orang itu. Ungku Nadrah menggelengkan kepalanya sebelum mengambil perhatian semua yang ada di dalam bilik itu. Dua belas pelajar itu sekadar mendiamkan diri, takut dengan kemarahan Ungku Nadrah.

"Naura, Nayla, Hasya, Dinah, Laila dan Yasmin. Kenalkan The Night Stalkers. The Night Stalkers ini adalah kumpulan terbaik di syarikat Nenda. Mereka mempunyai kemahiran seni mempertahankan diri dan sama pintar seperti kamu berenam. Yang buat kamu berenam berbeza dengan mereka adalah kamu berenam belajar tentang menyiasat dan menggodam sendiri. Mereka sekadar peguam dan detektif," terang Ungku Nadrah.

Naura, Nayla, Hasya, Dinah, Laila dan Yasmin tekun mendengar penerangan Ungku Nadrah. Ada di antara mereka curi-curi pandang The Night Stalkers yang turut tekun mendengar penerangan Ungku Nadrah. Ada di antara mereka masih terfikir akan tujuan mereka berenam berada di syarikat nenda mereka.

TBC