52.
Airis terus menyentap.
"Hei!Apa masalah kau hah perempuan?"soal Airis bernada jengkel. "Kau ingat aku ni hairan sangat ke dengan kau orang berdua nak bermesra ke apa ni? Haih....tak kuasalah aku nak jelous bagai...masalahnya sekarang bukan kau..tapi dia..."tunding Airis pada Jennie dengan nada tinggi. Sakit hati dengan Rina. Entah apa masalah perempuan ni pun dia tak tahu!
Aron yang dengar terkesan. Dia memandu kereta ke tepi jalan dan menghentikan kenderaan itu.
"Hei...jangan kau tinggikan suara dekat Rina macam tu..."marah Aron menoleh ke belakang memandang Airis di seat belakang.
Airis terpempan. Dia memandang tidak percaya pada Aron. Matanya terbutang kaku tidak berkelip.
"Apa yang dah rasuk kau ni Aron?Kau tak dengar ke Rina caka-"
Aron mengangkat tangan ke depan muka Airis.
"Sudah cukup. Aku tak nak dengar apa-apa. Aku hantar dua orang ni dulu kemudian kau turun sekali. Aku ada rancangan dengan Rina." aju Aron yang mula memandu kereta semula. "...aku tak boleh nak pusing banyak kali..."
Airis yang dengar terus terduduk di kerusi. Mukanya jelas terpancar perasaan kecewa dan marah pada masa yang sama. Wah!Tak guna betul punya perangai!
Melihat reaksi Aron begitu, Rina kembali duduk bersandar ke depan dengan tangan bersilang di dada.
Di balik cermin side mirror Airis dapat melihat pantulan bayang Rina sedang memandang ke arahnya dengan senyuman sinis di bibir. Seakan mengejek dia!
Airis yang lihat menjuling mata kejengkelan, dia mengerling ke arah Jennie, mengusap kepala yang sudah basah kuyup dengan peluh itu dengan renungan risau.
Tidak percaya yang abang dua beradik ni lebih utamakan orang asing dari keluarga sendiri.
What a freaking jerk!
Dan seperti yang dikatakan oleh Aron, lelaki itu menurunkan kembar di tadika bersama Airis. Mengarahkan Airis untuk naik ke teksi untuk ke kolej memandangkan jarak ke tadika dan kolej itu tidak jauh. Lelaki itu kemudiannya meninggalkan Airis dan kembar di hadapan tadika itu.
Maka berdirilah Airis di situ sambil memegang kedua belah tangan Jennie dan Lissa.
Dia memerhati kereta Aron menjauh dengan wajah terpinga-pinga. Like seriously!Aron tu memang mudah dikelabui dengan kecantikan wanita ke?Sampai tak boleh nak berfikir dengan jelas?
Sehinggalah suara guru mula kedengaran di belakang tidak lama kemudian.
"Hai Jennie..Lissa..."sapa guru tadika sewaktu mendekati mereka bertiga.
Airis yang dengar berpaling ke belakang. Memerhatikan guru tadika mendapatkan Jennie dan Lissa sedang berjalan sendiri mendekati guru tersebut. Dia memandang risau untuk seketika belakang badan Jennie dan Lissa sewaktu dua orang itu berjalan ke depan. Langkah kecil adik-adiknya itu benar-benar meragut kesedarannya sebagai seorang kakak dan jugak anak.
Serius, dari awal lagi dia tidak mahu mempedulikan keluarga baru mamanya. Tapi disebabkan dia ada akal fikiran dan rasionaliti, Airis tidak dapat menepis perasaan untuk bertanggungjawab. Sebab apa?Sebab dia tahu, tak kira apa yang dia lakukan, semuanya akan berakhir kepada bad ending!
Di dalam benak fikirannya saat ini ada dua pilihan.
Pilihan pertama dia, tinggalkan Jennie yang sedang sakit di sini dan hadiri kelas untuk menghantar tugasannya yang mana tarikh akhirnya hari ni.
Pilihan kedua ialah dia bawa Jennie dan Lissa bersama untuk ke hospital dan terlepas untuk menghantar tugasannya kepada pensyarah.
Kalau ikutkan pengiraannya, dia hantar atau tidak tugasan ini ianya tidak akan memberi sebarang perbezaan kerana memang sejak awal lagi rekod dia tidak pernah bersih sejak dulu lagi.
Jadi kalau dia hantar atau tidak tugasannya ianya tidak akan membawa sebarang perbezaan!
Lissa berlari anak mendapatkan guru tadikanya dengan senyuman sementara Jennie jalan dengan kepala tunduk memandang ke bawah.
Ugh!F***!
Airis mengerang fed up saat dia dongak memandang langit. Mempersoalkan aturan Tuhan yang telah ditetapkan padanya.
Dengan keluhan marah, sambil mengetap bibir menahan sabar dia hentakan kaki tidak puas hati sebelum bersuara.
"Tunggu..."arah Airis pada guru tadika itu sewaktu ingin membawa dua beradik itu masuk.
"Ya?"balas guru tadika itu dengan kening terangkat.
Bersama senyuman serba salahnya, Airis pun beritahu.
"Hari ni dia orang berdua tak masuk kelas ya...saya kena bawa mereka pergi ...Jennie tak sihat hari ni."maklum Airis sewaktu mendekati Jennie. Mendukung badan kecil itu dan merehatkan kepala Jennie di atas bahunya.
"Oh..ya ke..kalau macam tu tak apalah..." jawab guru itu dengan mesra.
Airis tunduk memandang Lissa.
"Come Lissa...kita hantar kakak Jennie balik." ajak Airis sambil menghulur tangan ke Lissa.
Lissa berpaling dalam keadaan tersentak. Senyuman yang sedia terukir tadi semakin lebar!Yeay!Tak perlu school!Tanpa berlengah dia menghulur tangan lalu mengengam tiga jari Airis dengan lima jarinya.
"Boleh Lissa makan lollipop tak?"minta Lissa saat mendongka ke Airis.
"Boleh...kalau kau jadi budak baik. Tak menangis dan duduk diam. Lolipop ganjarannya...."aju Airis sewaktu berdiri di tepi jalan. Dia mengangkat tangan untuk menahan sebuah teksi.
Apabila mereka bertiga selamat masuk ke dalam teksi Airis memberitahu pemandu itu untuk terus bawa mereka ke hospital terdekat.