Three years later....
St. Victoria High School
Sebuah kereta berjenama Nissan GT-R putih meluncur laju masuk ke kawasan parking khas untuk pelajar. Semua mata disitu mula memberikan perhatian pada kereta itu.
Lebih tepat, pada tuan punya kereta. Masing masing sudah tahu empunya kereta kerana melihat nombor pada kereta tersebut.
LSW 03
Hampir semua gadis menjadi histeria apabila tuan punya kereta itu sudah keluar. Bising kawasan parking itu dengan jeritan pelajar perempuan.
Harith pov
Haih.... penat la macam ni setiap hari. Dari aku mula masuk form 1 sampai aku dah form 5, situasi tak pernah berubah. Asal? Aku ni handsome sangat ke?
'Wahh... riaknya kau wahai Harith Zafran Lee.'
'Eh! Suka hati aku lah! Kau sibuk apasal?'
Aku menggeleng kepala. Menepis segala pertelingkahan antara hati dan otak. Aku hanya memandang sepi mereka mereka yang melihatku dengan wajah yang macam nampak Lee Jong Suk sahaja lagaknya.
Lantak koranglah nak jadi kipas aku ke apa. As long as korang tak usik aku sudah. Kaki diatur menuju ke kelas.
5 Violet
Bunyi yang bising seperti pasar borong dari kelas itu hampir menarik perhatian sesiapa sahaja yang melalui kawasan koridor tingkatan 5 St. Victoria.
Heh! Nama je kelas pertama, kelas pandai, tapi bila bising memang win. Kalah kelas belakang.
Harith melangkah masuk ke kelasnya dengan riak wajah yang bengang. Dia hanya menghiraukan pandangan rakan sekelas dan mengambil tempatnya.
Bam!
Bag dihempas pada kerusi dengan perasaan geram. Baru sahaja dia melabuhkan punggung, mejanya diserbu oleh dua sahabat baiknya.
"Weh! Kau pahal bro? Pagi pagi dah buat muka macam tu? Asal?" Soal Qais Arshad.
"Haah. Tak pernah pernah kau marah pepagi macam ni? Kenapa? Ada beruk kacau ke tadi?" Soal Raiqarl Mikael pula.
Qais yang mendengar terus melepaskan ketawa. Harith merengus kasar.
"Ye la! Beruk sesat tetiba datang kacau aku tadi. Dok sekat sekat jalan. Eeiii!! Geram pulak aku! Rimas tau tak!! Erghh!!" Ujar Harith melepaskan amarah.
Raiqarl menepuk bahu rakannya. "Relax ah bro.. you know you're quite popular, right?"
Qais mengangguk menyokong. "Yup! Kau ingat kau sorang je yang kena sekat dengan beruk? Kitorang pon selalu gak kena. But not everyday lah.. yaa.. as we all knew, Harith is the most handsome guy among the three of us." Ujar Qais dengan kening yang dijongket jongket.
Harith menjeling Qais. "Sama je. Takda beza pon. Kita tiga kawan so tiga tiga handsome. Takda yang lebih ke kurang."
Qais dan Raiqarl hanya mengangguk. Tahu sangat dengan perangai Harith yang tidak suka orang membeza bezakan kawan kawannya.
———
Kecoh kediaman Dato Ahmad apabila menyedari bahawa sepupu mereka hilang di pagi hari.
"Jumpa tak, Kak Tina?" Soal Datin Idah pada pembantu rumahnya.
Kak Tina menggeleng kepala. "Tak jumpa la Puan. Dekat bilik dah cari. Dekat belakang dah cari. Dekat semua tempat saya dah cari tapi tak jumpa, Puan." Jelas Kak Tina sambil termengah mengah.
Datin Idah mengeluh perlahan. Hampir luluh jantungnya pagi tadi apabila diberitahu bahawa Falisha Naura tiada di rumah. Sudah la budak tu tak berapa mahir lagi jalan kat KL ni. Pulak tu, pagi ni kena daftar masuk sekolah baru lagi.
Haih.. pening kepalanya apabila memikirkan perangai Naura. Dari mula dia datang sini sampai sekarang, tiap tiap hari tak sah kalau tak buat hal. Ada je idea nak buat orang risau pasal dia.
Datin Idah melangkah masuk ke ruang makan. Berkerut dahinya apabila melihat Adam dan Ayra masih menjamu selera.
"Angah dengan kakak kenapa tak pergi sekolah lagi? Nanti lambat kena denda."
Adam dan Ayra berpandangan sebelum mendongak memandang Datin Idah. "Kitorang tunggu Kak Sha, mama" jawab Ayra.
Adam merengus kasar. Dia begitu geram dan marah dengan Naura. Dah la kena tunggu satu hal. Lepastu dapat tahu hilang pulak. Tak pasal pasal dia lambat pergi sekolah. Mana nak letak muka? Pelajar form 5 yang handsome dan smart datang lambat for the first time. Hish!! Siap kau Sha kalau aku jumpa kau nanti.
Datin Idah mengeluh. "Takpelah. Korang pergi dulu. Mungkin Sha dah pergi sekolah kot."
"Hurmm.. okay. Kami pergi dulu, ma."
Mereka berdua menyalam tangan Datin Idah dan terus berlari menuju ke kereta.
Meanwhile...
"Ok, nak. Dah sampai. St. Victoria High School kan?" Soal pakcik teksi pada Naura.
Naura melihat sekeliling kemudian mengangguk. "Haah. Tapi betul ke ni sekolahnya pakcik? Besarnya.."
Naura tergamam melihat sekolah yang terbentang luas dihadapannya.
"Ya, betul la tu nak. Tapi pakcik tak boleh masuk. Boleh hantar kat luar je."
"Eh tak pelah. Saya boleh turun sendiri." Naura menghulur duit kertas berwarna oren pada pakcik itu. "Nah pakcik. Baki simpan ye? Saya keluar dulu. Terima kasih pakcik." Ujar Naura sebelum melangkah keluar dari teksi.
Kaki diatur menuju ke pagar sekolah. Ternganga Naura apabila melihat rekaan pada pintu pagar itu. Pagar yang dicat hitam dan silver dan ukiran pada tepi pagar itu sahaja sudah cukup untuk melambangkan betapa mewahnya sekolah ini.
Baru sahaja dia ingin masuk ke kawasan sekolah, dirinya ditahan oleh pengawal.
"Adik ni siapa? Pencuri ke?"
Soal pengawal itu curiga.
"Eh tak!! Saya pelajar sekolah ni lah!" Tukas Naura.
"Yeke? Ha! Mana kad pelajar? Saya nak tengok!"
Dia faham kenapa pengawal tersebut berkata begitu kerana sekolah ini tidak mempunyai uniform. Hanya berpakaian casual. Hari ini dia memakai hoodie biru dipadankan dengan jeans hitam. Rambut dibiarkan lepas.
Tapi, bukan bermakna sesiapa sahaja boleh masuk sesuka hati. Bagi pelajar St. Victoria ini, jika mereka hendak masuk ke kawasan sekolah, mereka perlu menunjukkan kad pelajar pada pengawal dahulu. Baru dibenarkan masuk.
Naura kan masih baru. Dan-dan pulak, dia pergi seorang diri tanpa pengetahuan ahli keluarganya aka ahli keluarga pakciknya so, dia tidak membawa kad pelajar bersama. Sebab kad pelajar itu berada di tangan Adam.
Naura mula gelabah. Baru sahaja dia hendak menjelaskan perkara sebenar pada pengawal, ada sebuah kereta berhenti di sebelah mereka.
Seseorang keluar dari tempat pemandu. Terus Naura tersengih tak bersalah apabila melihat Adam yang keluar dari kereta itu dengan pandangan tajam.
Adam berdiri di sebelah Naura sebelum kepala sepupunya diketuk.
"Auch!! Sakitlah Dam!" Naura mengusap kepalanya.
Adam menjeling Naura tajam. Kemudian dia menghulurkan kad pelajarnya. Disertakan sekali kepunyaan Naura.
Pengawal itu memeriksa kad yang dihulur adam sambil memandang kedua remaja di hadapannya bersilih ganti. Setelah berpuas hati, dia memulangkan semula kad pelajar itu pada Adam.
Adam menundukkan sedikit badannya pada pengawal dan terus menarik kasar tangan Naura masuk ke dalam keretanya.
Naura hanya diam di dalam kereta. Dia tahu Adam marah. Jadi, jika dia tidak mahu melihat singa keluar tanduk, baik dia diam sahaja.
Selepas selesai memakir kereta, Adam mematikan enjin dan terus keluar dari perut kereta tanpa memandang Naura.
Naura terus gelabah mengejar langkah Adam. Dia menarik lengan Adam. Adam memandang Naura tajam.
Naura menunduk. Takut dengan panahan mata Adam. Kemudian dia mendengar keluhan dari mulut Adam.
"Kau ni... aku tak marah lagi dah buat muka sposen. Macam mana aku nak marah?" Soal Adam.
Naura masih menunduk memandang kasut. "Sorry Adam. Aku ecxited nak masuk sekolah. Tu yang aku gerak dulu. Sorry..."
"Haih.. takpelah. Lagipun semua kenal kau macam mana. Suka buat benda sendiri. But you have to apologize to mama after this. She worried about you."
Naura pantas mengangguk. Baru dia rasa bersalah sebab buat mamanya begitu.
"Lepas ni, jangan pergi sekolah sorang sorang. Naik dengan aku. Tau!" Pesan Adam.
"Ok!"
————
Naura berdiri tegak dihadapan meja guru kelas barunya. Guru itu sedang menyemak file maklumat dirinya.
"So.. Falisha Naura Kang. Welcome to St. Victoria High School. You can speak malay, right?" Soal Miss Sara.
"Ya. Boleh cikgu." Naura memberikan senyuman.
Miss Sara mengangguk. "Just call me Miss Sara. I'll be teaching you English. Jom. Kita masuk kelas."
Naura mengikut langkah Miss Sara. Sampai di hadapan sebuah kelas. Miss Sara tidak terus masuk. Dia pusing kebelakang memandang Naura.
"Err.. this noisy class, will be your class, Naura." Ujar Miss dengan serba salah.
Naura hanya tersenyum dan mengangguk. "It's okay, miss. I'm used to it."
"Okay then. Jom masuk sekali."
Naura mengikut Miss Sara masuk ke kelas barunya. Apabila melihat guru kelas mereka masuk, terus seisi kelas yang bising mengalahkan pasar tadi diam seperti di library
"Good morning, class."
"Good morning, Miss Sara!"
"Okay.. so, today, we'll have a new classmate. Naura, please introduce yourself."
Naura yang dari tadi menunduk mula mengangkat wajah. Rambutnya yang menutupi separuh dari wajah diselit ke belakang telinga.
"Assalamualaikum and Hello. My name is Falisha Naura Kang. You can call me Naura. Nice to meet you guys." Naura memberikan senyuman manis.
Seisi kelas terpegun dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu. Rambut lurus beralun ke pinggang. Kulit putih mulus. Mata yang bulat. Anak mata berwarna coklat terang.
Penampilan yang sungguh menawan. Naura tertunduk malu apabila dirinya ditenung seisi kelas.
Pap!
"Korang ni! Jangan la tenung Naura macam nak telan. Kesian dia." Tegur Miss Sara.
Terus seisi kelas tersedar. Seorang pelajar mengangkat tangan. Miss Sara mengangkat kening.
"Can I ask her one question, Miss?" Soal seorang pelajar perempuan.
"Yaa.. sure."
"Awak original Korean ke mix?"
Naura tersenyum. Dia sudak agak dia akan ditanya sebegitu. "Mix. Ayah saya original Korean. Mak saya mix British-Malay."
Semua mengangguk faham.
"Naura. You can sit beside Aryana. Aryana! Raise your hand."
Pelajar yang bernama Aryana mengangkat tangan. "Ok. You can sit there." Naura menuju ke tempatnya.
"Okay class. I have a meeting with the principal. So please. Do your revision. Don't do stupid things. Okay? Class president, take care of your noisy class." Pesan Miss Sara sebelum melangkah keluar dari kelas.
Farhan aka Class President mengangkat tabik. "Ai ai, madam!"
Masing masing mula membuat kerja sendiri. Naura yang masih baru hanya diam. Tak berani nak bergaul lagi.
Traumanya dengan orang ramai masih ada lagi.
Aryana yang sedang membaca buku ditegur oleh adik kembarnya yang duduk di belakang. Aryssa.
"Weh, jom tegur budak baru tu."
Aryana mengangguk. Aryssa berjalan mendekati meja Naura. Dia mengambil tempat di kerusi kosong yang berada di hadapan meja Naura dan duduk menghadap gadis itu.
Naura terkejut. Dia memandang Aryana dan Aryssa bersilih ganti.
Aryssa senyum dan menghulurkan tangan. "Hai. Aku Aryssa Rania." Kemudian dia menunjuk ke arah Aryana yang berada di sebelah Naura. "Ni kakak kembar aku. Aryana Rania."
Aryana senyum dan menghulurkan tangannya juga. Naura menyambut huluran mereka.
"Hai.. nice to meet you guys."
TBC